Thursday, July 14, 2011

BERSIH- Minda pelajar IPTA yang tak tahu menaakul

DI PULAPOL : SOAL SIASAT SEORANG PELAJAR IPTA PEREMPUAN YANG DI TAHAN   PADA TARIKH 709 (9 .7.11) ...



siasatan secara terbuka dan transparent-maseh kejam kata mereka

makan buffet percuma-maseh kejam kata mereka

pasukan perubatan memeriksa kesiahatan- maseh kejam kata mereka



polis : pelajar tahun berapa, bidang apa, dimana ?


pelajar : tahun 2, usuluddin, UIA ( intonasi marah )


polis : kenapa tujuan datang KL sertai demonstrasi ?


...pelajar : nak protes kerajaan zalim ( intonasi marah )


polis : mana dapat baju bersih ni ?

pelajar : beli RM49 di pejabat cabang pkr ( intonasi marah )


polis : datang KL berapa orang, ada kenderaan ?


pelajar : 8 orang, naik bas, komuter ( intonasi marah )


polis : kenapa kata kerajaan zalim ?


pelajar : Dato Seri Anwar Ibrahim kata kerajaan zalim ( intonasi marah )


polis : asal dari mana ?

pelajar : ( diam tak jawab )


polis : saya tahu dimana kampung awak, siapa ibu bapa kamu !


pelajar : ( terus menangis ) puan, tolong la jangan beritahu keluarga saya


polis : beri sebab kenapa awak tidak mahu saya hubungi keluarga ?


pelajar : ( menangis )

polis : jika awak tak jawab saya hubungi ibu bapa awak sekarang juga !


pelajar : tolong saya, puan ... saya malu dengan mereka ( menangis )


polis : adakah ibu bapa awak ahli parti politik, di kampung ?


pelajar : tidak puan, mereka hanya penoreh getah, tak tahu politik ( nangis ) polis : bagus lah macam tu, mereka wajar tahu awak bakal ahli politik !


pelajar : saya malu, puan ... tolong jangan hubungi mereka


polis : apa awak nak malu, mereka patut bangga, awak dah pandai !


pelajar : keluarga saya orang susah puan, nak makan pun susah ( nangis )


polis : awak beli macam2 benda, belanja untuk demonstrasi, duit siapa ?


pelajar : duit PTPTN puan, duit bantuan sara hidup dari FELDA puan


polis : siapa yang bantu awak dapat belajar di UIA, dapat bantuan ?


pelajar : ayah bawa saya jumpa ADUN BN minta sokongan puan

polis : siapa lagi tolong awak semasa belajar, sara hidup KL ni tinggi


pelajar : ayah jumpa pengurus wilayah tu, dapat bantuan FELDA


polis : bukan kah PTPTN, FELDA itu, agensi kerajaan ?


pelajar : ya puan ( nangis )


polis : kenapa kata kerajaan zalim, awak susah jumpa kerajaan ?


pelajar : ( nangis )

polis : saya terpaksa jalankan tugas saya, nama awak akan dihantar kepada pihak UIA dan Kem. Pengajian Tinggi !


pelajar : ( nangis ) saya minta maaf puan, tolong la saya kali ini


polis : dalam rekod ni, ini kali ketiga awak di tahan kerana kesalahan berkumpul tanpa kebenaran, maaf saya tak dapat tolong !
Semoga matihati  mereka terbuka untuk menerima hakkat bahawa perubahan bermula dari sendiri-Kejam ialah bila mereka bertuhankan makhluk Allah dan melupakan Pencipta Ya Rabbi ul Alamin

Semoga anggota polis yang menjalankan amanah dari Yang DiPertuan Agong dengan baik, sabar dan berhemah  dapat membuka mata pemuda pemudi bahawa mereka terpedaya. Jangan lacurkan keamanan dan kemerdekaan negara dengan wang RM 200 dari musuh Islam
 
Komen

Sebagai pelajar PTPN mereka mendapat dermasiswa minimum RM500 sebulan. Jika setahun tentu jumlahnya RM 6000

RM 6000 tentu lebih besar jumlahnya dari RM200 yg diberi melalui dana aseng

Fikir fikirkan bila dah masuk lokap barulah pelajar sedar.

1 comment:

AJAI62 said...

Assalam Bro

Salahkan juga Tim. Menteri KPT yang nak sangat pelajar berpolitik... Itu kepala lesen besar yang Najib kena awasi... Tikam belakang punya manusia.. Menteri cakap lain dia cakap lain... satu kementerian tu... lawan boslah ni...