Friday, March 26, 2010

Krisis Kelantan, Sultan vs. gabungan Tengku Mahkota dan Kerajaan Negeri?

Mutakhir krisis istana  Kelantan  kerana camportangan politik Kerajaan Negeri pimpinan PAS Kelantan. Sila rujuk blog Kicdefella http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/26/kelantan-incapacitated/

Krisis ini telah berlarutan dan isunya Sultan dikatakan masih gering sedangkan laporan perubatan mengesahkan Sultan boleh menjalankan tugas-tugasnya. Sungguh banyak perkara yang berlaku dalam masa satu hari iaitu  25 Feb 2010. Kronologi peristiwa seperti berikut:-

25 Feb 2010- "Setiausaha Sulit" Sultan Kelantan mengumumkan perlucutan pemangkuan Tengku Faris sebagai Pemangku Raja dan digantikan dengan Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah, Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Kelantan.

25 Feb 2010-Setiausaha Kerajaan Negeri mengesahkan Tengku Faris masih Pemangku Raja berdasarkan artikel  11(1)  dalam Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan.

25 Feb 2010- "Setiausaha Sulit"  Sultan Kelantan ditahan polis bagi mebantu siasatan mengenai kes "penyamaran" beliau sebagai Setiausaha Sulit Sultan.

26 Feb 2010- Mesyuarat Majlis Perajaan Negeri  akan dijalankan.

--------------------------------------------------------------------
Baca seterusnya :-

Apabila saya menulis bahawa Krisis Istana Kelantan yang tercetus adalah berpunca dari penafsiran perkataan ‘incapacitated’, banyak pihak mempersendakan saya. Bahkan ada yang mengajar saya melihat kamus.


Tafsiran incapacitated tidak boleh dibuat berdasarkan kamus, ia perlu berdasarkan tafsiran perundangan dan ia perlu konsisten dengan penggunaan perkataan tersebut didalam undang-undang dan jika ada precedent atau tafsiran yang telah dibuat terhadap kes-kes terdahulu. Oleh yang demikianlah saya menyeru tafsiran tersebut dibuat dari aspek perundangan.

Malangnya, pihak Kerajaan Negeri dan fraksi Tengku Mahkota Kelantan lebih suka mempertikaikan keadaan semasa KDYMM Tuanku Al Sultan. Keadaan semasa Al Sultan tidak boleh menjadi ukuran selagi kita tidak punya alat untuk mengukur. Alat untuk mengukur ialah tafsiran incapacitated.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, polemik yang berlaku adalah mutlak kerana tafsiran ‘incapacitated’ dan ia juga akan menjadi isu hujah-hujah cetek untuk 24 jam seterusnya.

Mengapa tafsiran itu penting? Lihatlah kenyataan-kenyataan oleh pihak Kerajaan Negeri dan fraksi Tengku Mahkota Kelantan.

“Berikutan daripada keingkaran Yang Maha Mulia Pemangku Raja mematuhi titah perintah Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sebarang bentuk perayaan termasuk penganugerahan darjah-darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan rasmi ke-60 baginda Sultan Kelantan serta di atas kegagalan Yang Maha Mulia Pemangku Raja memelihara, melindungi dan mempertahankan kehormatan diri dan Perlembagaan Negeri Kelantan, maka Duli Maha Mulia Sultan Kelantan dengan ini menamatkan pelantikan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja,” kata beliau pada sidang media di Istana Mahkota, Kubang Kerian.” (penuh di sini)

Itu adalah kenyataan bertulis yang dibaca oleh Setiausaha Sulit KDYMM Al Sultan Kelantan yang kini berada dalam tahanan polis Kelantan.


Apa yang berlaku selepas kenyataan itu diedarkan kepada media ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,

“Ia adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini. (penuh di sini).


Apa yang di perkatakan oleh Artikel 11 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan adalah seperti berikut;


“No decision of the Council of Succession shall be valid and binding unless at least two-thirds of the members present and voting agree thereto.”

Masalahnya Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah cuba mengaburi apa sebenar yang dimaksudkan oleh Artikel 11 (1) itu. Ini kerana Artikel 11 (1) merujuk kepada Artikel-artikel sebelumnya yang memperincikan peranan Majlis Perajaan apabila berhadapan dengan kemangkatan Al Sultan.

Ianya bermula di Artikel 8 (1) seperti berikut;

“Immediately after death or abdication of the Sovereign, or loss of his Sovereignty under the provision of this Part, as the case may be, the State Secretary shall, on the instruction of the President, convene by notice in writing to each Member, to be delivered at his address in the State, a meeting of the Council of Succession at a time and place to be stated in the notice and it shall be duty of each member of the Council to attend at such time and place unless his absence is excused by the President for such reason as the President shall deem to be good and sufficient.”

