Showing posts with label Pilihan Raya Kecil. Show all posts
Showing posts with label Pilihan Raya Kecil. Show all posts

Monday, March 7, 2011

Apakah ini imej Islam?





Islam adalah ugama yang aman

Penganut  ugama Islam memegang amanah Allah untuk beribadah kepada Allah. Seorang insan yang telah mencapai tahap makrifat akan takut untuk mengeluarkan kata kata yang  akan menyakiti hati diri orang disekelilingnya  apatah lagi lawan. Ingatlah dosa lidah itu yang akan mengheret kamu ke neraka.

Sayangnya amanah ini tidak diikuti oleh sebilangan peraih undi pada hari pengundian di Merlimau.

Video ini diambil dari blog blog 1peluru.blogspot.com

Wednesday, April 21, 2010

Badai Fitnah dan Kafir Mengkafir Tatkala Pilihanraya

Letupan gunung berapi di Iceland-apakah petunjuk Allah masih kita abaikan kerana ghairah berpesta di Hulu Selangor?


Ada yang berpendapat bahawa saya pro BN kerana kata-kata nasihat saya. Ada yang kata saya cyber trooper yang diupah. Apapon tuduhan pembaca di sini atau di Facebook sebenarnya tidak benar. Malah kata kata nasihat saya di facebook kawan diperkecilkan kerana sekadar mengingat bahawa ceca mencerca tidak baik, jangan kita terikut-ikutkan sifat mazmumah yang dipandu sang Iblis kerana mahukan "kemenangan duniawi" dalam pilihan raya. Malah masa kita didunia ini sebentar sahaja-kalaulah kita orang yang mengerti dan membaca satu persatu ayat Allah dalam al Quran. Hatta letupan gunung berapi yang lama "dormant" di Iceland dan pembatalan banyak penerbangan udara di ruang udara Eropah gagal untuk mendinginkan suasana pilihan raya yang macam "pesta" di Malaysia.

Saya hanya memanfaatkan sebaiknya media alternatif seperti blog dan facebook untuk menyedarkan ummah. Sekurang-kurangnya, inilah sumbangan saya ke arah menyatupadukan umat Islam yang kian melemah semenjak badai PRU12. Dan saya akan terus memberi kata kata nasihat walaupun dicemuh.

Sedeh sungguh kerana pada hari ni jatidiri kita sebagai orang Melayu telah dicorek corekkan, bukan oleh musuh tapi oleh orang Melayu yang mengaku Islam...malangnya "Islamnya" orang itu sebagaimana Islam seorang hamba Allah yang masih gagal menakluki nafsunya ammarah dan masih berada dalam alam An Nafs. Dan berlomba-lomba manusia mengejar kemenangan duniawi tanpa takut implikasi  pahala, dosa........tanpa perasaan segan silu walaupon mereka memakai jubah dan serban. Malah Islamnya seseorang pada hari ini bukan dinilai dengan iman yang terlekat didada dan dipahat dengan kata kata serta perbuatan, tapi Islamnya seseorang itu dinilai dengan pakaian dan amal ibadahnya. Sedarkah kita bahawa ganjaran amal ibadah orang yang mengianiyai orang lain akan diberikan kepada orang yang diiniayainya?

Dalam hadith yang dikeluarkan oleh Imam Tabrani dalam al Mu'jam al Kabir jilid 8 halaman 152 dari Abi Darda', Abi Umamah, Watsilah bin al Asqa' dan Anas bin Malik, RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam menjelaskan golongan yang selamat sebenarnya adalah tidak mengkafirkan ahli kiblat iaitu sabdanya yang bererti :



Tinggalkan perbantahan kerana sesunguhnya Bani Isra'il telah berpecah menjadi 71 golongan dan orang-orang Nasrani berpecah menjadi 72 golongan, semuanya sesat kecuali as Sawadul A'zhom. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah sawadhul a'zhom itu? Nabi menjawab : mereka adalah orang-orang yang mengikuti aku dan para sahabatku, tidak berbantah-bantah dalam agama ALlah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli tauhid sebab dosa yang sudah diampuni oleh ALlah. Kemudian Nabi bersabda : Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing dan nanti akan kembali asing. Para sahabat bertanya : Wahai RasuluLlah siapakah orang-orang asing itu? Nabi menjawab : Mereka adalah orang-orang yang berbuat kebaikan dikala orang-orang berbuat kerosakan, tidak berbantah-bantahan dalam agama ALlah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli Tauhid dengan sebab dosa yang telah dia lakukan.


Hadith RasuluLLah yang terdapat dalam Sahih Bukhari no 5752 yang bererti :

"Barangsiapa mengatakan kepada saudaranya dengan Wahai Kafir, maka kekafiran itu kembali kepada salah satunya "

Begitulah juga sesiapa yang menuduh seorang Muslim dengan tuduhan syirik maka orang yang menuduh itu sendiri akan jatuh ke dalam kesyirikan tersebut sebagaimana yang telah diterangkan dalam hadith dari Huzaifah bin Yaman di mana RasuluLlah sallaLLahu 'alaihi wasallam bersabda yang bererti :




Sesungguhnya perkara yang aku khuatirkan ke atas kamu semua adalah seseorang yang telah membaca al Quran sehingga apabila telah nampak kepandaiannya dalam al Quran dan dia telah menjadi pendokong Islam, tiba-tiba sahaja dia merubahnya kepada sesuatu yang dikehendaki oleh ALlah, maka iapun terlepas dari al Quran dan melemparkannya ke belakang serta mengancam tetangganya dengan pedang sambil melemparinya dengan tuduhan syirik. Aku bertanya : Wahai Nabi ALlah mana di antara keduanya yang lebih patut di anggap melakukan kesyirikan? Orang yang dituduh ataukah yang melemparkan tuduhan? Nabi menjawab : Yang melemparkan tuduhan.

(Hadith dikeluarkan oleh Ibnu Hibban pada hadith no 81 dan Ibnu Kathir dalam tafsirnya jilid II/266, dia berkata : Isnad Hadith ini bagus. Begitu juga ditakhrij oleh Al Bazzar dalam Musnadnya dengan pernyataan yang sama, At Thabroni dalam Al Kabir dan As Saghir dengan pernyataan yang sama dan Ibnu Abi Ashim dalam kitab As Sunnah).

Dalam sahih Bukhari pada hadith nombor 2227 disebutkan bahawa Nabi sallaLLahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bererti :


"Barangsiapa yang melaknat seorang Mukmin maka itu seperti membunuhnya dan barangsiapa yang menuduh seorang Mukmin dengan kekafiran maka itu seperti membunuhnya."
.....................................................
Sumber Rujukan : Dr Muhammad Adil Azizah Al Kayalli, Al Firqah An Najiah Hia Al Ummatul Islamiyyah Kulluha, Golongan Selamat Adalah Seluruh Umat Islam, Cetakan Pertama, 2008, Mutiara Ilmu Surabaya, Surabaya

Tuesday, October 6, 2009

Jangan Jadikan Mutiara Air Mata Yang Mengalir di Pulau Pinang Mengalir di Bagan Pinang!

Petikan ini diambil dari komen terhadap artikel Mutiara Pulau Pinang di AIDC Forum. Komen dipetik dari seorang pembaca "nt2anwar" yang membongkar kepincangan urustadbir kerajaan DAP di Pulau Pinang.



Adalah diharapkan artikel ini menjadi iktibar kepada semua umat Islam yang sayangkan bumi bertuah ini. Semoga pembaca sedar banyak perkara sebenarnya at stake apabila menyokong Pakatan Rakyat yang didokongi DAP.



Semoga artikel ini menyedarkan semua pembaca taktik Tsun Tzu yang dipraktikkan DAP iaitu to lure the Emperor to cross a river, Fool him first into a boat..............ingatlah disebalik kata kata dan perbuatan "manis mulut" pemimpin DAP mempermainkan ayat Al Quran dan mengambil hati orang Melayu Islam semasa PRU12 dan PRK, tersemat satu agenda jahat untuk menjadikan Melayu Islam di Pulau Pinang sebagai warga kelas kedua. BACALAH SETERUSNYA PETIKAN INI:-



seorang penulis yang bergelar dirinya "nt2anwar" menjawab komen dalam AIDC Forum dan secara tak langsung mengemukakan permasalahan Melayu Pulau Pinang masakini ..............



1- Perkampungan Melayu Pulau Pinang nak dirobohkan - komen penulis -kampung tersebut berusia 300 tahun dan berada dalam kawasan parlimen di Permatang Pauh, apa peranan Penasihat PKR?



2-Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perbandaran Seberang Perai dipecat sebab bantah perlantikan YDP MPSP -komen penulis kenapa orang berbangsa Melayu dipecat dan kenapa keras sangat hukuman? Kenapa tak pecat sekali Jeff Oii, Staff Kanan Ketua Menteri yang mengeluarkan kenyataan Jemaah Islamiah sebagai pertubuhan pengganas? Di mana aplikasi Akta Hasutan disini?



