Showing posts with label kesah di Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label kesah di Putrajaya. Show all posts

Monday, August 13, 2012

Di mana Datuk Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar bila PAS solat di jalanan di Presint Diplomatik Putrajaya?

Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada Datuk Aseh Che Mat atas perlantikan sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya yang baru.

Saya nak bagi maklum kepada  Datuk Aseh  bahawa keberkesanan Presiden Perbadanan  Putrajaya banyak bergantung kepada keberkesanan pengarah-pengarahnya.

Saya ada berbincang dengan seorang pengurus   di Perbadanan Putrajaya mengenai isu semasa. Saya nyatakan Datuk Aseh sebagai orang yg sangat cekap dan berinovasi malah berjaya menukar Kementerian Dalam Negeri yg dulunya lembab kepada kementerian yang sangat cekap sebagai Ketua Setiausaha Kementerian dulu. Lihat sahaja tempohmasa permohonan  Mycard dan passport yang boleh diperolehi dengan segera berbanding dulu -semua inovasi ini berlaku semasa Datuk menerajui kementerian tersebut.

Namun kawan saya berkata bahawa pengarah Perbadanan Putrajaya memainkan peranan. Kalau pengarah lembab maka Presiden juga tak dapat berbuat apa apa. 





Beberapa isu semasa telah menunjukkan  KELEMBAPAN seorang pengarah Jabatan yang asyik masyuk  bermain cinta dengan budak praktikum di jabatannya. Penguatkuasaan tidak dijalankan dengan baiknya. Malah imej Putrajaya sebagai Bandar Terancang tercemar dengan ereksi struktur sementara yang sangat menyalahi Akta Parit Jalan dan Bangunan.

Malah  gaya kwaridj puak PAS (yang ini dikatakan oleh Tuan Guru Abdullah Samaah sendiri)  KERANA ENGGAN BERJEMAAH  dengan penduduk Putrajaya yang lain telah menimbulkan kekesalan di kalangan penduduk Putrajaya yang lain!. Laporan penuh di Putrajaya Online

Setahu saya Imam Syafie mengharamkan umat Islam ASWJ bersolat berimamkan Imam yang Wahhabi. Rujuk syarah Ustaz Zamihan di 




atau ke link ini  http://youtu.be/3ssLR_k3Le8  mengenai hukum solat berimamkan Wahhabi menurut Al Imam Syafie.

 Dan JAKIM begitu tegas memilih IMAM di Putrajaya yang berfikrahkan Islam ASWJ. Soalnya, kenapa puak PAS solat berjemaah di tempat awam? Apakah mereka tak percaya imam yang dipilih JAKIM atau mereka memang Syiah dan Wahhabi yang hanya akan solat sesama mereka-  Bukan rahsia lagi puak Wahhabi dan Syiah mengkafirkan umat Islam yang lain kerana konsep Syiah iaitu Al Wisayah dan Al Ismath yang mereka pegang-seolah mereka sahaja yang sempurna iman sebagai orang Islam! Rujuk lanjut mengenai pengkafiran Wahhabi dan Syiah ke atas umat Islam ASWJ di hobi-wahhabi-kafirkan-umat-islam. Atau apakah ini bukan cukup lagi BUKTI bahawa jelas PAS telah diresapi fahaman berfikrah Wahhabi tersebut?

Di mana Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar pada waktu ini? Maseh menggunakan kenderaan pejabat untuk bersiar siar dengan budak praktikum kah? Awas ini bukan fitnah kerana  bukti dalam bentuk resit salinan tuntutan petrol/mileage dan perjalanan bagi kegiatan sumbang pernah dihantar oleh seorang kakitangan Perbadanan Putrajaya ke perhatian Mantan Tan Sri KSN yang sekarang berada di kerusi empok  Petronas!

Berbalik kepada Pengarah tersebut sewajarnya dia ditamatkan sahaja jawatan kerana tak cekap!

Thursday, December 9, 2010

Dari Putrajaya- Datin RM 3000

Uh apa pulak Datin RM 3000 ni?

Ini adalah kesah dicelah celah kehidupan di taman perumahan di Putrajaya.

Kenapa Datin dikaitkan dengan  RM 3000?

Senang sahaja, sebab kedudukan pangkat seseorang Datin berkait rapat dengan kedudukan suaminya. Pada pandangan mata kasar memanglah tak salahkan?

Tapi cuba kita lihat jika kedudukan seseorang dan pakaiannya di dunia ini berdasarkan kedudukan suaminya dan bukan tahap amalan dan imannya, bukankah pakaian Datin itu adalah kesombongan dan sifat riyak, bongkak, sombong bangga diri? Tambahan lagi jika Datin terlibat dalam perbuatan ghibah dan fitnah yang merupakan simptom penyakit hati yang tidak berseh.....

