Saturday, March 27, 2010

MIC, tolong jangan sabotaj kebangkitan BN/UMNO

Era kebangkitan PR telah berkubur bagai buih coca cola yang hilang buihnya. Ia berjaya dihentikan melalui kemenangan Singa lama Tan Sri Isa Bin Abdul Samad di Bagan Pinang.

Sekarang, setelah dilambung ombak, akhirnya BN dapat bernafas lega dengan pukulan padu dari team MP BEBAS di Parlimen. Dari cerita 916 Zahrain, sehinggalah ke Pengakuan Bersumpah RM 4 oleh makluk yang bergelar politikus sesumpah sehinggakan akhirnya hantu Altantuya berjaya dikuburkan dengan pendedahan  tawaran mengegarkan iman oleh Zul Kulim.

Sebagai rakyat yang cintakan negara, kami tak mahu minta banyak- cukuplah permintaan yang boleh dijustifikasikan;

Kami mahukan wakil MP /ADUN UMNO bagi kawasan yang majority penduduknya 60% ke atas.

Cukuplah selama ini kita di enjak  dan bertolak ansur dengan permintaan demi permintaan yang kurang "wajar" sehingga menyebabkan beberapa calon bukan Melayu kalah di kawasan yang mudah dimenangi sekiranya diletakkan calon Melayu.

Bukan rasis, tapi cukup jika dikatakan kami mahukan hak kami kembali!

Malah kajian Merdeka Centre menjelaskan bahawa dalam PRU12 yang lepas, orang Melayu mengundi asalkan calon Melayu tanpa mengira partai yang diwakili calon.

BN telah memberikan peluang kepada MIC malangnya Dato Palanivel kalah. Cukuplah peristiwa tersebut dan keputusan  PRK Bukit Selambau di Kedah menjadi benchmark!

Kami mahukan wira YBK Datuk Zainal Sakom jadi calon.

Ayuh, Selangor, kita bangkit!

2 comments:

Anonymous said...

Dan banyak bertolak ansur dah. Karat ni memang dah tak boeh nak dikilatkan lagi.
Sokong calon yang mesti kaum yang ada majoriti 60% keatas dan yang ada rekod rasuah.
Mesti majoriti kemenangan bertambah 1000%. Caya lah

Anakbukitgantang said...

Sekiranya kita kembali kepada pegangan al Quran dan Sunnah, maka insyaAllah tiada rasuah.

Jika kita lihat rekod PR dan BN, kita akan terkejut dalam amsa 2 tahun pemerintahan, merka mempunyai kadar rekod rasuah yang lebih tinggi berbanding BN yang memerintah selama 52 tahun. Fikirkan, siapa yang lebih bersih