Showing posts with label istidraj. Show all posts
Showing posts with label istidraj. Show all posts

Friday, October 19, 2012

apakah kemenangan, kesenangan dan kemewahan yang dinikmati sekarang istidraj?

Sering kali orang bertanya apakah kesenangan dan kemewahan harta benda serta pangkat yang dimilikinya sekarang berupa keredhaan Allah atau istidraj. Ada hamba Allah yang diberikan kemewahan dan pangkat dan ia adalah keredhaan Allah seperti Nabi Sulaiman dan Nabi Daud. Namun ada hamba Allah yang diberikan kesenangan dan pangkat sedangkan pada hakikatnya ia adalah istidraj seperti Firaun, Namrud dan Qarun. Jadi bagaimana kita nak tahu sama ada kita berada dalam keadaan istidraj?


Sekiranya seseorang hamba itu sedang berada di dalam keadaan istidraj, tetapi dia sendiri tidak sedar bahawa dia sedang berada di dalam istidraj, maka bagaimanakah dia ingin mengetahui itu adalah istidraj drpd ALLAH SWT kepadanya ??
Makna  " istidraj " ??

"istidraj" ialah suatu perkara mencarik adat atau kurniaan yang diberikan oleh ALLAH SWT ke atas hambanya yang fasiq, yang mana pada zahirnya tampak seperti suatu "kurniaan nikmat" daripada ALLAH SWT namun pada hakikatnya ianya adalah suatu "tipuan halus" serta "muslihat licik" daripada ALLAH SWT ke atas hamba NYA itu yang secara tidak sedar si hamba itu semakin menjauh daripada ALLAH SWT.


ALLAH SWT berfirman :

والَّذينَ كَذَّبوا بِآياتِنا سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لا يَعْلَمون


maksudnya : Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui.( Surah Al-A'raaf : ayat 182 ).

Tasik Qarun ini juga mengeluarkan bau yg kurang
menyenangkan. Mengikut kalam ulama' ianya adalah sebagai
tanda peringatan dari Allah akan kebakhilan dan sifat tamak
Qarun yang pada mulanya merupakan seorang yang miskin.
Dia kemudiannya meminta Nabi Musa a.s mendoakan agar
dia menjadi seorang yang kaya raya.
Pada mulanya Nabi Musa menolak tetapi
kemudiannya bersetuju dengan syarat agar Qarun tidak
lupamenunaikan kewajipannya untuk menunaikan zakat dan
menyalurkan hartanya ke jalan yang hak.Namun sikap tamak
Qarun menyebabkan dia terlupa untuk menunaikan janjinya
bahkan dia bersikap sombong dengan berkata harta kekayaan
itudatang dari usahanya dan bukan dari Allah. Kemudian
Allah menurunkan bala' dengan menenggelamkan
istana dan seluruh hartanya.

telah berkata Al-'Arifbillah Al-Imam Abu Bakar Asy-Syibli Qaddasallahu Sirrahu : " istidraj ialah nikmat zahir ".

maka
Al-'Arifbillah Al-Imam Sya'rani Qaddasallahu Sirrahu menjawab persoalan jin tersebut :

" seseorang hamba itu dapat mengetahui bahawa dia sedang berada di dalam istidraj dengan melihat kepada mizan (timbangan) syariat yang suci ".


maksud Al-Imam Sya'rani di sini ialah, apabila seseorang hamba itu sedang berada di dalam istidraj, maka dia boleh mengetahuinya dengan cara melihat sama ada dirinya masih berada di dalam landasan syariat yang benar atau dia sudah tergelincir dan keluar daripada syariat.


sekiranya si hamba tadi melihat dirinya sudah semakin jauh dan terkeluar daripada syariat islam, itulah tandanya bahawa pada hakikatnya dia sedang berada di dalam "makar khafi" (tipuan halus) daripada ALLAH SWT walaupun pada zahirnya dia melihat begitu banyak kurniaan serta pemberian ALLAH SWT berupa nikmat zahir kepada dirinya.

 
  • di sini al-faqir ingin memberikan tiga contoh mudah situasi istidraj :



Tasik Qarun terletak di Fayyoum
105 km di selatan Qaherah, Mesir
1) firaun dan namrud diberi tempoh yang panjang hidup di dalam kesenangan, kemewahan dan keseronokan. kemudian ALLAH SWT datangkan azab dengan tiba-tiba. firaun dibinasakan di dalam laut dan namrud dibinasakan oleh nyamuk. qarun juga binasa ketika asyik dengan kekayaan.

2)
seseorang itu dikurniakan baginya rupa yang cantik serta suara yang merdu, maka digunakan nikmat kurniaan ALLAH SWT kepada dirinya itu dengan mempopularkan dirinya menjadi seorang artis. setiap pertandingan yang disertai pasti dia akan menang, semakin hari semakin banyak kemenangan yang diperolehinya, dirinya semakin masyhur, soal dosa tidak dipedulikan, hukum syara' tidak dipertimbangkan, lalu dia pun mengucapkan : "aku bersyukur YA ALLAH kerana engkau mengurniakan nikmat ini kepadaku mudah-mudahan ianya semakin bertambah bagiku". pada sangkaannya itu adalah pemberian nikmat daripada Allah kepadanya, namun pada hakikatnya ianya adalah racun yang melenakan serta membinasakan dirinya dalam senyap secara beransur-ansur.


3) seseorang hamba dikurniakan oleh ALLAH SWT kepadanya ilmu agama, tetapi dia tidak mengamalkan ilmunya, ilmunya hanyalah untuk berceramah, dia bermegah dengan keilmuannya,
semua orang pada pandangannya adalah rendah serta jahil, hanya dirinya sahajalah yang 'alim, dia menggunakan ilmunya bagi memperoleh habuan harta, pangkat dan kemasyhuran, lalu dia berjalan dengan rasa penuh riya' serta 'ujub dan takabbur. kemudian ALLAH SWT menambahkan lagi ilmu kepadanya, pada sangkaannya itulah pemberian nikmat ALLAH SWT kepadanya, namun pada hakikatnya itulah gula-gula daripada ALLAH SWT kepadanya yang akan membunuhnya serta menjatuhkannya ke lembah kehinaan dan kebinasaan.

betapa liciknya ALLAH SWT memperdaya hamba NYA yang mendustakan ayat-ayat NYA serta memperlekeh syariat NYA.
ALLAH SWT berfirman :

وَمَكَرُوا وَمَكَرَ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ



Tasik Qarun merupakan tasik ketiga terbesar di Mesir. Mempunyai
kedalaman 5 meter di sebelah timur dan 12 meter di sebelah
barat serta luasnya kira-kira 18 900 hektar. Di tengah tasik ini
terdapat sejenis pulau kecil bernama Qarn al-Zahabiy.
maksudnya : "Kamu merancang dan Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik-baik perancang". (Surah Ali-'Imran : ayat 54)

lalu Al-Imam Sya'rani bersyair mengenai istidraj di akhir jawapannya :

"istidrajnya seorang yang berakal di dalam akalnya daripada sudut dirinya sendiri tidak mengetahui Allah lah yang memperdayanya,

tipu daya yang halus itu terus menerus berlaku ke atas dirinya, dan tidak dapat diketahui bahawa itu adalah suatu tipuan mahupun dikalangan yang bijak lagi khabir,

dan siapa yang menginginkan keamanan daripada tipuan NYA bagi mengetahui kebenaran zahir dan batin,

maka lihatlah timbangan hukum-hakam di dalam syariat NYA, kelak dia mengetahui siapa sebenarnya yang beruntung dan siapa yang rugi".


Kerana itulah akal tidak boleh menjdi kayu ukur di dalam menilai sesuatu kebenaran, contohnya seperti artis yang suka menyanyi di atas merasakan daripada sudut akalnya bahawa menyanyi dan menghiburkan orang lain dengan caranya itu tidak salah, ini adalah kerana dia menjadikan akalnya sebagai timbangan serta kayu ukur bagi sesuatu kebenaran dan kesalahan dan dia tidak menjadikan hukum syariat ALLAH SWT sebagai timbangan di dalam menilai sesuatu itu benar dan salah. lalu dia terus melakukan perbuatannya itu tanpa disedari bahawa sebenarnya dia sedang diperdaya oleh ALLAH SWT yang berbentuk kurniaan kepadanya.



danau ini mulanya adalah tempat istana Qarun dan seluruh
hartanya yang kemudian ditenggelamkan Allah Taala
sehingga dinamakan dengan Tasik Qarun.
Perlu kita ketahui bahawa di dalam ISLAM, benar dan dan salahnya sesuatu itu bukanlah diukur dengan logik akal kita, tetapi dengan hukum yang terdapat di dalam syariat ISLAM walaupun sesuatu hukum itu tidak bersesuaian dengan kehendak kita maka kita tetap perlu patuh kepada kehendak ALLAH SWT kerana kita adalah hamba NYA.

al-faqir teringat kalam Al-Mursyid Asy-Syeikh Yusuf Bakhour Al-Hasani Asy-Syadzuli Ad-Darqawi Hafizahullah ketika berada di dalam pengajian beliau di Qaherah, Mesir, beliau mengatakan :

" hamba adalah hamba selama-lamanya, dan Tuhan adalah Tuhan selama-lamanya ".







