Showing posts with label terengganu. Show all posts
Showing posts with label terengganu. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Bola sepak- Bila penyu naik ke darat dan kijang tenggelam di lautan

Saya baru balik dari menziarah makam para wali yang mengembangkan ugama Islam dan menegakkan syiar Islam di Semenanjung Tanah Melayu.

Banyak pengorbanan yang mereka lakukan untuk memastikan Islam tertegak di Nusantara dan Qatrul Jawi ini.

Sesungguhnya kesah perjuangan mereka wajar diketahui umat Islam hari ini dan akan saya upload gambar gambar dan kesah mereka nanti.

Mungkin juga petunjuk Illahi maka semalam kita digegarkan dengan berita bola sepak. Bagi mata yang memandang selapis berita mungkin ia hanya berita sukan. Tapi bagi saya yang suka menyelak di sebalik lapisan luar sesuatu kejadian, gerak hati saya melihat sesuatu fenomena-ia seperti paparan  keadaan masakini  generasi muda  umat Islam di Qatrun Jawi yang telah diIslamkan 539 tahun dulu  oleh wali wali besar yang terdiri dari kalangan ahlul bait;

Berita lanjut boleh kita  rujuk di Utusan Malaysia- Sukan

Cukuplah gambar menjadi bukti. Sesungguhnya Allah tidak izinkan kemenangan ke atas Kelantan semalam- sedeh melihat  ramai gadis Kelantan yang memakai "baju seperti nak ke Lorong Belakang " seperti yang pernah didedahkan Syeikh Kickdefella. Inilah bukti  20 tahun PAS  melaungkan perjuangan Islam  tetapi jatidiri orang Islam Kelantan makin menjauh dari Islam? Apa yang tak kena dengan Islam cara PAS? Bagi pejuang Islam ASWJ mereka  mengenal kenapa Wahhabi ditubuhkan, siapa di belakang Wahhabi  dan bagaimana  Wahhabi disebarkan melalui politik  sehingga dicabut jati diri orang Melayu Islam di Malaysia. Gambar ini diambil dari  lensa Musang Teknologi Trg dan inilah gambaran generasi anak muda di 2 negeri berdekatan- renungkan dengan matahati


Gadis Terengganu maseh bersopan


Sejak bila Red Warrior jadi Red Female Devil?


Bendera Kelantan bukan diletak di ponggong Adekku

Kenyataan Penyokong Kelantan

Kenyataan Penyokong Terenggaunu


Allah memenangkan orang yang mengingatiNya- alhamdulillah dalam gambar ini tak ada 2 imam-semoga Islam menjadi titik tolak perpaduan dan bukan dipecahkan kerana politik

Lagi penyokong Teremgganu mendirikan solat


Yang ini bukan provokasi mana mana pehak luar- tapi dari penyokong Kelantan sendiri

 Terengganu Soccer club

Friday, August 13, 2010

Tongkat dari Terengganu ke Brunei?

Saya mendapat beberapa pertanyaan mengenai tongkat yang digunakan dalam cerita wali dalam artikel terdahulu di sini http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/04/minyak-di-brunei-kesah-teladan-untuk.html

                      Tongkat yang digunakan untuk memacak di bumi bagi mendapat rezeki kurnian Allah 

Sejarah  tongkat


Tongkat ini di katakan dihadiahkan Tok Ku Tuan Besar ayahanda Tok Ku Paloh semasa Pengiran ke Terengganu. Waktu itu Brunei telah kehabisan sumber akibat perang saudara  yang memakan masa 10 tahun.


Tongkat ini digunakan Pengiran untuk memacak-macak di bumi dimana diyakini ada hasil bumi iaitu Petroleum, Bagaimanapon ianya disertai dengan amalan yang mengikuti syarie dan menggunakan doa dan dzikir dalam Al Quran. Orang yang memacakkan tongkat itu pula ialah orang yang alim dan warak. Diberitakan bahawa Sultan Brunei ketika itu telah menjemput sebanyak 7 orang alim ulama yang bertaraf wali untuk menetap dan beramal ibadah di negara tersebut ...

Hubungan Brunei-Terengganu

Sultan Brunei adalah dari juraian keturunan Ketua Wali 7 di Malaysia, iaitu Syeikh Jamaluddin Al Kubra. Baginda adalah keturunan Rasulullah (ahlul bayt) yang diberitakan  singgah menetap seketika di beberapa tempat di Nusantara dari Champa dan Kelantan Tua (Bukit Panau dan Kampung yang ditenggelami air dan dikenali sebagai Danau Tok Uban) sebelum akhirnya menetap di Jawa, Indonesia.
                         Masjid Kampung Laut Kelantan-di bina oleh Syeikh Jamaludin Al Kubra

                                                    Makam Syeikh Jamaludian Al Kubra di Mojokerto, Jawa, Indonesia


Dengan Izin Allah,  doa para wali, penduduk Brunei   dan Sultan yang senantiasa berpegang kepada ajaran Islam, maka terbukalah  pintu rezeki dari perut bumi ......keluarnya emas hitam bagi Brunei pada tahun 1926, iaitu 15 tahun lamanya terlewat dari tarikh keluarnya emas hitam (petroleum) dari perut bumi di Miri , Sarawak.

Semoga Rakyat dan  Sultan Kingdom of Brunei masih beriman dan bertaqwa ...


Seterusnya bersyukur dengan melimpahkan keberkatan itu tadi samada bentuk zakat atau sadakah kepada masayarakat sekitar dari Sabah dan Serawak selain dari Brunai sendiri termasuklah wilayah di bawah kesultanan Sulu yang lepas kerana mereka adalah persaudaraan Islam.

Sumber,
-Catatan Si Merah Silu
-The Brunei Post-sejarah minyak dijumpai di Brunei
-Suluk D'Borneo-gambar tongkat
-Catatan Belia Watan Waja mengenai Tok Ku Paloh dan keturunan Tok Ku Paloh  di Terengganu

Friday, December 4, 2009

BATU BERSURAT TERENGGANU-BUKTI HUKUM ISLAM DAN PERADABAN MELAYU DI SEMENANJUNG TANAH MELAYU

MakM
MENGENAI PENULIS BATU BERSURAT TERENGGANU

Penulis Batu Bersurat dipercayai Syarif Muhammad Al-Baghdadi, SULTAN BAGHDAD, IRAQ, yang turun takhta kerana nak berdakwah!
)Bandingkan dengan sesetengah pemimpin politik yang ada di Malaysia sekarang DAN IKHLASKAH MEREKA BERDAKWAH MELALUI POLITIK?

Beliau diberitakan sebagi Sultan Bahgdad yang turun takhta untuk berdakwah!)

    Makam baginda terletak kira-kira 15 km dari Bandar Kuala Berang, di tebing sebelah kiri ke Empangan Kenyir tidak jauh bersetentangan dengan Batu Belah. Beliau berasal dari Negeri Arab (sekarang Iraq) dan dipercayai pendakwah Islam yang awal di Daerah Hulu Terengganu. Beliau juga merupakan moyang kepada Tok Pulau Manis ( Syeikh Abdul Malek bin Abdullah )

BACALAH PENERANGAN SETERUSNYA MENGENAI BATU BERSURAT TERENGGANU


    Pada Tahun 1887, Batu Bersurat telah dijumpai di kawasan Padang Tara, ditepi Sungai Tara, di kampung Buloh, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kemudian pada tahun 1902, batu ini dijumpai pula oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan di bahagian tangga surau Kampung Buloh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya.

    Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya di atas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah dipersembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abdidin III dan kemudian batu itu diletakkan di atas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan.

    Batu ini ditulis di dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 hijrah. Tulisan pada batu ini menerangkan, Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan-kenyataan palsu beserta dengan hukuman mengikut taraf seseorang.

    Pada tahun 1923, batu ini telah dihantar ke Muzium Singapura dengan jalan pinjaman. Apabila Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, Batu Bersurat tersebut telah dibawa ke Kuala Lumpur sebagai pinjaman dari Muzium Raffles Singapura.

    Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jumaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

    Pada 6 Julai 1991, jam 9.30 pagi suatu upacara penyerahan kembali Batu Bersurat kepada Kerajaan Negeri Terengganu telah berlangsung di Dewan Perjanjian, Tingkat 18, Wisma Darul Iman di antara Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Encik Ismail bin Adam dengan Kerajaan Negeri Terengganu kepada YAB. Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu.

    Batu ini merupakan sebuah peringatan berbahasa Melayu yang terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan dengan pengistiharaan Agama Islam sebagai agama rasmi dan Undang-Undang Islam.

    Memorial Batu Bersurat terletak di Kampung Buluh, Hulu Terengganu . Ia dibangunkan sebagai suatu Peringatan tempat penemuan Batu Bersurat. Batu Bersurat ini merupakan bukti tertulis tentang pengistiharaan Islam sebagai agama rasmi bagi Negeri Terengganu malahan di Semenanjung Malaysia.

    Memandangkan tempat ini merupakan tapak yang begitu penting dalam pensejarahan negeri dan negara, adalah wajar ianya dibangunkan dan dijadikan sebagai suatu tempat kajian dan kunjugan penduduk negeri ini khasnya dan pelancong-pelancong amnya.

    Adalah diharapkan dengan adanya Memorial ini lebih ramai pengkaji-pengkaji, peminat-peminat sejarah dan pelancong-pelancong akan berkunjung ke sini untuk melihat keadaan persekitaran tempat yang penting ini, disamping dapat membaca keterangan dan kenyataan yang terkandung pada Batu Bersurat.

    Memorial ini direkabentuk empat persegi sama seluas 11400cm x 11400cm dan bertingkat tiga belas (13) termasuk replika Batu Bersurat yang melambangkan Rukun Iman dan jumlah daerah di Negeri Terengganu. Bahan binaannya terdiri daripada batu granite biasa dan granita hitam. Memorial ini dirasmikan oleh YAB. Dato' Sri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, Menteri Besar Terengganu pada 13 April, 1992.


Tuesday, November 3, 2009

Lihat dari sudut hikmah apa yang berlaku dalam PAS dan penahanan Dr Asri

Lewat ini terlalu banyak berita yang masuk, namun tak sempat dikomen oleh penulis. Bagaimanapun ada hikmahnya kerana dari situ, rupanya ada jaringan dan kaitan antara sesuatu peristiwa yang terjadi dengan peristiwa lain. Seolah - olah Allah ingin memberi petunjuk kepada hambaNya yang sering berdoa agar diberikan petunjuk ke arah jalan yang benar, jalan addin yang diredhai Allah.


......................................................................................

Mengenai penahanan Datuk Asri (MAZA)



Saya pernah terbaca dalam ruangan bicara MAZA tentang doanya yang memohon Allah agar tidak menjadikan lidahnya kelu sehingga tak dapat berkata-kata, agar akalnya tidak tumpul dan agar tangannya tidak kekok bila memegang kalam.



Mungkin sebenarnya doa beliau telah dimakbulkan Allah. Bagaimanapun hambaNya yang terpilih akan senantiasa diuji, kerana ujian menaikkan martabat seseorang. Mungkin juga Allah ingin menyucikannnya kerana ada tugas yang lebih penting yang akan di bawa oleh MAZA.



Oleh itu nasihat saya kepada MAZA agar muhasabah diri, dan jika fahaman atau amalan yang dibawa menyebabkan MAZA ditahan oleh JAIS, maka berjumpalah dengan alim ulama yang arif untuk membetulkan mana mana yang patut.



Saya difahamkan bahawa beberapa alim ulama sudah bersedia untuk berbicara secara intektual dengan MAZA, bagaimanapun usaha murni itu dipatahkan oleh JAIS yang menahan MAZA dan menyebabkan isu ini di gembar gemburkan.



MAZA banyak jasanya dalam usaha menyatupadukan umat Islam di Malaysia, mungkin ada peranan dan bahagian yang lebih besar yang diperuntukkan Allah kepada MAZA di kemudian hari kelak, setelah selesai isu ini.



..............................................................................................

PAS tidak maksum dan ada ancaman besar dalam PAS-iaitu fahaman Wahhabi



Umum mengetahui bahawa institusi pondok di Kelantan tidak mendapat sokongan dari kepimpinan PAS kelantan. Disebabkan segala urusan ugama Islam adalah di bawah Kerajaan Kelantan yang memerintah, maka senang dikatakan kepimpinan PAS Kelantan tidak senang dengan institusi pondok yang banyak melahirkan ulama terkenal di nusantara.


Terbaharu, usaha menempatkan orang PAS dalam institusi ini berjaya bilamana KUIS diketuai oleh Johari Baharum. Siapa orang ini dan apa peranannya, apa kaiatnnya dengan PAS dan Wahhabi boleh dibaca dalam artikel Melayu Lupa Lagi-Institusi Pondok Di Bawah Pemerhatian PAS.


Menyedihkan, menurut artikel itu lagi bila beberapa kertas kerja yang dibentang dalam sebuah seminar di sebuah IPT di Selangor jelas menunjukkan fahaman waahabi dan cuba menyamakan dengan fahaman Imam Syafie kita.



Rujuk sini
http://melayulupalagi.blogspot.com/2009/09/institusi-pondok-dalam-pemerhatian.html

Menurut artikel itu lagi, 2 tokoh lain dalam PAS iaitu Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang juga adalah Wahhabi berdasarkan tindak tanduk mereka mengkafirkan orang Islam dan menyamakan Allah dengan sifat manusia iaitu samseng dan mencarut. Ini jelas amat bertentangan dengan sifat 20 Allah yang mana kita pelajari dan dijadikan pegangan Tauhid umat Islam.

.............................................................................................

Benteras Fahaman Wahhabi tanpa mengira parti

Oleh itu saya ingin menyeru semua umat Islam agar bertenang. Ambil peristiwa ini sebagai iktibar. Kepada semua Jabatan Ugama Negeri saya meminta supaya tindakan di ambil ke atas semua ular-mak termasuk mereka di dalam PAS tanpa mengira parti!

...................................................................................................

Apa kaitan kebangkitan Islam dengan batu bersurat di Terengganu?

Islam di akhir zaman diberitakan akan bangkit dari Malaysia. Walaupun Kelantan terkenal dengan institusi pondoknya yang telah melahirkan banyak ulama terbilang tapi Batu bersurat yang diberitakan ditulis oleh seorang alim terletak di Terengganu.

Kejadian beberapa hari ini membuatkan saya terfikir...adakah Terengganu yang akan dipilih sebagai negeri penggerak kebangkitan ugama Islam di MALAYSIA dan Nusantara?

Fikir fikirkan kenapa Terengganu yang dipilih dan bukannya Kelantan. Mungkin bagi mereka yang punya matahati telah dapat petunjuk dari beberapa peristiwa yang berlaku ke atas umat Islam dan PAS lewat ini mengenai perkara tersebut?