Showing posts with label fitnah. Show all posts
Showing posts with label fitnah. Show all posts

Saturday, April 13, 2013

Fitnah Muslimah PAS- gambar penari stripper Thailand difitnah sebagai wanita UMNO

Maafkan saya. Saya amat bencikan perbuatan FITNAH. Tambahan lagi fitnah yang datangnya dari sekumpulan wanita yang menamakan diri mereka "muslimah".
 
Muslimah yang baik ialah wanita Islam yang menjaga amal ibadahnya, kehormatan dirinya dan maruahnya. Maruahnya juga termasuk tata kelakuan dan seboleh mungkin bebas dari sifat mazmumah . Sifat mazmumah termasuklah jauhkan diri dari sifat hasad, dengki, riyak, ujub, bongkak, munafik, pembohong dan pemfitnah.
 
Berikut adalah screen shot fitnah "Muslimah PAS" dan keterangan asal usul gambar seekor ular sawa (phyton) yang menelan seorang penari stripper di Thailand. Sama sama kita ambil pengajaran dan jangan mudah percaya kepada fitnah ini.
 
Gambar asal-
seorang stripper Thailand menari erotik dengan ular sawa belaannya yang dijinakkan. Malangnya ular sawa tersebut menelan stripper berkenaan dengan baju, kasut, gelang dan aksesori lain yang maseh terlekat di badan.  Bomba cuba menyelamatkan wanita tersebut tapi  wanita tersebut telah mati kerana lemas dan tulang belulang remuk dipatahkan semasa dibelit ular sawa berkenaan. Rujuk komen asal dan komen balas penulis dalam tuliasan Thai.
 
 
Gambar yang digunakan untuk FITNAH


Lihat keterangan "wanita omno dibaham ular ketikan pulang dari berkempen"


Kepada wanita muslimah di luar sana, tahap "muslimah" seseorang bukan berdasarkan "party" tapi berdasarkan tawaduk dan kezuhudan dia dalam amal ibadah serta menjaga  maruah dan kehormatan diri. Kehormatan diri bukan sahaja melalui pakaian tapi tutur kata.....benarlah kata para ulama kerana mulut dan dosa ghibah serta fitnah banyak amal ibadah yang tak diterima. Sama sama para muslimah muhasabah diri.

Thursday, April 28, 2011

Psywar- menyalahlapor berita untuk menimbulkan persepsi salah kepada umum

Musuh telah lama menggunakan psywar dalam media untuk mengubah persepsi massa.

Psywar telah digunakan dari Perang Teluk di Iraq, serangan ke atas kemudahan tenaga menggunakan nuklear di Iran sehingga perubahan kepimpinan negara di Mesir, Tunisia dan kekacauan di Bahrain

Lihat contoh psywar yang dilakukan oleh Suara Keadilan dan jawapan balas Dr Haron Din mengenai "salah lapor" dan "salah fatwa" yang sengaja dibuat akhbar itu.

Soalnya KENAPA? dan PERSEPSI siapakah yang mahu diubah? Siapakah KUMPULAN SASARAN kalau tidak bangsa Melayu Islam supaya Melayu Islam terus BERPECAH!

Sekarang akhbar atau kem politik manakah yang membuat FITNAH?

Apa AGENDA TERSEMBUNYI mereka?........................
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA dan RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
 (pengarang@utusan.com.my)



KUALA LUMPUR 27 April - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar Suara Keadilan yang memetik beliau sebagai berkata, hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram seperti disiarkan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menurutnya, beliau juga tidak pernah menasihatkan orang ramai supaya jangan membeli Utusan Malaysia dengan alasan ia menyebarkan fitnah seperti dilaporkan akhbar berkenaan semalam.



"Semasa dihubungi wartawan Suara Keadilan tiga hari lalu, pemberita berkenaan meminta saya mengulas hukum bagi berita berbentuk fitnah dan dia langsung tidak menyebut Utusan Malaysia, jadi saya beri pandangan umum saya terhadap fitnah dalam pemberitaan.



"Jadi, saya langsung tidak mengaitkan Utusan Malaysia dan saya anggap ia disalah lapor tetapi tidak tahu mengapa ia jadi begitu, saya enggan ulas mengenai kekhilafan itu kerana tidak mahu panjang cerita.


"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan mengeluarkan kenyataan bodoh sebegitu (baca dan beli Utusan Malaysia haram) kerana saya sendiri membaca Utusan Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Haron diminta menjelaskan laporan muka dua lidah rasmi PKR itu semalam yang kononnya memetik beliau sebagai mengeluarkan hukum membaca serta membeli akhbar Utusan Malaysia sebagai haram kerana ia mengeluarkan berita berunsur fitnah.

Dalam pada itu, beliau masih lagi memikirkan tindakan sewajarnya yang akan diambil ke atas Suara Keadilan ekoran 'kesilapan' laporan berkenaan.



