Sunday, July 14, 2013

Benarkah Candi di Lembah Bujang mengadap Kiblat? Bahagian 2



Photo benua Sundaland; Malaysia, Indonesia dan  Borneo pernah bersatu dengan Tanah besar Asia Rujukan Sundaland

Dari teori geologi plat tektonik bumi ini sentiasa berubah berubah sesesuai dengan Firman Allah dalam ayat Al Quran
 
"Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kokoh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka..." (Al Qur'an, 21:31)"
 
"Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?, dan gunung-gunung sebagai pasak?" (Al Qur'an, 78:6-7)

Dengan perpanjangannya yang menghujam jauh ke dalam maupun ke atas permukaan bumi, gunung-gunung menggenggam lempengan-lempengan kerak bumi yang berbeda, layaknya pasak. Kerak bumi terdiri atas lempengan-lempengan yang senantiasa dalam keadaan bergerak. Fungsi pasak dari gunung ini mencegah guncangan dengan cara memancangkan kerak bumi yang memiliki struktur sangat mudah bergerak.

Menurut penemuan ini, gunung-gunung muncul sebagai hasil pergerakan dan tumbukan dari lempengan-lempengan raksasa yang membentuk kerak bumi. Ketika dua lempengan bertumbukan, lempengan yang lebih kuat menyelip di bawah lempengan yang satunya, sementara yang di atas melipat dan membentuk dataran tinggi dan gunung. Lapisan bawah bergerak di bawah permukaan dan membentuk perpanjangan yang dalam ke bawah. Ini berarti gunung mempunyai bagian yang menghujam jauh ke bawah yang tak kalah besarnya dengan yang tampak di permukaan bumi
.

Dalam tulisan ilmiah, struktur gunung digambarkan sebagai berikut:

Pada bagian benua yang lebih tebal, seperti pada jajaran pegunungan, kerak bumi akan terbenam lebih dalam ke dalam lapisan magma. (General Science, Carolyn Sheets, Robert Gardner, Samuel F. Howe; Allyn and Bacon Inc. Newton, Massachusetts, 1985, s. 305). Baca Selengkapnya Di:
SINI
 
 
Kita kembali ke kedudukan Candi di Lembah Bujang -apakah ia benar sebuah Candi Buddha /Hindu  atau sebuah Mihrab seorang Islam atau ugama Hanif ? (bahagian depan tempat solat seorang Imam). Berdasarkan teori pergerakan benua Sundaland, Malaysia dan Sumatera pernah bersatu. Maka  Radzi Sapiee telah membuat satu photoshop bagi melihat Candi asal di Lembah Bujang pada sudut yang lain;
 
 


Dengan menggunakan Photoshop saya mencabut dan menyengetkan Semenanjung pada 32.09 darjah kemudian merapatkannya dengan Pulau Sumatera.
 
Pada kedudukan ini candi di Lembah Bujang akan menghadap Kaabah. !
 
Jika begitu benarlah ruang di hadapan "candi" itu adalah sebuah MIHRAB.
 
Sebenarnya banyak prasasti dan warisan arkeologi di nusantara yang telah diselewengkan faktanya. Islam  dan ugama Hanif  telah bertapak lama di Nusantara!
 
Jika begitu kitab sejarah Bangsa Bani Jawi  seperti Babad Tanah Jawi , Sulatus Salikin , Merong Mahawangsa, Hikayat Amir Hamzah, Sejarah Melayu  wajar dikaji balik dan di cross check dengan Al Quran dan Hadis, catatan Ptolemy dan sejarawan Arab, Cina, India  serta Yunani kerana ia memberi gambaran geografi, geology, sejarah serta  rahsia besar  di Nusantara. Berdasarkan kitab kitab dan cerita orang lama tentang pergerakan benua dan lain lain kita dapat dapatan  ini;

1. Fasa satu : Separuh tanah Asia Tenggara pernah bersambung dan terletak di hujung Tanah Arab. Kemungkinan begitulah keadaannya semasa zaman Nabi Sulaiman sehingga Yaman dan Asia Tenggara termasuk di dalam jajahan kerajaan Saba' yang diperintah Ratu Balqis. Petunjuknya ada pada cerita kanak-kanak Sang Kanchil yang asyik menyebut tentang Raja Sulaiman.

2. Fasa dua : Bahagian Asia Tenggara itu telah berpecah dari Tanah Arab lalu bersambung dengan kawasan benua besar Asia yang kita kenali sebagai Indo China. Ketika ini Sumatera masih sebahagian dari Semenanjung dan ini pernah dilukiskan di dalam peta pemikir Yunani bernama Ptolemy yang dibuat sebelum atau sekitar zaman Nabi Isa AS. Keadaan ini masih berlangsung sehingga zaman para sahabat Nabi Muhammad SAW lalu jika kapal belayar dari Tanah Arab atau India untuk ke China mesti melalui pantai barat Sumatera. Maka naiklah pelabuhan-pelabuhan seperti Barus juga daerah Minangkabau sebagai persinggahan segala dagang.

3. Fasa tiga. Sumatera dan Semenanjung berpisah dari Indo China. Laluan dagang dari India ke China dan sebaliknya perlu melepasi utara Aceh yang rapat dengan Pattani dan Kelantan. Lalu kawasan-kawasan ini dan sekitarnya menjadi tempat persinggahan utama.

4. Fasa empat. Sumatera terpisah dari Semenanjung sedangkan Semenanjung bersambung kembali dengan Indo China lalu menutup laluan fasa tiga. Maka muncullah Selat Melaka sebagai laluan utama antara India dan China dan naiklah kerajaan Melaka.

5. Fasa lima? Kita sudah melihat bagaimana peristiwa Tsunami 26 Disember 2006 boleh mengalihkan seluruh Pulau Sumatera sejauh beberapa meter dan mengubah garisan pantai di beberapa tempat. Dengan segala macam gerakan seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi yang mungkin terjadi, tidak mustahil nanti Sumatera akan bersambung kembali dengan Semenanjung dan Selat Melaka kembali menjadi sebesar sungai untuk memenuhi hadis akhir zaman tentang "negeri di belakang sungai".
 

4 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

salam admin

sy tertarik dengan pendapat "...benarlah ruang di hadapan "candi" itu adalah sebuah MIHRAB".

sy juga turut berpendapat candi-candi yg dibina samaada di Malaysia/Lembah Bujang dan Borobudur adalah mewakili agama hanif atau ajaran tauhid sebelum datangnya Nabi Muhammad SAW melengkapkan ajaran Islam.

Buktinya melalui candi Borobudur, relief2nya banyak menceritakan kisah2 Nabi Sulaiman, Puteri Balqis, Kisah Nabi Yunus, Kisah Nabi Nuh dll yg bersangkutan.

Dan kaitan atr candi borobudur dgn candi di lembah bujang terutama candi di Sg.2 menunjukkan candi2 di situ jauh lebih tua dari candi borobudur - Prof. Saidin dari USM

ini membuktikan tamadun yg bertapak kat lembah bujang lebih awal berbanding di borobudur. So, candi2 di Malaysia adalah ibu atau asas bagi candi2 yg terdapat di Asia Tenggara.

My humble opinion --->

1) tapak candi2 itu sebenarnya adalah SEKOLAH AGAMA dan TEMPAT BELAJAR bagi masyarakat ketika itu dan bukannya pusat ibadat hindu-buddha.

2) patung/stupa sebenarnya adalah ALAT BANTU MENGAJAR hasil dari ekpresi masyarakat mereka menterjemahkan ajaran tauhid yg diterima dengan memahat patung2 itu dan bukannya patung yg disembah spt yg dicanang.

When years goes by, cara pemahaman masyarakat berubah sekaligus wujud unsur2 penyembahan patung yg dianggap dewa oleh kaum Hindu-Buddha dan ia berterusan sehingga sekarang.

Jika Puan perasan, semasa HIKMAH MELAKA tahun dulu, Pengasas Sek. Agama/Pondok kat Perak tu ada bagitau nenek moyang kita bukan berfahaman buddha/hindu sebaliknya adalah agama HANIF/ajaran TAUHID -MengEsakan Allah!

Komen Puan ?

Syafiq Azri said...

Benar sebab Candi Borobudur Peninggalan Nabi Sulaiman a.s

Anonymous said...

jika candi lembah bujang menghadap kaabah,bagaimana mungkin sebab lembah bujang wujud sebelum agama Islam yg dibawa oleh Nabi Muhammad..dan juga kiblat yg terawal ialah masjid al-aqsa di Palestin