Thursday, August 19, 2010

Daulat Tuanku Sultan Selangor-Fatwa Menentang Fahaman Wahhabi di Selangor

Daulat Tuanku! Sultan Selangor selaku  Ketua Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu bagi negeri Selangor telah berkenan untuk meluluskan Fatwa Menentang Kefahaman Wahhabi bagi diwartakan dan dikuatkuasakan dinegeri Baginda. Perkara ini tidak terkait dengan  politik di Selangor. Sila baca Fatwa Mentang Fahaman Wahhabi selanjutnya di bawah.

Nombor Rujukan Jabatan Mufti Selangor: ( 90 ) dlm.mufti.sel 500-1.Jld.3Bertarikh 13 Ogos 2010 / 03 Ramadhan 1431. Jawapan Fatwa Adalah Seperti berikut:



i - Kepercayaan Allah berjisim dan bersifat duduk bersila atau Allah bertempat adalah kepercayaan atau i'tiqad kaum MUSYABBIHAH (MUJASSIMAH). Dinamakan kaum musyabbih (menyerupakan)kerana mereka menyerupakan Allah dengan makhlukNya. Mereka mengatakan bahawa Allah bertangan, berkaki, bertubuh seperti manusia. Di antara i'tiqad sesat mereka yang bertentangan dengan i'tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah ialah seperti berikut:


a. Allah bermuka dan bertangan.


b. Allah duduk bersila di atas arasy.


c. Allah berada di langit.


d. Allah bertubuh serupa nur.


I'tiqad seperti di atas adalah bertentangan dengan i'tiqad Ahlussunnah WalJamaah lagi sesat dan menyesatkan kerana Allah tidak boleh sekali-kalidiserupakan dengan makhluk (al-Syura ayat 11). I'tiqad ini membawa kepada syirik yang mengeluarkan seseorang daripada Islam.


ii - Amalan bertawassul sama ada dengan nabi atau orang soleh adalah diharuskan kerana pada hakikatnya mereka yang bertawassul ituberi'tiqad segala usaha ikhtiar dan doa yang dilakukan oleh manusiahanya Allah sahaja yang memperkenankannya. (al-Maidah 35)


Sekian, Wassalam.


"BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK NEGARA"


Saya yang benar,


(MAT JAIS BIN KAMOS)


Pegawai Hal Ehwal islam (Istinbat)b/p: Mufti Negeri Selangor



sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=421287268670&id=1549068064&ref=mfSee More
 

3 comments:

rellich said...

bukankan sifat 20 pun meyebabkan Allah menyerupai makhluk ?

pontam said...

antaranya seperti melihat mendengar dan sebagainya tapi bukanlah semua.

anakbukitgantang said...

Rellich/Pontam, Saya harap tuan belajar Tauhid dan tuan akan tahu Sifat 20 itu menunjukkan sifat Allah yang hanya Allah sahaja ada dan tidak sama dengan makhluknya dalam apa apa jua hal dalam mana mana keadaan pon...bacalah balik kenyatan Mufti Selangor itu.