Wednesday, August 25, 2010

Nama Ketua Negara Beragama Islam Mesti Disebut Dalam Khutbah Jumaat

KUALA LUMPUR: Nama pemimpin negara yang beragama Islam mesti disebut dalam doa khutbah Jumaat kerana Islam merupakan agama yang berkuasa di negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Beliau berkata, umat Islam di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran terbesar terutama dalam keadaan umat yang berpecah belah, yang mungkin mengakibatkan Islam kehilangan kuasanya di negara ini.

"Saya bukan racis yang nak bangkitkan perasaan marah di kalangan umat Islam tetapi ada hak kita yang harus dihormati pihak lain. Penghormatan hanya akan diperoleh apabila kita berkuasa.


"Hari ini walaupun Islam menuntut kita bersaudara tapi kita berpecah, sehingga tahap mungkin hilang kuasa," katanya ketika berucap merasmikan majlis berbuka puasa dan penyampaian Anugerah Sri Cemerlang Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Universiti di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada insiden penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid di negeri itu baru-baru ini.


Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim mengingatkan umat Islam agar memikirkan semula tanggungjawab kepada agama, sekalipun tanggungjawab kepada bangsa sudah tidak lagi menjadi keutamaan.

Katanya, walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.


"Jumlah ramai ini tidak bermakna kalau sudah berpecah belah dan bermusuh antara mereka. Apabila bermusuh, pihak lain berpeluang gunakan permusuhan sesama Islam ini untuk mengutarakan kedudukan mereka, bahkan untuk berkuasa dalam negara.

"Jangan fikir tidak mungkin satu hari nanti khutbah sebut ketua negara bukan Islam kerana mereka telah berkuasa dan kita sudah jadi puak yang kecil, berpecah belah dan tidak berkuasa," katanya.

Beliau berkata, sudah ramai umat Islam di negara ini yang tidak mengamalkan tingkah laku dan cara hidup seperti yang dituntut dalam Al-Quran dan hadis.

Justeru katanya, kuasa umat Islam hanya dapat dikekalkan sekiranya umat Islam itu sendiri yang berusaha menyelamatkan agama mereka.

"Berkuasa hari ni tidak bermakna kekal berkuasa di masa depan. Jangan fikir pegangan kita akan terus kekal. Ia akan terhakis juga bila kita sudah miskin dan daif. Islam tak suruh kita berpecah-belah, tapi suruh kita bersaudara. Tanya kepada diri adakah kita benar-benar berpegang kepada ajaran Islam tentng persaudaraan ini," katanya. - BERNAMA

mStar Online : Nama Ketua Negara Beragama Islam Mesti Disebut Dalam Khutbah Jumaat

Komen Penulis-Khatib mendoakan kesejahteraan golongan kafirun dalam khutbah Jumaat tapi sengaja melupakan untuk mendoakan ulul amri yang Islam i.e YDP Agong Sultan Mizan-

Surah Al Maidah Ayat 57

"Wahai orang yang beriman, jangan kamu ambil jadi pemimpin kamu orang orang yang menjadikan ugama  kamu ejekan dan mainan di kalangan orang orang yang telah diberikan kitab sebelum kamu dan orang orang kafir. Dan bertawakkallah kepada Allah jika kamu benar-benar orang yang beriman"

Surah An Nisa Ayat 138-139

"Beritahulah kepada orang orang munafik itu bahawa mereka akan mendapat seksa yang pedih, iaitu orang yang mengambil orang orang kafir  menjadi teman penolong dan meninggalkan orang orang Mukmin. Apakah mereka mencari kemuliaan di sisi orang orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kemulian itu kepunyaan Allah"

Surah Al Imran Ayat 28

"Janganlah orang orang Mukmin mengambil orang orang kafir menjadi Wali (pemimpin, pelindung, penolong, teman yang akrab) dengan meninggalkan orang orang Mukmin. Barangsiapa yan g berbuat demikian nescahaya lepaslah ia dari Allah, kecuali kerana  Taqiyyah(helah memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti oleh mereka). Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri  (siksaNya) dan hanya kepada Allah tempat kembali"

Kesimpulan walau apapon alasan si Khatib dan kefahaman partai PAS yang didokongnya, mengambil dan mengagungkan pemimpin al kafirun tidak dibolehkan , apatah lagi pemimpin kafir yang jelas menjalankan dasar yang menindas umat Islam. Dan kesemua yang dinyatakan di atas adalah firman Allah dalam Al Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W 1,400 tahun dulu!.

No comments: