Showing posts with label Sukan.. Show all posts
Showing posts with label Sukan.. Show all posts

Monday, June 13, 2011

Bola sepak- Bila penyu naik ke darat dan kijang tenggelam di lautan

Saya baru balik dari menziarah makam para wali yang mengembangkan ugama Islam dan menegakkan syiar Islam di Semenanjung Tanah Melayu.

Banyak pengorbanan yang mereka lakukan untuk memastikan Islam tertegak di Nusantara dan Qatrul Jawi ini.

Sesungguhnya kesah perjuangan mereka wajar diketahui umat Islam hari ini dan akan saya upload gambar gambar dan kesah mereka nanti.

Mungkin juga petunjuk Illahi maka semalam kita digegarkan dengan berita bola sepak. Bagi mata yang memandang selapis berita mungkin ia hanya berita sukan. Tapi bagi saya yang suka menyelak di sebalik lapisan luar sesuatu kejadian, gerak hati saya melihat sesuatu fenomena-ia seperti paparan  keadaan masakini  generasi muda  umat Islam di Qatrun Jawi yang telah diIslamkan 539 tahun dulu  oleh wali wali besar yang terdiri dari kalangan ahlul bait;

Berita lanjut boleh kita  rujuk di Utusan Malaysia- Sukan

Cukuplah gambar menjadi bukti. Sesungguhnya Allah tidak izinkan kemenangan ke atas Kelantan semalam- sedeh melihat  ramai gadis Kelantan yang memakai "baju seperti nak ke Lorong Belakang " seperti yang pernah didedahkan Syeikh Kickdefella. Inilah bukti  20 tahun PAS  melaungkan perjuangan Islam  tetapi jatidiri orang Islam Kelantan makin menjauh dari Islam? Apa yang tak kena dengan Islam cara PAS? Bagi pejuang Islam ASWJ mereka  mengenal kenapa Wahhabi ditubuhkan, siapa di belakang Wahhabi  dan bagaimana  Wahhabi disebarkan melalui politik  sehingga dicabut jati diri orang Melayu Islam di Malaysia. Gambar ini diambil dari  lensa Musang Teknologi Trg dan inilah gambaran generasi anak muda di 2 negeri berdekatan- renungkan dengan matahati


Gadis Terengganu maseh bersopan


Sejak bila Red Warrior jadi Red Female Devil?


Bendera Kelantan bukan diletak di ponggong Adekku

Kenyataan Penyokong Kelantan

Kenyataan Penyokong Terenggaunu


Allah memenangkan orang yang mengingatiNya- alhamdulillah dalam gambar ini tak ada 2 imam-semoga Islam menjadi titik tolak perpaduan dan bukan dipecahkan kerana politik

Lagi penyokong Teremgganu mendirikan solat


Yang ini bukan provokasi mana mana pehak luar- tapi dari penyokong Kelantan sendiri

 Terengganu Soccer club