Showing posts with label pengkafiran umat Islam oleh Wahhabi. Show all posts
Showing posts with label pengkafiran umat Islam oleh Wahhabi. Show all posts

Monday, August 13, 2012

Di mana Datuk Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar bila PAS solat di jalanan di Presint Diplomatik Putrajaya?

Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada Datuk Aseh Che Mat atas perlantikan sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya yang baru.

Saya nak bagi maklum kepada  Datuk Aseh  bahawa keberkesanan Presiden Perbadanan  Putrajaya banyak bergantung kepada keberkesanan pengarah-pengarahnya.

Saya ada berbincang dengan seorang pengurus   di Perbadanan Putrajaya mengenai isu semasa. Saya nyatakan Datuk Aseh sebagai orang yg sangat cekap dan berinovasi malah berjaya menukar Kementerian Dalam Negeri yg dulunya lembab kepada kementerian yang sangat cekap sebagai Ketua Setiausaha Kementerian dulu. Lihat sahaja tempohmasa permohonan  Mycard dan passport yang boleh diperolehi dengan segera berbanding dulu -semua inovasi ini berlaku semasa Datuk menerajui kementerian tersebut.

Namun kawan saya berkata bahawa pengarah Perbadanan Putrajaya memainkan peranan. Kalau pengarah lembab maka Presiden juga tak dapat berbuat apa apa. 





Beberapa isu semasa telah menunjukkan  KELEMBAPAN seorang pengarah Jabatan yang asyik masyuk  bermain cinta dengan budak praktikum di jabatannya. Penguatkuasaan tidak dijalankan dengan baiknya. Malah imej Putrajaya sebagai Bandar Terancang tercemar dengan ereksi struktur sementara yang sangat menyalahi Akta Parit Jalan dan Bangunan.

Malah  gaya kwaridj puak PAS (yang ini dikatakan oleh Tuan Guru Abdullah Samaah sendiri)  KERANA ENGGAN BERJEMAAH  dengan penduduk Putrajaya yang lain telah menimbulkan kekesalan di kalangan penduduk Putrajaya yang lain!. Laporan penuh di Putrajaya Online

Setahu saya Imam Syafie mengharamkan umat Islam ASWJ bersolat berimamkan Imam yang Wahhabi. Rujuk syarah Ustaz Zamihan di 




atau ke link ini  http://youtu.be/3ssLR_k3Le8  mengenai hukum solat berimamkan Wahhabi menurut Al Imam Syafie.

 Dan JAKIM begitu tegas memilih IMAM di Putrajaya yang berfikrahkan Islam ASWJ. Soalnya, kenapa puak PAS solat berjemaah di tempat awam? Apakah mereka tak percaya imam yang dipilih JAKIM atau mereka memang Syiah dan Wahhabi yang hanya akan solat sesama mereka-  Bukan rahsia lagi puak Wahhabi dan Syiah mengkafirkan umat Islam yang lain kerana konsep Syiah iaitu Al Wisayah dan Al Ismath yang mereka pegang-seolah mereka sahaja yang sempurna iman sebagai orang Islam! Rujuk lanjut mengenai pengkafiran Wahhabi dan Syiah ke atas umat Islam ASWJ di hobi-wahhabi-kafirkan-umat-islam. Atau apakah ini bukan cukup lagi BUKTI bahawa jelas PAS telah diresapi fahaman berfikrah Wahhabi tersebut?

Di mana Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar pada waktu ini? Maseh menggunakan kenderaan pejabat untuk bersiar siar dengan budak praktikum kah? Awas ini bukan fitnah kerana  bukti dalam bentuk resit salinan tuntutan petrol/mileage dan perjalanan bagi kegiatan sumbang pernah dihantar oleh seorang kakitangan Perbadanan Putrajaya ke perhatian Mantan Tan Sri KSN yang sekarang berada di kerusi empok  Petronas!

Berbalik kepada Pengarah tersebut sewajarnya dia ditamatkan sahaja jawatan kerana tak cekap!