Sunday, August 30, 2009

Pastikan Malaysia kekal Merdeka!



Dulu orang Semenanjung Tanah Melayu bekerja di ladang dan kaum penjajah berehat sambil menikmati teh di lounge seperti dalam gambar.

Asal usul pemilihan tarikh merdeka pada 31 Ogos 1957

Pada hari ini 31 Ogos 2009, genaplah 52 tahun Malaysia Merdeka.

Tarikh 31 Ogos 1957 dipilih oleh seorang ilmu falaq dan juga wali Allah iaitu Abdullah Fahim. Abdullah Fahim adalah datuk kepada Perdana Menteri Malaysia ke -5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Tarikh 31 Ogos 1957 menurut "inner circle" mempunyai makna yang dalam. Tarikh itu jika diterjemah dalam ilmu falaq dan ilmu numerologi Islam membawa makna "barakkah" atau berkat. Tarikh 31 Ogos ini juga adalah sama nilaian numerologinya dengan tarikh pembukaan Madinah Munawarah di Saudi Arabia dan juga kota Istanbul di Turki. Kedua-dua kota tersebut juga maju dan terbilang pada zamannya.


Malah mungkin juga disebabkan doa wali Allah, dengan izin Allah, maka Malaysia terselamat dari gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami , ribut taufan dan banjir besar. Dari segi geologi, Malaysia amat bertuah kerana tidak berada dalam Lingkaran Api Pasifik (geological fault lines) yang melintasi Indonesia dan Filipina. Geological Fault Lines ini terjadi kerana ada dua tectonic plate yang besar dan selalu berlanggar serta menghimpit satu sama lain sehingga menyebabkan gempa bumi di bawah laut (yang boleh mengakibatkan tsunami jika berlaku pada skala richter yang besar) ataupun letupan gunung berapi.


Begitu juga, dari segi kestabilan politik, kecuali semasa pemerintahan 13 hari komunis 3 Bintang dan peristiwa pergaduhan kaum berdarah pada 13 Mei 1969, Malaysia terselamat dari rampasan kuasa berdarah yang sentiasa melanda Thailand, pergaduhan kaum dan pembunuhan etnik Cina seperti yang melanda Indonesia, negara kepolisian dan sistem parti tunggal (police state and single party system) seperti yang melanda Singapura dan pemerintahan diktator seama 20 tahun seperti yang melanda Filipina semasa era Ferdinand Marcos.



Bertuahnya Malaysia, tapi sampai bila?


Umum mengetahui bahawa era 1960an adalah era keemasan bagi Filipina. Filipina , di bawah Presiden Macapagal (bapa kepada Presiden Gloria Macapagal Aroyyo) , sangat dinamik dan banyak membuat undang undang berkaitan land reform. Akibatnya kemajuan mendadak melanda Filipina terutama dalam bidang R&D pertanian. Malaysia dan seluruh negara Asia sehingga kini masih terhutang budi kepada Filipina kerana penemuan benih beras yang cepat matang dan membolehkan padi dituai dua kali setahun.


Tapi era keemasan Filipina tidak lama kerana Presiden Macapagal gagal dalam pilihanraya seterusnya. Tempat presiden Filipina diambil alih oleh Presiden Ferdinand Marcos yang membawa kepada kemusnahan ekonomi Filipina. Pemerintahan beliau selama 20 tahun menyebabkan Flipina jatuh terkebelakang dari segi sosio-ekonomi .




Hari ini kita dapati bahawa pulangan matawang asing Filipina dibuat oleh pekerja expatriate Filipina yang bekerja dinagara negara luar untuk menyara keluarga masing masing di Filipina!


Semuanya berakhir akibat ketidakpuasan penduduk Filipina dalam isu yang remeh temeh dan terpedaya dengan dakyah yang dimainkan pembangkang . Ketidakpuasan ini ditunjukkan secara emosi dalam pilihanraya! Akibatnya rakyat Filipina menderita 20 tahun dibawah pemerintahan kuku besi Marcos!


Pilihanraya bukan cara nak balas dendam! Salah Pilih ADUN dan MP Dalam Pilihanraya menyebabkan kerosakan kepada negara!


Sehari selepas PRU12 pada 8 Mac 2008, seorang Senior Politician dipetik berkata bahawa "satu keputusan pilihanraya yang pelik akan merosakkan segala blueprint sosio ekonomi
Singapura "

Apa impilkasinya terhadap Malaysia?

bersambung................
















2 comments:

The Hobbit Frodo said...

salammmm merdeka ABG!!!! teruskan menulis

anakbukitgantang said...

Terima kasih Hobbit- pembawa amanat selalunya berjuang ikhlas, teruskan berjuang