Showing posts with label dr asri. Show all posts
Showing posts with label dr asri. Show all posts

Monday, November 23, 2009

ulama pondok vs nik aziz

Pendapat saya mengatakan ulama pondok sudah bangun menentang pemesongan akidah oleh nik aziz terbukti benar . Malah sekarang Ahli Majlis Tertinggi ( AMT ) guru pondok Kelantan menggelar Nik Aziz bukan Murshidul tapi Malulidul Am PAS (PENYESAT BESAR)

sila rujuk di sini http://dukeofumno.blogspot.com/ .

Begitu juga bila ada orag yang disokongnya yakni Dr Asri meminta sokongan moral beliau, ianya cepat diulas di sini
http://korban-demokrasi.blogspot.com/2009/11/1asri-asri-memfitnah-ulama-besar.html

Semoga rentetan peristiwa yang berlaku menyedarkan ummah Islam di Malaysia tentang fitnah fitnah yang di bawa oleh mereka selama ini seperti rintihan blog di sini yang memperjuangkan gerakan anti wahhabi di http://bankwahabi.wordpress.com/2009/11/22/update-dari-blog-pejuang-pejuang-sunni/


Wassalam

Saturday, November 14, 2009

ada apa dengan dr asri dan jais?

Saya menerima berita bahawa pendakwaan ke atas bekas mufti Perlis akan dibuat pada 18 Nov 2009.

Bagaimanapun saya siarkan dulu artikel mengenai Wahhabi supaya masyarakat lebih faham bahaya fahaman Wahhabi ini.

Malang, masih ramai dalam masyarakat yang tidak mengetahui tentang bahaya Wahhabi, peranannya memesongkan akidah umat Islam, merosakkan perpaduan umat Islam dengan mengkafirkan dan membidaahkan amalan ugama hanya berdasarkan perkara cabang kecil dalam Islam (furuk) seperti yang telah diterangkan dalam beberapa artikel Wahhabi terdahulu dalam blog ini.

Pada waktu ini saya amat berharap umat Islam di Malaysa faham bahawa penahanan dan selanjutnya pendakwaan Dr Asri bukan dibuat atas sebab politik. Malah yang mengarahkan / tandatangan penanahannya tempoh hari adalah Hassan Ali!

BERLAPANG DADALAH DAN LIHATLAH SEBAB MUSABAB KENAPA DR ASRI DI DAKWA OLEH JAIS-BERILAH JAIS PELUANG UNTUK MENJALANKAN TUGAS- BEBAS DARI POLITIK, BEBAS DARI TEKANAN!

Tuesday, November 3, 2009

Lihat dari sudut hikmah apa yang berlaku dalam PAS dan penahanan Dr Asri

Lewat ini terlalu banyak berita yang masuk, namun tak sempat dikomen oleh penulis. Bagaimanapun ada hikmahnya kerana dari situ, rupanya ada jaringan dan kaitan antara sesuatu peristiwa yang terjadi dengan peristiwa lain. Seolah - olah Allah ingin memberi petunjuk kepada hambaNya yang sering berdoa agar diberikan petunjuk ke arah jalan yang benar, jalan addin yang diredhai Allah.


......................................................................................

Mengenai penahanan Datuk Asri (MAZA)



Saya pernah terbaca dalam ruangan bicara MAZA tentang doanya yang memohon Allah agar tidak menjadikan lidahnya kelu sehingga tak dapat berkata-kata, agar akalnya tidak tumpul dan agar tangannya tidak kekok bila memegang kalam.



Mungkin sebenarnya doa beliau telah dimakbulkan Allah. Bagaimanapun hambaNya yang terpilih akan senantiasa diuji, kerana ujian menaikkan martabat seseorang. Mungkin juga Allah ingin menyucikannnya kerana ada tugas yang lebih penting yang akan di bawa oleh MAZA.



Oleh itu nasihat saya kepada MAZA agar muhasabah diri, dan jika fahaman atau amalan yang dibawa menyebabkan MAZA ditahan oleh JAIS, maka berjumpalah dengan alim ulama yang arif untuk membetulkan mana mana yang patut.



Saya difahamkan bahawa beberapa alim ulama sudah bersedia untuk berbicara secara intektual dengan MAZA, bagaimanapun usaha murni itu dipatahkan oleh JAIS yang menahan MAZA dan menyebabkan isu ini di gembar gemburkan.



MAZA banyak jasanya dalam usaha menyatupadukan umat Islam di Malaysia, mungkin ada peranan dan bahagian yang lebih besar yang diperuntukkan Allah kepada MAZA di kemudian hari kelak, setelah selesai isu ini.



..............................................................................................

PAS tidak maksum dan ada ancaman besar dalam PAS-iaitu fahaman Wahhabi



Umum mengetahui bahawa institusi pondok di Kelantan tidak mendapat sokongan dari kepimpinan PAS kelantan. Disebabkan segala urusan ugama Islam adalah di bawah Kerajaan Kelantan yang memerintah, maka senang dikatakan kepimpinan PAS Kelantan tidak senang dengan institusi pondok yang banyak melahirkan ulama terkenal di nusantara.


Terbaharu, usaha menempatkan orang PAS dalam institusi ini berjaya bilamana KUIS diketuai oleh Johari Baharum. Siapa orang ini dan apa peranannya, apa kaiatnnya dengan PAS dan Wahhabi boleh dibaca dalam artikel Melayu Lupa Lagi-Institusi Pondok Di Bawah Pemerhatian PAS.


Menyedihkan, menurut artikel itu lagi bila beberapa kertas kerja yang dibentang dalam sebuah seminar di sebuah IPT di Selangor jelas menunjukkan fahaman waahabi dan cuba menyamakan dengan fahaman Imam Syafie kita.



Rujuk sini
http://melayulupalagi.blogspot.com/2009/09/institusi-pondok-dalam-pemerhatian.html

Menurut artikel itu lagi, 2 tokoh lain dalam PAS iaitu Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang juga adalah Wahhabi berdasarkan tindak tanduk mereka mengkafirkan orang Islam dan menyamakan Allah dengan sifat manusia iaitu samseng dan mencarut. Ini jelas amat bertentangan dengan sifat 20 Allah yang mana kita pelajari dan dijadikan pegangan Tauhid umat Islam.

.............................................................................................

Benteras Fahaman Wahhabi tanpa mengira parti

Oleh itu saya ingin menyeru semua umat Islam agar bertenang. Ambil peristiwa ini sebagai iktibar. Kepada semua Jabatan Ugama Negeri saya meminta supaya tindakan di ambil ke atas semua ular-mak termasuk mereka di dalam PAS tanpa mengira parti!

...................................................................................................

Apa kaitan kebangkitan Islam dengan batu bersurat di Terengganu?

Islam di akhir zaman diberitakan akan bangkit dari Malaysia. Walaupun Kelantan terkenal dengan institusi pondoknya yang telah melahirkan banyak ulama terbilang tapi Batu bersurat yang diberitakan ditulis oleh seorang alim terletak di Terengganu.

Kejadian beberapa hari ini membuatkan saya terfikir...adakah Terengganu yang akan dipilih sebagai negeri penggerak kebangkitan ugama Islam di MALAYSIA dan Nusantara?

Fikir fikirkan kenapa Terengganu yang dipilih dan bukannya Kelantan. Mungkin bagi mereka yang punya matahati telah dapat petunjuk dari beberapa peristiwa yang berlaku ke atas umat Islam dan PAS lewat ini mengenai perkara tersebut?