Berikutan keputusan pilianraya Negeri Sarawak yang menunjukkan trend bipolar, iaitu Melayu dan Pribumi bersatu dan terus setia menyokong kerajaan negeri yang memerintah (walaupon banyak hak pribumi ditarek balik lebih dari di Semenanjung kerana nak memenangkan hati orang Cina) dan orang Cina yang diberi keutamaan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, politik ekonomi dan sosial negeri Sarawak tapi makin hebat menyokong pembangkang kerana matlamat Cina-raya, maka PERKASA mewakili kaum Melayu dan Pribumi Sarawak MENUNTUT balik hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutaan dan pernah dijuangkan dengan gigih oleh Ketua Menteri Sarawak yang pertama Stephen Kalong Ningkan.
Hak tersebut termasuk perlindungan yang sewajarnya diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam ekonomi (LAD dan PKK-hak kontraktor bumiputera dengan penubuhan Pusat Khidmat Kontraktor dna LAD yang khas memberi projek kepada kontraktor kelas F), dalam pendidikan
(dengan kemasukan mudah pelajar pribumi Sarawak ke dalam IPTA).
Sewajarnya tuntutan PERKASA Sarawak dalam bidang ekonomi dipertimbangkan kerana hak pengagihan kekayaan negeri/negara telah dibuat dalam dasar Afirmatif DEB dan DEN. BagaimanaPon di Sarawak pelaksanaannnya tidak berjaya kerana selama ini Kerajaan Negeri telah mengutamakan kaum Cina. Oleh itu cara terbaik mengimbanginya ialah melaksanakan kembali dasar afirmatif yang telah menjadi polisi negara dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Berkenaan dengan hak pribumi memasuki IPTA (university) dengan lebih mudah ia telah dilaksanakan di Canada dan Malaysia. Umum mengetahui kelayakan masuk university di Ontario, British Columbia dan Montreal, iaitu province yang maju ialah setelah lulus dengan cemerlang dalam Grade 13. Tapi bagi negeri Prairie seperti Alberta dan Saskatchewan kelayakan masuk unvesity ialah satu tahap lebih rendah pada Grade 12. Ini membolehkan pelajar yang menghadapi kekangan perhubungan dan kemudahan mendapat pendidikan asas tahun terakhir di university sendiri! Sarawak dan Sabah sebagai negeri yang luas dan menghadapi kekangan sistem jaringan jalanraya wajar dimudahkan kemasukan ke university . Dan di Malaysia sendiri telah terdiri maktab dan pusat matrikulasi bagi persediaan pra university. Sewajarnya bilangan pelajar dari Sarawak dan Sabah ditambah di pusat matrikulasi ini!
Adalah diharap pelasanaan dan PEMANTAUAN dasar Afirmati di duan negerii ni dapat memangkin pengagihan kekayaan neger dan negera yan lebih SAKSAMA dan ADIL!
Petikan kenyatan PERKASA Sarawak
------------------------------------------
PERKASA Negeri Sarawak amat bersedih dan kecewa kerana pengorbanan kaum pribuumi (Bumiputera) Sarawak yang telah selama ini bertolak ansur utk membenarkan "Gagasan Transformasi 1 Malaysia" di jayakan walaupun telah membenam hak keistimewaan Pribumi untuk disamaratakan dengan kaum bukan Bumiputera.
Sebagai contoh yang mudah, baru2 ini Kerajaan telah menarik balik Peruntukan Pengecualian "Liquidated Acertained Damages (LAD)" untuk kontraktor kaum Bumiputera yang telah dimansuhkan tanpa berunding oleh Kementerian Kewangan.
Kerajaan pula mengikut telunjuk tuntutan ahli korporat kaum Cina untuk menghapus peranan pokok Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) tidak lama lagi. Padahal itu sahaja yang tinggal untuk menjaga kepentingan kontraktor Bumiputera walaupun telah tegas di tentang hebat oleh Kesatuan2 Bumiputera.
Nampaknya majoriti besar pengundi kaum Cina hanya memperalatkan pemimpin2 BN mereka untuk mengambil kesempatan terhadap keiklasan Kerajaan BN asalkan mreka dapat menuntut hak kesamarataan dengan kaum Bumiputera.
Padahal "JELAS dan TERBUKTI" kaum Cina telah menolak BARISAN NASIONAL dan Gagasan Transformasi 1Malaysia yang diilhamkan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak pada Pilihanraya DUN ke 10.
Saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia merangkap Yang Di Pertua Perkasa Cawangan Sarawak ingin mendesak Kerajaan BN Pusat dan Negeri supaya memulangkan kembali hak dan peruntukan keistimewaan Bumiputera mengikut petuntukan Perlembagaan Malaysia.
Jangan keterlaluan "melayan tuntutan kaum Cina" yang sanggup membalas "SUSU dengan TUBA".
Semenjak PERKASA dilancarkan di Sarawak ia tidak pernah mempersoalkan sebarang tuntutan kaum Cina demi menghormati Gagasan 1Malaysia dan demi keharmonian Negeri Sarawak dengan memberi pengorbanan dan toleransi yang amat tinggi dalam hal ini.
Pakatan Rakyat lebih2 lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kami Pribumi Sarawak menidakan semua tuntutan Kaum Cina.
Inilah al Kisah keputusan Pilihanraya DUN Sarawak ke 10 yang PRIBUMI ibaratkan seperti "membela buaya yang dalam kekeyangan pun akan mengigit tuannya".
Oleh demikian PERKASA SARAWAK memohon supaya Pribumi Sarawak harus diberi semua tuntutan Mereka seperti berikut:-
1. Mengembalikan Hak Keistimewaan Bumiputera yang Termaktub didalam Perlembagaan Malaysia yang di antaranya adalah:-
i) Kerajaan BN Pusat dan Negeri hendaklah "Mengkhaskan satu dasar khusus utk Bumiputera Sarawak Dan Sabah sbg satu "Tindakan Affirmatif" yg lebih berkesan mengantikan "Dasar Ekonomi Baru" supaya segera dapat meningkatkan Ekonomi Bumiputera dgn perlu dipantau Kesatuan2 Bumiputera.
ii) Merealisasikan Hak Kaum Bumiputera yang bukan beragama Islam utk bebas mengamalkan Agama mereka sama seperti mereka yang juga akan menghormati Agama Islam sbg Agama Rasmi Negara.
2. Menuntut supaya semua Rakyat Prbumi perlu menikmati Kemudahan Asas seperti Api, Air dan Klinik.
3. Menuntut Biasiswa Automatik kpd anak2 bumiputera di Sarawak dan Sabah yg mencapai kelulusan minima utk memasuki Kolej Dan Universiti.
4. Memberi kelonggaran khusus kpd Kaum Bumiputera utk memasuki IPTA dalam semua Jurusan kritikal.
5. Mempastikan pengagihan Projek dan Kontrak kpd Kontraktor dan Syarikat bumiputera dilakukan dgn telus dan berkesan dgn membenarkan Kesatuan2 memantaunya.
Barisan Nasional harus kekalkan Simpanan Tetapnya ("Fixed Deposit") Di Sarawak yg tidak boleh sesiapa lagi menganggu gugat atau mempertikaikannya.
Perkasa mengucapkan " Syabas dan Tahniah" kepada PRIBUMI SARAWAK dan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak dibawah kepimpinan YAB Pehin Sri Hj. Abdul Taib bin Mahmud dan Barisan Wakil Rakyatnya yang telah memenangi DUN masing2 dengan Cemerlangnya.
Semoga Allah merahmati Pemimpin dan Rakyat Pribumi Negeri Sarawak utk terus Maju Kehadapan. Terima Kasih
Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari
Naib Presiden Perkasa merangkap
Yang Di Pertua,
Pertubuhan Pribumi Perkasa Cawangan Negeri Sarawak.
Sumber- The Unspinners
latest affair, history, culture, politics, economy, spirituality, wellbeing, the feel good blog
Showing posts with label DEN. Show all posts
Showing posts with label DEN. Show all posts
Saturday, April 23, 2011
Thursday, April 21, 2011
Social Time Bomb- Semakin menurun pemilikan equity orang Melayu kerana DAP
Sebelum PRU12, maklumat oleh Dewan Perniagaan Melayu (Bumiputera) Malaysia (DPMM) menunjukkan bahawa pemilikan equity (pemilikan saham, pengurusan dan pengagihan participation Bumiputera dalam syarikat yang mengambil bahagian dalam perniagaan) adalah di aras 19 peratus
Social engineering yang dibuat melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan disambung melalui Dasar Ekonomi Negara (DEN) kerana mahu mengimbangi pengagihan kekayaan negara kepada golongan majority dan pribumi iaitu Bumiputera.
Ini lantaran dasar pecah dan perintah British memastikan bahawa bumiputera kekal jadi petani, pesawah dan nelayan sementara Cina dimasukkan ke dalam golongan peniaga dan India pula dikelkalkan di ladang-ladang
Setelah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, satu dasar mengagihkan kekayaan negara yang lebih saksama dibuat melalui Dasar Ekonomi Baru. Malah dasar ini dan kesinambungannya Dasar Ekonomi Negara menyelamatkan negara dari keadaan huru hara dan rusuhan kaum seperti yang berlaku di Indonesia, atau keadaan huru hara di merata negara ASEAN yang lain seperti Filipina dan Thailand pada tahun 1998 (semasa krisis Matawang yang berpunca dari Thailand dan merebak ke seluruh dunia).
