Saturday, August 18, 2012

Pulanglah sayangku-di pagi Eidul Fitri ini


"Keampunan yang ku pohon sekiranya aku yang berdosa, pulanglah wahai sayang, aku menunggumu dengan hati rela. Pulanglah kepangkuan ku sayang, aku menunggumu di pagi Hari Raya"

Kepada semua insan yang dah "berhijrah" , amati makna HIJRAH yang sebenar. Berhijrah bukan bermakna setakat memakai tudung tapi mengamalkan cara hidup orang Islam dan berpegang kepada AKIDAH yang benar iaitu Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Untuk itu saya nasehat mereka yang dah berhijrah agar benar benar belajar ugama Islam dari guru yang murshid yang ikhlas berdakwah kerana Allah, bukan belajar "Islam" dari ahli politik yang sesat dan menyesatkan.

Ya Allah Ya Rabbi,  hambamu ini berdoa agar saudara seIslamku dapat menghayati makna Hijrah yang sebenarnya tanpa ada konotasi politik. Ya Hannan Ya Mannan Ya Rahman Ya Rahim Ya Mujib Ya Rafi  Ya Ghani Ya Latiff Ya Naseer, moga umat Islam di Malaysia bersatu agar kami sama sama dapat mempertahankan  syiar Islam yang diserang teruk oleh kafir harbi dan rakan Kwaridj (Wahhabi) mereka  yang mengaku umat Islam seusai PRU12.

Semoga kita semua dapat bersatu di bawah kalimah syahadah Laa Ilah Ha Illallah, Muhammad Dar Rasulullah. Aamiin .




No comments: