Saturday, September 5, 2009

Kekalkan Malaysia Merdeka! Sejarah Yang Berulang! Bah 2






Paparan sejarah negara-gambar ehsan Oasis Cafe, Bangi

Pepatah mengatakan pemimpin salih berganti. Namun pemimpin ummah sejati atau ulama tersohor hanya muncul setiap 100 tahun sekali. Contoh yang jelas adalah kelahiran Ibn Arabi tatkala saat Syeikh Abdul Qadir Jelani meninggal dunia. (Kebetulannya dalam riwayat Ibn Arabi, bapa beliau , seorang wazir dalam pemerintahan kerajaan negarakota Andalusia kepingin sangat anak lelaki. Maka bapa beliau membuat pengembaraan sehingga ke kota Baghdad, tempat Syeikh Abdul Qadir Jalani bermastatutin.....dari buku kisah hidup Ibn Arabi, The Quest Of The Red Sulphur).

Pemimpin sejati akan menjuangkan ugama tanpa ada confict of interest dalam pembuatan keputusan. Dalam kisah Ibn Arabi, walaupun beliau berasal dari keluarga tersohor di negarakota Islam Andalusia, beliau hidup berkelana, mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan akhirnya meninggal secara tragik (dibunuh) di Damaskus, Syiria.

--------------------------------------------------------
Adakah fakta ini secara kebetulan?

---------------------------------------------------------

Di Asia Tenggara, ada 4 buah negara yang merasai pemerintahan 4 pemimpin dalam jangka masa yang lama iaitu Filipina di bawah Marcos selama 20 tahun, Malaysia di bawah Tun Dr. Mahathir, juga hampir 20 tahun, Singapura di bawah Lee Kuan Yew selama lebih dari 20 tahun dan Indonesia di bawah Suharto selama 20 tahun.

Tidak dinafikan jangkamasa 20 tahun mampu membawa perubahan fizikal, ekonomi dan sosial kepada sesebuah negara.

Tempoh 20 tahun juga mampu menjayakan sesuatu blueprint sosio ekonomi atau menghancurkan blueprint sosio ekonomi yang telah dirancang dengan begitu baik.

Contohnya Flipina dibawah Marcos telah hancur ekonominya. Rakyatnya yang berpelajaran merantau ke negara luar untuk mencari rezeki.

Indonesia di bawah Suharto selama 20 tahun mencapai kestabilan politik , selepas hampir terjerumus ke dalam era pemerintahan komunisme dan juga mencapai kemajuan ekonomi. Dari segi politik pula Indonesia merupakan ketua kepada negara-negara berkecuali di Asia, Afrika dan di kalangan negara Islam.


Malangnya, akibat krisis matawang pada tahun 1998, Indonesia jatuh ke kancah anarki bilamana politik perkauman menerajui Indonesia dan ethnic cleansing serta kemusnahan harta milik kaum pendatang Cina dilakukan oleh rakyat marhaen Indonesia. Semuanya berlaku akibat ketidakpuasan golongan marhaen yang terdiri dari rakyat pribumi Indon yang tidak berpuas hati kerana berlakunya economic disparity and gap (jurang dan perbezaan ekonomi) yang sangat dalam antara bangsa pribumi Indonesia dan kaum pendatang dari ethnik Cina.

--------------------------------------------------------------------
Agenda siapa melumpuhkan ekonomi negara ASEAN?

---------------------------------------------------------------------

ASEAN pada era 1990an digelar The ASEAN Tigers kerana kepesatan ekonomi yang tertinggi di dunia.


ASEAN yang dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Brunei sebagai teras utama mempunyai populasi penduduk Islam teramai di dunia. Jangan lupa pula bahawa terdapat kerajaan Islam purba dan penduduk Islam (menjadi golongan minoriti setelah kerajaan Melayu Islam ditawan dan dijajah oleh negara berkenaan) yang ramai juga di negara Thailand (Kerajaan Melayu Islam Ayuthia, Pattani), Kambodia (Kerajaan Melayu Islam Kemboja dan Melayu Champa), Vietnam (Kerajaan Melayu Champa) dan Filipina (Kerajaan Melayu Islam Sulu).