Kini setelah DAP memerintah 2 negeri bread-basket iaitu Penang dan Selangor, Melayu semakin miskin. Ini kerana DEN telah disabotaj dan peluang perniagaan kepada syarikat Bumiputera (kontraktor kelas F) telah dirampas oleh DAP.
Dan kematian Teoh Beng Hock sebenarnya kerana mahu menyelamatkan rahsia DAP dari terkeluar ke pengetahuan umum. Taktik melewatkan perbicaraan kes TBH melalui satu Suruhanjaya selepas Suruhanjaya hanyalah untuk mengabui mata masyarakat. Kepada umat Islam dan pribumi yang menyokong DAP/PKR & PAS selama ini sedarlah, anda dipergunankan untuk merosakkan kestabilan negara dalam jangka masa panjang.
Excerp Utusan hari ini-
Beng Hock risau disiasat
Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 20 April - Seorang kontraktor, Lee Wye Wing didakwa memperoleh kebanyakan projek kecil bagi kawasan Dewan Undangan (DUN) Negeri Seri Kembangan dan Kampung Tunku yang sepatutnya diberi kepada kontraktor bumiputera dengan bantuan anak saudaranya, Lee Khee Heong.
Peguam yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah turut mendakwa saksi itu mempergunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera bagi memperoleh projek tersebut sedangkan keuntungan diperoleh syarikatnya.
Sementara Teoh Beng Hock pula turut memainkan peranan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada ketuanya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.
''Faktor-faktor bahawa Khee Heong kenal pihak atasan DAP, orang yang sama dapat kontrak, kontraktor sebenar hanya mendapat bahagian yang sedikit dan sebahagian wang disalurkan kepada DAP cukup untuk menyebabkan Beng Hock risau akan disiasat dan menjadi saksi,'' kata Muhammad Shafee pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock di sini, hari ini.
Wye Wing yang dihalang oleh pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen daripada membuat tanggapan bahawa Beng Hock terjun dari tingkat 14, Plaza Masalam disebabkan faktor tersebut bagaimanapun mengaku kebanyakan daripada projek kecil diberikan kepada syarikatnya dengan menggunakan nama syarikat bumiputera.
Beliau turut mengaku dia dan Khee Heong yang juga bekas setiausaha politik pada pemimpin DAP adalah merupakan penyelaras projek memainkan peranan penting dalam mendapatkan projek tersebut manakala peranan isterinya hanya menandatangani cek.
''Semua kontrak diperoleh melalui kontraktor kelas F iaitu syarikat-syarikat bumiputera tetapi kerja-kerja dilakukan oleh syarikat saya. Saya tiada pilihan kerana projek kecil memerlukan kontraktor kelas F yang hanya terbuka untuk bumiputera sahaja.
''Syarikat-syarikat bumiputera turut mendapat bantuan pendahuluan daripada DAP tetapi mereka tidak tahu mengenai projek yang dijalankan kerana saya yang mengawal akaun syarikat,'' jelasnya.
Syarikat bumiputera tersebut adalah MKMN Enterprise, MA Bina Melur Enterprise, Fizami Constructions dan Aris Enterprise yang mana sebut harga mereka yang disediakan oleh Wye Wing dijumpai dalam komputer riba Beng Hock.
Berhubung senarai sebut harga tersebut, Wye Wing memberitahu, beliau menghantar kesemua draf tersebut melalui e-mel untuk disemak oleh Beng Hock dan berbincang mengenai harga kerana tahu projek tersebut akan diperoleh syarikatnya.
Dalam keterangan hari ini, Wye Wing yang mengaku dua syarikat WSK dan Hon Chai menyalurkan setengah daripada bayaran projek kepada DAP bagaimanapun menafikan syarikat-syarikat itu milik parti politik tersebut.
Sementara itu, Cheng Yuen turut memaklumkan suruhanjaya yang sepatutnya berakhir 25 April ini dilanjutkan selama dua bulan lagi sehingga 25 Jun depan bagi meneruskan siasatan.
Katanya, perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui sepucuk surat kepada suruhanjaya selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Turut memberi keterangan dalam prosiding hari ini ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Supritendan (DSP) Kamaruddin Ismail berhubung laporan polis oleh suspek-suspek terhadap SPRM.
Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini akan bersambung esok.

Subscribe to:
Posts (Atom)