Showing posts with label psywar. Show all posts
Showing posts with label psywar. Show all posts

Thursday, April 28, 2011

Psywar- menyalahlapor berita untuk menimbulkan persepsi salah kepada umum

Musuh telah lama menggunakan psywar dalam media untuk mengubah persepsi massa.

Psywar telah digunakan dari Perang Teluk di Iraq, serangan ke atas kemudahan tenaga menggunakan nuklear di Iran sehingga perubahan kepimpinan negara di Mesir, Tunisia dan kekacauan di Bahrain

Lihat contoh psywar yang dilakukan oleh Suara Keadilan dan jawapan balas Dr Haron Din mengenai "salah lapor" dan "salah fatwa" yang sengaja dibuat akhbar itu.

Soalnya KENAPA? dan PERSEPSI siapakah yang mahu diubah? Siapakah KUMPULAN SASARAN kalau tidak bangsa Melayu Islam supaya Melayu Islam terus BERPECAH!

Sekarang akhbar atau kem politik manakah yang membuat FITNAH?

Apa AGENDA TERSEMBUNYI mereka?........................
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA dan RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
 (pengarang@utusan.com.my)



KUALA LUMPUR 27 April - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini menafikan sekeras-kerasnya laporan akhbar Suara Keadilan yang memetik beliau sebagai berkata, hukum membaca Utusan Malaysia adalah haram seperti disiarkan lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menurutnya, beliau juga tidak pernah menasihatkan orang ramai supaya jangan membeli Utusan Malaysia dengan alasan ia menyebarkan fitnah seperti dilaporkan akhbar berkenaan semalam.



"Semasa dihubungi wartawan Suara Keadilan tiga hari lalu, pemberita berkenaan meminta saya mengulas hukum bagi berita berbentuk fitnah dan dia langsung tidak menyebut Utusan Malaysia, jadi saya beri pandangan umum saya terhadap fitnah dalam pemberitaan.



"Jadi, saya langsung tidak mengaitkan Utusan Malaysia dan saya anggap ia disalah lapor tetapi tidak tahu mengapa ia jadi begitu, saya enggan ulas mengenai kekhilafan itu kerana tidak mahu panjang cerita.


"Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak akan mengeluarkan kenyataan bodoh sebegitu (baca dan beli Utusan Malaysia haram) kerana saya sendiri membaca Utusan Malaysia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.


Haron diminta menjelaskan laporan muka dua lidah rasmi PKR itu semalam yang kononnya memetik beliau sebagai mengeluarkan hukum membaca serta membeli akhbar Utusan Malaysia sebagai haram kerana ia mengeluarkan berita berunsur fitnah.

Dalam pada itu, beliau masih lagi memikirkan tindakan sewajarnya yang akan diambil ke atas Suara Keadilan ekoran 'kesilapan' laporan berkenaan.



"Saya dihujani panggilan dan khidmat pesanan ringkas pelbagai pihak hari ini akibat kesilapan laporan itu tetapi tengok dahulu keadaan sehingga minggu hadapan (untuk mengambil tindakan ke atas Suara Keadilan)," jelasnya.



Friday, April 22, 2011

psywar musuh untuk timbulkan kucar kacir

Kenapa Kementerian Belia dan Sukan bermasalah? Dari Menteri sampai Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha yang ditangkap berkhalwat d Penang-apakah ada sabotaj musuh di sana?

Terbaru dimaklumkan psywar musuh/pembangkang seperti yang dimaklumkan Perak Bangkit

Perak Bangkit telah menerima satu signal! Hari Belia Negara yang nak himpunkan satu juta belia akan disailang dengan demonstrasi anti kerajaan oleh PKR dan PAS. Mereka sedang menyusun agenda untuk menghantar para demontrasi gila ke perhimpunan tersebut. Mereka nak memalukan PM pada hari tersebut. Ini maklumat yang kami dapat kesan dari unit psywar pemuda Pakatan Rakyat.

Hari Belia akan disabotaj. Dengan kehadiran ramai orang sehingga Satu Juta! PDRM pasti tak akan mempunyai cukup anggota untuk mengawal keadaan. Demonstrasi ala Reformasi ganas akan berlaku pada hari tersebut!!!!!

Apa muslihat KSU KBS dalam rancangan program 1 juta belia. Rancangannya tidak lain ialah menyapu duit sahaja. Rasuah! Rasuah! Rasuah! Tak percaya! Anda boleh Tanya Otman Arsahd!


Jelas Mohid ni bodoh sangap! Dia kini adalah tupai yang sedang jatuh ke tanah. Hari Belia pasti akan jadi suatu tragedi hitam kepada Malaysia lebih-lebih lagi kepada kerajaan BN! Dalam senyap, rupanya PR sudah merancang untuk berdemonstrasi ke Putrajaya pada hari tersebut!!!!! Fikir-fikirkanlah wahai Menteri Belia yang sangat pandai dan bijak sangat ni…….

Sumber
perakbangkit.blogspot.com=mohid-sedang-disiasat-sprm