Friday, October 25, 2013

Kala memilih pemimpin

SELAIN SIFAT2 YANG WAJIB DIMILIKI SEORANG PEMIMPIN, ADA PULA SIFAT DAN PERILAKU YANG DIPANTANGKAN BAGINYA. ORANG TUA2 MENGATAKAN, "SIFAT ELOK SAMA DIPEGANG, SIFAT BURUK SAMA DIPANTANG"; ATAU DIKATAKAN,"ELOK DIPEGANG BURUK DIBUANG".

SIFAT2 YANG DIPANTANGKAN INI IALAH SEMUA SIFAT BURUK YANG BERTENTANGAN DENGAN NILAI2 AGAMA ISLAM, ADAT ISTIADAT SERTA NORMA SOSIAL MASYARAKATNYA. ORANG TUA2 MENGATAKAN, "SIFAT YANG PANTANG, IALAH SIFAT SALAH BERSERTA SUMBANG, SIFAT TAK MENURUTI SYARAK DAN UNDANG, SIFAT MELAWAN ADAT TERBENTANG, SIFAT MENUJU KEBENCIAN ORANG, SIFAT MEMBINASAKAN MUKA BELAKANG". DALAM UNGKAPAN DISEBUT:

BERIMAN DI MULUT, HATI BERLUMUT
BERIMAN DI LIDAH, HATI MENYALAH.

LIDAH BERCABANG, LANGKAH MENYILANG
CAKAP BERLECOH, PERANGAI TAK SENONOH.

TAMAK HARTA, MABUK DUNIA
LOBA PANGKAT, LUPA AKHIRAT
KEMARUK PUJI, LUPA DIRI.

KE TENGAH MEMFITNAH, KE TEPI MENDENGKI
KE LAUT MENGHASUT, KE DARAT MENGUMPAT
KE HULU MENIPU, KE HILIR MENYINDIR
KE ATAS MENGAMPU, KE BAWAH MELAPAH
KE GUNUNG MENYOMBONG, KE LURAH MENISTA.

BERKAWAN DENGAN SETAN, BERGURU PADA NAFSU
BERAJA PADA SELERA, BERSAHABAT PADA MAKSIAT.

BERLABUH PADA YANG TAK SENONOH
BERHENTI PADA YANG KEJI.

BERGANTUNG PADA YANG SERONG
BERPIJAK PADA YANG MEROSAK
BERSANDAR PADA YANG INGKAR
BERUMAH PADA YANG SALAH

ANIAYA KEPADA SAUDARA
KHIANAT KEPAAAAADA SAHABAT
IRI KE ANAK ISTERI
MUAK KE ORNG BANYAK
DERHAKA KE ORANG TUA
MENGHINA PADA YANG MUDA
MENCERCA SAMA SEBAYA

BEKERJA MALAS, MEMIMPIN CULAS
BERSUSAH MALU, BERPAHIT TAK MAU.

BERBUAL MENJUAL, MENOLONG SOMBONG
BERJALAN MELENDAN, BERDIRI MENGEJI
BERJANJI INGKAR, BERSUMPAH MUNGKAR.

DUDUK MENGUTUK, TEGAK MEMBENGAK
BERBUDI MENCACI, BERSEDEKAH MENCERCA.

BERTARING TENGKING-MENENGKING
BERKUKU SETERU-BERSETERU
BERPANGKAT UMPAT-MENGUMPAT
BERHARTA KATA=MENGATA
BERDUIT CUBIT-MENCUBIT.

DIBERI TUAH KERJA MENYALAH
DIBERI DAULAT LUPAKAN UMAT
DIBERI KUASA LUPAKAN BANGSA
DIBERI PETUAH LUPAKAN MARUAH
DIBERI INGAT UMPAT-MENGUMPAT
DIBERI PETUNJUK KUTUK-MENGUTUK
DIBERI BEBAN MENCARI YANG RINGAN
DIBERI TUGAS BERLAKU CULAS
DIBERI TANGGUNGJAWAB LAKU MENYELAP
DIBERI KERJA BERMANJA-MANJA
DIBERI BEKAL SESAL-MENYESAL.

MENDAPAT LABA BERTAMBAH LOBA
MENDAPAT REZEKI TAMBAH MENGIRI
MENDAPAT PANGKAT TAMBAH KHIANAT
MENDAPAT UNTUNG BERTAMBAH SOMBONG.

BILA TINGGI LUPAKAN DIRI
BILA RENDAH BERKELUH KESAH
BILA SENANG LUPAKAN ORANG
BILA KAYA MERAJALELA
BILA MISKIN TAKUT BERLENJIN
BILA SUSAH TAKUT BERLELAH.

BILA SESAK BERTAMBAH KEMAK
BILA SAKIT BERTAMBAH SEMPIT.

KETIKA SENANG TIDAK MEMANDANG
KETIKA SUSAH MENYEMBAH-NYEMBAH
KETIKA KAYA TAK INGAT SAUDARA
KETIKA MELARAT MENCARI KERABAT.

BERCAKAP MENGULUM LIDAH
BERJANJI TIDAK DIISI
BERPESAN TIDAK DITURUTKAN
MENJEMPUT TIDAK DIIKUT.

KERANA SERAKAH LUPAKAN TUAH
KERANA TAMAK LUPA IBU BAPA
KERANA LOBA LUPA SAUDARA
KERANA KEDEKUT LUPA PENGIKUT
KERANA BAKHIL LUPAKAN WAKIL
KERANA DUNIA LUPAKAN USIA
KERANA NAFSU LUPAKAN GURU
KERANA SELERA LUPAKAN AMANAH
KERANA PANGKAT LUPA SAHABAT.

MENGEJAR PANGKAT MAU MENJILAT
MENGEJAR HARTA MAU MELATA
MENGEJAR KEDUDUKAN MAU MELENDAN
MENGEJAR PENGARUH MAU BERGADUH
MENGEJAR DUNIA MAU MENGANIAYA.

KE ATAS MENGAMPU KE BAWAH MEMALU
KE ATAS MEMUJI KE BAWAH MENGEJI
KE ATAS MENJILAT KE BAWAH MENYEBAT
KE ATAS MENYANJUNG KE BAWAH MENYOMBONG
KE ATAS MENYEMBAH KE BAWAH MELAPAH
KE ATAS BERMANIS KE BAWAH MENENGKIS
KE ATAS BERELOK-ELOK , KE BAWAH HARUK-MENGARUK
KE ATAS BERBAIK-BAIK, KE BAWAH CEKIK-MENCEKIK
KE ATAS MEMBERI, KE BAWAH MENCURI
KE ATAS BERSEDAP-SEDAP, KE BAWAH SELAP-MEYELAP.

MENIMBANG TIDAK SEIMBANG
MEYUKAT TIDAK SESUKAT
MENGUKUR TIDAK SEUKUR
MENGHUKUM MEMILH KAUM
MEMAKAI TIDAK SESUAI
MENYURUH TIDAK SENONOH
MEMERINTAH TIDAK SEMENGGAH
MEMINTA DENGAN PAKSA
MENJEMPUT DENGAN BERSUNGUT
MENGANTAR DENGAN KASAR.

DALAM MUSYAWARAH BERBANTAH-BANTAH
DALAM BERUNDING TUDING-MENUDING
DALAM HELAT CACAT-MENCACAT.

SESAMA KELUARGA LAGA-MELAGA
SESAMA KAWAN MAKAN-MEMAKAN
SESAMA SAHABAT SEBAT-MENYEBAT
SESAMA BANGSA PAKSA-MEMAKSA.

SAMA SEDUSUN PULUN-MEMULUN
SAMA SEKAMPUNG HASUNG-MENGHASUNG
SAMA SEDESA CERCA-MENCERCA
SAMA SEGERI IRI-MENGIRI.

HATI GOYANG LIDAH BERCABANG
HATI BERKARAT FIKIRAN TUMPAT
HATI BERBULU TAK TAHU MALU
HATI BERLUMUT KERJA TAK PATUT
HATI BUSUK PERANGAI BURUK
HATI SEMPIT AKAL BERBELIT
HATI LANCUNG FIKIRAN SERONG
HATI GATAL AKAL PUN MAJAL
HATI BEKU FIKIRAN BUNTU
HATI KECIL AKAL PUN KERDIL
HATI ANGKUH AKAL TAK SENONOH
HATI CEMBURU LIDAH BERSEMBILU
HATI IRI LIDAH BERDURI
HATI GELABAH AKAL PUN RENDAH

MAKAN MENYETAN
MINUM MENGERINGKAN.

BANYAK ILMU BERAMAL TAK MAU
BANYAK HARTA BERSEDEKAH TAK SUKA

LUPA HIDUP AKAN MATI
LUPA HARTA AKAN PERGI
LUPA MUSIM AKAN BERGANTI
LUPA ILMU LUPA DIRI..

DARIPADA UNTAIAN UNGKAPAN YANG DIATAS, JELASLAH BETAPA BERAGAMNYA SIFAT YANG DIPANTANGKAN BAGI SEORANG PEMIMPIN. HAL INI MEMBUKTIKAN BETAPA CERMAT DAN HATI-HATINYA ORANG MELAYU MEMILIH PEMIMPINNYA, AGAR MEREKA BENAR2 MENDAPATKAN PEMIMPIN YANG SEMPURNA LAHIR BATINNYA. ORANG TUA2 MENGATAKAN, "APABILA TERSALAH PILIH, NEGERI ROSAK RAKYAT BERSELISIH"; ATAU DIKATAKAN, "BILA TERPILIH PEMIMPIN MENYALAH, DUNIA AKHIRAT MENANGGUNG SUSAH"; ATAU DIKATAKAN, "BILA TERPILIH PEMIMPIN BEBAL, DUSUN DAN NEGERI AKAN TERJUAL"; ATAU DIKATAKAN, "BILA TERPILIH PEMIMPIN CELAKA, DI SITULAH PUNCA MALAPETAKA"....

Sumber

BUKU TENAS EFFENDY PEMIMPIN DALAM UNGKAPAN MELAYU TERBITAN DEWAN BAHASA & PUSTAKA

Kredit Datin Sharifah Fatimah Syed Zubir

7 comments:

Anonymous said...

Sungguh menyedihkan dengan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh Najib, masa polis nak tangkap penjenayah, Najib bukan main garang suruh polis jaga hak asasi manusia penjenayah walaupun penjenayah tidak peduli pun hak asasi manusia lain yang dizalimi mereka bila buat jenayah.

Tetapi pada hari ini, saya cuba beri komen di facebook Najib, sungguh memalukan bila Najib telah menyekat komen saya, di manakah hak asasi manusia yang dicanangkan sebelum ini? Lihatlah penjenayah lebih disayangi oleh Najib berbanding rakyat yang memberi komen ikhlas demi agama bangsa dan tanah air. Saya mencadangkan Najib membuat iklan besar-besar pada Facebook beliau " SILA KOMEN MEMBODEK SAHAJA, KOMEN YANG BERTENTANGAN DENGAN PENDAPAT NAJIB RAZAK AKAN DISEKAT". 1Malaysia: Hak Asasi Untuk Penjenayah Diutamakan, Pendapat Ikhlas Dari Rakyat Yang Tak Suka Bodek Disekat dan Dizalimi.

Tetapi ingatlah Najib, perjuangan untuk menentang sikap kuku besi dan pentadbiran perosak Najib akan diteruskan melalui saluran lain.

Sokong UMNO, Sokong BN, tapi Kita Tolak Najib, Kita Tak Perlukan Pemimpin Kuku Besi dan Zalim!!!!!!!!

Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Anonymous said...

Subsidi untuk rakyat dikurangkan lagi, lepas ini tak tahulah apa lagi nak dibebankan oleh Najib kepada rakyat Malaysia.

Sedangkan mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kerajaan Barisan Najib seramai 2.5 juta orang pendatang asing berdaftar dan punya permit di negara ini. Mereka menggunakan subsidi rakyat Malaysia sesuka hati tanpa menyumbangkan satu sen pun cukai kepada negara ini.

Saya pernah mencadangkan supaya setiap pendatang asing di negara ini dikenakan cukai ataupun bayaran perkhidmatan awam sebanyak RM 1000 atau 1500 setahun di mana kerajaan dapat jana RM 2 bilon atau RM 3.75 bilion untuk menampung kembali subsidi milik rakyat Malaysia yang digunakan oleh pendatang asing ini.

Tetapi malangnya Najib tidak peduli perkara ini kerana saya bukanlah tukang bodek beliau, saya lebih suka bersikap kritikal terhadap Najib, Najib buang pandangan saya kerana nak puaskan ego sendiri. Tetapi lihatlah kesannya, rakyat menanggung beban, tetapi pendatang asing bebas menggunakan subsidi tanpa bayar cukai atau bayaran perkhidmatan awam walau satu sen pun.

Inilah kerajaan Barisan Najib yang menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan diri untuk memuaskan nafsu serakah sedangkan imej Barisan Nasioal makin buruk disebabkan Najib mahu Barisan Nasional menjadi Barisan Najib.

Kami rakyat Malaysia setia kepada Barisan Nasional, Barisan Najib boleh berambus.

Najib sila berundur sebelum UMNO dan Barisan Nasional dimusnahkan imej hingga tersungkur dalam PRK Sungai Limau kelak dan dalam PRU 14 nanti.

Najib dan kuncu-kuncunya seperti sedang membakar kelambu Barisan Nasional secara diam-diam, mereka ibarat api dalam sekam yang cuba bakar kelambu Barisan Nasional secara terancang.

Selamatkan UMNO, Selamatkan Barisan Nasional, Selamatkan Malaysia, Tumbangkan Najib dan kuncu-kuncunya.

Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa,dan Tanah Air.

Sekian, terima kasih.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Anonymous said...

Saya juga cadangkan supaya wajibkan syarikat rokok meletakkan label "MEROKOK ADALAH HARAM DI SISI ISLAM", ini kerana walaupun sudah keluar fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1995 yang memfatwakan bahawa rokok adalah haram selaras dengan firman Allah dalam Al-Quran yang melarang manusia mencampakkan diri mereka dan keluarga mereka ke dalam kebinasaan.

Tetapi malangnya para ustaz, tok imam, pak bilal, tok siak pun merokok sesuka hati di hadapan masjid, bila ceramah kata muzik haram, tapi mereka merokok dan melanggar fatwa yang berlandaskan firman Allah dalam Al-Quran apa cerita pula?

Merokok memang menyebabkan perokok itu mencampakkan dirinya dalam kebinasaan kerana asap rokok yang beracun menyebabkan sakit barah dan macam-macam penyakit yang berbahaya lagi, bukan itu saja, perokok suka hisap rokok dalam rumah, dalam kereta, menyebabkan anak bini mereka yang tak merokok juga terjebak dalam kebinasaan bila mereka terhidu asap rokok yang berbahaya itu.

Selama ini letak gambar kesan buruk merokok pada kotak rokok menjadi lawak jenaka para perokok termasuklah dari golongan ustaz dan agamawan. Sekarang lihatlah apakah mereka berani merokok jika pada label rokok ditulis AMARAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN: MEROKOK HARAM DI SISI ISLAM.

Semoga dapat menyelamatkan umat Islam yang merokok supaya berhenti dengan kegemaran syaitan iaitu membazir, kerana merokok hanyalah membazir dan menyebabkan diri sendiri terdedah penyakit berbahaya dan menyebabkan anak bini di rumah dan orang lain yang berhampiran dengannya ketika merokok terdedah dengan penyakit berbahaya.

Sedarlah semua.

Sekian, terima kasih.

Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Anakbukitgantang said...

1-yg Liberal ialah pemimpin dalam PAS dan PKR bukan setakat membela penjenayah namun sampai ke ugama 0mereka banyak anuti Wahhabi , syiah dan liberalisme ugama

2- yg saya akui Najib silap besar dapat punahsehat yang menyuruh dia jadi liberal spt PAS dan PKR serta musnahkan kekuasaan politik Melayu Islam

3-Setelah Zahid Hamidi dilantik sbgai Menteri KDN maka liberalisme dalam jenayah dan terlalu mengikut Pakatan dikurangkan tapi damage is done.Apa yg boleh dibuat ialah contain jenayah tersebut dgn Akta keharmonian yg baru ditubuhkan dan sama spt ISA

4 Saya melihat jangkahayat Nah=job dalam politik sudah sampai ke akhirnya-jika dia dan gang dia teruskan dgn liberalisme dalam UMNO maka UMNO akan kalah dalam PRU14- bukan kpd PAS dan PKR tapi pada NGO yang benar benar mem[perjuangkan Islam dan hak Melayu

5-berkenaan dgn rokok ada ulama yg mengatakan rokok dibenarkan malah beberapa tuan guru Islam ASWJ menghisap rokok- yg mengharamkan rokok setakat ini ialah tok guru Wahhabi Nik Aziz

4-

Anonymous said...