(artikel seterusnya dari 8 (2) hingga 10 (2) membicarakan hanya proses pengesahan waris menjadi Al Sultan yang baru, hak-hak Majlis Perajaan Negeri menolak waris dari ditabalkan, alternatif kepada waris yang boleh ditabalkan dan tanggungjawab ahli Majlis.)

Oleh yang demikian, ianya adalah terang dan jelas bahawa Artikel 11 (1) yang dirujuk oleh Setiausaha Kerajaan Negeri adalah merujuk kepada jika berlaku kekosongan kepada tahta.

Adakah berlaku kekosongan kepada tahta? Jawapannya tidak. Undang-undang tubuh negeri hanya mensyaratkan Majlis Perajaan Negeri bersidang ketika berlaku kekosongan terhadap tahta dan satu lagi seperti disebut di dalam Artikel 22A (3);

“In case of the incapacitation of the Sovereign the Council of Succession shall appoint a Regent or Council of regency as to them seem most expedient and if it shall be necessary to appoint a Council of Regency the provisions of Clauses (2) and (3) of Article XIX of this Part shall apply to such appointment.”

Tiada lain-lain peruntukan di dalam undang-undang tubuh negeri mengkehendaki Majlis Perajaan Negeri bersidang.

Halim Hamad Pengelola istana pula berkata kepada media,


“Pelantikan Tengku Abdul Aziz tidak ikut Perlembagaan negeri kerana untuk sebarang pelantikan dan pemecatan ianya memerlukan dua pertiga persetujuan daripada ahli Majlis Perajaan Negeri dan bukannya daripada seseorang,” katanya. (penuh di sini)

Saya keliru dari peruntukan mana di dalam undang-undang tubuh negeri yang dirujuk oleh Halim.

Undang-udang tubuh negeri tidak menjelaskan sebarang persidangan perlu dipanggil oleh Majlis Perajaan Negeri bagi menamatkan pemangkuan kerana Artikel 22 A (5) jelas berbunyi;


“Such Regent or Council of Regency shall cease to act upon the return of the Sovereign to the State or upon His recovery from incapacitation or His ceasing to hold the office or execise the functions of Yang di-Pertuan Agong as the case may be.”

Maka jelaslah bahawa apa yang dikatakan oleh Halim adalah tidak dituntut oleh Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan.


Apa yang harus kita pertikaikan bagi mengesahkan sama ada terlucut atau tidak Pemangkuan oleh Tengku Mahkota ialah menafsirkan maksud incapacitation dari aspek perundangan dan bukan dari aspek kamus Oxford atau kamus Dewan.

Ia harus dilakukan oleh pakar.


“His recovery from incapacitation…” kalau ikut perundangan. Apakah Tuanku sudah pulih dari keadaan yang menyebabkan Majlis Perajaan Negeri terpaksa melantik Pemangkuan mengikut Artikel 22 A (3).


Jika KDYMM Sultan sudah pulih, siapakah yang akan perlu menentukannya kerana Majlis Perajaan Negeri tidak dikehendaki oleh undang-undang tubuh negeri menjadi pihak yang mengesahkan Sultan sudah pulih.


Pada 3 March 2010, Dr. Tang Kok Foo, Consultant Neurologist dan Physician yang memantau keadaan Tuanku Al Sultan memberi laporan berikut terhadap status kesihatan Tuanku;


“(D) Full wakefulness and awareness with good speech, hearing, memory and Cognitive Skills.”


Tafsiran Cognitive Skills adalah



“Cognitive skills are any mental skills that are used in the process of acquiring knowledge; these skills include reasoning, perception, and intuition. Mid-continent Research for Education and Learning (1998) describes the importance of cognitive skills in acquiring literacy skills:”



Majlis Perajaan Negeri akan bersidang hari ini. Saya berharap sebarang keputusan Majlis Perajaan Negeri tidak akan ada pula pihak yang mempertikaikannya sehingga wujud pula 2 Majlis Perajaan Negeri.



Nota


Posting ini tidak di tulis dengan sebarang niat untuk menghasut dan mempengaruhi mana-mana pihak supaya marah dan bertindak ganas dan melanggar undang-undang tubuh. Ia juga tidak berniat memperkecilkan mana-mana pihak. Ia ditulis berdasarkan pemahaman terhadap Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan

2 comments:

Anonymous said...

Tak pelik ker lucut pemangku raja untuk ganti dgn pemangku raja yang lain ?

Kenapa Sultan tak ambil semula position ? Katanya dah sihat ?

Kenapa uncle Raja Perempuan yang dilantik jadi pemangku raja baru ?

Jeng jeng jeng !!

Anakbukitgantang said...

ceritera sejarah silam dan wasiat keturunan wajar juga diambil kira dalam merungkai permasalahan ini ...apatah lagi ianya dari wasiat Sultan-Ulama dari keturunan Long Ghaffar yang diturunkan takhta pada 1940-an

ada ceritera di sebalik ceritera....nampaknya keturunan Raja Jembal dah ambil alih takhta Kerajaan Kelantan....