Saturday, January 22, 2011

Siapa kata PAS tak main politik Pembangunan?

Mereka menolak pembangunan. Mereka kata pembangunan fizikal tak penting. Tapi tanpa pembangunan fizikal seperti prasarana yang baik untuk pendidikan dan jalan kampong mana mungkin memangkin pembangunan spiritual di zaman ini.

Yang penting rakyat mengetahui bahawa pembangunan fizikal harus seiring dengan pembangunan spiritual. Pondok ugama yang selesa, dilengkapi pelbagai kemudahan serta menggabungkan kemahiran  living skill  seperti di Singapura dan Indonesia akan membangunkan ummah yang bersedia untuk berdakwah. (Dan yang paling penting tak mengeluarkan kader Wahhabi atau Syiah ya!)

Menyedari perkara ini maka mereka buat polisi U turn. Mereka menemui Menteri di Putrajaya untuk berbincang. Kickdefella melaporkan pertemuan ADUN Perupok di SINI

Apakah ini politik win-win atau politik "I win the election- I pass you the buck!" (Saya menang pilihanraya dan saya lepaskan tanggungjawab kepada pihak lain)

Berhati hatilah rakyat dengan retorik orang politik. Apa yang diucapkan didepan anda mungkin tak sama dengan apa yang diucapkan di belakang anda!

12 comments:

Neutronboy said...

Betul tu tuan,

Retorik orang2 politik memang taktik mereka.

Tetapi cuba tuan fikir semula kenyataan PAS dengan situasi sekarang.

Adakah pembangunan fizikal seiring dengan pembangunan spritiual?

Kita ambil sejarah kita sahaja.

Zaman dahulu prasarana tidak secanggih sekarang, tetapi bagaimana pula dengan sahsiah serta akhlak orang dahulu dengan orang sekarang?

Pada hemat saya, kenyataan itu dibuat kerana, pembangunan fizikal sedia ada sekarang telah berada pada tahap yang baik, jadi boleh diketepikan dahulu, dan kemunduran akhlak mulia menjadi keutamaan sekarang ini, maka perkara itu menjadi kepentingan.

Allahu a'lam.. Allah lebih tahu maksud di setiap kata2 mereka.

Anakbukitgantang said...

Benar IN- sepatutnya pembangunan fizikal perlu seiring dengan pembangunan spiritual barulah menjadi masyarakat teladan-lihat sahaja contoh Banghdad, Mesir, India, Bukhara dan Andalusia di zaman kegemilangannya

Pembangunan fizikal seiring dengan pembangunan spiritual!

Bila kita memisahkan kedua duanya samalah seperti kita memisahkan Ilmu matematik dan perubatan dari Ibnu Sina dan menjadikanna sekular

Maka pembangunan yang terjadi tak seimbang dan ianya dapat dilihat melalui retorik mereka: kononnya pembangunan fizikal tak penting, yg penting spiritual

Sebenarnya ia adalah alasan untuk menreka mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat!

Kita belajar dari sejarah dan jangan tertipu dengan retorik orang politik yang mempergunakan ugama untuk tujuan/vehicle kekuasaan mereka

Neutronboy said...

Saya ambil semula petikan tuan admin,

"Maka pembangunan yang terjadi ,
tak seimbang dan ianya dapat dilihat melalui retorik mereka: kononnya pembangunan fizikal tak penting, yg penting spiritual"

Tetapi perkara ini turut berlaku dalam pemerintahan kerajaan persukutuan sekarang bahawa pembangunan lahiriah melebihi pembangunan rohoaniah.

Cuba tuan lihat segala macam dasar yang dilaksanakan kerajaan kini, sepanjang 53 tahun pemerintahan, dasar untuk pembangunan rohaniah amat-amatlah terbatas serta terhad.

Jadi mungkin, pihak pembangkang (PAS) ingin membangunkan semula pembinaan rohaniah seiring dengan pembangunan fizikal yang sedia ada. Maksudnya, kita tinggalkan dahulu lahiriah, angkat dahulu rohaniah. Apabila sudah seimbang, barulah kita bawa kedua-duanya.

Cuba tuan baca sejarah Rasulullah, bagaimana baginda membangunkan sebuah negara yang maju daripada kejahilan?

Rohaniah atau lahiriah?

Anakbukitgantang said...

Hurmm saya adalah blogger. Tiada admin untuk blog ini- ia dijalankan atas tanggungjawab saya untuk mendidik dan mengurangkan kemusnahan ummah Islam kerana in-fighting sesama sendiri shingga menyebabkan musuh Islam akhirnya menguasai negara Bani Jawi ini

Saya petik sejarah tersebut sebagai bukti yang jelas. Pembangunan lahiriah dan spiritual jua terjadi semasa di Mediana di zaman Nabi Muhammad. Apap yang dimaksudkan fizikal/lahiriah bukanlah mendirikan bangunan semata mata- tetapi meliputi perundangan, pendidikan, sistem welfare ke atas masyarakat yg mengikut Al Quran dan Sunnah.

Pernah dengar di Medina Charter? The Medina Charter atau Perlembagaan Madinah ini adalah perundangan yang di asaskan dari Al Quran dan Sunnah.

Dan masyarakat Islam di Andalusia jua mengkut Medina Charter ini untuk menjadi asas kehidupan yang sempurna.

Untuk makluman English Common Law yg menjadi asas kepada perundangan moden sekarang jua mengambil perundangan dari Andalusia dan sebenarnya berasal dari perundangan Islam - The Medina Charter

Malaysia maseh negera Islam. Bagaimanapon masyarakat majmuk di Malaysia memberi kekangan untuk melaksanakan sepenuhnya perundangan Islam sepenuhnya-saya suggest tuan membaca artikel dari Tuan Guru Abdullah Smaah-Taat Kepada Pemimpin mengenai Malaysia sebenarnya adalah negara Islam dan Perlembagaan Persekutaun mengikut kehendak Islam terutama dari segi Islam sebagai ugama rasmi dan juga artikel dari JAKIM mengenai perkara yg sama (saya pautkan dalam Nota saya di ruang atas sebelah kanan blog ini).

Neutronboy said...

Jadi saya harap tuan blogger nampak apa yang saya maksudkan di sini.

Ketika zaman Rasulullah pembangunan rohaniah dan lahiriah berkembang dengan seimbang.

Namun bagaimana dengan pembangunan yang dilaksanakan oleh BN? Adakah kepimpinan mereka membangunkan kedua-duanya dengan seimbang atau lebih mementingkan lahiriah?

Itulah maksud saya bahawa pada pendapat saya atas pendirian PAS itu bermakna, setelah pembangunan lahiriah ini maju di negara kita, makaa sekarang ialah waktunya untuk bangunkan semula rohaniah kita agar kembali seimbang.

Saya harap agar tuan faham maksud ucapan saya ini.

Apabila tuan brkata,

"ia dijalankan atas tanggungjawab saya untuk mendidik dan mengurangkan kemusnahan ummah Islam kerana in-fighting sesama sendiri shingga menyebabkan musuh Islam akhirnya menguasai negara Bani Jawi ini"

Namun saya melihat dalam blog ini masih juga memaparkan artikel2 yang memburuk-burukkan pembangkang seolah-olah tiada sumbangan yang diberikan oleh mereka.

Malahan blggoer pro pembangkang turut melakukan hal yang sama. Tidakkah tindakan itu sama sahaja untuk melaga-lagakan ummah?

Saya mencadangkan kepada tuan blogger seeloknya tuan patut tumpukan kepada :

1) Pembangunan yang telah dibuat oleh kerajaan dan pembangkang

2)Kajian kes terhadap salah laku pihak Kerajaan dan Pembangkang.

Apabila adanya proses membanding beza dan meinmbang tara, maka inilah yang mampu membuka mata rakyat dan ummah Islam.

Insya Allah.

Anakbukitgantang said...

pembangunan fizikal dan spiritual sehingga menjadikan Malaysia negara Islam
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/nislam2.html

Petikan ini saya bawa dari tulisan Tuan Guru Abdullah Sammah dari pondok Geting-baca dan fahami siapa yg berusaha buat pembangunan fizikal yg seimbang dengan spiritual dan siapa yang cuba merosakkan pembangunan sedia ada dengan fahaman Wahhabi yg mujassimah

Berkenaan usaha Kerajaan BN dan pengaruh buruk yang di bawa PA Sberpolitik sehingga menjadi perpecahan umat Islam di sini

Justeru itu, apa yang dilakukan oleh pemerintah sekarang amat jelas dan semua pihak perlu memahami hukum hudud dan takzir tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan berada dalam keadaan ‘darurat’ disebabkan perkongsian milik negara ini dengan orang lain.

Saya berpendapat wujudnya perpecahan di kalangan umat Islam adalah disebabkan kumpulan-kumpulan kecil yang cuba menonjolkan diri bahawa merekalah yang lebih benar, lebih mulia dalam memperjuangkan Islam yang suci sehingga memusuhi pemimpin seagama dan sanggup berkawan dengan musuh-musuh Islam yang nyata dan jelas.

Perkembangan mutakhir ini amat menyedihkan dan membimbangkan. Umat Islam berpecah kerana kelompok-kelompok ini cuba menegakkan sesuatu yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah sehingga meninggalkan perpaduan sesama Islam. Saya sama sekali tidak dapat menerima perpecahan ini dan saya menganjurkan perpaduan sesama saudara seagama kita.


Selama ini orang pondok seperti saya berdiam diri tetapi hari ini saya perlu bangun untuk menyatakan kebenaran ini kerana umat Islam diancam dengan pelbagai masalah. Biarpun saya akan dikecam kerana tidak selari dengan pemimpin parti yang kononnya memperjuangkan Islam, pemimpin yang dilihat semakin suci dan tidak lagi boleh dipersoalkan.

Perlembagaan negara telah memberikan kedudukan istimewa kepada agama Islam dan ia harus dijaga dan tidak boleh membiarkan sama sekali orang lain mengganggu gugatnya. Namun dengarlah kata-kata para pemimpin parti politik tertentu untuk menjaga kepentingan pengaruh daripada bukan Islam.


Berpegang


Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.






Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh Pas sejak negara mencapai kemerdekaan, Mereka menyebarkan dakyah kononnya Umno sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British.


Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya.

Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.

Anakbukitgantang said...

sambungan...
Selepas itu, saya menyedari bahawa Umno yang memerintah melalui gagasan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan ‘darurat’ yang mana sebahagiannya terpaksa dikongsi bersama dengan orang bukan Islam maka tidak wajib bagi kerajaan untuk melaksanakan hukum hudud dan takzir sepenuhnya.

Gagasan Malaysian Malaysia atau pun Malaysia Sederhana yang menyamaratakan hak semua kaum dan agama tidak boleh diterima sama sekali demi menjaga kesucian agama Islam dan hak-hak orang Melayu sebagai kaum pribumi.

Saya sedar apabila saya bercakap mengenai perkara ini, penyokong-penyokong Pas dan pakatan pembangkang akan menuduh saya sebagai ‘ejen Umno’. Saya tidak kisah demi agama, bangsa dan negara.

Mungkin saya akan menyertai Umno dalam tempoh dua tiga tahun lagi tetapi buat masa sekarang saya masih ahli Pas yang mahukan perpaduan di antara umat Islam, Umno dan Pas.

Sekiranya Umno meneruskan perjuangannya untuk umat Melayu dan Islam seperti mana yang kita nikmati selama ini dan bertambah baik pada setiap tahun, tidak mustahil untuk saya menyertai Umno.

Anakbukitgantang said...

Sambungan...
Untuk pengetahuan umum, institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa yang berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak akan menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini. Selepas penentangan secara terbuka terhadap Nik Abdul Aziz, pelbagai sekatan saya terpaksa lalui.

Sebagai contoh ada antara masjid di negeri tidak membenarkan lagi saya menyampaikan kuliah malah sesiapa yang menghadiri kuliah saya tidak akan menerima bantuan seperti biasa.

Sekatan-sekatan itu tidak berkudis pun kepada saya. Pondok Geting semakin padat, menerima murid lebih ramai dari dahulu. Saya amat yakin dengan perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika di bawah kerajaan boneka DAP.


Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan DAP yang menjadi tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti mengikut telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri manakala Pas mengikut membabi buta, sehingga Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.

Anakbukitgantang said...

sambungan
Perlu diingat golongan pondok bukannya jumud dan tertutup seperti mana yang digambarkan. Kami di sini mengikuti perkembangan politik Negara secara dekat, cuma tidak bersuara. Saya sendiri membaca sekurang-kurangnya dua akhbar sehari malah kadang kala tujuh akhbar termasuk tabloid parti pembangkang.


Saya merujuk semua perkembangan ini dengan kitab-kitab ulung Islam mengenai politik seperti tulisan Imam Nawawi, Sheikh Ibnu Hajar dan Imam Hambali yang jelas menunjukkan apa yang dilakukan oleh Umno tidak bertentangan Islam.

Ketika suara saya mula disiarkan di Utusan Malaysia akhir tahun lalu, Persatuan Pondok Berhad telah mengeluarkan kenyataan bahawa saya tidak mewakili mereka malah tidak mempunyai tauliah untuk berceramah agama. Itu semua sandiwara kerana persatuan itu ditekan oleh kerajaan Pas Kelantan. Saya mempunyai tauliah daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan sehingga sekarang masih menjadi pengarah persatuan tersebut serta sentiasa dipanggil untuk menghadiri mesyuarat.


Berbalik kepada persoalan pokok, perpaduan sesama umat Islam amat penting. Biar apa pun perbezaan ideologi politik marilah kita bersatu kembali dan lupakan persengketaan, kembali kepada kepada perintah Allah SWT bahawa hendaklah kamu sentiasa memperbaiki saudara-saudara kamu. Maknanya, kalau ada perselisihan, hendaklah kamu mendamaikan antara kedua-duanya (surah Al-Hujurat ayat

Sebagai umat Islam kita perlu mentaati pemerintah selagi ia tidak kufur kepada Allah. Tindakan menentang dan menyebakan keburukan kerajaan akan memberikan ruang kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil peluang untuk mengganggu gugat urusan negara sehingga menimbulkan pelbagai ancaman

Neutronboy said...

Saya kini jelas dengan pandangan tuan dan saya amat berterima kasih.

Saya juga sangat-sangat mengahrapkan agar PAS-UMNO kembali bersatu demi nama Islam. Namun saya lihat PAS yang menolak klerjasama ini.

Saya ada permintaan terhadap tuan,

Boleh x tolong berikan saya sumber rujukan tentang pertentangan akidah Nik Abdul Aziz dengan akidah Ahliu sunnah wal jamaah. Kalau boleh maklumatnya selengkap mungkin.

Yang saya tahu cuma tadi sahaja iaitu, mendakwa sifat 20 Allah itu daripada Greek dan Yunani. Selain itu?

Saya juga meminta jika boleh tuan sumbangkan maklumat tentang kehancuran yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat terutama dari aspek agama dan akhlak.

Apakah ajaran2 yang diajarkan Tuan Guru sehingga adanya pertentangan?

Tetapi saya ingin menanyakan pendapat tuan tentang sikap mazmumah UMNO.

Sikap kronisme - hanya memberi kekayaan kepada golongan mereka sehingga menindas rakyat.

Sikap ini lahir dari Dasar Penswastaan - Bukan lagi dibawah tanggungan kerajaan namun yang menyedihkan, dalam penswastaan itu di belakangnya ada orang politik sehingga kekayaan yang dikaut itu membebankan rakyat

Sekularisme - terdiri daripada Melayu Sekular pada saya iaitu UMNO. Sebagaimana Datin Seri Rosmah mansur, sistem kewangan konvesional yang menagmalkan riba? Serta dasar2 pengancuran seperti hab hiburan? Modul Ekonomi Baru sehingga berlakunya inflasi (kenaikan harga)?

Apa pula pendapat saudara? Masih ada lagi harapankah untuk membawa sinar Islam yang lebih syumul berbanding sifat mereka yang lebih sekular?

Anakbukitgantang said...

blog berikut dyang mempunyai bukti saheh dari ucapan dan video pengajaran beliau

1- pasvspas
2-sejarah wahhabi di Malaysia
http://mahir-al-hujjah.blogspot.com/2009/12/1_2714.html

3-SILA KLIK http://www.docstoc.com
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
· Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
· Tok Ayah Zid Kedai Lalat/Nik Aziz
· Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
· 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
· Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
· Jom Kenali Dr Maza & Co
· Ahlul Bait Yang Dicerca


4-SILA KLIK http://www.4shared.com
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
· Rasulullah Budak Kampung
· Maulid Tandingi Krismas
· Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
· Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
· Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
· Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
· Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
· Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
· Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi


Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.




FAKEH KHALIFAH SAKA
Email:- fakeh@hush.com

Neutronboy said...

Terima kasih sangat tuan. Insya Allah lepas ni saya akan teliti semuanya dan akan saya bantu usaha tuan.

Lagi 1 saya ade rasa yang pelik dengan 1 Malaysia.

Kenapa dalam iklan sampai boleh timbul 1 Malaysia 1 Saudara.

Bukan ke yang bersaudara itu hanya orang Islam sahaja kan?

Tapi bagaimana pula boleh kita katakan bahawa kerajaan persekutuan sedia ada ini membela nasib Islam dan Melayu?

Sebabnya, terdapat 70% miskin terdiri daripada orang Melayu.

Kes murtad pun undang2 sivil menagtasi undang2 syariah. Jadi di mana usaha kerajaan pula hendak memartabatkan kedua-dua komponen tersebut selama 53 tahun?

Di shah Alam, kedai/kilang arak sendiri dirasmikan oleh almarhum Tunku Abdul Rahman.

Di Selangor, BN dahulu yang membenarkan Orang Melayu bekerja di kedai arak dan jelas2 melanggar perlembagaan.

Boleh x tuan terangkan?

Segala maklumat daripada pengetahuan tuan amat berguna bagi saya.

Yang penting bagi saya ialah menegakkan yang hak walaupun berbeza ideologi politik kerana kita semua saudara seislam.

Allahu a'lam.