Monday, March 29, 2010

Sidang DUN Perak 30 Mac dan Pilihan Nizar

Pada bulan Februari 2010, Mahkamah Tinggi Persekutuan memutuskan dalam penghakiman bersejarah 5-0 bahawa Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kader adalah Menteri Besar Perak yang sah.

Sejurus kemudian PAS Perak mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menjadi pembangkang yang berwibawa dalam DUN.

Baru sahaja rakyat Perak mengurut dada tanda lega, dikhabarkan mantan Speaker Perak Sivakumar memanggil sidang DUN. Saya hairan juga, kenapa tiada laporan Polis dibuat dan kenapa mantan Speaker ini tidak ditahan polis seperti 'Setiausaha Sulit'  Sultan Kelantan? Adakah berlaku double standard disini.

Mungkin mereka dah lupa bagaimana nak redha dengan keputusan Allah dan juga mungkin mereka perlu baca balik penjelasan undang-unadang.

Disertakan disini penjelasan undang-undang dari Blog Datuk Hafarizam



Akhirnya pergolakan politik di Perak yang berlarutan sejak setahun lalu ekoran perebutan jawatan Menteri Besar menuju penamat apabila Mahkamah Persekutuan semalam memuktamadkan ia milik Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau sendiri yang memilih Sistem Kehakiman sebagai pengadilan dan penyelesaian kemelut politik di Perak. Dia yang membawa kes ke mahkamah setelah tidak berpuas hati dan “mohon derhaka” terhadap pelaksanaan bidang kuasa Sultan Perak.

Nizar juga yang menimbulkan polemik, bersidang bawah pokok dan berceramah selama ini untuk meraih simpati sebagai asas pengadilan daripada orang ramai.


Keputusan diputuskan panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff itu menolak rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah.

Apa yang jelas keputusan 5-0 menunjukkan tiada apa lagi yang boleh diungkit atau dipertikaikan pembangkang mengenai kedudukan Zambry atau isu dua Menteri Besar, sejak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor itu mengangkat sumpah memegang jawatan berkenaan menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Februari 2009.

Keputusan semalam juga memberi jawapan keadilan dicari-cari sejak setahun lalu melalui proses undang-undang sudah pun diadili dengan sewajar-wajarnya.

Bagi Dr Zambry keputusan semalam membolehkan beliau untuk terus memberi fokus kepada hala tuju pembangunan Perak dengan mengutamakan kepentingan rakyat.

Bagi Nizar pula, selaku pihak yang memilih sendiri mahu mencari keadilan menerusi institusi mahkamah, beliau tiada pilihan selain akur keputusan mahkamah tertinggi negara ini.

Ini kerana pada 13 Februari 2009, ketika memfailkan tuntutan supaya dirinya diisytiharkan Menteri Besar Perak yang sah, Nizar pasti mempunyai keyakinan terhadap kebebasan dan keadilan sistem kehakiman.

Apabila keputusan Mahkamah Tinggi menyebelahinya pada 11 Mei 2009, Nizar dan pembangkang menyifatkannya keputusan itu tepat. Sehari kemudian apabila Mahkamah Rayuan menangguhkan pelaksanaan keputusan awal itu, mereka kembali mencemuh sistem yang sama.

Malangnya apabila keadilan yang dicari menerusi perundangan hingga diputuskan Mahkamah Persekutuan semalam, Nizar seakan tidak dapat menerima keputusan tersebut.

Ini boleh dilihat melalui kenyataan Nizar yang menyifatkan semalam hari paling sedih kerana kononnya sistem kehakiman tidak bebas.

Beliau turut mendakwa kononnya sistem monarki negara menuju monarki mutlak.

Berikut kenyataan Penasihat Undang-undang UMNO Malaysia, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkenaan keputusan Mahkamah Persekutuan dan reaksi Datuk Seri Mohamad Nizar Jalamuddin.

Saya melihat kenyataan Datuk Seri Nizar semalam sebagai satu komen yang berbentuk penghinaan kepada mahkamah.

Kenyataan Datuk Seri Nizar sengaja dibuat bagi mencetuskan satu polemik politik yang bertujuan mengelirukan rakyat secara berterusan dan langsung tidak berasaskan undang-undang.

Ini kerana menurut Perlembagaan Persekutuan 1957 jelas menyatakan bahawa negara ini menggunapakai sistem Raja Berpelembagaan.

Justeru Duli-duli Maha Mulia Sultan Melayu akan bertindak atas nasihat Perdana Menteri atau Menteri Besar kecuali terhadap 2 perkara yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia amnya dan Perak khususnya iaitu :

1) melantik Menteri Besar

2) membubarkan Dewan Undangan Negeri

Justeru itu apabila Datuk Seri Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Februari 2009 memohon membubarkan Dewan Undangan Negeri ianya tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Malah Sultan Perak menitahkan Datuk Seri Nizar serta Anggota Majlis Mesyuarat Negeri meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong. Malangnya Datuk Seri Nizar ingkar malah sanggup membuat sembah derhaka.

Berdasarkan apa yang berlaku tahun lepas jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Nizar lah yang telah merosakkan institusi Raja Berperlembagaan dan bukannya seperti dakwaan beliau kononnya sistem monarki negara menuju monarki mutlak.

Institusi Kehakiman adalah institusi yang terletak di bawah Yang Di Pertuan Agong yang bersifat bebas dan berasingan dengan badan perundangan dan eksekutif. Sebagai badan yang bebas, hakim-hakim juga adalah bebas maka tidak timbul itu kononnya kerajaan berada di belakang hakim-hakim tersebut.

Apa yang dinyatakan Datuk Seri Nizar kononnya sistem kehakiman tidak bebas, ini jelas satu penghinaan kepada mahkamah dan satu lagi taktik untuk memburuk-burukkan segala institusi termasuk dalam Perlembagaan Malaysia dan Perak.

Jika mahkamah bukan tempat rakyat Malaysia mendapat keadilan termasuk Datuk Seri Nizar, kenapa beliau sendiri menfailkan kes ini ke Mahkamah Tinggi tahun lepas jika beliau tidak percaya kepada mahkamah.

Dalam kes Nizar lawan Zambry ini telah pun sampai ke peringkat penghakiman terakhir. Tidak ada lagi sebarang rayuan selepas in dan selaras dengan prinsip “finality of decisions”, keputusan Mahkamah Persekutuan mesti dihormati dan dipatuhi.

Seperti yang dinyatakan Mahkamah Persekutuan semalam sekiranya Datuk Seri Nizar yakin beliau masih mempunyai suara majority di Dewan Undangan Negeri, beliau bolehlah mengemukakan usul undi tidak percaya pada Sidang Dewan Undangan Negeri akan datang atau pun membuat representasi kepada Sultan Perak jika ada asasnya.

Posted by anisahmaisarah at 4:44 AM

No comments: