Thursday, August 16, 2012

Syeikh Abdullah Samaah vs DAP - istilah Kafir Harbi dan menjawab Helen Ang & Haron Din

Ramai yang maseh tak faham istilah KAFIR HARBI

Kafir Harbi merujuk kepada Kafir yang ingin memerangi Islam, Kafir yang ingin menindas orang Islam. Kafir harbi bukanlah downgrade dari Kafir Zimmi seperti artikel Helen Ang atau dakwaan politik Haron Din. Kedua dua kategori Kafir; iaitu kafir Harbi dan kafir zimmi  telahpon wujud 1400 tahun dulu iaitu sejak Islam menapak di Bumi Hijaz (Madinah di Saudi Arabia kini).

Tuan Guru Abdullah Samaah menerangkan dengan terperinci apa yang diiktirafkan sebagai kafir harbi menurut para ulama muktabar  berdasarkan kitab rujukannya dan Perlembagaan Persekutuan. Penerangan Tok Guru Pondok  Abdullah Samaah juga menekankan betapa pentingnya LGE dan DAP memahami dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan


Di zaman Rasulullah SAW, umat Islam dan   Yahudi boleh duduk aman di Medina (nama lamanya Yathrib) kerana mereka tidak memerangi baginda Rasulullah SAW, umat Islam dan tak menghalang tugas dakwah baginda. The Medina Charter memberikan hak hak kepada penduduk kafir untuk tinggal dengan aman di Medina. Begitu juga The Andalusian Charter memberi peluang saksama dan adil ke atas  kepada penduduk Kristian dan Yahudi di Andalusia (Sepanyol). Rujuk kajian lanjut impak The  Andalusian Charter dan bandingkan ia tak jauh berbeda dengan situasi semasa di Malaysia sebelum kelantangan DAP pasca PRU12 memusnahkan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Ramai yang tak tahu bahawa The Medina Charter dan The Andalusian Charter adalah 2 dari rujukan yang diambil untuk menderaf Perlembagaan Malaysia. Ketiga tiga perlembagaan mempunyai persamaan berikut;

Artikel 1 - NEGERI-NEGERI, AGAMA DAN UNDANG-UNDANG BAGI PERSEKUTUAN Nama, Negeri-negeri dan wilayah-wilayah Persekutuan

1 (1) Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris.


1 (2) Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu

Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan -Ugama bagi Persekutuan
3 (1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Penerangan penulis - Ini sama seperti Piagam Madinah dan Piagam Cardoba yg mana membenarkan pengamal ugama lain beramal dgn ugama mereka -tapi kedudukan Islam sebagai Ugama (Ugama Negara dan mendapat tempat ISTIMEWA di Negara tersebut-Utk Makluman Deraf Perlembagaan Persekutuan dideraf oleh Datuk Nik Mohd Kamil bin Datuk Perdana Kelantan yg mengambil dari Kitab lama ulama Pattani dan disalin dari Piagam Medina ). Oleh itu jelas  Perlembagaan Malaysia bukan sekular , kafir yang direka  oleh Lord Reid. Lord Reid hanya meneliti hasil akhir Perlembagaan tersebut.

Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan
Artikel 4(1) Perlembagaan Persekutuan adalah undang Undang utama Persekutuan dan apa apa undang undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan apa yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu

 Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan-Kebebasan Berugama (lihat klausa pada Artikel 11(4)

11 (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

Penerangan penulis Klausa pada Artikel 11(4) menyekat penyebaran ugama lain ke atas umat Islam)

11 (4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.-(makna tak boleh mengembangkan ugama lain /memurtadkan umat Islam)

Rujukan lanjut  Perlembagaan Persekutuan

Dari penerangan Tuan Guru Abdullah Sammah yang merujuk kepada kitab dan Perlembagaan Malaysia jelas usaha menjatuhkan ugama Islam oleh DAP yang menerajui Pakatan Rakyat jelas menyebabkan DAP LAYAK digelar kafir harbi!


Soalan saya ialah -kalau TG Abdullah Samaah boleh tunjuk kitab -saya nak lihat Profesor Datuk Haron Din juga tunjukkan kitabnya bagi dakwaan DAP adalah Kafir Zimmi.

 Huraian saya mengenai Kafir Zimmi boleh didapati di artikel saya yang terdahulu  menolak-istilah-kafir-zimmi-ke-atas-DAP. Saya amat berharap Datuk Professor Haron Din tidak mengeluarkan "fatwa politik" ;)

Dengar sekali lagi dan lihat kitab rujukan Tuan Guru Abdullah Samaah. Jika beginilah ulama pondok (Abdullah Samaah)  vs ahli akademik Wahhabi (Haron Din), saya memilih ulama pondok kerana kedalaman dan keluasan ilmu ugama mereka.


3 comments:

Anonymous said...

SELAMAT TINGGAL PAS SERI MANJUNG PERAK SETELAH 12 TAHUN KAMI BERSAMA MU. SELAMAT TINGGAL !

Anonymous said...

Salam Bro,Tahniah dan syabas kerana penjelasan yang benar-benar bernas dan jitu.Banyak info yang aku dapat.HIDUP BN

Anakbukitgantang said...

Assalamualaikum,

Terima kasih tuan Anon. Saya sebenarnya hanyalah mencurahkan kembali ilmu ugama yang diajar oleh ustaz saya yang berguru dengan guru yang murshid dari Institusi Pondok.

Berkenaan dengan sejarah deraf Perlembagaan Persekutuan ditulis oleh Datuk Nik Mohd Kamil MB pertama Kelantan, saya mendapat maklumat dari waris dan saudara terdekat beliau. Beliau adalah lulusan Undang Undang di UK . Kebetulan dia dapat banyak bahan rujuk/kitab yang digunapakai untuk mentadbir Negara Kelantan ( Kelantan Hulu dan Hilir) dari bapanya yang berjawatan secara keturunan Perdana Menteri Kelantan-Empayar besar Islam spt Uthmaniyah, Pattani , Acheh dan Perak dah lama gunapakai Undang Undang Islam dan merujuk kepada Piagam atau Perlembagaan Madinah (Medina Charter) kerana mereka adalah waris ulama gelombang pertama yang berdakwah dan mengIslamkan penduduk di Nusantara.

Di Perak Undang Undang 99 Perak adalah mengambil daripada Piagam Madinah dan dikarang oleh Sultan Aulia Wali Allah. Wassalam