Sunday, December 26, 2010

Apabila tiba musim berkemban....

Berkemban di zaman dulu dianggap normal bagi masyarakat berhuma, berladang dan bertani.

Trend berkemban yang lazim adalah kain batik yang diikat ke paras dada ditutupi dengan kain lain di atasnya atas sebab modesty dan kepala ditutupi sehelai kain yang dipanggil selendang atau kelumbong.

Bagi Kelantan pemerhatian yang menarik di sini

KELANTAN /Peasant costume

Malay costume is frequently worn with remarkably pleasing effect.
The usual costume of the Malay woman consists, like that of the peasant man, of three cloths. The first (Sarong) is fastehed round the waist and falls to the ankles ; the .second (Kemban) is hitched round the body under the arms and over the bust and falls over the sarong to a few inches below the hips, being usually adjusted to reveal the lines of the figure as clearly as possible ; and 'the third (Kelumbong) is a loose shawl which is supposed to be used to conceal the head, face, and shoulders, but which is generally so arranged as to leave those parts uncovered. All classes wear the same costume, that of the ladies of high degree differing from the dress of their lowly sisters in quality, perhaps, but not in form or quantity. http://www.archive.org/stream/cu31924023122736/cu31924023122736_djvu.txt

Bagi negeri lain, golongan wanita istana  dan bangsawan berpakaian berkemban bila beradu atau bila berada di dalam rumah. Jika keluar ke majlis keraian wanita dari golongan bangsawan akan memakai kebaya laboh. Ada yang mengenakan kain cindai yang diikat dipinggang di atas baju kebaya. Mereka akan mengenakan tudung di kepala atau jika di Pahang dan Sarawak dikenakan kain batik yang disarung di kepala. Di Terengganu pula kain tenunan songket akan menutupi kepala wanita golongan bangsawan.




Pakaian wanita Kelantan tanpa mengira hierarki dalam
 masyarakat terdiri dari 3 bahagian iaitu Kemban, Sarong
dan Kelubung




Sylvia Brooke- Ranee Puteh  terakhir Sarawak memakai kelumbong

Pakaian Wanita Golongan Bangsawan di Malaya


Revolusi Islam di Iran yang menjatuhkan dinasti Pahlavi Shah Iran menyaksikan revolusi pakaian Islam. Pada tahun 1980-an pakaian wanita di Malaysia juga berubah. Saya ingat tikanya ibu saya  mengenakan tudung ketika mengajar kerana guru guru wanita  menerima "arahan lisan" dari Pejabat Pelajaran untuk mengenakan selendang atau tudung waktu mengajar. Di kalangan pelajar wanita pula kami menggantikan pinafore /skirt dengan pakaian yang menutup aurat. Waktu itu kami memakai skaf  putih segitiga, berbaju kurung putih serta berkain hijau.

Di zaman sekarang saya lihat trend pakaian pengantin wanita dah mengikut Kelantan dan kembali ke era Cik Siti Wan Kembang. Betul ker? Lihat sahaja sampel gambar pengantin wanita ini......



4 comments:

Anonymous said...

Biarlah bro, laki dia nak kasi orang tengok tetek bini dia.

Anakbukitgantang said...

Anselmo

Mungkin juga itulah caranya nak tayang tropy wife-sedeh betul

Aura Dya said...

sesautu yang menarik untuk dibaca.

Aura Dya said...

sesautu yang menarik untuk dibaca.