Showing posts with label DEB. Show all posts
Showing posts with label DEB. Show all posts

Friday, January 10, 2014

kisah si tanggang moden dalam Petronas -keluhan MTEM

Kenyataan Media ini dipetik dari Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bagi cluster industry Minyak dan Gas (Oil and Gas industry). Kita sedia maklum inisiatif mewujudkan Vendor di kalangan usahawan Bumiputera yang berkecimpung dalam industry ini kerana polisi Dasar Ekonomi Baru dan kesimabungannya Dasar Ekonomi Nasional. Namun yang merisaukan ialah wujudnya usaha sulit dalam PETRONAS untuk menggagalkan usaha ini dan Nampak jelas President dan CEO sekarang dicurigai kerana tindak tanduknya yang membiarkan keadaan jadi sedemikian. Baca Teks Ucapan untuk edaran akhbar dalam siding media di Bangsar 9 Januari 2014.


SIDANG MEDIA
MTEM MENGECAM TINDAKAN TERHADAP ROMBAKAN LEGASI PETRONAS DAN MENUNTUT AGAR TAN SRI SHAMSUL TAMPIL MENJAWAB PERSOALAN
Akhir-akhir ini semakin jelas kelihatan satu siri kempen yang disusun penuh teliti oleh Petronas bagi menenggelamkan isu-isu yang semakin banyak dibangkitkan. Mereka juga secara tiba-tiba begitu bermurah hati menganugerahkan kontrak-kontrak besar kepada syarikat Bumiputera terpilih. Walaupun langkah itu boleh dilihat sebagai pro-aktif, namun isu sebenar tidak pernah dijawab. Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mengutuk usaha ‘sulit’ oleh individu tertentu dalam Petronas untuk merombak dasar, personaliti dan keputusan pelaburan demi memenuhi matlamat peribadi dan keuntungan semata-mata. Spekulasi mula hangat apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Penasihat Petronas pada bulan lalu. Namun, YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak dengan pantas merayu agar Tun mempertimbangkan kembali keputusannya dan Tun Dr. Mahathir telah memberikan reaksi yang positif. Sebaliknya, Petronas mengambil tindakan berdiam diri dan kami dimaklumkan menerusi sumber yang boleh dipercayai bagaimana layanan buruk diberikan terhadap Tun Mahathir apabila pejabatnya di KLCC dikosongkan dalam tempoh 24 jam selepas peletakan jawatan tersebut. Adakah begini caranya Petronas membalas jasa negarawan yang telah meletakkan Petronas ke tahap Fortune 500 sedangkan sumbangannya selama 27 tahun memang tidak boleh disangkal sehingga hari ini? Adakah mereka terlalu gembira dengan ketiadaan Tun?

 Tun Dr. Mahathir tidak akan meletak jawatan sewenang-wenangnya, bahkan beliau seorang negarawan yang masih cergas berkongsi pengalamannya sama ada melalui pertemuan-pertemuan mahupun penulisannya. Pejabat Tun masih sibuk menerima kunjungan tetamu, namun Petronas sebaliknya dengan sombong melayan Tun dengan buruk sekali.

Walaupun Petronas merupakan syarikat yang ditubuhkan untuk kepentingan umum, kita tidak pernah mendapat akses kepada maklumat dan data berkaitan prestasi Petronas yang sebenar kerana ia adalah dokumen sulit. Lebih mencurigakan apabila Petronas mengambil pendekatan menjawab aduan dan kritikan, atau bertindak secara lebih progresif, Petronas lebih suka menjawab menggunakan kempen media melalui data-data yang menyebelahinya. Syarikat tersebut berterusan membisu walaupun diajukan pelbagai persoalan oleh MTEM. Antaranya kes pemberian kontrak bernilai RM10 billion kepada kontraktor Bumiputera sedangkan nilai belanjawan Petronas bernilai lebih RM300 billion, atau kes VDP Petronas yang telah menyusut daripada 79 kepada 9 buah sahaja sehingga tahun lalu. Disamping itu, Petronas cuma melantik 3 VDP baru semenjak diterajui oleh Tan Sri Shamsul, kes Bread Story dan nasi  lemak, laba yang berterusan untuk Technip dan Dialog, serta pelbagai masalah yang menghantui usaha Petronas di peringkat antarabangsa.

Budaya mengelak daripada menjawab soalan tidak berlaku kepada MTEM semata-mata, tetapi turut digunapakai apabila dipersoalkan oleh kerajaan mahupun pembangkang. Persoalan yang sama telah diajukan oleh perwakilan UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, tetapi tidak pernah mendapat maklum balas yang memuaskan daripada Petronas.

Pendek kata, walaupun Petronas cuba memaparkan kejayaan demi kejayaan, hakikatnya pemain industri dan pengguna sedang berada dalam situasi ekonomi yang amat sukar sekarang.

MTEM mendapati bagaimana Petronas secara tersembunyi menstruktur semula polisi-polisi penting semenjak teraju kepimpinannya diambilalih oleh Tan Sri Shamsul. Malangnya polisi yang telah diubah ini telah menyebabkan begitu ramai usahawan Petronas terkandas, sebaliknya peluang-peluang tersebut diraih oleh pelabur luar yang telah membentuk kerjasama dengan syarikat milik Petronas atas dasar perkongsian risiko. Segalanya terjadi melalui rombakan semula SWEC Codes (Standardised Works and Equipments Category) dan MTR (Minimum Technical Requirements). Selain daripada rombakan polisi, strategi pelaburan juga nampaknya sudah berpaling ke arah negara maju sekaligus melukakan perasaan sahabat-sahabat dari negara dunia ketiga yang telah dijalin sekian lama.

 Petronas bukan sekadar syarikat minyak dan gas biasa. Ia bukan hak milik Tan Sri Shamsul dan ahli lembaga pengarah yang lain, tetapi merupakan aset berharga yang dimilik oleh seluruh rakyat Malaysia. Petronas menyumbang sebegitu banyak keuntungannya demi membangun negara dan itu merupakan suatu tanggungajawab yang tidak perlu dipersoalkan lagi.

Sekiranya legasi baru atau impian memecahkan rekod keuntungan yang menjadi pendorong utama Tan Sri Shamsul, kita tetap mempertikai keupayaannya. Tan Sri Shamsul sebenarnya tidak pernah mewarisi kepincangan sebagaimana yang sering didakwa, tetapi mewarisi sebuah syarikat bertaraf Fortune 500, mewarisi tanggungjawab untuk berbakti kepada rakyat Malaysia dan bukan kepada para pelabur semata-mata. Tan Sri Shamsul perlu bertanggungjawab kepada tokoh-tokoh terdahulu yang telah membina landasan terbaik dan selesa buatnya. Negarawan dan tokoh korporat yang hebat seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Azizan Zainul Abidin, Tan Sri Hassan Merican bahkan Tun Dr Mahathir sendiri telah berjaya membuktikan kecemerlangan dan kesetiaan mereka kepada negara dan kepada Petronas. Legasi kecemerlangan berlaku secara berkesinambungan oleh tokoh-tokoh peneraju Petronas dan tidak pernah diputuskan.

Tan Sri Shamsul mendakwa bahawa beliau tidak pernah mengidamkan jawatan tertinggi Petronas. Barangkali mengenangkan betapa sukarnya memikul tanggungajwab sebaik tokoh-tokoh Petronas sebelum ini. Namun, apabila diteliti prestasi dan halatuju syarikat tersebut hari ini, mungkin ada baiknya Tan Sri Shamsul menolak pelawaan tersebut dahulu.

MTEM akan terus komited dalam memperjuangkan keresahan para pendokong Petronas yang sedang dirundung malapetaka ini serta suara masyarakat yang prihatin. Namun setiap kesabaran ada batasnya dan kita melihat semakin ramai mereka yang tampil kehadapan untuk bersuara. Tan Sri Shamsul harus berani tampil untuk menjelaskan pelan tindakan serta polisi Petronas yang wajib mendahulukan kebajikan warganegara Malaysia melebihi segala yang lain. Jika tidak mampu, beliau sewajarnya berundur.

Saturday, April 23, 2011

Pengajaran dari Sarawak- hakikat politik bipolar di Malaysia kini

Berikutan keputusan pilianraya Negeri Sarawak yang menunjukkan trend bipolar, iaitu Melayu dan Pribumi bersatu  dan terus setia menyokong kerajaan negeri yang memerintah (walaupon banyak hak pribumi ditarek balik lebih dari di Semenanjung kerana nak memenangkan hati orang Cina) dan orang Cina yang diberi keutamaan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, politik ekonomi dan sosial negeri Sarawak tapi makin hebat menyokong pembangkang kerana matlamat Cina-raya, maka PERKASA mewakili kaum Melayu dan Pribumi Sarawak MENUNTUT balik hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutaan dan pernah dijuangkan dengan gigih oleh Ketua Menteri Sarawak yang pertama Stephen Kalong Ningkan.

Hak tersebut termasuk perlindungan yang sewajarnya diberikan oleh Kerajaan Negeri dalam ekonomi (LAD dan PKK-hak kontraktor bumiputera dengan penubuhan Pusat Khidmat Kontraktor dna LAD  yang khas memberi projek kepada kontraktor kelas F), dalam pendidikan
(dengan kemasukan mudah pelajar pribumi Sarawak ke dalam IPTA).

Sewajarnya tuntutan PERKASA Sarawak dalam bidang ekonomi dipertimbangkan kerana  hak pengagihan kekayaan negeri/negara telah dibuat dalam dasar Afirmatif DEB dan DEN. BagaimanaPon di Sarawak pelaksanaannnya tidak berjaya kerana selama ini Kerajaan Negeri telah mengutamakan kaum Cina. Oleh itu cara terbaik mengimbanginya ialah melaksanakan kembali dasar afirmatif yang telah menjadi polisi negara dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Berkenaan dengan hak pribumi memasuki IPTA (university) dengan lebih mudah ia telah dilaksanakan di Canada dan Malaysia. Umum mengetahui kelayakan masuk university di Ontario, British Columbia dan Montreal, iaitu  province yang maju ialah setelah lulus dengan cemerlang dalam Grade 13. Tapi bagi negeri Prairie seperti Alberta dan Saskatchewan kelayakan masuk unvesity ialah satu tahap lebih rendah pada Grade 12. Ini membolehkan pelajar yang menghadapi kekangan perhubungan dan kemudahan mendapat pendidikan asas tahun terakhir di university sendiri! Sarawak dan Sabah sebagai negeri yang luas dan menghadapi kekangan sistem jaringan jalanraya wajar dimudahkan kemasukan ke university . Dan di Malaysia sendiri telah terdiri maktab dan pusat matrikulasi bagi persediaan pra university. Sewajarnya bilangan pelajar dari Sarawak dan Sabah ditambah di pusat matrikulasi ini!

Adalah diharap pelasanaan dan PEMANTAUAN dasar Afirmati di duan negerii ni dapat memangkin pengagihan kekayaan neger dan negera yan lebih SAKSAMA dan ADIL!

Petikan kenyatan PERKASA Sarawak
------------------------------------------
PERKASA Negeri Sarawak amat bersedih dan kecewa kerana pengorbanan kaum pribuumi (Bumiputera) Sarawak yang telah selama ini bertolak ansur utk membenarkan "Gagasan Transformasi 1 Malaysia" di jayakan walaupun telah membenam hak keistimewaan Pribumi untuk disamaratakan dengan kaum bukan Bumiputera.




Sebagai contoh yang mudah, baru2 ini Kerajaan telah menarik balik Peruntukan Pengecualian "Liquidated Acertained Damages (LAD)" untuk kontraktor kaum Bumiputera yang telah dimansuhkan tanpa berunding oleh Kementerian Kewangan.



Kerajaan pula mengikut telunjuk tuntutan ahli korporat kaum Cina untuk menghapus peranan pokok Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) tidak lama lagi. Padahal itu sahaja yang tinggal untuk menjaga kepentingan kontraktor Bumiputera walaupun telah tegas di tentang hebat oleh Kesatuan2 Bumiputera.



Nampaknya majoriti besar pengundi kaum Cina hanya memperalatkan pemimpin2 BN mereka untuk mengambil kesempatan terhadap keiklasan Kerajaan BN asalkan mreka dapat menuntut hak kesamarataan dengan kaum Bumiputera.



Padahal "JELAS dan TERBUKTI" kaum Cina telah menolak BARISAN NASIONAL dan Gagasan Transformasi 1Malaysia yang diilhamkan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak pada Pilihanraya DUN ke 10.



Saya selaku Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia merangkap Yang Di Pertua Perkasa Cawangan Sarawak ingin mendesak Kerajaan BN Pusat dan Negeri supaya memulangkan kembali hak dan peruntukan keistimewaan Bumiputera mengikut petuntukan Perlembagaan Malaysia.

Jangan keterlaluan "melayan tuntutan kaum Cina" yang sanggup membalas "SUSU dengan TUBA".

Semenjak PERKASA dilancarkan di Sarawak ia tidak pernah mempersoalkan sebarang tuntutan kaum Cina demi menghormati Gagasan 1Malaysia dan demi keharmonian Negeri Sarawak dengan memberi pengorbanan dan toleransi yang amat tinggi dalam hal ini.

Pakatan Rakyat lebih2 lagi DAP harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan oleh kaum Cina jika kami Pribumi Sarawak menidakan semua tuntutan Kaum Cina.

Inilah al Kisah keputusan Pilihanraya DUN Sarawak ke 10 yang PRIBUMI ibaratkan seperti "membela buaya yang dalam kekeyangan pun akan mengigit tuannya".

Oleh demikian PERKASA SARAWAK memohon supaya Pribumi Sarawak harus diberi semua tuntutan Mereka seperti berikut:-

1. Mengembalikan Hak Keistimewaan Bumiputera yang Termaktub didalam Perlembagaan Malaysia yang di antaranya adalah:-


i) Kerajaan BN Pusat dan Negeri hendaklah "Mengkhaskan satu dasar khusus utk Bumiputera Sarawak Dan Sabah sbg satu "Tindakan Affirmatif" yg lebih berkesan mengantikan "Dasar Ekonomi Baru" supaya segera dapat meningkatkan Ekonomi Bumiputera dgn perlu dipantau Kesatuan2 Bumiputera.

ii) Merealisasikan Hak Kaum Bumiputera yang bukan beragama Islam utk bebas mengamalkan Agama mereka sama seperti mereka yang juga akan menghormati Agama Islam sbg Agama Rasmi Negara.



2. Menuntut supaya semua Rakyat Prbumi perlu menikmati Kemudahan Asas seperti Api, Air dan Klinik.

3. Menuntut Biasiswa Automatik kpd anak2 bumiputera di Sarawak dan Sabah yg mencapai kelulusan minima utk memasuki Kolej Dan Universiti.

4. Memberi kelonggaran khusus kpd Kaum Bumiputera utk memasuki IPTA dalam semua Jurusan kritikal.

5. Mempastikan pengagihan Projek dan Kontrak kpd Kontraktor dan Syarikat bumiputera dilakukan dgn telus dan berkesan dgn membenarkan Kesatuan2 memantaunya.



Barisan Nasional harus kekalkan Simpanan Tetapnya ("Fixed Deposit") Di Sarawak yg tidak boleh sesiapa lagi menganggu gugat atau mempertikaikannya.



Perkasa mengucapkan " Syabas dan Tahniah" kepada PRIBUMI SARAWAK dan Kerajaan Barisan Nasional Negeri Sarawak dibawah kepimpinan YAB Pehin Sri Hj. Abdul Taib bin Mahmud dan Barisan Wakil Rakyatnya yang telah memenangi DUN masing2 dengan Cemerlangnya.



Semoga Allah merahmati Pemimpin dan Rakyat Pribumi Negeri Sarawak utk terus Maju Kehadapan. Terima Kasih



Abang Abdul Nasser bin Abang Hadari

Naib Presiden Perkasa merangkap

Yang Di Pertua,

Pertubuhan Pribumi Perkasa Cawangan Negeri Sarawak.
 
Sumber- The Unspinners

Thursday, April 21, 2011

Social Time Bomb- Semakin menurun pemilikan equity orang Melayu kerana DAP

Sebelum PRU12, maklumat oleh Dewan Perniagaan Melayu (Bumiputera) Malaysia (DPMM) menunjukkan bahawa pemilikan equity (pemilikan saham, pengurusan dan pengagihan participation Bumiputera dalam syarikat yang mengambil bahagian dalam perniagaan) adalah di aras 19 peratus

Social engineering yang dibuat melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan disambung melalui Dasar Ekonomi Negara (DEN) kerana mahu mengimbangi pengagihan kekayaan negara kepada golongan majority dan pribumi iaitu Bumiputera.

Ini lantaran dasar pecah dan perintah British memastikan bahawa bumiputera kekal jadi petani, pesawah dan nelayan sementara Cina dimasukkan ke dalam golongan peniaga dan India pula dikelkalkan di ladang-ladang

Setelah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, satu dasar mengagihkan kekayaan negara yang lebih saksama dibuat melalui Dasar Ekonomi Baru. Malah dasar ini dan kesinambungannya Dasar Ekonomi Negara menyelamatkan negara dari keadaan huru hara dan rusuhan kaum seperti yang berlaku di Indonesia, atau keadaan huru hara di merata negara ASEAN yang lain seperti Filipina dan Thailand pada tahun 1998 (semasa krisis Matawang yang berpunca dari Thailand dan merebak ke seluruh dunia).

Kini setelah DAP memerintah 2 negeri bread-basket iaitu Penang dan Selangor, Melayu semakin miskin. Ini kerana DEN telah disabotaj dan peluang perniagaan kepada syarikat Bumiputera (kontraktor kelas F) telah dirampas oleh DAP.

Dan kematian Teoh Beng Hock sebenarnya kerana mahu menyelamatkan rahsia DAP dari terkeluar ke pengetahuan umum. Taktik melewatkan perbicaraan kes TBH melalui satu Suruhanjaya selepas Suruhanjaya hanyalah untuk mengabui mata masyarakat. Kepada umat Islam dan pribumi  yang menyokong DAP/PKR & PAS selama ini sedarlah, anda dipergunankan untuk merosakkan kestabilan negara dalam jangka masa panjang.

Excerp Utusan hari ini-

Beng Hock risau disiasat


Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM


pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 April - Seorang kontraktor, Lee Wye Wing didakwa memperoleh kebanyakan projek kecil bagi kawasan Dewan Undangan (DUN) Negeri Seri Kembangan dan Kampung Tunku yang sepatutnya diberi kepada kontraktor bumiputera dengan bantuan anak saudaranya, Lee Khee Heong.

Peguam yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah turut mendakwa saksi itu mempergunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera bagi memperoleh projek tersebut sedangkan keuntungan diperoleh syarikatnya.

Sementara Teoh Beng Hock pula turut memainkan peranan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada ketuanya, ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

''Faktor-faktor bahawa Khee Heong kenal pihak atasan DAP, orang yang sama dapat kontrak, kontraktor sebenar hanya mendapat bahagian yang sedikit dan sebahagian wang disalurkan kepada DAP cukup untuk menyebabkan Beng Hock risau akan disiasat dan menjadi saksi,'' kata Muhammad Shafee pada prosiding Suruhanjaya Siasatan Kematian Beng Hock di sini, hari ini.



Wye Wing yang dihalang oleh pengerusi suruhanjaya, Tan Sri James Foong Cheng Yuen daripada membuat tanggapan bahawa Beng Hock terjun dari tingkat 14, Plaza Masalam disebabkan faktor tersebut bagaimanapun mengaku kebanyakan daripada projek kecil diberikan kepada syarikatnya dengan menggunakan nama syarikat bumiputera.


Beliau turut mengaku dia dan Khee Heong yang juga bekas setiausaha politik pada pemimpin DAP adalah merupakan penyelaras projek memainkan peranan penting dalam mendapatkan projek tersebut manakala peranan isterinya hanya menandatangani cek.


''Semua kontrak diperoleh melalui kontraktor kelas F iaitu syarikat-syarikat bumiputera tetapi kerja-kerja dilakukan oleh syarikat saya. Saya tiada pilihan kerana projek kecil memerlukan kontraktor kelas F yang hanya terbuka untuk bumiputera sahaja.



''Syarikat-syarikat bumiputera turut mendapat bantuan pendahuluan daripada DAP tetapi mereka tidak tahu mengenai projek yang dijalankan kerana saya yang mengawal akaun syarikat,'' jelasnya.


Syarikat bumiputera tersebut adalah MKMN Enterprise, MA Bina Melur Enterprise, Fizami Constructions dan Aris Enterprise yang mana sebut harga mereka yang disediakan oleh Wye Wing dijumpai dalam komputer riba Beng Hock.


Berhubung senarai sebut harga tersebut, Wye Wing memberitahu, beliau menghantar kesemua draf tersebut melalui e-mel untuk disemak oleh Beng Hock dan berbincang mengenai harga kerana tahu projek tersebut akan diperoleh syarikatnya.



Dalam keterangan hari ini, Wye Wing yang mengaku dua syarikat WSK dan Hon Chai menyalurkan setengah daripada bayaran projek kepada DAP bagaimanapun menafikan syarikat-syarikat itu milik parti politik tersebut.


Sementara itu, Cheng Yuen turut memaklumkan suruhanjaya yang sepatutnya berakhir 25 April ini dilanjutkan selama dua bulan lagi sehingga 25 Jun depan bagi meneruskan siasatan.


Katanya, perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui sepucuk surat kepada suruhanjaya selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.


Turut memberi keterangan dalam prosiding hari ini ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Supritendan (DSP) Kamaruddin Ismail berhubung laporan polis oleh suspek-suspek terhadap SPRM.


Prosiding suruhanjaya yang diadakan di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini akan bersambung esok.





Tuesday, June 30, 2009

Betulkah UMNO kalah dalam political marketing?




Tun Mahathir bukan sahaja seorang statesman tetapi pemasar terulung Malaysia



Penulis terpanggil untuk menulis topik ini memandangkan ramai yang memberi komen tentang UMNO yang dikatakan slow nak bergerak dan mengenalkan strategi baru, lembabnya macam dinasaur.



Penulis faham, kita semua membesar dengan UMNO, dari situlah negara yang baru merdeka pada 31 Ogos bertatih, UMNO lah parti yang memperkenalkan affirmative action selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dengan Dasar Ekonomi Baru. Jadi jatuh bangun UMNO adalah jatuh bangun Malaysia. Kawan-kawan blogger kita tegur sebab semua orang sayangkan UMNO!



Waktu itu Allahyarham Tun Abdul Razak dikecam hebat di London, tapi waktu telah menentukan affirmative action melalui DEB telah berjaya mengurangkan kemiskinan tegar di kalangan penduduk termiskin terbanyak di Malaysia, iaitu Melayu dan Bumiputera. Malah tanpa affirmative action dan DEB, Malaysia mungkin terjerumus dalam satu lagi kancah kegawatan sosial seperti yang pernah berlaku semasa krisis kewangan tahun 1997-1998 yang membawa kepada race riot di Indonesia dan jatuhnya Presiden Suharto dari tampuk pemerintahan negara akibat agihan ekonomi negara yang tak seimbang antara kaum!




Bukan sedikit cerita-cerita kemiskinan berlegar di kalangan generasi yang berumur 35 dan 50 an ke atas, dimana mereka membesar di kala negara pada waktu itu baru nak bertatih dalam ekonomi. Antara kawan-kawan penulis ada yang pernah bercerita pernah duduk atas tin biskut di sekolah pendalaman di Sarawak di tahun-tahun 1980an. Kawan penulis itu sekarang jadi jurutera dengan sebuah syarikat minyak terkenal di Malaysia. Di tahun 1960an pula, waktu negara mula-mula merdeka, ibu penulis menceritakan awal penglibatan beliau sebagai pegawai kerajaan di Pahang, datuk telah menyewa sebuah teksi sewa bagi ibu penulis mendaftar di sekolah yang baru. Ibu terkejut bila teksi berhenti separuh jalan.....dan perjalanan di sambung dengan bot!




Waktu itu, pada zaman 1960an, negara yang paling kaya dan paling berpotensi di Asia Tenggara adalah Filipina dengan President Macapagal (bapa presiden Gloria Macapagal Aroyyo).



Penulis juga masih ingat bila "balik kampung" dan duduk dengan datuk penulis yang kebetulan bekerja sebagai pegawai kastam di Singapura, penulis lihat kemiskinan juga meleret hingga ke Singapura. Waktu itu, Orchard Road yang gah dengan gedung membeli belah ternama sekarang tak ubah macam Chow Kit Street, dan penulis paling suka ikut nenek ke Orchard Road untuk membeli buah laici!



Malah waktu itu, duit syilling Singapura tak laku di Malaysia sebab nilai matawangnya lebih rendah. Alangkah banyak yang dah berubah sekarang di Singapura. Penulis hairan bila datuk pencen pada tahun 1972, kenapa datuk balik dan memilih untuk menetap di Malaysia, sedangkan datuk ada pilihan, sebagai pegawai tinggi pemerintah Singapura, datuk boleh menetap di Singapura. (Sebenarnya usaha mengekang kemasukan lebih banyak pegawai Melayu telah dibuat di mana hanya pegawai Melayu/Mamak yang berpendidikan Inggeris sahaja dibenarkan bekerja di Singapura. Pegawai Melayu yang tidak berpendidikan Inggeris berkhidmat di Johor.)




{Bila penulis pergi melawat Singapura sekali lagi pada tahun 1990an, terlalu banyak yang dah berubah! Pegawai -pegawai jawatan tertinggi dalam kerajaan di Singapura sekarang dah tak nampak muka Melayu. Jika di barisan hadapan seperti polis, kastam dan tentera dah terlalu sedikit yang namanya Melayu..jika ada hanya jadi tukang masak



Fast Forward, 30 tahun kemudian.......



Penulis masih ingat bila Tun Mahathir Mohamad (TDM) mula-mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat...mula-mula yang dibuat adalah mengenalkan slogan BERSIH, CEKAP DAN AMANAH. Bertekat ingin membangunkan Malaysia dari tidur, TDM menyeragamkan masa kepada masa di Sabah dan Sarawak yang cepatnya 30 minit!




Mahu tak mahu, Singapura TERPAKSA AKUR dan ikut masa Malaysia (yang asalnya masa Sabah dan Sarawak!) Dunia dikejutkan dengan adanya satu pemimpin berani yang memberikan positive imej kepada Malaysia. Kesannya adalah keyakinan masyarakat pelabur meningkat, kepesatan pembangunan infrastruktur yang kita lihat sekarang di Malaysia dan pelaburan Foreign Direct Investment (FDI) di kawasan industri Pulau Pinang, Kulim, Selangor dan Johor.



Penulis ingat lagi, waktu melanjutkan pelajaran ke luar negara, classmate penulis asyik bertanya di mana letaknya Malaysia........ah terpaksa di jawab antara Filipina dan Singapura. Malah nama Vietnam lebih gah dan dikenali dari Malaysia di luar negara.