Saudara Anakbukitgantang, sebenarnya Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa rokok adalah haram selaras dengan firman Allah dalam Al-Quran iaitu "Janganlah mencampakkan dirimu dan keluargamu ke arah kebinasaan".

Dalam konteks ini, perbuatan merokok menyebabkan perokok mencampakkan dirinya ke arah kebinasaan iaitu terdedah dan mendapat penyakit berbahaya seperti barah paru-paru, sakit jantung, angin ahmar, dan macam-macam lagi. Bukan itu saja, perokok juga menyebabkan anak bininya di rumah terdedah kepada bahaya penyakit barah paru-paru, angin ahmar, sakit jantung bila anak bini perokok juga terhidu asap rokok yang dihisiap oleh perokok.

Bukan setakat anak bini, malahan orang ramai lain yang berhampiran dengan perokok juga terdedah dengan asap rokok akan mendapat bahaya yang sama.

Oleh itu, perbuatan merokok adalah haram kerana memudaratkan diri sendiri dan orang ramai selaras dengan firman Allah dalam Al-Quran. Malahan Majlis Fatwa Kebangsaan bukannya membuat fatwa dengan mengutip maklumat di tepi jalan sebagaimana PAS, PKR dan DAP buat, tetapi berdasarkan nas-nas Al-Quran dan Hadis.

Saya menyeru kepada semua perokok, berhentiklah merokok kerana perbuatan melanggar arahan Allah di dalam Al-Quran, jika langgar arahan Allah, bermakna dapat dosalah. Jika menentang dan menafikan larangan Allah maka boleh terjebak kepada kerosakkan akidah.

Oleh itu marilah tinggalkan tabiat merokok kerana rokok adalah berbahaya kepada diri sendiri dan orang ramai termasuk anak bini dan haiwan peliharaan di rumah.

Oleh itu saya menyeru kepada kerajaan terutama Menteri Kepengunaan iaitu Hasan Malek supaya mewajibkan label pada kotak rokok iaitu "AMARAN MAJLIS FATWA KEBANGSAAN : MEROKOK ADALAH HARAM DI SISI ISLAM.

Semoga semua perokok mendapat hidayah dan menjauhi perbuatan keji seperti merokok ini kerana segala perbuatan keji adalah amalan syaitan, apakah perokok berbangga mengikut jejak langkah syaitan? Kerana dalam agama kita juga menerangkan bahawa membazir itu amalan syaitan, merokok hanyalah pembaziran, tak ada faedah pun, tak ada orang merokok boleh kenyang, malahan buang duit sahajalah. Oleh itu apakah perokok mahu mengikut jejak langkah syaitan sedangkan syaitan itu musuh nyata bagi manusia?

Fikirkanlah dengan akal dan iman, jika diikut nafsu serakah, kelak hanya memudaratkan diri saja.

Sekian, terima kasih.

Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

Encik Mohamad.
Nasionalis Melayu

Anakbukitgantang said...

Tuan,perkara merokok itu ada khilaf kata ulama Islam ASWJ

Setakat ini ada ulama Islam ASWJ maseh merokok

Namun kalau yg Wahhabi terus menyatakan merokok itu HARAM

Wallahualam

Anonymous said...

Saudara anakbukitgantang, maka tuan menuduh semua mufti yang membincangkan dan membuat keputusan demi kemaslahatan ummah itu sebagai wahabilah?

Inilah masalah golongan perokok, lebih mengutamakan rokok berbanding keputusan majlis fatwa, rokok lebih diutamakan hingga tak peduli dosa atau pahala.

Bertaubatlah.