Bila PRK Sibu, barulah terlompat-lompat orang Malaya naik belon . Barulah tahu bahawa diam di Sarawak nyaman. Makanan lautnya segar dan besar-besar saiz berbanding dengan di Malaya. Sayur umbut, midin dan pucuk labu jadi makanan ruji. Sambal belacan segar yang ditumbuk dengan ikan bilis dan dipercik dengan limau nipis boleh membuka selera siapa sahaja yang mahu makan makanan Sarawak. Malah ada yang berani boleh mencuba umai, yang lagi sedap dari sushi!
Udara segar di irup macam irup secawan kopi Sarawak. Kena pula makan buah semangka di bawah mentari terik. Tapi kini keadaan sudah berubah..............
Hiruk pikuk politik Malaya cuba dibawa ke Sarawak. Antara isu lunak adalah jambatan Durin. Jambatan Durin ini free, untuk orang dari Sabah melaluinya melalui Limbang dan Brunei, sehingga ke Kuching.
Zaman dulu-dulu sebelum jambatan ini dibina, perjalanan dari Miri ke Kuching mengambil masa 12 jam. Kebanyakan kenderaan tersangkut menunggu feri dari jeti Durin untuuk menyeberangi sungai Rejang, sungai yang terpanjang di Sarawak itu.
Kini kenangan itu sudah tiada. Perjalanan dipendekkan kerana rakyat Sarawak dan juga Sabah dan boleh merentasi Sungai Rejang dengan adanya jambatan Durin.
Orang Malaya ni tak faham politik Sarawak. Di Sarawak, semuanya tinggal nyaman di bawah satu bumbung. Itulah keharmonian yang cuba diterapkan dalam konsep 1 Malaysia.
Di sini orang akan hairan dan benci jika asyik bercakap isu perkauman. Banyak dayung/gadis Dayak yang cantik kawen dengan Cina. Begitu juga banyak orang Dayak menganut ugama Islam dan Kristian. Perkahwinan campor isu biasa.
Malah dirumah yang mempunyai keluarga kawen campor, tidak hairan jika mereka meraikan Krismas, Gawai Dayak dan Hari Raya sekaligus dalam satu tahun!.
Hentikanlah politik pecah belah di Sarawak. Ini boleh mengundang perpecahan dalam keluarga. Orang Dayak dan kebanyakan orang Sarawak ini berpuak, jika kawen dengan sorang macam kawen dengan satu kampong...silap hari bukan jika silap cakap.......kena kejar dengan orang kampong!
No comments:
Post a Comment