Berikut adalah Kenyataan Akhbar dari DYMM Sultan Selangor. Cukuplah rakyat diperbodohkan dengan retorik Kerajaan Negeri Selangor (Kerajaan Negeri sepatutnya menjunjung titah perintah Sultan, jika biadap dan engkar sebegini maka elok ditarik perkataan "Kerajaan" dan diganti dengan perkataan lain, governor bukan dan pemerintah pon bukan!) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hanya menyenarai pendek senarai calon. Menteri Besar sepatutnya berbincang dengan SPA sebelum pencalonan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dibuat. Semua calon mestilah dari kalangan Penjawat Awam / pegawai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) . Sultan mempunyai kuasa eksekutif di bawah Undang Undang Tubuh Negeri (UUT) dan sebarang cubaan menukarkan UUT perlu mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu!
KENYATAAN AKHBAR
Kenyataan akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru.
Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang akan diadakan pada hari Khamis, 6 Januari 2011, di Istana Bukit Kayangan akan tetap diteruskan. Ini adalah kerana sepengetahuan D.Y.M.M. Sultan Selangor, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Dato’ Haji Mohamed Khusrin bin Haji Munawi telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Pada Majlis tersebut akan diadakan upacara Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor kepada D.Y.T.M. Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 D.Y.M.M. Sultan Selangor kerana ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada penerima-penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 65 D.Y.M.M. Sultan Selangor yang berlangsung pada 11 haribulan Disember 2010, D.Y.T.M. Raja Muda Selangor berada di luar negara.
Selain daripada itu, pada Majlis tersebut juga akan diadakan upacara Angkat Sumpah Taat Setia Penjawat Jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor. Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.
Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi merupakan Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada Negeri Selangor.
Berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar.
Berkenaan dengan tulisan Ahli Dewan Negeri Seri Muda, Y.B. Shuhaimi bin Haji Shafiei pada 30 haribulan Disember 2010 yang disiarkan di dalam laman blog beliau. Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau, kerana Baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh. Perkenan Baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55(1)(1A). Oleh itu, sindiran beliau yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor seolah-olah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati” adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda.
Mengulas mengenai artikel pada 29 haribulan Disember 2010 di dalam akhbar Sinar Harian mengenai “Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA” oleh Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Y.B. Lau Weng San, yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN). Walaupun terdapat SPAN di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan, tetapi di Negeri Selangor kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.
Mengulas mengenai kenyataan akhbar Y.A.B. Dato’ Menteri Besar pada 3 Januari 2011 yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat. Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor. Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di Negeri Selangor.
Mengenai cadangan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M. Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan. Tindakan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor.
Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor, Baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu.
(DATO HAJI MOHAMAD MUNIR BIN BANI)
Tarikh : 4 Januari 2011\
Sumber http://warisan2057.blogspot.com/
latest affair, history, culture, politics, economy, spirituality, wellbeing, the feel good blog
Showing posts with label sultan selangor. Show all posts

Tuesday, January 4, 2011
Saturday, August 28, 2010
tahniah, operasi penyusupan agen dan merosakkan umat Islam telah berjaya!
Lagi lagi cerita ahli politik berbangsa dan berugama asing "bertazkirah" berpolitik dalam masjid. Lagi lagi cerita yang berkait dengan PAS.
Buktinya di sini
http://selangorwave.blogspot.com/2010/08/perosak-rakyat-lagi-kafir-masuk-masjid.html
http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/08/tak-bolehkah-umat-islam-bersatu-dalam.html
dan terkini Masjid di Selayang pula dicemari kesuciannya di sini
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fbumiyang.blogspot.com%2F2010%2F08%2Fbelum-reda-dengan-isu-taskirah-nie.html&h=eca3e
Sayang seribu kali sayang, kenapa umat Islam begitu naif dan tak mengetahui ISU SEBENAR dalam hal ini ialah usaha meliberalisasi ugama Islam. Sedeh amat sedeh kerana DALANG utama bukan lagi musuh nyata tapi umat Islam yang terang lagi bersuluh bertindak dalam musuh dalam selimut! Rujukan lanjut fenomena yang membimbangkan ini di sini http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.anwaraidc.com%2F2010%2F05%2Frm4-juta-harga-anwar-kuasai-pas.htmlSee&h=eca3e
Syukur kerana Sultan Selangor yang memerintah negeri telah bertindak tegas dan mengarahkan MAIS agar pengurusan Surau Al Huda diambil alih serta merta. Sehubungan itu, baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengambil alih pengurusan surau tersebut serta merta.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0828&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Ingatlah, ini bukan isu politik seperti yang ditepis oleh pengerusi Jawatankuasa Surau Al Huda, Kajang......tapi jauh lebih besar kerana satu persatu benchmark Islam dianjak ke belakang..atas nama liberalisasi, demokrasi dan keadilan (slogan Freemason!) Masehkan umat Islam leka diulit mimpi indah?
Lihat petalian dengan artikel yang diperturunkan dibawah dan lihat apa yang terjadi sekarang...nampak tak persamaannya? Liberalisasi,demokrasi dan keadilan dalam ugama, Erdogan dalam PAS dan apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini(perpecahan)...semoga Allah melindungi kita semua dan generasi akan datang dari "tersesat akidah dalam terang"
RM4 juta harga Anwar kuasai PAS
By aidc editor on May 3, 2010 11:17 AM/Oleh Pusaka Ayahanda
Saya pernah bersembang santai dengan seorang sahabat baik dari parti Pas selepas beberapa bulan DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara Sg Buloh. Saya menyatakan kepada beliau bahawa ada perancangan dari kem PKR untuk menyeludup masuk pakar strategist mereka kedalam Pas bagi membolehkan DS Anwar menguasai parti melayu kedua terbesar itu.
Namun sahabat saya langsung tak percaya malah meyakini bahawa Pas akan "dilindungi" dari anasir-anasir jahat dari luar. Pas yang disifatkannya sebagai sebuah parti yang "suci dari sebarang kemungkaran" pasti akan terhindar dari sebarang maksiat dibawah kepimpinan Tuan Guru mereka iaitu Nik Aziz Nik Mat.
Tetapi selepas hampir 6 tahun berlalu, apa yang pernah saya nyatakan dulu ternyata benar. Bermula dari munculnya kumpulan berhaluan kiri Erdogan yang amat mengagumi pemikiran Anwar hinggalah timbulnya kekalutan blogger upahan RM 4 juta bagi menjatuhkan pemimpin negara, Pas kini memang benar telah dikuasai oleh ideologi Anwar Ibrahim.
Saya tak terkejut dengan pendedahan Syed Azidi @ Kickdefella tentang dana RM 4 juta oleh Pas bagi menjalankan kerja gerak saraf menjatuhkan Tun Lah. Ini merupakan gaya permainan politik Anwar sejak dia berada didalam Umno lagi. Namun didalam Pas, saya rasa Husam adalah orang yang berpotensi diamanahkan menjadi perantara kepada Anwar.
Husam yang merupakan anak didik Anwar sudah tentunya dilatih untuk menjadi seorang pemikir dan perancang didalam Pas dan dia telah berjaya menjalankan tugasnya dengan cemerlang hingga begitu disayangi oleh Nik Aziz di Kelantan berbanding dengan exco-exco lain di negeri tersebut.
Kehadiran ramai "orang-orang Anwar" didalam Pas sepanjang 6 tahun kebelakangan ini telah banyak menimbulkan masalah didalam parti Pas itu sendiri. Semangat memperjuangkan undang-undang Islam Pas semakin luntur dan sedikit demi sedikit digantikan dengan Islam liberal sepertimana yang diamalkan oleh Anwar.
Begitu juga fungsi Majlis Syura Pas yang kian hilang taringnya. Dewan Ulamak mereka juga seolah-olah "dibisukan" dan dijadikan "tunggul kayu" didalam parti tersebut. Ini bagi memastikan ulamak-ulamak Pas yang berhaluan kanan tak mencampuri percaturan politik proksi-proksi Anwar didalam Pas.
Ini semua telah menyebabkan Pas kini terbahagi kepada beberapa kumpulan tertentu walaupun dibawah satu bumbung yang sama. Inilah yang sebenarnya perancangan Anwar Ibrahim untuk menjinakkan Pas. Inilah juga "masterpiece" politik Anwar yang dikenali sebagai konsep pecah dan perintah.
Jika kita mengimbas kembali dan meneliti sejarah politik Anwar didalam Umno, kita akan menyedari bahawa Anwar memang pakar didalam permainan politik pecah & perintah ini. Tak hairanlah jika dia berjaya mendaki puncak kariernya didalam Umno dalam tempoh masa yang singkat sahaja mengatasi semua "heavyweight" Umno yang lain.
