Showing posts with label filipina. Show all posts
Showing posts with label filipina. Show all posts

Friday, March 8, 2013

OPS DAULAT-Malaysia Bertindak Balas!


Mayat pengganas Sulu yang ditembak kelmarin, sudah busuk...
Mayat pengganas Sulu yang ditembak kelmarin, sudah busuk…
 

SYABAS ATM DAN POLIS
1. Saya tahu agensi perisikan Singapura, Indonesia, Filiphina dan Amerika Syarikat (AS) telah menarik nafas panjang apabila melihat kejayaan Malaysia khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam mengerakkan operasi bersama (Joint operation) sehingga berjaya melumpuhkan pengganas-pengganas Sulu yang telah menceroboh kedaulatan negara.
 
2. Malaysia sudah memberikan peluang yang sebaiknya kepada pengganas ini yang jumlahnya lebih kurang 150 ke 200 orang selama tiga minggu dan dunia telah menyaksikan pengganas-pengganas ini menganiaya anggota pasukan keselamatan kita.
 
3. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (Syahid) terbunuh apabila pengganas Sulu melakukan sikap keji apabila berpura-pura mengibarkan bendera putih sebagai isyarat mahu menyerah diri.
 
4. Allahyarham Zulkifli yang merupakan ketua pasukan, menyangka musuh berniat baik lantas bangun dari posisi bertahan dan serentak itu, peluru dari penembak tepat dilepaskan dan menembusi kepala Allahyarham.
 
5. Allahyarham Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (Syahid) yang bangun membantu turut terkena peluru dari penempak tepat, maka gugurlah kedua perwira bangsa.
 
6. Rupanya pasukan peninjau polis yang menjalankan tugas recce dalam ladang kelapa sawit disitu telah dikepung oleh ratusan pengganas Sulu.
 
7. Tanpa ketiadaan ketua pasukan, anggota lain terus membalas tembakan dan bertahan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum tiba pasukan bantuan dan hasil dari kecekalan mereka yang terkepung ini, lebih kurang 12 pengganas Sulu ditembak mati.
8. Pengganas juga menganianya wira-wira polis kita yang gugur di Jaya Simunul, Kampung Seri Semporna.
 
9. Wira-wira polis ini yang berpakaian biasa merupakan unit Cawangan Khas (SB) bergerak ke kampung tersebut untuk melakukan tinjauan risik tetapi kedatangan mereka seperti sudah dapat dihidu.

10.Pengganas yang bersenjatakan raifel automatik M16 menghamburkan peluru sehingga mereka gugur sebagai bunga bangsa, darah pekat mengalir dari celah-celah jeti kampung tersebut.

11.Yang tinggal hidup, hanya nyawa-nyawa ikan.


Anggota perisikan polis yang terbunuh dipenggal kepalanya-inikah nilai Islam seperti yg digemburkan KIRAM dan Nik Aziz? Siapa yang layak digelar  Komunis wahai Nik Aziz? Lanun Sulu atau atau orang yang deny kejadian ini berlaku seperti Tian Chua atau orang yang menyalahkan party lain ? 

12.Ketika ini, musuh menerpa dan mengerat-gerat serta memotong kepala ketua pasukan polis ini, ada jenazah polis yang dicacatkan, mata si mati dikorek, ada yang dipotong kepala di ditetak berkali-kali dengan parang, ada yang masih hidup dipotong kedua-dua tangannya.

Wajah anggota polis yang membelot dan mendedahkan pergerakan anggota keselamatan sehingga menyebabkan 6 orang perisik polis mati dibunuh dan mayat mereka di cincang seperti haiwan-Mungkin Tian Chua, Nik Aziz dan Abby Abadi boleh volunteer ganti tempat mereka di lain masa berdasarkan kata kata mereka yang mengguris hati keluarga piolsi yang meninggal?


13.Yang sialnya, akhbar Filiphina yang menyokong pengganas ini meletakkan mereka yang mati dikalangan penyokong Kiram sebagai imam-iman tempatan dari kaum Sulu yang syahid.

14.Senarainya kecederaan dan penganiayaan pada mereka yang mati ini saya ada tetapi demi menjaga maruah mereka yang gugur, tidak perlulah saya siarkan, saya jamin, kalau anda membaca…anda akan berdendam.

15.Saya sendiri tidak tahu, tonik apa yang mereka makan atau jin mana yang mereka damping sebelum pergi berperang sehingga memaksa mereka itu bertindak diluar batas kemanusiaan.

16.Yang anehnya, ada juga penyokong pengganas-pengganas ini dari negara jiran dan komen mereka terpaksa saya buang untuk mengelakkan nama negara mereka yang besar itu tercemar dan kotor di atas komentar rakyat mereka ini.

OPERASI DAULAT
 
17.Saya memohon maaf kerana tidak dapat update setiap butiran operasi.
 
18 Ingin saya melahirkan rasa kesal kepada sebahagian besar pembaca saya yang tidak sabar dan terlalu banyak mempertikaikan operasi ATM dan PDRM ini seolah-olah mereka ini lebih tahu.
 
19. Mereka beranggapan perang seperti yang mereka lihat dari kaca TV atau permainan video game.
 
20.Saya pula memilih jalan selamat untuk menantikan satu tindakan konkrit yang saya tahu pasti akan berlaku sedangkan setiap hari maklumat dari medan tempur masuk ke dalam talian saya setiap jam, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para kontek saya dan juga kepada Anak Sabah yang menjadi mata dan telinga saya di negeri itu.
 
21.Maklumat-maklumat ini pula tidak dapat saya siarkan kecuali kerana tidak ada siapa yang boleh mengesahkan data yang saya terima, dan saya pula tidak mahu menganggu operasi yang sedang dijalankan termasuk menyebarkan khabar yang tidak benar.

MALAYSIA BUKTIKAN KEUPAYAAN MELAKSANAKAN JOINT OPERATION
 
22.Operasi Daulat dimulakan dengan serangan jet-jet F/A 18 Hornet dan Hawk Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ke atas Ground Zero pada jam 0700

23.Ia diikuti dengan tembakan dari mortar 81mm, mesingan berat dan kemaraan 4 buah APC yang diikuti dengan PGA, VAT69, Para 10, serta unit khas lain.
 
24,Bagi saya, serangan jet-jet ini lebih kepada “Power Projection” oleh Malaysia kepada negara jiran padah apabila kita hilang sabar dan menunjukkan kemampuan bajet operasi ketenteraan negara apabila berlaku situasi kecemasan.
 
25.Ia juga adalah bukti kemampuan negara untuk melaksanakan Joint atau Combined Force

Operation yang menggabungkan tentera laut, udara, komando, tentera darat, polis serta agensi kerajaan lain.

28.Negara-negara jiran lain secara teorinya mungkin ada kemampuan untuk membuat “Combined Force Operation” ini tetapi belum pernah dibuktikan secara nyata kecuali dalam latihan.

52 PENGGANAS SULU TERBUNUH SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS PADA 8 MAC

29.Apabila kita hilang sabar, inilah akibatnya, 52 pengganas Sulu terbunuh sejak dari kali pertama pertempuran bermula.

30.Pengganas ini menyangka mereka sedang berperang dengan askar-askar Filiphina, mereka lupa, mereka sedang berhadapan dengan ANGKATAN TENTERA MALAYSIA dan POLIS DI RAJA.

31.Saya sendiri menyaksikan gambar-gambar kematian pengganas ini (gambar baru dan bukan gambar dalam lubang), tetapi saya gagal memperolehi kebenaran untuk menyiarkan gambar ini, ia akan disiarkan dalam sebuah blog lain.
 
SERANGAN PENGGANAS TIDAK ADA KOORDINASI
 
32.Maklumat tidak rasmi yang saya terima, pengganas-pengganas ini mempunyai kekuatan seramai 1,000 orang di mana sekitar 200 dari mereka berada di Lahad Datu.
 
33.Bakinya dipecahkan ke enam daerah yang lain termasuk Semporna.
 
34.Ramai yang mempertikaikan keberkesanan sistem jammer atau kenderaan Electronik Warfare yang kita ada iaitu CommJam Fuch 6×6 hanya kerana ketua pengganas berjaya membuat panggilan telefon ke Manila.