Jawatan dan pangkat semasa suami maseh  bekerja tentulah banyak, selain gaji, imbuhan lain termasuklah elaun tetap tiap bulan seperti elaun keraiyan dan elaun COLA. Jika si suami memilih untuk memandu kereta sendiri maka dapat lagi elaun pemandu.

Jadi jika gaji basic adalah RM 6800, ditambah dengan pelbagai elaun maka dapatlah RM 10,000 atau bersamaan dengan gaji pengurus Petronas yang dah bekerja 10 tahun...

Cuma yang menjadi catch ialah bila si suami bersara...

Pangkat Datukship dah dapat
Kesombongan dah menguasai diri
Elaun di tarik balik
Pencen adalah separuh dari gaji basic..RM 6800 dibahagi dua dapatlah RM 3400 sebulan....


Malang bagi Datin RM 3000, bila pakaian keimanan dan takwa tiada, yang ada hanyalah sifat mazmumah yang menjadi kebanggaan

Jadilah  dia Datin RM 3000, tidak bernilai di akhirat, diketawakan di dunia kerana  maseh berlagak suaminya ketua jabatan...

Dan menimbulkan masalah jika sifat berlagaknya menyebabkan orang lain teriniaya di taman perumahan

Malang sungguh naseb Datin RM 3000

Thursday, December 2, 2010

Bila isteri pegawai PTD lebih besar pangkat dari pegawai- kesah di Putrajaya

Orang akan memikirkan kehidupan di Putrajaya bandar terancang amat gah. Malah  faktor utama memilih Putrajaya sebagai tempat berteduh ialah kerana keselamatan.

Di Putrajaya kawalan keselamatan maseh terkawal. Pada tahun 2002 kadar jenayah di Putrajaya ialah sifar. Jenayah yang dilaporkan kepada PDRM ialah kehilangan kasut yang diletakkan diluar rumah. Waktu itu penduduk Putrajaya yang ada cuma 15,000 orang sahaja

Rondaan polis seriap 1 jam sekali membuatkan kami berada dalam selimut selamat. Tambah lagi dengan adanya CCTV kamera (setakat di jalan dan taman, CCTV tidak zoom ke dalam kediaman untuk menjaga privacy ya)  maka penduduk Putrajaya terasa sangat selamat.

Setelah Alamanda di buka ada tahun 2005 barulah Putrajaya berkembang. Tambahan lagi pegawai kerajaan dah mula yakin bahawa Putrajaya adalah bandar terbaik untuk mereka. Maka berduyun duyun pegawai kerajaan membeli rumah yang diletakkan diskaun 25 peratus kepada mereka di Putrajaya.

Bersama sama dengan populasi homogeneuos ini ada satu penyakit di kalangan pegawai kerajaan (dan isteri mereka). Maaf saya terpaksa menegur kerana saya yakin PDRM pon pening dengan penduduk di Putrajaya.

Maklumlah pegawai kerajaan dan isteri mereka ni dah terbiasa duduk luar negara. Uh  ada satu umppphh lagi....pengalaman duduk luar negara sebagai pelajar amat berbeda dengan pengalaman duduk luar negara sebagai isteri kepada pegawai kerajaan merangkap Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Mereka ini dah diasuh dengan protokol dan function besar. Kalau orang utara cakap ada sikit cemuih.

Pegawai PTD bila balik Malaysia , beli rumah dan renovate rumah dengan selengkapnya sebab dapat elaun COLA.

Maka tersebutlah kesah di sebuah  taman di Putrajaya   yang 100 peratus  private own. Disebabkan ianya kediaman sendiri,  maka berlumbalah bekas penghuninya mencantikkan rumah dan taman maseng maseng walaupon tiada pagar.

Al kisah kediamannya dekat dengan sekolah. Maka budak sekolah dari kawasan perumahan kuarters duduk sebentar menikmati ikan emas dalam taman sambil mengocak-ngocak air kolam.

Si isteri pegawai PTD tadi terus memanggil pelajar berusia 9 tahun dan mengunci mereka di antara ruang balkoni yang ada pintu grill. Polis telah dipanggil bagi menangkap pelajar tersebut.

Saya sedeh kerana isteri pegawai PTD tidak menggunakan budi bicara dalam hal ini. Permohonan maaf telah dipohon oleh ibu bapa yang terlibat. Malah pihak sekolah yang berdekatan telah maklum dan menghukum pelajar tersebut.

Apakah wajar isteri pegawai PTD bertindak demikian? Laporan polis telah dibuat oleh isteri pegawai PTD. Wajarkan masa depan kanak kanak berumur 9 tahun dicemari kerana nafsu amarrah seorang isteri kepada pegawai PTD? Kesalahnnya kecil bdak sekolah itu tidak melibatkan jenayah ...hanya yang dilakukan ialah mengocak air dalam kolam lalu dituduh mencuri ikan emas.....aduhhhh JPA perlu kesan tahap kesihatan mental bukan sahaja pegawai PTD tapi isteri isteri kepada pegawai berkenaan!