Dan Malaysia bernasib baik kerana mempunyai pemimpin seperti Tun Mahathir yang mampu menafikan impian Anwar untuk menjadi pemimpin nombor satu negara. Jika tidak, usahkan kata APCO, mungkin Jerussalem Post versi melayu akan dicetak di negara ini dibawah pemerintahan Anwar Ibrahim.
Kini nama dan imej Anwar Ibrahim membunga-bunga dikalangan jemaah dan kebanyakan pemimpin Pas terutamanya pemimpin muda mereka. Anwar telah berjaya menguasai Pas walaupun tidak pada keseluruhannya tetapi perancangannya jelas berhasil.
Pas kini tak mampu lagi bercakap mengenai undang-undang Islam malah slogan Pas sendiri kini tak lagi meletakkan nama Islam sebaliknya menceduk slogan dari negara Israel.
Ulamak-ulamak Pas juga tak mampu lagi bersuara apabila pemimpin-pemimpin DAP menghina Islam dan mempermainkan ayat Quran. Malah ulamak-ulamak Pas menyokong pula apabila ada pemimpin wanita DAP yang berzina dan berbogel. Mereka juga tak mampu bersuara apabila nama Allah diperkotak-katikkan oleh pihak kafir dan mereka juga tak mampu angkat muka dengan tindakan DAP memperlahankan seruan azan di Selangor.
Kesimpulannya, saya langsung tak berasa pelik dengan apa yang terjadi kepada Pas kebelakangan ini. Saya cuma akan rasa hairan jika Pas keluar dari Pakatan Rakyat sewaktu Anwar masih ada kerana bagi saya, Anwarlah yang menjadi "tali pengikat" diantara Pas dan DAP serta PKR didalam Pakatan Rakyat.
Saya yakin, jika "apa-apa terjadi" kepada Anwar didalam perbicaraan kes liwat keduanya selepas ini, Pakatan Rakyat pasti akan berkubur dan kerajaan perpaduan diantara Umno dan Pas mungkin akan wujud, InsyaAllah.
Dan yang ini pula Fatwa Al Azhar mengenai Orang Kafir Masuk yang diambil dari Islamonline.
Bolehkah non-Muslim Masuk Ke Masjid?
Soalan:
Apakah hukum dlm Islam jika non-Muslims memasuki masjid utk membuat baik-pulih/ubah-suai, menyampaikan ucapan, atau belajar lebih lanjut mengenai Islam?
Jawapan oleh Syeikh `Atiyyah Saqr, & Syeikh Muhammad Saleh Al-Munajjid
Adalah ditegaskan yg Islam menggalakkan toleransi dan kewujudan bersama secara aman antara Muslims dan non-Muslims. Jika non-Muslim masuk ke masjid utk menyampaikan ucapan yg boleh membawa kpd persefahaman lebih baik, maka ia amat di alu-alukan dan digalakkan mengikut pandangan agama. Islam ialah agama yg mengamalkan dialog yg bermanfaat dlm maksud sebenar. Sejarah Muslim ialah satu contoh yg baik berkenaan hal ini.
Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas ketua Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar Fatwa, menjelaskan pandangan Fuqaha berkenaan hal ini seperti berikut:
Allah SWT berfirman, (Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) (At-Tawbah 9: 28)
Allah SWT berfirman lagi, (Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi…) (An-Nisaa’ 4: 43)
Berpandukan ayat-ayat ini, majority Fuqaha, termasuk mereka dari Mazhab Fiqah Maliki, Shafi`i dan yg lain, menegaskan yg musyrikin/penyembah berhala tidak dibenarkan utk memasuki Masjidil Haram di Makkah. Bagaimanapun, mereka berpendapat tidak salah kalau Orang Kristian dan Yahudi memasukinya. Mereka berpendapat hukum ini diguna-pakai kpd Masjidil Haram di Makkah juga kawasan persekitarannya. Abu Hanifah, bagaimanapun, berpendapat musyrikin/penyembah berhala boleh masuk ke Masjidil Haram di Makkah selagi dia tidak tinggal atau menetap disitu. Dia menafsirkan tidak suci sebagai kekotoran spiritual (syirik).
Utk masjid lain selain Masjidil Haram di Makkah, Fuqaha Madinah melarang non-Muslims dari memasuki masjid kerana non-Muslims dianggap oleh al- Qur’an sebagai tidak suci. Imam Ahmad diriwayatkan berkata mereka boleh masuk ke masjid dgn kebenaran Muslims. Ini disokong oleh riwayat yg Rasululllah (SAW) membenarkan penduduk At-Ta’if utk tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Baginda juga menerima Orang Kristians dari Najran dlm masjid baginda di Madinah. Apabila masa sembahyang mereka sampai, mereka bersembahyang di masjid mengadap arah timur. Maka Rasululllah (SAW) bersabda (kpd Sahabat), “Biarkan mereka (utk menunaikan sembahyang).”
Di bawah tajuk ‘Musyrik Masuk Ke Masjid’, Al-Bukhari, dlm Sahih nya menyebut yg Thamamah ibn Athal (sedangkan dia seorang Musyrik) diikat dlm masjid.
Dlm Fath al-Bari, Ibn Hajar menyebut terdapat pelbagai pendapat mengenai hal ini. Fuqaha Hanafi memberikan kebenaran tanpa syarat sedangkan ulama Maliki dan al-Mazni diriwayatkan melarang nya langsung. Ulama Shafi`i membezakan antara Masjidil Haram dgn masjid lain. Terdapat satu pendapat yg kebenaran itu dihadkan kpd Ahli Kitab tetapi ini di bantah dgn kes Thamamah yg disebutkan di atas.
Sheikh M. S. Al-Munajjid, penceramah dan pengarang Islam dari Arab Saudi, menyatakan:
Adalah diharamkan kpd Muslims utk membenarkan sebarang non-Muslim utk masuk ke Al-Masjid Al-Haram di Makkah dan persekitarannya yg suci, kerana Allah berfirman: (Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidilharam sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskinmaka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) (At-Tawbah 9: 28)
Berkenaan dgn masjid lain, beberapa Fuqaha Muslim berpendapat adalah dibenarkan kpd non-Muslims utk masuk ke dlm nya kerana tiada dalil utk menyebut keharaman perbuatan itu; yg lain berkata ia nya tidak dibenarkan, dgn qias kpd kes Al-Masjid Al-Haram.
Pandangan tepat ialah ia nya dibenarkan jika ia menepati matlamat Shari`ah atau menepati sebab penting, seperti jika non-Muslim perlu masuk ke masjid utk mendengar sesuatu yg mungkin menggalakkan nya utk memeluk Islam, atau dia perlu minum air, atau seumpamanya. Ini adalah tujuan cara Rasulullah (SAW) dlm hal ini; dia mengikat (tawanan baginda ) Thamaamah ibn Athal Al-Hanafi dlm masjid sebelum dia menjadi Muslim, dan rombongan dari Thaqif dan Kristian dari Najran tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Sebenarnya, banyak manfaat diperolehi dari hal ini: mereka boleh mendengar ucapan dan khutbah Rasulullah (SAW) utk melihat orang solat dan membaca al- Qur’an, dan sebagainy. (Fatawa Al-Lajnah Al-Da’imah – Jawatan kuasa Tetap Utk Kajian Islam dan Ifta’)
Maka, jika non-Muslims memohon utk masuk ke masjid dgn tujuan utk melihat bagaimana Muslims bersolat, tiada salah dlm hal itu, selagi mereka tiada sesuatu yg boleh mencemarkan masjid itu, dan perempuan mereka tidak berpakaian menjolok mata, atau sebarang alasan lain yg menghalang mereka dari masuk ke masjid. Jadi mereka boleh masuk dan duduk di belakang Muslims utk melihat bagaimana mereka sembahyang.
Berdasarkan kpd Fatwa diatas , kita boleh katakan yg non-Muslim, termasuk Orang Kristians dan Yahudi, dibenarkan utk masuk ke masjid, tetapi mereka patut mentaati syarat berikut:
1- Non-Muslim dibenarkan utk masuk ke masjid – selain dari Masjidil Haram di Makkah – dgn kebenaran awal dari Muslim.
2- Mereka mesti ada alasan kukuh utk masuk ke masjid.
3- Mereka mesti menghormati kemuliaan masjid dan beringat yg itu ialah tempat suci utk beribadah.
4- Lelaki dan perempuan tidak dibenar membuka aurat semasa masuk ke masjid.
Berkenaan dgn hal baik-pulih/ubah-suai, Kita berpendapat yg Muslims mesti diberi keutamaan dlm melaksanakan kerja itu, melainkan jika ia sangat perlu utk meminta pertolongan dari non-Muslims. Ada keperluan yg memerlukan pertolongan dari mereka, terutamanya dlm hal berkaitan masjid.
Sumber: Can a non-Muslim Enter the Mosque? Islamonline

Friday, August 27, 2010
Tak Bolehkah Umat Islam Bersatu Dalam Isu Kafir Masuk Masjid Untuk Berpolitik?
Isu ahli politik bukan Islam masuk masjid untuk berpolitik menjadi jadi sejak PRU 12. Adakah ini istidraj untuk PAS dan ujian untuk umat Islam keseluruhannya?
Malah amat menyedihkan kerana teguran Baginda Sultan Selangor yang melarang masjid digunakan sebagai tempat berpolitik tidak diendahkan.
Umat Islam seluruh negara terlalu naif dan tidak mengetahui inilah sebenarnya Political PR excercise/usaha memenangi pengundi Melayu Islam oleh DAP! Bukankah ini politik dalam masjid namanya!
Alasan memberi derma!
Terkini MP Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk berpolitik di Surau Al Huda Kajang (Rujuk petikan GAP yang disiarkan sepenuhnya di bawah)...atas alasan menyampaikan sumbangan derma. Apakah tiada tempat di perkarangan masjid untuk didirikan khemah bagi tujuan sebegitu? Malang seribu kali malang, MP berkenaan juga didapati tidak menutup aurat (rujuk gambar). Bandingkan dengan peristiwa sedeh di Ipoh di mana YB Hamidah dihalang dari masuk ke masjid, apakah double standard yang diamalkan oleh PAS? Dalam hal ini, YB Hamidah seorang wanita yang menutup aurat dilarang memasuki masjid di Ipoh tetapi wanita kafir yang tidak menutup aurat pula dialu-alukan berpolitik dan bertazkirah kononnya untuk memberi derma di dalam masjid di Selangor yang jelas mentertawakan titah perintah DYMM Sultan Selangor!
Mungkin bagi mereka yang jumud menyokong PAS, perbuatan ini seolah tiada implikasi negatif. Mungkin mereka juga sudah terlalu taksub sehingga terlupa Allah pernah berfirman dalam kalamullah sebegini
Surah At Taubah ayat 28.
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"
Orang Yang Berhadas Masuk Masjid
Dalam Isu orang kafir yang tentunya berhadas kerana tak mandi wajib kerana berjunub dan bersuci dari hadas besar selepas beristinjak masuk masjid boleh kita samakan dengan penerangan yang pernah diberikan oleh Pengarah JAIS bagi kes Dr. Xavier Jayakumar masuk masjid di Taman Sri Andalas. Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dilaporkan berkata seseorang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.
Beliau juga dipetik ingin mengambil tindakan kepada jawatankuasa sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang kerana membenarkan exco kesihatan negeri Dr Xavier Jayakumar, juga ADUN Seri Andalas, berucap di dewan utama masjid itu Ogos lalu.
"Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat.
"Semua perkara ini patut diketahui oleh nazir masjid demi menjaga kesucian masjid serta perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia.
Dan yang ini petikan dari kitab karangan kitab Mauizatul al mu'minin min ihya ulumiddin karangan Syeikh Muhammad Jamaluddin bersandarkan kepada karangan imam Al Ghazali. pendapat bernas rakan fb Silau Kilau dalam isu orang kafir (yang berhadas) masuk masjid di bawah:
.... yang dipetik dari
"saya jawab tidak boleh atas seorang bukan mukmin berada dimimbar, ruang ibadat samaada surau atau masjid kerana mereka itu tidak berhadas kecil... atau besar.....apatah lagi beristinja.......kita sebagai umat islam ditekannkan kepada kebersihan apatah lagi kesuciaan........beribu2 tahun umat islam , kristian, yahudi mempunyai tempat ibadat masing2 dibaitul muqaadis......sapa berani kasi campur ikut sedap hati mereka?.......tak tau lah kalau lepas ni pas keluar fatwa dibolehkan atas nama "keadilan...
Baik saya menyatakan pendapat saya berdasarkan kitab Mauizatul al mu'minin min ihya ulumiddin karangan Syeikh Muhammad Jamaluddin bersandarkan kepada karangan imam Al Ghazali.
Tolong tuan cari bab adab bersuci (bab3) dan adab dimasjid (bab 17) kemungkaran dimasjid.
Kemudian soalan saya pula kepada tuan....sila lah beri keterangan kenapa dibolehkan seorang perempuan bukan muslim yg tidak menutup aurat dengan kemungkinan tidak berhadas kecil dan besar boleh berada di mimbar depan surau dan dibenarkan menyampaikan ceramah pada jemaah muslimin?....tolong berikan nas2nya dan bersandarkan kitab mana....hadis.....alquran....silakan tuan........"
rujukan lanjut perbincangan di sini http://www.facebook.com/profile.php?id=100000297026027&v=wall&story_fbid=147408041947220&ref=notif¬if_t=share_reply
.................................................
Petikan artikel dari GAP
22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Bukan sekadar masuk ke dalam surau, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam surau. Pada waktu tersebut, jam 9.33 malam. Ini bermakna, sama ada Teoh memberikan tazkirah selepas selesai solat terawih atau antara solat terawih.Ini satu penghinaan kepada umat Islam. Apakah sampai tiada langsung wakil rakyat Islam untuk dijemput ke surau tersebut? Apakah tiada tempat lain untuk menyampaikan sumbangan dan ucapan hingga terdesak membawa masuk DAP memijak sejadah di saf pertama untuk memberi tazkirah? Mengikut Mazhab As Syafie, orang kafir haram dan ditegah sama sekali untuk masuk ke dalam masjid sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At Taubah, ayat 28.
"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" surah At Taubah ayat 28.
Al-Qurtubi, di dalam tafsirnya Al-Jami’ li-Ahkam Al-Quran melaporkan bahawa Ibn ‘Abbas r.a. berkata yang najis itu kesyirikan yang menjadi pegangannya, bukan tubuh badannya. Pegangan DAP masih lagi ideologi sosialis.
Orang Islam tidak akan miskin jika DAP tidak beri bantuan dan sumbangan. Mereka sudah berkempen sampai dalam surau dan masjid untuk bertazkirah, memberi sumbangan dan meraih undi daripada orang Islam. Ingat, mereka ada agenda yang tersendiri. Jika orang Melayu tidak sokong DAP, nescaya DAP tidak akan boleh berkuasa.
DAP hanya mahu kuasa melalui undi orang Melayu. Hari ini mereka akan berlakon baik, bila berkuasa nanti terserlahlah sikap sebenar DAP. Berhati-hatilah bangsaku. Apa yang Khmer Rouge buat pada orang Islam di Kemboja perlu diambil iktibar.
-gap-
Thursday, August 19, 2010
Daulat Tuanku Sultan Selangor-Fatwa Menentang Fahaman Wahhabi di Selangor
Daulat Tuanku! Sultan Selangor selaku Ketua Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu bagi negeri Selangor telah berkenan untuk meluluskan Fatwa Menentang Kefahaman Wahhabi bagi diwartakan dan dikuatkuasakan dinegeri Baginda. Perkara ini tidak terkait dengan politik di Selangor. Sila baca Fatwa Mentang Fahaman Wahhabi selanjutnya di bawah.
Nombor Rujukan Jabatan Mufti Selangor: ( 90 ) dlm.mufti.sel 500-1.Jld.3Bertarikh 13 Ogos 2010 / 03 Ramadhan 1431. Jawapan Fatwa Adalah Seperti berikut:
i - Kepercayaan Allah berjisim dan bersifat duduk bersila atau Allah bertempat adalah kepercayaan atau i'tiqad kaum MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH). Dinamakan kaum musyabbih (menyerupakan)kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Di antara i'tiqad sesat mereka yang bertentangan dengan i'tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah ialah seperti berikut:
a. Allah bermuka dan bertangan.
b. Allah duduk bersila di atas arasy.
c. Allah berada di langit.
d. Allah bertubuh serupa nur.
I'tiqad seperti di atas adalah bertentangan dengan i'tiqad Ahlussunnah WalJamaah lagi sesat dan menyesatkan kerana Allah tidak boleh sekali-kalidiserupakan dengan makhluk (al-Syura ayat 11). I'tiqad ini membawa kepada syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.
ii - Amalan bertawassul sama ada dengan nabi atau orang soleh adalah diharuskan kerana pada hakikatnya mereka yang bertawassul ituberi'tiqad segala usaha ikhtiar dan doa yang dilakukan oleh manusiahanya Allah sahaja yang memperkenankannya. (al-Maidah 35)
Sekian, Wassalam.
"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA"
Saya yang benar,
(MAT JAIS BIN KAMOS)
Pegawai Hal Ehwal islam (Istinbat)b/p: Mufti Negeri Selangor
sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=421287268670&id=1549068064&ref=mfSee More

Subscribe to:
Posts (Atom)