35.Bagaimana kejayaan sistem ini terbukti kerana rancangan awal pengganas berjaya digagalkan, pelan untuk menimbulkan huru hara di tempat-tempat seperti di Kunak, Tungki, Tingku, Kinabatangan, Sandakan dan Semporna lain gagal kerana masalah komunikasi.
 
36.Sejak awal rakyat dibawa menumpukan perhatian ke Lahad Datu sedangkan pada masa yang sama pasukan tentera di atur gerak ke tempat lain.
 
37.Kegagalan rakyat dan pembaca memahami bagaimana operasi tentera dijalankan memang saya sudah jangka kerana rata-rata, banyak forum pertahanan hanya suka membicarakan kecanggihan sesuatu aset tetapi kurang menyentuh dari sudut operasi ketenteraan.
 
PENGGANAS MERAYU MINTA GENCATAN SENJATA
 
38.Kelmarin media-media di Filiphina dan Indonesia meletakkan harapan yang tinggi kepada pengganas Sulu ini untuk mendatangkan kerosakkan yang besar kepada pasukan keselamatan negara kita.
 
39.Tajuk-tajuk seperti “Experience versus Fire Power” (klik sini) disiarkan, dan mengangkat pengganas Sulu ini seperti pahlawan yang tidak terkalah.
 
40.Bongkaknya elemen dengki dan cemburu di negara-negara dunia ketiga ini dihancurkan dengan rayuan ketua pengganas sendiri yang memohon ehsan dan belas dari pasukan keselamatan Malaysia.
 
41.Kalau kelmarin mereka bongkak, hari ini ketua pengganas iaitu Sultan Kiram merayu meminta gencatan senjata dari Malaysia. .abs-cbnnews.com-kiram-reiterates-truce-offer-malaysia
 
 
42.Perdana Menteri Datuk Seri Najib semalam menegaskan, serah senjata tanpa syarat. Anda (pengganas) sedang berhadapan dengan negara berdaulat.
 
SYABAS MALAYSIA
 
Sumber
 

Monday, March 4, 2013

Tentang Strategi Perang Tet Vietnam dan tentera tentera Dajjal di Malaysia

Peperangan Tet
 
Peperangan ini bermula pada hari perayaan Tet di Vietnam. Kemungkinan strategi "Tet Offensive " Vietnam Utara 1968 telah di gunakan di Lahad Datu. Tet Offensive adalah nama tektik yg digunakan oleh tentera komunis Vietnam Utara ketika berperang dgn Vietnam Selatan yg di pertahankan oleh Amerika pada 1968 dahulu . Tentera Vietnam Utara menyusup masuk dan menyamar sbg orang awam beberapa bulan sebelum serangan di lakukan .Mereka membawa senjata dan menyorok di beberapa bandar Vietnam Selatan dan melancarkan serangan serentak pada hari yg sama . Kedutaan AS di Saigon telah di serangt...
 
Pemikir strategik DARI PIHAK DI Malaysia (PEMBANGKANG ATAU ANTI KERAJAAN) dan pihak "Sultan Sulu" tidak meletakkan kemenangan ketenteraan sebagai matlamat, tetapi kemenangan politik .Inilah yg berjaya di capai oleh Vietnam Utara ketika Tet Offensive dahulu .Jutaan rakyat Amerika turun ke jalanraya membuat demontrasi membantah perang Vietnam....APA YG MEREKA MAHU DI MSIA...?..AGAR rakyat Malaysia  turun menentang kerajaan kerana diprovok bahwa kerajaan zalim, lemah dan bersubahat atas pencerobohan ini...
 
Objektif mereka ialah supaya rakyat Malaysia TERTIPU dan minta kuasa asing untuk campurtangan dalam hal ini...
 
HATI HATI INI BUKAN SOAL SIAPA MENANG UNDI TAPI INI MENGENAI PELAN FREEMaSON DAN ILLUMINATI...
 
Mari kita lihat siapakah yang telah BEKERJA dan memudahkan modus operandi Illmuminati di Malaysia...
 
Kronology Pencerobohan Kiram di Sabah
 
Akhir Dec 2012 : Anwar Ibrahim Bertemu Nur Misuari Yg Juga Mantan Gabenor Mindano. Mohammad Kamal Saaid @ Manuel Karingal Amalilio Di Kehandaki Di Mindanao Kerana Skim Cepat Kaya Yg Menipu Warga Filipina 12 Billion Peso.

Januari 2013 : Anwar Ibrahim - Siri Jelajah Bertemu Dgn Pelajar Australia & Senator Bebas Bagi Menjadi Watch Dog BERSIH & PRU 13

17hb Januari 2013 Kapal Pemusnah USS Guardian Berlegar Di Laut Sulu - http://www.navy.mil/submit/display.asp?story_id=71488

22hb Januari 2013 Amalilio atau nama sebenarnya, Mohammad Kamal Saaid merupakan individu paling dikehendaki di Filipina selepas terlibat penipuan skim cepat kaya membabitkan wang sebanyak RM895 juta. Media sebelum ini melaporkan Amalilio ditahan 22 Januari lepas di Ranau, Sabah sebelum pihak berkuasa Filipina menghantar pasukan bagi membawanya pulang untuk berdepan pertuduhan di negara itu. Manuel Karingal Amalilio di kehendakai oleh kerajaan Filipina kerana menipu warga Mindanao sebanyak 12Billion Peso!!!





09hb Februari 2013 : Wujud konspirasi menghalang pihak berkuasa Filipina daripada menahan Manuel Karingal Amalilio yang dikaitkan sebagai "anak saudara" kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Beliau di hukum penjara 2 tahun kerana memiliki pasport palsu ketika memasuki Malaysia.

09hb Februari 2013 Tian Chua Ke Manila Utk Membela Manuel Karingal Amalilio. Perlu di ingat pada 2 September 1998 Ketika Anwar Di Pecat, Nurul Izaah Di Hantar Ke Manila Utk Bertemu Presiden Filipina - Pelakon Yg Korup Yg Di Syaki Menjadi Proxy Akaun Anwar Ratusan Juta USD
 


14hb Februari 2013 Sekumpulan Lanun Bertolak Dari Jolo Menuju Ke Sabah Dengan Lengkap Bersenjata

15hb Februari 2013 Pasukan Bersenjata Berjumlah Lebih 100 Orang Mendarat Di Lahad Datu, Sabah.

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2.


Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

16hb Februari 2013 Nick Xenaphon, Senator Dari Australia, Teman Baik Anwar Ibrahim Menaiki AirAsia Ke KL Di Tahan & Denied Entry.

16hb Februari 2013 Nick Xenaphon Di Hantar Pulang.

Adakah Nick Xenaphon Pengantar (Negotiator) Anwar Utk Membawa Duit Manuel Karingal Amalilio (12 Billion Peso) Utk Di Rasuah Kepada MILF, MNLF & Tentera Sulu Bagi Membina Hujah/Fakta Untuk Menuntut Sabah Bagi Pihak Minority Sulu & Menggagalkan Rundingan Damai Pemberontak Islam Terhadap Kerajaan Filipina?.

Apabila Berlaku Ketegangan, Maka USA Dapat Membina Pangkalan Tentera Laut Di Pulau Banggi Bagi Menjaga Kepentingan Ekonomi Hasil Bumi Laut China Selatan Yg Kaya?

16hb Februari 2013 - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18hb Februari 2013 - Datuk Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24hb Februari 2013 - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26hb Februari 2013 - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28h Februari 2013 - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.


Tentera Dajjal yang dah di butakan matahati untuk melihat pencerobohan sebagai usaha penjajahan Amerika  ke atas negara Islam yang berdaulat:



 





 
 
 


Sunday, August 30, 2009

Pastikan Malaysia kekal Merdeka!



Dulu orang Semenanjung Tanah Melayu bekerja di ladang dan kaum penjajah berehat sambil menikmati teh di lounge seperti dalam gambar.

Asal usul pemilihan tarikh merdeka pada 31 Ogos 1957

Pada hari ini 31 Ogos 2009, genaplah 52 tahun Malaysia Merdeka.

Tarikh 31 Ogos 1957 dipilih oleh seorang ilmu falaq dan juga wali Allah iaitu Abdullah Fahim. Abdullah Fahim adalah datuk kepada Perdana Menteri Malaysia ke -5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Tarikh 31 Ogos 1957 menurut "inner circle" mempunyai makna yang dalam. Tarikh itu jika diterjemah dalam ilmu falaq dan ilmu numerologi Islam membawa makna "barakkah" atau berkat. Tarikh 31 Ogos ini juga adalah sama nilaian numerologinya dengan tarikh pembukaan Madinah Munawarah di Saudi Arabia dan juga kota Istanbul di Turki. Kedua-dua kota tersebut juga maju dan terbilang pada zamannya.


Malah mungkin juga disebabkan doa wali Allah, dengan izin Allah, maka Malaysia terselamat dari gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami , ribut taufan dan banjir besar. Dari segi geologi, Malaysia amat bertuah kerana tidak berada dalam Lingkaran Api Pasifik (geological fault lines) yang melintasi Indonesia dan Filipina. Geological Fault Lines ini terjadi kerana ada dua tectonic plate yang besar dan selalu berlanggar serta menghimpit satu sama lain sehingga menyebabkan gempa bumi di bawah laut (yang boleh mengakibatkan tsunami jika berlaku pada skala richter yang besar) ataupun letupan gunung berapi.


Begitu juga, dari segi kestabilan politik, kecuali semasa pemerintahan 13 hari komunis 3 Bintang dan peristiwa pergaduhan kaum berdarah pada 13 Mei 1969, Malaysia terselamat dari rampasan kuasa berdarah yang sentiasa melanda Thailand, pergaduhan kaum dan pembunuhan etnik Cina seperti yang melanda Indonesia, negara kepolisian dan sistem parti tunggal (police state and single party system) seperti yang melanda Singapura dan pemerintahan diktator seama 20 tahun seperti yang melanda Filipina semasa era Ferdinand Marcos.



Bertuahnya Malaysia, tapi sampai bila?


Umum mengetahui bahawa era 1960an adalah era keemasan bagi Filipina. Filipina , di bawah Presiden Macapagal (bapa kepada Presiden Gloria Macapagal Aroyyo) , sangat dinamik dan banyak membuat undang undang berkaitan land reform. Akibatnya kemajuan mendadak melanda Filipina terutama dalam bidang R&D pertanian. Malaysia dan seluruh negara Asia sehingga kini masih terhutang budi kepada Filipina kerana penemuan benih beras yang cepat matang dan membolehkan padi dituai dua kali setahun.


Tapi era keemasan Filipina tidak lama kerana Presiden Macapagal gagal dalam pilihanraya seterusnya. Tempat presiden Filipina diambil alih oleh Presiden Ferdinand Marcos yang membawa kepada kemusnahan ekonomi Filipina. Pemerintahan beliau selama 20 tahun menyebabkan Flipina jatuh terkebelakang dari segi sosio-ekonomi .




Hari ini kita dapati bahawa pulangan matawang asing Filipina dibuat oleh pekerja expatriate Filipina yang bekerja dinagara negara luar untuk menyara keluarga masing masing di Filipina!


Semuanya berakhir akibat ketidakpuasan penduduk Filipina dalam isu yang remeh temeh dan terpedaya dengan dakyah yang dimainkan pembangkang . Ketidakpuasan ini ditunjukkan secara emosi dalam pilihanraya! Akibatnya rakyat Filipina menderita 20 tahun dibawah pemerintahan kuku besi Marcos!


Pilihanraya bukan cara nak balas dendam! Salah Pilih ADUN dan MP Dalam Pilihanraya menyebabkan kerosakan kepada negara!


Sehari selepas PRU12 pada 8 Mac 2008, seorang Senior Politician dipetik berkata bahawa "satu keputusan pilihanraya yang pelik akan merosakkan segala blueprint sosio ekonomi
Singapura "

Apa impilkasinya terhadap Malaysia?

bersambung................