Saturday, August 22, 2009

Apa isu sebenar di Permatang Pasir?

Tapak masjid yang telah diwartakan dalam Rancangan Struktur Shah Alam di Seksyen 23 dan ditukar status kepada kuil bukan tanda liberalisme politik, itu namanya salah dari segi perundangan dan nyata merompak hak orang Islam! Gambar Ehsan Kuil/Wat Siam di Kelantan.

Astagfirullah Hil Adzim, istigfar banyak banyak.........

Menurut ramai orang yang alim ugama, zaman ini zaman fitnah. Fitnah melayang di mana mana. Maka bagi mereka yang bergelar Islam, hendaklah menjadi tanggungjawab menjaga dirinya dan keluarganya dari menjadi ejen fitnah. Menyebar fitnah salah, mendengar fitnahpun salah.

Oleh itu, kempen pilihanraya yang dijalankan dalam bulan Ramadhan hendaklah berlandaskan cara hidup orang Islam. Islam bukan ada nama sahaja, tapi Islam merangkumi amal ibadat dan perbuatan seseorang manusia dalam kehidupan seharian. Oleh itu , insaflah sekalian manusia yang bergelar dirinya Islam, untuk kembali kepada amalan ugama yang sebenarnya!.

Menurut laporan blog Gerakan Anti PKR yang kini berada di Permatang Pasir, selepas solat tarawih, pemimpin PAS terus terusan mencerca dan membuka aib calon UMNO.

Apa yang dijadikan isu, isu lapok pembatalan sijil guaman dan isu Rohaizat nikah dua.

Isu pembatalan sijil guaman itu sebenarnya TIDAK BOLEH dijadikan isu kerana isu tersebut telah selesai. Malah calon UMNO telah bersedia untuk membuat Pengakuan Bersumpah.

Perlu juga diingatkan, siapa sebenarnya dalang disebalik Majlis Peguam! Untuk Lebih jelas, pembaca kena bertanya siapakah bangsa, ugama dan entiti NGO yang menguasai Majlis tersebut? Apakah isu isu yang dimainkan sebelum ini seperti Murtad, Kebebasan Berugama dan sebagainya belum jelas menunjukkan sebenarnya Majlis itu telah dipergunakan untuk meliberasikan Islam ? Agenda tersembunyi siapakah yang dimainkan oleh Majlis itu?

Sudah tiba masanya Majlis Peguam tersebut dibawah pimpinan tertinggi (precidency) di kalangan peguam Islam yang ramai di Malaysia supaya Majlis itu tidak disalahgunakan kepentingannya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memainkan isu isu sentitif.

Sepatutnya juga Majlis itu dipertanggungjawabkan di bawah Akta Hasutan !

Isu kedua mengenai poligami. Rohaizat telapun mengaku tidak mengamalkan poligami. Kalaupun beliau bernikah dua , adakah salah isu tersebut disisi Islam? Ramai pemimpin PAS mengamalkan poligami, poligami memang tak salah disisi Islam- jadi apakah isunya disini?

Untuk pengundi PRK Permatang Pasir ada 3 isu penting yang perlu diberikan mesej jelas pada PAS PUSAT dan Pakatan Rakyat disini :-

1- Isu menganaktirikan peguam Islam dan menganaktirikan ugama Islam oleh Majlis Peguam- kenapa tiada tindakan ke atas Elizabeth Wong ? Kenapa ada tindakan dan kenyataan berbaur sabotaj ke atas peguam syariah Islam bernama Rohaizat?

2- Isu kedua mampukah PAS keluar dari kongkongan tindak tanduk DAP? Tidak cukupkah lagi isu arak, ambil wang derma ceramah politik dan derma di masjid untuk tujuan politik partai PAS, azan, ambil rezab masjib buat kuil mencelikkan mata pengundi Islam di Permatang Pasir?

Bersatulah umat Islam. Sesungguhnya undi di Permatang Pasir perlu digunakan untuk memaklumkan kepada PAS PUSAT perjuangan mereka telah tersasar. Menyokong PAS kini ibarat menyokong segala tindak tanduk PAS yang telah membelakangkan perpaduan ummah, kepentingan Islam dan mengiyakan tindakan double standard dan anak tiri ke atas profesional Islam oleh Majlis Peguam!

3-Isu perbuatan munafik dan penyebaran fitnah. Demi Allah , demi ugamamu Islam, kembalilah kepada fitrah Islam. Harapan saya semua rakyat Malaysia mendoakan pihak yang tidak menabur fitnah akan dimenangkan Allah dalam PRK Permatang Pasir! AMEN

4 comments:

Jumayatara said...

Sokong anakbukitgantang
Rasuah halal dalam UMNO. Mari kita sokong Pemimpin Rasuah.

UMNO akan menang besor jika letak calon bersih....banyak-banyak pemimpin UMNO, mat songlap ni yang terpilih....mat songlap pun dah tahu diri bermasalah jangan tawar kan diri...ni belasah aje janji dapat jadi YB....Kesian Muhyiddin dan Zahid Zabidi, hidup-hidup kena tipu dengan org UMNO sendiri...

Anakbukitgantang said...

saya menolak kemungkaran dan kerosakan ke atas ugama Islam. Dalam memilih antara 2 calon, pilihlah calon yang kurang melakukan kerosakan, itu mesej jelas dari penulisan ini.

Disini antara akidah dan metod perjuangan, UMNO banyak memberikan panduan perundangan yang mana telah mengelak banayak lagi bencana dari terjadi selepas PRU12.


Jika dilihat bukti sekarang, rasuah lebih banyak di negeri PR-AMACAM?

Fakta tak boleh diselewengkan

Jika tidak kerana undang undang tubuh negeri Perak, Selangor, entah apa yang akan berlaku ke atas orang Islam. Jika ada kekurangan, tambahbaik jangan rosakkan lagi- fikirlah secara strategik.

Ashley Ahmed said...

Salam Ziarah,

Silakan.

Junah

Zawir Al-Hamidi said...

Parti-parti yang bertanding tidak seharusnya mengamalkan sebarang salah laku yang bakal mengundang padah kepada diri sendiri dan juga parti yang diwakili. Mereka seharusnya berfikir bagaimana untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk rakyat sama ada sebagai wakil rakyat mahupun rakyat biasa. Jawatan wakil rakyat yang disandang bukanlah suatu kelebihan atau suatu kenikmatan yang melalaikan, tetapi hakikatnya adalah tanggungjawab, amanah, dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat untuk mentadbir kawasan tersebut sebaik mungkin. Sepatutnya tugas ini tidak dipandang mudah dan menyeronokkan, malah ia adalah pundak yang diletakkan di atas setiap wakil rakyat.