Wednesday, November 17, 2010

Namawee perlu belajar keadaan sebenar di Singapura sebelum mengutuk Malaysia




Petikan Utusan

30 NGO bantah Namewee di Kuantan



KUANTAN 16 Nov. - Lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pahang membantah penganjuran persembahan Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee yang dijadual berlangsung di sebuah kelab hiburan di sini, Sabtu ini.


Namawee yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mencerca seorang guru dan mengubah lagu Negaraku dijadual mengadakan persembahan itu berdasarkan kain rentang di depan kelab terbabit.

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kuantan, Yusri Yusof menegaskan, bantahan tersebut akan diadakan dalam masa terdekat ini.


"Kami mendapat maklum balas daripada laman sosial Facebook mengutuk sekeras-kerasnya kedatangan lelaki biadab yang pernah menunjukkan isyarat lucah dalam klip video," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Yusri berkata, pihaknya telah bermesyuarat dan tidak teragak-agak menghantar memorandum kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menghalang persembahan Namewee.


"Bantahan itu bukan bersifat perkauman tetapi lelaki itu pernah mengguris perasaan rakyat Malaysia dengan mengubah semula lagu Negaraku," katanya.


Sementara itu, Pengerusi Belia 4B Malaysia Kuantan, Razali Omar berkata, pihaknya juga membantah kedatangan Namewee dan mahu PBT mengambil tindakan tegas kepada individu berkenaan serta pihak yang terlibat.

"PBT seharusnya peka dengan perkara ini dan menilai semua penghibur yang datang ke Pahang," tegasnya.


Menurut beliau, kedatangan Namawee akan menimbulkan kekecohan kerana orang ramai mengetahui perkara buruk yang dilakukannya sebelum ini.

"Kalau boleh jangan beri peluang kepada individu tertentu yang sengaja melakukan provokasi dengan menjemputnya membuat persembahan di sini," katanya.

1 comment:

Anonymous said...

BAIK HARAMKAN TERUS BUDAK LAHANAT TU DARI BERPIJAK BUMI M'SIA NI!...HARKKK PTUIHHHH!!