Monday, September 19, 2011

Kes saman fitnah ke atas Malaysian Insider-penyelesaian diluar mahkamah menguntungkan pembangkang

Tan Sri Tajuddin Ramli sewajarnya meneruskan sebutan  kes saman ini disebut di mahkamah supaya keputusan dapat direkodkan. Penyelesaian di luar mahkamah akan menjadikan perbuatan tak bermoral Malaysian Insider  TIDAK DAPAT DIPELAJARI DAN DIAMBIL IKTIBAR oleh fraternity peguam yang kebanyakannnya anti establishment


"Kes saman RM200 juta bekas Pengerusi Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS) Tan Sri Tajudin Ramli terhadap sebuah portal berita kerana didakwa menyiarkan artikel berunsur fitnah dalam proses perbincangan menyelesaikan kes itu di luar mahkamah.

Perkara itu dilapor dimaklumkan oleh Peguam George Miranda yang mewakili The Malaysian Insider dan wartawannya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Harmindar Singh Dhaliwal hari ini, lapor Bernama.

Agensi berita nasional itu juga melaporkan, mahkamah menetapkan 28 September untuk pengurusan kes saman melibatkan kedua-dua pihak.

Hakim menetapkan tarikh itu selepas menemui peguam Lim Kian Leong yang mewakili Tajudin, Miranda yang mewakili syarikat serta pegawai dan wartawan portal terbabit di dalam kamar.

Pada 18 Ogos lepas, Tajudin memfailkan saman berjumlah RM200 juta terhadap portal itu berikutan penerbitan artikel yang didakwanya memfitnah beliau.

Beliau menamakan syarikat The Malaysian Insider Sdn Bhd sebagai defendan pertama serta Ketua Pegawai Eksekutif Jahabar Sadiq dan wartawan Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan kedua dan ketiga.


Tajudin yang menerajui syarikat penerbangan itu dari 1994 hingga 2001, mendakwa portal berita berkenaan menerbitkan kata-kata fitnah dalam sebuah artikel pada 31 Mei 2011.

Beliau turut mendakwa portal terbabit mengulang beberapa kata-kata fitnah menerusi artikel lain walaupun telah dipohon menerusi surat supaya tidak berbuat demikian, dan pengulangan itu menunjukkan portal terbabit berniat jahat.


Tajudin berkata The Malaysian Insider membalas suratnya dengan penegasan bahawa kata-kata di dalam artikel itu bukan fitnah dan ia mempunyai pelbagai sumber maklumat.

Selain ganti rugi am untuk kecederaan dan kehilangan reputasi tidak kurang RM200 juta, Tajudin turut menuntut ganti rugi keterlaluan dan faedah.
- Bernama

Read more: http://www.pisau.net/2011/09/malaysian-insider-kalah-saman-fitnah.html#ixzz1YOlxUdTM              "

2 comments:

Anonymous said...

Selesai luar mahkamah sepat dapat duit maaa.
kalu p copurt paling cepat lepas 3 tahun mcam si Anuar baru nak dengar kes..

Sebab .. tangguh jangan tak tangguh...

Anakbukitgantang said...

ya mungkin Tan Sri Tajuddin Ramli sudah tak mahu menanggung penderitaan dan kerugian perniagaan kerana rosak reputasi-bagaimanapon kes penyelesaian diluar mahkamah ini harap direkodkan juga-sbb dgn cara ini Malaysian Insider dan pembangakang boleh spin di lain masa menatakan FITNAH mereka benar-itu yg kita tak mahu lihat lagi-rakyat dah benci dgn permainana kotor mereka