Saturday, January 16, 2010

marketing dalam politik

Sepurnama dulu saya ada menulis mengenai political marketing

Marketing memang satu bidang disiplin yang amat berguna untuk memasuki segmentasi pasaran /market yang difokuskan

Salah satu alat yang digunakan untuk mengagak tindakbalas pengguna/pengundi dalam segmantasi market yang difokus adalah ujian pasaran / test market

Test market dah berubah malah banyak buku yang telah dikeluarkan kini semata mata hendak mengetengahkan behavioural pattern pengguna/pengundi


Saya dapat agak bahawa beberapa isu yang diketengah pembangkang dalam era pasca PRU12 sebenarnya adalah cara test market yang dibuat dengan sengaja!

Senarai yang dapat saya buat dalam masa ini ialah

1- isu ternakan babi secara besar-besaran di Kedah, Selangor

2- isu pemberian tanah melebihi peruntukan dalam Kanun Tanah Negara-Perak (semasa Kerajaan boneka DAP/Nizar)

3-isu tanah wakaf yang nak dikomersilkan atau dirampas untuk kegunaan ugama lain- Pulau Pinang, Selangor,Kelantan

4-isu arak dan consumption di kalangan umat Islam-Selangor

5-isu penggunaan kalimah Allah- seluruh Malaysia

Saya sedeh kerana isu demi isu diketengahkan tapi umat Islam masih alpa malah ada yang masih menyokong isu yang dibuat test market atas dasar jumud kepartian

Sebagai umat Islam dan pemimpin yang mendabik dada memperjuangkan ugama Islam, saya dapat menilai betapa kurangnya keihklasan perjuangan mereka!

Akibat kurang ikhlas perjuangan Islam oleh pemimpin yang mendabik dada memperjuangkan Islam selama ini maka itulah sebabnya pada waktu ini- era pasca PRU12 - melihat kegerunan al kafirun ke atas umat Islam semakin kurang - malah ada yang dah berani kurang ajar -jika tak faham ugamapon hormatilah peruntukan perundangan yang memertabatkan Islam sebagai Ugama Rasmi Negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang Undang Tubuh Negeri!

Saya dambakan kedamaian dan saya yakin ramai lagi rakyat MALAYSIA yang sayangkan negara dan mahu kekalkan keamanan dan kedamaian serta kemewahan yang kita nikmati selama ini.

Jika kita belum bersedia untuk kembali ke era Keagungan Islam sebelum kurun ke 15, sekurang kurangnya kita wajar berusaha kembali ke era Tun Dr Mahathir di mana HAL BERKAITAN UGAMA ISLAM DAN HAK MELAYU SEPERTI DALAM PERLEMBAGAAN tidak berani diusik oleh al kafirun dan al munafikun.

Untuk itu, satu satunya jalan yang terbuka adalah semua pemimpin Islam perlu ikhlas dalam memperjuangkan syiar ugama Islam- umat Islam wajar bersatu untuk tujuan tersebut

Hanya dengan cara itu Islam akan kembali digeruni oleh musuh


2 comments:

Shah Qamary said...

satu lagi contoh marketing dalam politik terhebat:

http://kickdefella.wordpress.com/2010/01/14/rakyat-kelantan-kehilangan-rm50-juta-angkara-almenantunya-nik-aziz-bernama-ariffahmi/

anakbukitgantang said...

hmm yang tu dah kemukakan bersekali dengan bukti, yes political marketing can be forward or reverse, sama sama kita lihat nanti dlm PRU13