Tetapi dalam masa yang singkat, TDM telah berjaya merubah Malaysia, satu negara yang dulunya economy backward kepada negara yang menjadi pilihan pelabur melabur ...bukan sedikit waktu itu ibupejabat konglomerat antarabangsa yang menutup operasi di Singapura dan memilih Malaysia menjadi destinasi ibupejabat yang baru kerana mempunyai tahap pekerja mahir yang tinggi, negara yang stabil dari segi fundamental nya iaitu Politik, Ekonomi, Sosial, Teknologi (PEST) ; iklim politik, hubungan sosial antara kaum dan geografi amat stabil, jalinan infrastruktur yang baik, pekerja mahir dan kos operasi yang lebih rendah dari Singapura! Apa yang TDM buat adalah menjadikan Malaysia sangat attractive dari segi marketing ke pesada dunia antarabangsa!



Fast Forward selepas 20 tahun pemerintahan TDM




Sifat TDM yang dominan, iaitu eagle personality, menyebabkan beliau mempunyai 4 orang Timbalan Perdana Menteri, bermula dari Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, DSAI dan Tun Abdullah. Agaknya sebab sifat TDM yang dominan macam helang dan kejayaan Malaysia yang menjulang dari segi politik, ekonomi dan sosial sepanjang 20 tahun ini telah menjadikan ahli UMNO complacent dan mengganggap kejayaan UMNO adalah sinonim dengan kejayaan Malaysia dan sebaliknya. Dalam masa tersebut, penulis tidak nampak sebarang usaha bersunguh-sunguh untuk menjenamakan UMNO.....dan mendekatkan UMNO dengan barisan pelapis. (Usaha merekrut lebih banyak pemimpin pelapis UMNO bermula selepas pilihanraya 1998 dengan tertubuhnya Puteri UMNO. Usaha ini dibuat setelah kertas kerja disiapkan oleh Datuk Azalina).



Pemimpin UMNO lebih senang menyerahkan segala penerangan mengenai polisi Malaysia bulat-bulat ke tangan pegawai Malaysian Student Department (MSD). Mungkin di negara Kanada di mana penulis belajar, ianya memadai sebab masa penulis belajar, bilangan seluruh pelajar tajaan JPA tak sampai 300 orang! Jadi video tape Peristiwa Memali, kenapa ianya terjadi, apa yang terjadi, Kertas Putih Tun Musa Hitam dapat diterangkan kepada pelajar yang masih hijau mengenai politik. Tetapi bilangan pegawai MSD yang sedikit berbanding pelajar yang ramai dan sifat pelajar-pelajar Malaysia yang suka "berkampung" di perantauan menyebabkan usaha penerangan polisi kerajaan kurang berkesan di negara yang bilangan pelajar Malaysia banyak seperti USA dan UK.



Usaha PAS tarik pelajar university selama 20 tahun!




Berbanding dengan UMNO, pemimpin PAS tersangat agresif memasarkan ideologi PAS di kalangan penuntut Malaysia di luar negara. Bukan rahsia lagi, pemimpin PAS sekarang adalah direkrut dari peringkat university! Caranya cukup senang, bila pemimpin PAS ke luar negara, mereka memilih untuk duduk dengan penuntut Malaysia...nak save expenditure cost sewaktu di perantauan. Di samping itu ideologi PAS dipasarkan semasa sesi usrah dan Konvensyen Malaysia Student Islamic Group (MISG). Hasilnya, cuba kita lihat barisan pemimpin PAS sekarang seperti Dr. Lo' Lo (university tempatan) dan Nizar Jamaluddin (University luar Negara) direkrut di peringkat university....pemasaran ideologi PAS telah bermula di university! Nampaknya hanya UMNO/BN yang menghormati AUKU selama ini!




Bersambung..................




Adakah harapan untuk UMNO? Bagaimana UMNO boleh leap frog untuk mengimbangi pemasaran ideologi PAS?