Saya dimaklumkan oleh petugas bagi Wanita UMNO yang bertugas di Galas bahawa seorang anggota Puteri UMNO sedang dalam KEADAAN KRITIKAL. Beliau sedang dirawat di Wad Intensive Care Unit, (ICU)Hospital Gua Musang, Kelantan.
Kecederaan teruk dialami oleh simangsa kerana dipukul dengan kayu pemegang bendera PAS.
Saya sebagai orang Islam, amat sedeh kerana yang membuat ini adalah "muslimah" PAS. BEGINIKAH CARANYA SEORANG MUSLIMAH BERKELAKUAN?
SEELOKNYA JUGA ELOK DIHENTIKAN PENGGUNAAN PERKATAAN ISLAM PADA NAMA PAS (PARTI ISLAM SEMALAYSIA) TERSEBUT KERANA KELAKUAN PENYOKONGNYA MASEH DI PERINGKAT MAZMUMAH DAN DIKUASAI OLEH NAFSU AMMARRAH.
latest affair, history, culture, politics, economy, spirituality, wellbeing, the feel good blog
Showing posts with label sifat mazmumah. Show all posts
Showing posts with label sifat mazmumah. Show all posts
Thursday, November 4, 2010
Friday, October 16, 2009
Jika Allah sayangkan hambaNya/ sesebuah organisasi (UMNO), maka diuji dulu untuk memberi peluang kepada hambaNya/UMNO membaiki diri
Kerendahan hati sebenarnya cermin ketinggian budi seseorang hamba Allah
Che Det dalam blognya mengakui bahawa beliau "salah menilai" semasa menyuarakan ketidakpuasann hati atas pemilihan Tan Sri Isa sebagai calon Bagan Pinang. (Tan Sri Isa menang bergaya dalam PRK Bagan Pinang pada 11 Okt 2009 dengan majoriti yang lebih besar dari PRU12 dan sekali gus menangkis dakyah pakatan pembangkang bahawa BN telah hilang tarikan disisi pengundi. Syukur Alhamdulllah, kemenangan ini juga menjadi stop point kepada aftermath tsunami politik dan ombak ombak riak dan angkuh pembangkang yang melanda negara sejak 8 Mac 2008)
Bahawasanya pengakuan ini keluar dari seorang negarawan (statesman) bukanlah mudah, tapi beliau mengakui salah membuat penilaian pada masa tersebut. Rujuk blog beliau mengenai Bagan Pinang.
Kerendahan hati Tun Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya menunjukkan ketinggian budi serta keikhlasan beliau sebagai seorang negarawan dan hamba Allah.
..........................................................................................
Pesanan untuk ahli dan pemimpin UMNO .
Dikatakan bahawa jika Allah hendak hambanya atau sesuatu organisasi yang mendokong sesebuah negara menjadi baik, maka hamba Alah/ organisasi tersebut dibukakan "aib" nya dulu bagi hamba Allah/organisasi tersebut mengenal kelemahan dirinya, dan membaiki kelemahan diri hamba Allah/organisasi tersebut.
Dalam keadaan sekarang, sebenarnya Allah sayangkan ahli - ahli UMNO dan pertubuhan UMNO itu sendiri.
Kegagalan BN untuk meraih majoriti 2/3 dalam PRU12 yang lepas sebenarnya adalah petunjuk dari Allah supaya ahli dan pemimpin UMNO membersihkan diri dari sifat sifat tercelah seperti riak, ujub, sombong, bangga diri, tamak, haloba, memncai serta mengeji orang (antara sifat sifat mazmumah)
Disebalik EGM UMNO yang baru selesai di PWTC, maka dicadangkan ahli dan pemimpin UMNO membaiki diri mereka.
Maka dicadangkan 4 cara bagi sesiapa ynag nak mengenal dirinya/ kelemahan organisasi bagi membaiki keadaan
1-bagi individu hendaklah duduk dengan guru ugama yang mursyid bagi mengkaji kecacatan diri. Bagi organisasi pula carilah guru mursyid/consultant bagi memudahkan muhasabah diri bagi mengkaji kelemahan diri dan organisasi. Seorang murid yang telah bertemu dan berguru dengan guru yang mursyid hendaklah menjaga adab dan tatasusila kerana mereka yang menjaga adab sahaja akan mendapat barakah dan pimpinan guru.
2-bagi pemimpin pula hendaklah mencari seorang sahabat sejati yang boleh dipercayai, bijaksana dan lurus ugamanya . Seorang yang lurus ugamanya akan menegur secara ikhlas tanpa kepentingan politik atau peribadi
3-hendaklah berlapang dada dan mengambil faedah dari caci maki serta kejian musuh. Oleh itu setiap ahli UMNO dan pemimpin hendaklah memeriksa diri agar sifat yang ditohmahkan itu tiada pada diri mereka.
4- Hendaklah bergaul dengan masyarakat dan orang ramai. Apabila bertemu dengan kecelaan dalam masyakat, hendaklah kita berusaha mnghindar diri daripada penyakit masyarakat.
Ikutilah Nabi Isa a. yang berkata bahawa apabila beliau meliht kejahilan seseorang/ sesebuah organisasi lain, maka beliau jauhkan dirinya dari kejahilan itu.
Rujukan
Huraian Ihsan dan Ilmu Tasawuf

Wednesday, August 19, 2009
Salam Ramadhan

Istana Al Hambra, Sepanyol. Empayar Islam Andalusia hancur kerana permusuhan sesama Umat Islam dan bersekongkol dengan musuh Islam-satu pengajaran dan peringatan buat umat Islam di Malaysia.
Ramadhan datang lagi menjenguk ummat Muhammad, iaitu ummat akhir zaman.
Menurut baginda Rasulullah, ummatnya yang terkemudian ini imannya senipis kulit bawang. Subuhnya Islam, petangnya munafik dan malamnya kembali Islam. Oleh itu jauhilah sifat dengki, iri hati, mencerca sesama ummat Islam, kafir mengkafir antara satu sama lain. Sesungguhnya urusan iman, Islamnya seseorang dan hak seorang insan masuk ke syurga adalah milik Allah jua.
Penulis telah membentangkan secara ringkas ciri ciri orang munafik dalam penulisan yang lepas. Kali ini penulis bentangkan cara mengenal ciri ciri orang yang memegang fahaman wahabi, yang mana penulis ambil dari blog rakan penulis di blog Tahu, Faham dan Amal di bawah tajuk Ciri-ciri Ringkas Fahaman Wahhabi atau di url ini
Harapan penulis, dengan pengenalan kepada ciri ciri wahhabi ini, kita sesama umat Islam dapat bersatu kembali, demi keutuhan ugama Islam di bumi bertuah ini. Antara ciri - ciri orang wahabi ialah suka memecah belahkan umat Islam dengan fatwanya, menuduh orang lain kafir atau bidaah jika tidak sefahaman dengannya, menghukum tawassul haram dan anti orang yang mengamalkan ilmu tasawuf .
Selain itu bersempena awal Ramadhan penulis mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dari semua orang jika ada terkasar bahasa atau tersalah faham antara kita. Penulis bukanlah seorang yang suka bertekak memanjang, jika sudah berhujah dan memberikan pendapat terserahlah kepada pembaca atau chatters untuk menerima hujah tersebut atau tidak. Hatta bertekak berpanjangan bukanlah sifat yang ingin disimpan oleh penulis kerana ianya juga salah satu ciri ciri munafik- bila berhujah sanggup bertegang urat untuk mempertahankan pendapat walaupun ianya terbukti salah.
Marilah kita sama sama merebut peluang keemasan yang diberikan oleh Allah untuk beramal sebanyak mungkin ( quantity) dan sebaik (quality) yang mungkin dalam bulan yang mulia ini.
Penulis juga akan mengurangkan aktiviti chatting, maklumlah penulis nak kurangkan risiko misperception/ tersalah anggap, sebab kalau dah ada chatters yang terasa, penulis pula bukanlah seorang yang pandai untuk bermatian matian bertegang urat dan bertekak.
Itulah sebabnya ada kala penulis menjauhkan diri secara sementara bagi cool off keadaan yang tegang . Ini juga satu method yang penulis belajar semasa marketing bagi sebuah bank iaitu menjauhkan diri buat sementara waktu dari keadaan tegang untuk kekalkan keharmonian hubungan insan (temporary physical separation from abusive environment).
Memang benar syaitan itu dirantai dalam bulan Ramadhan, tapi ingatlah wahai saudaraku, nafsu manusia tetap ada, apatah lagi bagi kita yang masih dalam peringkat nafsu amarrah dan belum habis membuang sifat sifat mazmumah.
Salam Ramadhan, ikhlas dari anakbukitgantang.
Subscribe to:
Posts (Atom)