Assalamualaikum,
Di harap dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, umat Islam perlu menjaga kesihatan, bagi memberi kesempatan sepenuhnya kepada diri untuk beribadah.
Ramadhan bukan sahaja bulan di mana umat Islam berpuasa makan dan minum disiang hari tetapi juga menjauhkan diri dari membuat perkara - perkara yang boleh mengurangkan pahala ibadahnya di bulan Ramadahan. Ibadah seseorang insan bukanlah terhad kepada solat dan puasa sahaja tetapi juga termasuklah menjaga adab adab orang Islam sepanjang masa.
ABG tidak mahu pergi lebih lanjut mengenai perkara tersebut, kerana banyak blog yang mempunyai artikel yang baik dan lengkap mengenai amalan dan adab yang perlu kita umat Islam amalkan. Yang penting, setiap pengetahuan perlulah diamalkan dalam kehidupan seharian, Islam bukan letaknya di luaran tetapi perlu disemat dalam hati, dilahiriahkan dalam setiap langkah dan keperibadian kita.
Cukuplah ABG meninggalkan kata kata ini yang dipetik dari kitab Minhajul Abidin
4 perkara yang menggangu insan dari mendekati dirinya kepada Allah iaitu:-
1- bila diuji dalam soal rezeki, insan tersebut tidak sabar
2- bila diuji diri dalam keadaan bahaya, insan tersebut tidak tawakkal/ tidak berserah diri sepenuhnya kepada Allah
3-bila diuji dengan bala, insan tersebut tidak redha
4- bila diberikan dugaan dalam sesuatu peringkat perjalanan hidupnya yang mana telah ditentukan dalam qadha dan qadar , insan tersebut merungut dan tidak redha
Seelok elok insan ialah insan yang sentiasa sabar, tawakkal dan redha dengan qadha dan qadar Allah.
Basahilah bibirmu dengan dzikir dan imarahkan hatimu dengan iman. Hiasilah diri mu dengan akhlak yang baik.
Jika ditimpa masalah, beristigfar banyak- banyak , InsyaAllah akan ada kelapangan yang Allah berikan.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment