Showing posts with label namawee. Show all posts
Showing posts with label namawee. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Nasi Lemak vs. Merong Mahawangsa


Semasa serangan ke atas  Kementerian Penerangan, Komunikasi  dan Multimedia (dan secara terus ke atas  Multimedia Corporation MMC), tak ramai yang ketahui bahawa RM 100 juta grant pembangunan yang diperuntukkan adalah untuk membangunkan industri e content di Malaysia

Industri e content di Malaysia adalah untuk membantu syarikat IT tempatan dalam menyediakan e content yang memberi manfaat kepada beberapa sub industri kecil dalam IT iaitu pelajaran menggunakan aplikasi IT, movie yang mengaplikasi teknik CGUI, video games dalam komputer atau MMS pada telefon bimbit yang mengaplikasikan teknik  CGUI .

Tk ramai yang tahu product e content yang popular ialah  Upin Ipin dan terkini Merong Mahawangsa yang menjadi movie epik pertama Malaysia dipasarkan ke pasaran antarabangsa sehingga Hollywood.

Sesungguhnya industri e content perlu dikembangkan di Malaysia kerana mengikut kajian kos pekerja e content di Malaysia hanyalah RM 5-6 sejam berbanding dgn kos pekerja e content di luar negara yang memerlukan RM 160 (USD 30-40 dollar) sejam.

Oleh itu video epic Merong Mahawangsa yang dihasilkan di Malaysia akan memakan kos RM 2 juta kos pembikinan berbanding kos pembikinan yang meningkat 8- 9 kali ganda kos di USA.

Mari kita kihat kenapa Namawee kalah dalam submission garnt e content MMC (Multimedia Corporation)




vs KRU .

Wednesday, November 17, 2010

Namawee perlu belajar keadaan sebenar di Singapura sebelum mengutuk Malaysia




Petikan Utusan

30 NGO bantah Namewee di Kuantan



KUANTAN 16 Nov. - Lebih 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pahang membantah penganjuran persembahan Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee yang dijadual berlangsung di sebuah kelab hiburan di sini, Sabtu ini.


Namawee yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mencerca seorang guru dan mengubah lagu Negaraku dijadual mengadakan persembahan itu berdasarkan kain rentang di depan kelab terbabit.

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kuantan, Yusri Yusof menegaskan, bantahan tersebut akan diadakan dalam masa terdekat ini.


"Kami mendapat maklum balas daripada laman sosial Facebook mengutuk sekeras-kerasnya kedatangan lelaki biadab yang pernah menunjukkan isyarat lucah dalam klip video," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Yusri berkata, pihaknya telah bermesyuarat dan tidak teragak-agak menghantar memorandum kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menghalang persembahan Namewee.


"Bantahan itu bukan bersifat perkauman tetapi lelaki itu pernah mengguris perasaan rakyat Malaysia dengan mengubah semula lagu Negaraku," katanya.


Sementara itu, Pengerusi Belia 4B Malaysia Kuantan, Razali Omar berkata, pihaknya juga membantah kedatangan Namewee dan mahu PBT mengambil tindakan tegas kepada individu berkenaan serta pihak yang terlibat.

"PBT seharusnya peka dengan perkara ini dan menilai semua penghibur yang datang ke Pahang," tegasnya.


Menurut beliau, kedatangan Namawee akan menimbulkan kekecohan kerana orang ramai mengetahui perkara buruk yang dilakukannya sebelum ini.

"Kalau boleh jangan beri peluang kepada individu tertentu yang sengaja melakukan provokasi dengan menjemputnya membuat persembahan di sini," katanya.