Adakah krisis matawang yang bermula di Thailand akibat dagangan bebas matawang di pasaran antarabangsa disengajakan oleh The Hidden Hand? Umum mengetahui ianya dimulakan dengan "pemain utama" oleh George Soros, seorang kapitalis Yahudi. Krisis matawang yang melarat keseluruh dunia itu telah melumpuhkan kepesatan pembangunan ekonomi di negara Islam ASEAN dan negara yang mempunyai minoriti penduduk Islam yang besar di ASEAN seperti Thailand , Indonesia dan Flipina. Malah sehingga kini negara itu terhutang, dan dibelenggu dengan protokol kewangan Tabung Kewangan Dunia atau International Monetary Fund (IMF). Adakah ini "penjajahan kali kedua dari sudut ekonomi" bagi negara tersebut?

----------------------------------------------------------------------

Tun Mahathir Jadi Wira Negara semasa krisis matawang-mengelak penjajahan kali kedua Malaysia oleh IMF!

-----------------------------------------------------------------------

500 tahun dulu, Tun Mamat yang tepok kakinya, rabun matanya dan tuli telinganya dilantik jadi Bendahara Melaka setelah Sultan Melaka menyesal membunuh Bendahara lama, iaitu bapa Tun Fatimah.. .....Sultan Melaka yang berahikan Tun Fatimah setelah melihat anak Bendahara Melaka itu bersanding bersama Tun Ali. Hati Sultan Melaka itu panas setelah dihasut oleh Orang Kaya Mendaliar . Orang Kaya Mandaliar pula dirasuah emas oleh Si Kitul, penderhaka! Akibatnya seluruh keluarga Bendahara lama yang tak bersalah dibunuh kejam dan tapak rumah mereka dibaling ke laut!


Sultan setelah mengetahui perkara sebenar amat menyesal dan akhirnya si penderhaka sebenar di hukum bunuh. Maka saki baki keturunan bendahara yang masih tinggal iaitu Tun Mamat yang tepok dilantik jadi Bendahara Melaka.

Sejarah berulang sekali lagi di Malaysia, 500 tahun kemudian dimana Orang Kaya Mandeliar dan Si Kitul moden telah berpakat untuk menghuru harakan Malaysia.


Nasib baik Malaysia mempunyai memanda Bendahara yang sangat bijak iaitu Tun Mahathir yang telah mengamalkan dasar kewangan non convensional, iaitu Dasar Matawang Yang diikat dengan Dolar USD pada RM 3,80. Akibat dasar closed monetory system (dasar yang diamalkan di China,Vietnam dan Filipina semasa tahun 1960-an) matawang Ringgit tidak boleh dimanipulasikan oleh pedagang matawang ( currency marauders) di peringkat antarabangsa.!

Sekali lagi Malaysia terselamat dari penjajahan bentuk baru oleh IMF!

------------------------------------------------------------------

Kenapa Malaysia mahu ditakluki semula? Apa kaitan dengan Ramalan Nastrademus dan Ramalan Jawa Kuno?

-------------------------------------------------------------------
Ramalan Nostrademus, peramal terkenal Perancis yang berbangsa Yahudi dan berugama Kristian Katolik mengataan dalam satu ramalannya bahawa pemimpin tersohor dunia Islam akan muncul dari "tanah yang mempunyai pertemuan 3 lautan. dari sebelah Timur"


Berkurun lamanya misionary Barat mencari tanah itu sehinggakan Filipina dan Indonesia, iaitu negara yang banyak pulau ditakluki. Bagaiamanpun ramalan tersebut boleh jadi di Malaysia. Lihat dan baca berhati hati baik baik pantun ramalan beliau disini:-


From the thre water signs (sea) will be born a man
Who will elebrate Thursday as his feast day
His renown, praise, reign and power will grow
On land and seas, bringing trouble to The East


ADAKAH YANG DIMAKSUDKAN TANAH SEMENANJUNG?

Pemimpin berkenaan akan memimpin tentera yang besar dan akan menakluki Eropah. Penakluk dan pemimpin agung tersebut akan memasuki Eropah dengan memakai serban Biru!


Apa pula ramalan jawa kuno? Teliti artikle dan komen lanjut di netlog ini


Apakah pula kaitannya dengan keadaan huru hara yang dicetuskan di beberapa negeri Pakatan Rakyat di Malaysia?


Bersambung......................




1 comment:

MomTom said...

isy.... jgn la tgk kat ramalam tu
mcm syirik je