Kerendahan hati sebenarnya cermin ketinggian budi seseorang hamba Allah
Che Det dalam blognya mengakui bahawa beliau "salah menilai" semasa menyuarakan ketidakpuasann hati atas pemilihan Tan Sri Isa sebagai calon Bagan Pinang. (Tan Sri Isa menang bergaya dalam PRK Bagan Pinang pada 11 Okt 2009 dengan majoriti yang lebih besar dari PRU12 dan sekali gus menangkis dakyah pakatan pembangkang bahawa BN telah hilang tarikan disisi pengundi. Syukur Alhamdulllah, kemenangan ini juga menjadi stop point kepada aftermath tsunami politik dan ombak ombak riak dan angkuh pembangkang yang melanda negara sejak 8 Mac 2008)
Bahawasanya pengakuan ini keluar dari seorang negarawan (statesman) bukanlah mudah, tapi beliau mengakui salah membuat penilaian pada masa tersebut. Rujuk blog beliau mengenai Bagan Pinang.
Kerendahan hati Tun Dr. Mahathir Mohamad sebenarnya menunjukkan ketinggian budi serta keikhlasan beliau sebagai seorang negarawan dan hamba Allah.
..........................................................................................
Pesanan untuk ahli dan pemimpin UMNO .
Dikatakan bahawa jika Allah hendak hambanya atau sesuatu organisasi yang mendokong sesebuah negara menjadi baik, maka hamba Alah/ organisasi tersebut dibukakan "aib" nya dulu bagi hamba Allah/organisasi tersebut mengenal kelemahan dirinya, dan membaiki kelemahan diri hamba Allah/organisasi tersebut.
Dalam keadaan sekarang, sebenarnya Allah sayangkan ahli - ahli UMNO dan pertubuhan UMNO itu sendiri.
Kegagalan BN untuk meraih majoriti 2/3 dalam PRU12 yang lepas sebenarnya adalah petunjuk dari Allah supaya ahli dan pemimpin UMNO membersihkan diri dari sifat sifat tercelah seperti riak, ujub, sombong, bangga diri, tamak, haloba, memncai serta mengeji orang (antara sifat sifat mazmumah)
Disebalik EGM UMNO yang baru selesai di PWTC, maka dicadangkan ahli dan pemimpin UMNO membaiki diri mereka.
Maka dicadangkan 4 cara bagi sesiapa ynag nak mengenal dirinya/ kelemahan organisasi bagi membaiki keadaan
1-bagi individu hendaklah duduk dengan guru ugama yang mursyid bagi mengkaji kecacatan diri. Bagi organisasi pula carilah guru mursyid/consultant bagi memudahkan muhasabah diri bagi mengkaji kelemahan diri dan organisasi. Seorang murid yang telah bertemu dan berguru dengan guru yang mursyid hendaklah menjaga adab dan tatasusila kerana mereka yang menjaga adab sahaja akan mendapat barakah dan pimpinan guru.
2-bagi pemimpin pula hendaklah mencari seorang sahabat sejati yang boleh dipercayai, bijaksana dan lurus ugamanya . Seorang yang lurus ugamanya akan menegur secara ikhlas tanpa kepentingan politik atau peribadi
3-hendaklah berlapang dada dan mengambil faedah dari caci maki serta kejian musuh. Oleh itu setiap ahli UMNO dan pemimpin hendaklah memeriksa diri agar sifat yang ditohmahkan itu tiada pada diri mereka.
4- Hendaklah bergaul dengan masyarakat dan orang ramai. Apabila bertemu dengan kecelaan dalam masyakat, hendaklah kita berusaha mnghindar diri daripada penyakit masyarakat.
Ikutilah Nabi Isa a. yang berkata bahawa apabila beliau meliht kejahilan seseorang/ sesebuah organisasi lain, maka beliau jauhkan dirinya dari kejahilan itu.
Rujukan
Huraian Ihsan dan Ilmu Tasawuf
4 comments:
Che Det mangaku kesilapan buat tafsiran ABG?? beliau mmg negarawan unggul. Kepada semua semoga kita akan lebih bermuhasabah diri ~
keegoan/kesombongan diri adalah sifat terakhir yang akan hilang dari insan yang berjaya mencapai tahap insan kamil.............sama -samalah kita membuang sifat keji tersebut
tolak juga pemimpin yang masih tebal sifat ego dalam dirinya sehingga tak mengaku kesilapan diri
Barangkali harus juga menjadi sarana muhasabah.-bahawa kemenangan juga adalah satu ujian Allah Al-Haq, malah kemenangan/kesenangan itu mungkin menjadikan manusia lebih alpa/lalai dlm mengingatinya dan dengan itu merupakan satu hukuman, bukan rahmat.
Jika UMNO mahu berubah, yang perlu diubah dahulu ialah HATI (al-qalb), bukan retorik semata dan bukan ada agenda peribadi tersembunyi.
salam.
berlapang dadalah menerima kritikan semoga berubah kepada yg lebih baik.............
Post a Comment