PengIslaman Melayu di Nusantara berlaku dalam dua peringkat. Peringkat satu arahan dari Baginda Nabi Muhammad S.A.W kepada para sahabat untuk mengIslamkan Raja Raja di Nusantara semasa Baginda maseh hidup pada 3 Hijrah (rujuk artikel Melayu Bukan Pendatang dan Sejarah Melayu). Peringkat kedua semasa Zaman Syeikh Abdul Qadir Al Jelani dan disusuli dengan kedatangan Maulana Syeikh Jamaluddin Al Kubra dan juga Syeikh Muhammad Al Baghdadi
Ada rahsia kenapa Bumi Jawi ini begitu diambil berat oleh Rasulullah, para sahabat, ahlul bayt dan pendakwah Islam.
Beberapa postings lalu saya telah mengupas di mana Atlantis dengan bukti saintifik dari team pengkaji dari University Oxford, Leeds, Indonesia dan Brazil. Sementara team pengkaji dari USM telah menemukan tapak komuniti pertama di sekeliling tasek purba yang merupakan tempat peradaban dunia yang pertama. Nenek moyang kita orang Melayu telah didapati bercucuk tanam padi, menternak binatang dan mengadakan bengkel untuk membuat senjata kapak genggam di Lenggong, Perak. Juga kajian beberapa team penyelidik dari university luar negara selama 15 tahun mendapati orang Melayu telah mempunyai peradaban tinggi; menguasai perlombongan mineral emas dan berlian, ilmu pelayaran, senibina dengan penemuan piramid di bawah timbunan flora di Jawa, perdagangan dengan timur tengah (Mesir) - kajian dan penemuan penempatan purba di dunia Melayu (Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia) menjurus team penyelidik membuat kesimpulan bahawasanya pola penyebaran ras manusia adalah melalui Teori Out Of Sundaland (Nusantara) dan bukan Out Of Africa seperti yang dimaklumi sebelumnya.
Sekarang kita amati pula video syarahan ulama pondok Islam ASWJ dari Madrasah Assalam.org mengenai Bangsa Melayu dan rahsia yang tersembunyi dalam bangsa Melayu. Ketahuilah tugas mempertahankan identiti bangsa Melayu ini juga sekarang digalas oleh para ulama dan ilmuan Islam. Kenapa? Ikutilah penerangan ini.
Sinopsis Video
Takrifan bangsa Melayu dalam video ini sama seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan Melayu iaitu Melayu ialah yang berugama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat orang Melayu dan berpayung di bawah Sultan Melayu Islam!.
Perkataan Melayu itu terdapat dalam Quran sebanyak 24 kali. Melalui Ijmak ulamak muktabar, mereka sepakat berpendapat bahawa ia adalah bangsa Melayu *Rujuk Video
Juga diingatkan bahawa mereka yang mengamalkan ugama Islam ialah mereka yang mengambil dan mengamakan ajaran dari Al Quran, Hadis, Ijmak Ulamak Muktabar dan Qiyas.
Mereka yang hanya mengambil dari Quran dan Hadis sahaja hanya mengikut hukum akal dan dipengaruhi Wahhabi yang mana adalah agen Yahudi
atau scroll di video bar yang telah saya diletakkan DI ATAS
Sepurnama dulu saya ada menulis mengenai political marketing
Marketing memang satu bidang disiplin yang amat berguna untuk memasuki segmentasi pasaran /market yang difokuskan
Salah satu alat yang digunakan untuk mengagak tindakbalas pengguna/pengundi dalam segmantasi market yang difokus adalah ujian pasaran / test market
Test market dah berubah malah banyak buku yang telah dikeluarkan kini semata mata hendak mengetengahkan behavioural pattern pengguna/pengundi
Saya dapat agak bahawa beberapa isu yang diketengah pembangkang dalam era pasca PRU12 sebenarnya adalah cara test market yang dibuat dengan sengaja! Senarai yang dapat saya buat dalam masa ini ialah
1- isu ternakan babi secara besar-besaran di Kedah, Selangor
2- isu pemberian tanah melebihi peruntukan dalam Kanun Tanah Negara-Perak (semasa Kerajaan boneka DAP/Nizar)
3-isu tanah wakaf yang nak dikomersilkan atau dirampas untuk kegunaan ugama lain- Pulau Pinang, Selangor,Kelantan
4-isu arak dan consumption di kalangan umat Islam-Selangor
5-isu penggunaan kalimah Allah- seluruh Malaysia
Saya sedeh kerana isu demi isu diketengahkan tapi umat Islam masih alpa malah ada yang masih menyokong isu yang dibuat test market atas dasar jumud kepartian
Sebagai umat Islam dan pemimpin yang mendabik dada memperjuangkan ugama Islam, saya dapat menilai betapa kurangnya keihklasan perjuangan mereka!
Akibat kurang ikhlas perjuangan Islam oleh pemimpin yang mendabik dada memperjuangkan Islam selama ini maka itulah sebabnya pada waktu ini- era pasca PRU12 - melihat kegerunan al kafirun ke atas umat Islam semakin kurang - malah ada yang dah berani kurang ajar -jika tak faham ugamapon hormatilah peruntukan perundangan yang memertabatkan Islam sebagai Ugama Rasmi Negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang Undang Tubuh Negeri!
Saya dambakan kedamaian dan saya yakin ramai lagi rakyat MALAYSIA yang sayangkan negara dan mahu kekalkan keamanan dan kedamaian serta kemewahan yang kita nikmati selama ini.
Jika kita belum bersedia untuk kembali ke era Keagungan Islam sebelum kurun ke 15, sekurang kurangnya kita wajar berusaha kembali ke era Tun Dr Mahathir di mana HAL BERKAITAN UGAMA ISLAM DAN HAK MELAYU SEPERTI DALAM PERLEMBAGAAN tidak berani diusik oleh al kafirun dan al munafikun.
Untuk itu, satu satunya jalan yang terbuka adalah semua pemimpin Islam perlu ikhlas dalam memperjuangkan syiar ugama Islam- umat Islam wajar bersatu untuk tujuan tersebut
Hanya dengan cara itu Islam akan kembali digeruni oleh musuh
Lewat ini terlalu banyak berita yang masuk, namun tak sempat dikomen oleh penulis. Bagaimanapun ada hikmahnya kerana dari situ, rupanya ada jaringan dan kaitan antara sesuatu peristiwa yang terjadi dengan peristiwa lain. Seolah - olah Allah ingin memberi petunjuk kepada hambaNya yang sering berdoa agar diberikan petunjuk ke arah jalan yang benar, jalan addin yang diredhai Allah.
Saya pernah terbaca dalam ruangan bicara MAZA tentang doanya yang memohon Allah agar tidak menjadikan lidahnya kelu sehingga tak dapat berkata-kata, agar akalnya tidak tumpul dan agar tangannya tidak kekok bila memegang kalam.
Mungkin sebenarnya doa beliau telah dimakbulkan Allah. Bagaimanapun hambaNya yang terpilih akan senantiasa diuji, kerana ujian menaikkan martabat seseorang. Mungkin juga Allah ingin menyucikannnya kerana ada tugas yang lebih penting yang akan di bawa oleh MAZA.
Oleh itu nasihat saya kepada MAZA agar muhasabah diri, dan jika fahaman atau amalan yang dibawa menyebabkan MAZA ditahan oleh JAIS, maka berjumpalah dengan alim ulama yang arif untuk membetulkan mana mana yang patut.
Saya difahamkan bahawa beberapa alim ulama sudah bersedia untuk berbicara secara intektual dengan MAZA, bagaimanapun usaha murni itu dipatahkan oleh JAIS yang menahan MAZA dan menyebabkan isu ini di gembar gemburkan.
MAZA banyak jasanya dalam usaha menyatupadukan umat Islam di Malaysia, mungkin ada peranan dan bahagian yang lebih besar yang diperuntukkan Allah kepada MAZA di kemudian hari kelak, setelah selesai isu ini.
PAS tidak maksum dan ada ancaman besar dalam PAS-iaitu fahaman Wahhabi
Umum mengetahui bahawa institusi pondok di Kelantan tidak mendapat sokongan dari kepimpinan PAS kelantan. Disebabkan segala urusan ugama Islam adalah di bawah Kerajaan Kelantan yang memerintah, maka senang dikatakan kepimpinan PAS Kelantan tidak senang dengan institusi pondok yang banyak melahirkan ulama terkenal di nusantara.
Terbaharu, usaha menempatkan orang PAS dalam institusi ini berjaya bilamana KUIS diketuai oleh Johari Baharum. Siapa orang ini dan apa peranannya, apa kaiatnnya dengan PAS dan Wahhabi boleh dibaca dalam artikel Melayu Lupa Lagi-Institusi Pondok Di Bawah Pemerhatian PAS.
Menyedihkan, menurut artikel itu lagi bila beberapa kertas kerja yang dibentang dalam sebuah seminar di sebuah IPT di Selangor jelas menunjukkan fahaman waahabi dan cuba menyamakan dengan fahaman Imam Syafie kita.
Menurut artikel itu lagi, 2 tokoh lain dalam PAS iaitu Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang juga adalah Wahhabi berdasarkan tindak tanduk mereka mengkafirkan orang Islam dan menyamakan Allah dengan sifat manusia iaitu samseng dan mencarut. Ini jelas amat bertentangan dengan sifat 20 Allah yang mana kita pelajari dan dijadikan pegangan Tauhid umat Islam.
Oleh itu saya ingin menyeru semua umat Islam agar bertenang. Ambil peristiwa ini sebagai iktibar. Kepada semua Jabatan Ugama Negeri saya meminta supaya tindakan di ambil ke atas semua ular-mak termasuk mereka di dalam PAS tanpa mengira parti!
Apa kaitan kebangkitan Islam dengan batu bersurat di Terengganu?
Islam di akhir zaman diberitakan akan bangkit dari Malaysia. Walaupun Kelantan terkenal dengan institusi pondoknya yang telah melahirkan banyak ulama terbilang tapi Batu bersurat yang diberitakan ditulis oleh seorang alim terletak di Terengganu.
Kejadian beberapa hari ini membuatkan saya terfikir...adakah Terengganu yang akan dipilih sebagai negeri penggerak kebangkitan ugama Islam di MALAYSIA dan Nusantara?
Fikir fikirkan kenapa Terengganu yang dipilih dan bukannya Kelantan. Mungkin bagi mereka yang punya matahati telah dapat petunjuk dari beberapa peristiwa yang berlaku ke atas umat Islam dan PAS lewat ini mengenai perkara tersebut?