"Saya dihujani panggilan dan khidmat pesanan ringkas pelbagai pihak hari ini akibat kesilapan laporan itu tetapi tengok dahulu keadaan sehingga minggu hadapan (untuk mengambil tindakan ke atas Suara Keadilan)," jelasnya.



Saturday, August 22, 2009

Apa isu sebenar di Permatang Pasir?

Tapak masjid yang telah diwartakan dalam Rancangan Struktur Shah Alam di Seksyen 23 dan ditukar status kepada kuil bukan tanda liberalisme politik, itu namanya salah dari segi perundangan dan nyata merompak hak orang Islam! Gambar Ehsan Kuil/Wat Siam di Kelantan.

Astagfirullah Hil Adzim, istigfar banyak banyak.........

Menurut ramai orang yang alim ugama, zaman ini zaman fitnah. Fitnah melayang di mana mana. Maka bagi mereka yang bergelar Islam, hendaklah menjadi tanggungjawab menjaga dirinya dan keluarganya dari menjadi ejen fitnah. Menyebar fitnah salah, mendengar fitnahpun salah.

Oleh itu, kempen pilihanraya yang dijalankan dalam bulan Ramadhan hendaklah berlandaskan cara hidup orang Islam. Islam bukan ada nama sahaja, tapi Islam merangkumi amal ibadat dan perbuatan seseorang manusia dalam kehidupan seharian. Oleh itu , insaflah sekalian manusia yang bergelar dirinya Islam, untuk kembali kepada amalan ugama yang sebenarnya!.

Menurut laporan blog Gerakan Anti PKR yang kini berada di Permatang Pasir, selepas solat tarawih, pemimpin PAS terus terusan mencerca dan membuka aib calon UMNO.

Apa yang dijadikan isu, isu lapok pembatalan sijil guaman dan isu Rohaizat nikah dua.

Isu pembatalan sijil guaman itu sebenarnya TIDAK BOLEH dijadikan isu kerana isu tersebut telah selesai. Malah calon UMNO telah bersedia untuk membuat Pengakuan Bersumpah.

Perlu juga diingatkan, siapa sebenarnya dalang disebalik Majlis Peguam! Untuk Lebih jelas, pembaca kena bertanya siapakah bangsa, ugama dan entiti NGO yang menguasai Majlis tersebut? Apakah isu isu yang dimainkan sebelum ini seperti Murtad, Kebebasan Berugama dan sebagainya belum jelas menunjukkan sebenarnya Majlis itu telah dipergunakan untuk meliberasikan Islam ? Agenda tersembunyi siapakah yang dimainkan oleh Majlis itu?

Sudah tiba masanya Majlis Peguam tersebut dibawah pimpinan tertinggi (precidency) di kalangan peguam Islam yang ramai di Malaysia supaya Majlis itu tidak disalahgunakan kepentingannya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memainkan isu isu sentitif.

Sepatutnya juga Majlis itu dipertanggungjawabkan di bawah Akta Hasutan !

Isu kedua mengenai poligami. Rohaizat telapun mengaku tidak mengamalkan poligami. Kalaupun beliau bernikah dua , adakah salah isu tersebut disisi Islam? Ramai pemimpin PAS mengamalkan poligami, poligami memang tak salah disisi Islam- jadi apakah isunya disini?

Untuk pengundi PRK Permatang Pasir ada 3 isu penting yang perlu diberikan mesej jelas pada PAS PUSAT dan Pakatan Rakyat disini :-

1- Isu menganaktirikan peguam Islam dan menganaktirikan ugama Islam oleh Majlis Peguam- kenapa tiada tindakan ke atas Elizabeth Wong ? Kenapa ada tindakan dan kenyataan berbaur sabotaj ke atas peguam syariah Islam bernama Rohaizat?

2- Isu kedua mampukah PAS keluar dari kongkongan tindak tanduk DAP? Tidak cukupkah lagi isu arak, ambil wang derma ceramah politik dan derma di masjid untuk tujuan politik partai PAS, azan, ambil rezab masjib buat kuil mencelikkan mata pengundi Islam di Permatang Pasir?

Bersatulah umat Islam. Sesungguhnya undi di Permatang Pasir perlu digunakan untuk memaklumkan kepada PAS PUSAT perjuangan mereka telah tersasar. Menyokong PAS kini ibarat menyokong segala tindak tanduk PAS yang telah membelakangkan perpaduan ummah, kepentingan Islam dan mengiyakan tindakan double standard dan anak tiri ke atas profesional Islam oleh Majlis Peguam!

3-Isu perbuatan munafik dan penyebaran fitnah. Demi Allah , demi ugamamu Islam, kembalilah kepada fitrah Islam. Harapan saya semua rakyat Malaysia mendoakan pihak yang tidak menabur fitnah akan dimenangkan Allah dalam PRK Permatang Pasir! AMEN