Al-Mursyid Asy-Syeikh Yusuf
Bakhour Al-Hasani Asy-Syadzuli
Ad-Darqawi Hafizahullah
maksud kalam ini ialah : setinggi manapun kemuliaan, kekayaan, keilmuan dan kekuasaan seseorang hamba, maka dia selamanya tetap akan terus menjadi hamba dan sama sekali dia tidak akan menjadi Tuhan. wallahu a'lam.


insyaALLAH akan menyusul pada post akan datang, persoalan seterusnya para jin yg sufi kepada Al-Imam Sya'rani masih di dalam perbahasan istidraj yang berbunyi :


" adakah seseorang yang sudah sampai di maqam "wilayah" (kewalian) juga akan menerima ujian istidraj daripada ALLAH SWT ?? "

kitab kasyful-hijab war-ron
nantikan kemunculannya pada post akan datang biiznillah !!
begitulah sedikit sebanyak
perkongsian daripada al-faqir yang jahil ini bersama entum kali ini, mudah-mudahan ianya bermanfaat buat kita semua. salah silap mohon nasihatnya.

terima kasih kerana sudi membaca :)


- written by : raja mahadi raja ahmad an-naqsyabandi al-khalidi -

Friday, August 27, 2010

Tak Bolehkah Umat Islam Bersatu Dalam Isu Kafir Masuk Masjid Untuk Berpolitik?



Isu ahli politik bukan Islam masuk masjid untuk berpolitik menjadi jadi sejak PRU 12. Adakah ini istidraj untuk PAS dan ujian untuk umat Islam keseluruhannya?


Malah amat menyedihkan kerana teguran Baginda Sultan Selangor yang melarang masjid digunakan sebagai tempat berpolitik tidak diendahkan.


Umat Islam seluruh negara terlalu naif dan tidak mengetahui inilah sebenarnya Political PR excercise/usaha memenangi pengundi Melayu Islam oleh DAP! Bukankah ini politik dalam masjid namanya!

Alasan memberi derma!


Terkini MP Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk berpolitik di Surau Al Huda Kajang (Rujuk petikan GAP yang disiarkan sepenuhnya di bawah)...atas alasan menyampaikan sumbangan derma. Apakah tiada tempat di perkarangan masjid untuk didirikan khemah  bagi tujuan sebegitu? Malang seribu kali malang, MP berkenaan juga didapati tidak menutup aurat (rujuk gambar). Bandingkan dengan peristiwa sedeh di Ipoh di mana YB Hamidah dihalang dari masuk ke masjid, apakah  double standard yang diamalkan oleh PAS? Dalam hal ini, YB Hamidah seorang wanita yang menutup aurat dilarang memasuki masjid  di Ipoh tetapi wanita kafir yang tidak menutup aurat pula dialu-alukan berpolitik dan bertazkirah kononnya untuk  memberi derma di dalam masjid di Selangor yang jelas mentertawakan titah perintah DYMM Sultan Selangor!


Mungkin bagi mereka yang jumud menyokong PAS, perbuatan ini seolah tiada implikasi negatif. Mungkin mereka juga sudah terlalu taksub sehingga terlupa Allah pernah berfirman dalam kalamullah sebegini

Surah At Taubah ayat 28.



"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" 

Orang Yang Berhadas Masuk Masjid 


Dalam Isu orang kafir yang tentunya berhadas kerana tak mandi wajib kerana berjunub dan bersuci dari hadas besar selepas beristinjak masuk masjid boleh kita samakan dengan penerangan yang pernah diberikan oleh Pengarah JAIS bagi kes Dr. Xavier Jayakumar masuk masjid di Taman Sri Andalas. Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dilaporkan berkata seseorang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita didatangi haid.



Beliau juga dipetik ingin mengambil tindakan kepada jawatankuasa sebuah masjid di Taman Sri Andalas, Klang kerana membenarkan exco kesihatan negeri Dr Xavier Jayakumar, juga ADUN Seri Andalas, berucap di dewan utama masjid itu Ogos lalu.


