Esok rakyat Hulu Selangor mengundi lagi. Antara yang menjadi isu ialah kawasan Hulu Selangor, satu kawasan yang bermajority Melayu diberikan calon MIC untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional. Ada yang kata demi Melayu, pilih sahaja Zaid. Apatahlagi diapon pernah berkata "Saya pun Melayu juga" dalam bukunya.
Walaupon hati sedeh, tapi kali ini saya ingin mengajak orang Melayu untuk berfikir secara rasional. Antara Zaid seorang tokoh Liberalisme ugama dan Kamal, seorang India, mana yang kurang bahayanya terhadap umat Islam?
Pengkhianatan Zaid terhadap umat Islam boleh dibaca dalam petikan yang di senaraikan di bawah:-
Pada 13 Ogos 2008, Mohamed Hafiz bin Mohamed Nordin (Pengerusi Badan Anti IFC, BADAi) dan bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang telah melabelkan Zaid Ibrahim dan Anwar Ibrahim sebagai tokoh liberal Melayu (baca sini). Kumpulan liberal Melayu ini dikatakan mendapat dokongan kewangan daripada dana seperti Kondrad Adenuer Foundation dan United States Agencies for International Development (USAID) melalui Asia Foundation. Antara hujah mengapa Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim dikelaskan sebagai liberal adalah kerana tindakan mereka menyokong forum terbuka mempertikai Artikel 121 (1A), membela Lina Joy, menyokong IFC dan mencabar Mahkamah Syariah.
Baca selanjutnya disini http://anginperubahan.blogspot.com/2010/04/zaid-digelar-tokoh-liberal-melayu.html
Di waktu kesusahan saya sering mengambil qalam Allah iaitu Al Quran. Dalam hati berdebar-debar untuk mengetahui apa petunjuk Allah kepada saya dalam perkara ini, dengan lafas Bismillah Hir Rah Man Nirr Rahim, saya membuka qalam Allah tersebut. Inilah ayat al Quran yang ditunjukkan kepada saya:-
Surah Al Mukmin (Orang Yang Beriman), Ayat 4 dan 5:-
"Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Kerana itu janganlah pulang balik mereka dengan bebas dari satu kota ke kota yang lain memperdayakan kamu".
"Sebelum mereka, kaum Nuh dan golongan yang bersekutu sesudah mereka telah mendustakan (Rasul) dan tiap tiap umat telah merencanakan makar terhadap Rasul untuk menawannya dan mereka merancang dengan (alasan) yang bathil untuk melenyapkan kebenaran dengan yang bathil ; kerana itu Aku azab mereka. Maka betapa pedehnya azabKu".
Semoga pembaca sekalian mendapat petunjuk jua. Kepada pengundi di Hulu Selangor, saya pohon fikirlah secara rasional dan ayuh, kita tolak Zaid Ibrahim. Pastikan tokoh Liberalisme Ugama ini tidak menjejakkan kaki ke Parliament. Wassalam.
No comments:
Post a Comment