3-Minuman keras disediakan dalam majlis rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang- komen penulis di mana kuasa PAS membantah dan janji nak laksanakan hukum hudud disini?


4-Ketua Menteri desak exco Tanah dipegang oleh Ketua Menteri sendiri-Komen penulis-adakah ini nak ulang tayang peranan Singapore Housing Development Board yang mengagihkan kepadatan penduduk Melayu di merata tempat atas alasan perpaduan supaya tidak ada kawasan majoriti Melayu yang boleh menjadi satu ancaman bersuara dan mempunyai kuasa politik di Singapura?


5-Campur tangan Ketua Menteri dalam pengagihan wang zakat dan janji palsu Pakatan Rakyat semasa PRK Permatang Pasir- komen penulis adakah wang zakat nak dijadikan wang pembangunan bagi membiayai perbelanjaan negeri? Kini telah sah bahaya Yang DiPertuan Agong sebenarnya telah memperkenankan orang lain untuk menjadi YDP MAIPP dan perkara ini telah diputuskan sebelum PRK Permatang Pasir lagi- rujuk berita mengenai perkara tersebut dalam akhbar Utusan dan Berita Harian keluaran 5 dan 6 Oct 2009! Kenapakan perkenan Agong sengaja disorok dari pengetahuan umum semasa PRK Permatang Pasir? Rakyat Melayu di Permatang Pasir ditipu lagi!



6-Dimaklumkan sejumlah 140 ekar tanah di Pondok Upeh, Balik Pulau (satu kawasan penempatan Melayu dan tanah tersebut Tanah Rezab Melayu ) dirampas untuk dijadikan kawasan Universiti Ala Nanyang di Singapura-komen penulis- kenapa digunakan Tanah Rezab Melayu? Kenapa tidak ditambak kawasan persisiran pantai yang mana telah dibuat dan dibina pusat membeli belah dan kawasan penempatan kelas menengah dan atasan? Ataupun kenapa tak guna pulau kecil seperti Pulau Jerjak?



7-Terlalu banyak rumah urut, premis arak dan pusat hiburan-komen penulis-kenapa Pihak Berkuasa Tempatan terlibat tidak buat apa apa penguatkuasaan? Pegawai PBT dah kena gag order ker? Kenapa PAS tak bising dalam hal ini? PAS pun kena gag order juga ker?





8-Masjid Jalan Kelawei dilaporkan lambat disiapkan. Sementara itu banyak gereja dan kuil telah mengatasi tahap progress pembangunan masjid tersebut. Komen penulis- kenapa satu projek rumah ibadah Islam boleh jadi lambat disiapkan dan projek rumah ibadat ugama lain boleh disiapkan lebih cepat?

9-Dilaporkan Tender Perolehan dibuka seluas luasnya tanpa sekatan dan kontraktor Bumiputera /Melayu merana kerana ianya dibolot oleh kontraktor bukan Bumiputera. Komen penulis- jika DAP membawa slogan kesamarataan pembahagian hasil kekayaan negara dan mendokong Affirmative Action yang menjurus kepada pembahagian sama rata hasil makmur Malaysia melalui polisi Dasar Pembangunan Negara ( yang menggantikan DEB) maka kenapa kontraktor Bumiputera yang kurang daya saing tidak diasingkan dalam satu projek khas seperti yang dibuat oleh Kementerian Wilayah Persekutuan? Malah Kementerian tersebut juga membuka peluang sama rata kepada kontraktor kecil kelas F bukan Bumiputera di Wilayah Persekutuan. Dimanakah keadilan yang diperjuangkan oleh DAP dan PKR?


10- Ketua Menteri Pulau Pinang telah meluluskan Syarat Tukar Status Tanah Pertanian kepada Tanah Perkuburan walaupun 30% kawasan kubur telah didominasi oleh kubur Cina-Komen penulis orang Islam Melayu Pulau Pinang kini tersepit kerana kekurangan tanah kubur Islam

11-Warga Emas Melayu yang mendaftar untuk bantuan diberikan hanya 10 g beras sahaja- Komen penulis- undi DAP /PR dan dapat 10 g beras- murahnya harga kesetian Melayu Pulau Pinang pada bangsa dan ugama Islam!

12-Gerai Penjaja Kecil Melayu Pulau Pinang dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh PBT-komen penulis- aiikkk? tegas pulak disini? Isu arak dan rumah urut yang berluasa tak tegaspun!

Sebenarnya banyak lagi pendedahan yang akan dibuat oleh insan yang bergelar nt2anwar....saksikan pendedahannnya dalam AIDC Forum dan jengoklah blog Mutiara Melayu Pulau Pinang

Ingatlah dalam manis, kita ditikam dari belakang. Semua dasar dan polisi yang mengubah dan merosakkan agihan kekayaan negara dibuat dalam masa kurang dari 2 tahun berkuasa.

Mungkin DAP dan Melayu yang menyokong DAP dah lupa peristiwa 13 Mei 1969 dan rusuhan kaum di Indonesia lewat 1998 terjadi kerana tak keseimbangan agihan kekayaan. Hari ini usaha murni Tun Razak dan Tun Mahathir telah dimusnahkan dalam masa 2 tahun. Untuk kembali Bumiputera memegang ekuiti sebanyak 19 peratus dalam hartanah/perusahan dan perniagaan Malaysia mengambil masa 30 tahun...dan senang sangat dimusnahkan dalam tempoh tak sampai 2 tahun bila DAP memerintah Pulau Pinang.

Kepada rakyat di Bagan Pinang...jangan leka ditipu oleh janji ke syurga sehingga akhirnya anda tersungkur di pintu syurga. Gunalah kuasa undi anda dengan hati hati supaya Kerajaan Melayu Islam Beraja yang didokong oleh UMNO dalam BN di Malaysia terus kekal berkuasa di Malaysia hendaknya. InsyaAllah.

Friday, July 31, 2009

2 kematian, 1 rampasan dadah terbesar di Pulau Pinang dan pertambahan mendadak pusat hiburan di Selangor

Rampasan dadah terbesar di Lapangan Terbang Bayan Lepas. Bekalan Dadah itu, siapakah pengguna utamanya dan dimanakah ianya akan dipasarkan?


Saya melihat dengan penuh erti segala petunjuk yang diberikan Allah lewat ini.



Bermula dgn kematian Teoh, terbongkarnya penyalahgunaan kuasa untuk mendapatkan wang peruntukan yang diperuntukkan kepada rakyat melalui penyelewengan tender dan projek projek kecil di Selangor, inquest kematian dan pusat hiburan yang tumbuh bagaikan cendawan di negeri Selangor Darul Ehsan selepas PRU12 , iaitu selepas Pakatan Rakyat mengambil alih negeri tersebut hinggalah kepada rampasan dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, seolah olah adanya dalang dan orang dalam yang melindungi bajingan tersebut.Seolah olah negeri yang diketuai Pakatan Pembangkang menerajui satu Pakatan Kongsi Gelap! Rujuk rentetan peristiwa yang berlaku dan blog MP Wangsa Maju dan juga blog T4TBH!


Sejarah telah membuktikan bahawa negara Cina berjaya ditakluki Britain melalui Perang Candu. Perlu dingat ada perhubungan terus (direct correlation) antara pertambahan pusat-pusat hiburan dan penyalahagunaan dadah. Pertambahan pusat hiburan amat merosakkan anak bangsa kerana disitu juga dadah diedarkan secara berluasa. Peranan pusat hiburan masa kini tak ubah macam tea house di zaman feudal China yang mana ianya dijadikan tempat menularnya ketagihan candu di kalangan warga aristokrat, warga peniaga/pedagang hingga ke buruh kasar. Sudahnya China yang terkenal gagah dari segi ketenteraan kalah di tangan Britain. Malah isi utama pendamaian 2 negara ialah Britain dibenarkan berdagang candu ke China dan China pula membekalkan sutera dan teh!! Adakah sejarah hitam akan berulang di Malaysia?



Mutakhir, ADUN Permatang Pasir pula meninggal dunia. Satu lagi PRK.



Masihkan rakyat dibuai dek janji manis Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Masihkan rakyat memilih PAS dan rakan sekongkolnya setelah satu persatu petunjuk dan kifarah Allah perturunkan di negeri -negeri Pakatan Rakyat?



Dari segi isu setempat pula, adakah isu Kg Buah Pala akan terus memeningkan kepala LGE? Pendedahan media masa bahawasanya dokumen pemindahmilikan tanah hanya berlangsung secara tergesa gesa selepas PRU12? Iaitu bilamana DAP /Pakatan Rakyat membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas 12 Mac 2008.



Adakah mesej pengundi Melayu di Bukit Gantang dan Manek Urai akan dimaterialisasikan di Permatang Pasir?



Doa saya di pagi Syaaban yang mulia ialah semoga umat Islam sedar bahawa setiap rentetan peristiwa yang berlaku, adalah petunjuk dari Allah Yang Maha Kuasa. La Haulawala Quwata Illa Billah Hil Alyil Adzim . Wassalam.