"Orang bukan Islam dibenarkan datang dan melawat masjid tetapi tidak boleh masuk dewan utama solat, lebih-lebih lagi berucap di tempat kita bersolat.


"Semua perkara ini patut diketahui oleh nazir masjid demi menjaga kesucian masjid serta perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan," beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia.

Dan yang ini petikan dari kitab karangan  kitab Mauizatul al mu'minin min ihya ulumiddin karangan Syeikh Muhammad Jamaluddin bersandarkan kepada karangan imam Al Ghazali. pendapat bernas rakan fb Silau Kilau dalam isu orang kafir (yang berhadas) masuk masjid di bawah:


 .... yang dipetik dari


"saya jawab tidak boleh atas seorang bukan mukmin berada dimimbar, ruang ibadat samaada surau atau masjid kerana mereka itu tidak berhadas kecil... atau besar.....apatah lagi beristinja.......kita sebagai umat islam ditekannkan kepada kebersihan apatah lagi kesuciaan........beribu2 tahun umat islam , kristian, yahudi mempunyai tempat ibadat masing2 dibaitul muqaadis......sapa berani kasi campur ikut sedap hati mereka?.......tak tau lah kalau lepas ni pas keluar fatwa dibolehkan atas nama "keadilan...



Baik saya menyatakan pendapat saya berdasarkan kitab Mauizatul al mu'minin min ihya ulumiddin karangan Syeikh Muhammad Jamaluddin bersandarkan kepada karangan imam Al Ghazali.


Tolong tuan cari bab adab bersuci (bab3) dan adab dimasjid (bab 17) kemungkaran dimasjid.


Kemudian soalan saya pula kepada tuan....sila lah beri keterangan kenapa dibolehkan seorang perempuan bukan muslim yg tidak menutup aurat dengan kemungkinan tidak berhadas kecil dan besar boleh berada di mimbar depan surau dan dibenarkan menyampaikan ceramah pada jemaah muslimin?....tolong berikan nas2nya dan bersandarkan kitab mana....hadis.....alquran....silakan tuan........"

rujukan lanjut perbincangan di sini http://www.facebook.com/profile.php?id=100000297026027&v=wall&story_fbid=147408041947220&ref=notif&notif_t=share_reply

.................................................

Petikan artikel dari GAP

22 Ogos 2010, Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) telah masuk untuk berceramah dan menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli PAS di Surau Al-Huda Kajang Sentral. Bukan sekadar masuk ke dalam surau, malah Teo pergi ke barisan saf pertama untuk berceramah kepada orang Islam di dalam surau. Pada waktu tersebut, jam 9.33 malam. Ini bermakna, sama ada Teoh memberikan tazkirah selepas selesai solat terawih atau antara solat terawih.Ini satu penghinaan kepada umat Islam. Apakah sampai tiada langsung wakil rakyat Islam untuk dijemput ke surau tersebut? Apakah tiada tempat lain untuk menyampaikan sumbangan dan ucapan hingga terdesak membawa masuk DAP memijak sejadah di saf pertama untuk memberi tazkirah? Mengikut Mazhab As Syafie, orang kafir haram dan ditegah sama sekali untuk masuk ke dalam masjid sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At Taubah, ayat 28.


"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika Ia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana" surah At Taubah ayat 28.

Al-Qurtubi, di dalam tafsirnya Al-Jami’ li-Ahkam Al-Quran melaporkan bahawa Ibn ‘Abbas r.a. berkata yang najis itu kesyirikan yang menjadi pegangannya, bukan tubuh badannya. Pegangan DAP masih lagi ideologi sosialis.

Orang Islam tidak akan miskin jika DAP tidak beri bantuan dan sumbangan. Mereka sudah berkempen sampai dalam surau dan masjid untuk bertazkirah, memberi sumbangan dan meraih undi daripada orang Islam. Ingat, mereka ada agenda yang tersendiri. Jika orang Melayu tidak sokong DAP, nescaya DAP tidak akan boleh berkuasa.

DAP hanya mahu kuasa melalui undi orang Melayu. Hari ini mereka akan berlakon baik, bila berkuasa nanti terserlahlah sikap sebenar DAP. Berhati-hatilah bangsaku. Apa yang Khmer Rouge buat pada orang Islam di Kemboja perlu diambil iktibar.

-gap-