Sunday, March 28, 2010

MCA- Dua Ong Yang Tiada "Ong"

MCA telah melalui banyak krisis kepimpinan di masa lepas.Bagaimanapun mereka terbukti "bersatu" demi isu, kaum dan parti.

Pada 28 Mac MCA terpaksa mengadakan sekali lagi pemilihan pucuk kepimpinan. Semua mata tertumpu kepada 2 Ong, iaitu Ong Ka Ting, bekas Presiden MCA dan Ong Tee Keat, Presiden MCA waktu itu. Sehingga petang tadi dilaporkan 97% delegasi telah membuat keputusan memilih Presiden MCA yang baru.

"Turnout" delegasi sebesar ini jarang-jarang dilihat, cuma sekali dalam PRU tahun 2000 dan sekarang dalam Pemilihan Pucuk Pimpinan MCA.  Tentunya ada yang mereka ingin sampaikan.........

Keputusan pemilihan baru MCA



28/03/2010 7:23pm


Presiden : Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek


Timbalan Presiden : Datuk Seri Liow Tiong Lai


Naib Presiden : Datuk Seri Ng Yen Yen

Datuk Donald Lim Siang Chai

Datuk Chor Chee Heung


Gan Ping Shou


Apakah mesej yang ingin disampaikan? Datuk Chua Soi Lek terkenal sebagai seorang "hardliner" tetapi ramai mengakui bahawa beliau adalah Menteri Kesihatan yang terbaik pernah dinikmati oleh Malaysia. Malah sikap "gentleman" beliau yang melepaskan semua jawatan dalam parti semasa isu VCD beliau tersebar luas menjadikan beliau lebih popular.

Gabungan Ong- Chua memang dijangkakan panas sebab kedua-duanya "hardiner"...tetapi keputusan ini memangnya satu kejutan bagi semua. Adakah ini bermakna Kumpulan Ketiga sebenarnya yang telah menang? Umum mengetahui Datuk Liow Tiong Lai  adalah ketua bagi Kumpulan Ketiga.

No comments: