Thursday, March 25, 2010

Negaraku vs Trang Bulan

Untuk makluman generasi sekarang yang tidak celek sejarah moden, Lagu Negaraku berasal dari lagu Kebangsaan Negeri Perak. Lagu ini pula berasal dari lagu Trang Bulan yang mana melodinya adalah lagu popular di kepulauan Seychelles. Salah seorang Sultan Perak pernah menjadi tahanan politik di Kepulauan Seychelles sebelum kembali ke Perak. Ikutilah lipatan sejarah dibawah:


Lagu Terang Bulan (ejaan asal/lama Trang Bulan) merupakan lagu yang diambil dari lagu kebesaran negeri Perak dan dijadikan popular oleh Begawan Indonesia, yang dipentaskan di Singapura sekitar 1920-an dan 1930-an. Lagu ini merupakan lagu kegemaran ramai penduduk Perak ketika itu.


Sultan Perak jadi tahanan  politik di Kepulauan Seychelles


Lagu ini pada asalnya merupakan rentak sebuah lagu yang telah dicipta oleh penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857). Lagu ini telah diperkenalkan oleh sebuah kumpulan pancaragam Perancis yang mengadakan persembahan di Pulau Mahé yang terletak dalam Kepulauan Seychelles.


Kepulauan Seychelles pada waktu itu adalah tempat yang dijadikan tempat  tahanan musuh politik British dari Palestine, Mesir, Zanzibar dan Malaya, Jawa/Borneo. Tahanan politik  pertama di  kepulauan itu adalah Sultan Perak yang mana dijatuhkan hukuman  di tahan di Kepulauan Seychelles  pada tahun 1875 setelah pemberontakan yang berakhir dengan pembunuhan Residen Pertama Inggeris di Perak James JW Birch gagal. Baginda kemudiannya dibenarkan kembali ke Perak. Baginda membawa pulang rentak melodi lagu  tersebut yang kemudiannya dijadikan lagu kebangsaan negeri Perak.


Ketika Sultan Idris I dari Perak melawat England pada 1888, ia disedari bahawa Perak tidak mempunyai lagu kebangsaan. Pembantu peribadi sultan (Aide-de-camp), Raja Mansur ibni Sultan Abdullah, enggan mengaku bahawa Perak tidak mempunyai lagu kebangsaan dan dengan itu membunyikan lagu yang didengarinya dari Seychelles, melodi yang asalnya ditulis oleh Pierre Jean de Beranger. Selepas itu dia memberitahu Sultan mengenainya, dan Sultan memperkenankan lagu itu sebagai lagu kebangsaan Perak. Liriknya ditulis oleh Raja Ngah Manur bin Raja Abdullah.


Raja Muda Raja Abdullah telah menulis seni kata lagu "Allah Lanjutkan Usia Sultan" yang disesuaikan dengan irama lagu Pierre Jean de Beranger dan kemudian menjadikannya sebagai lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan. Irama lagu ini kemudiannya telah dipilih sebagai irama lagu kebangsaan negara Malaysia, Lagu Negaraku pada tahun 1957.


Terang Bulan (lagu asal).

Terang bulan

Terang bulan di kali

Buaya timbul disangkalah mati

Jangan percaya mulutlah lelaki

Berani sumpah 'tapi takut mati

Jangan percaya mulutlah lelaki

Berani sumpah 'tapi takut mati



Waktu potong padi di tengah sawah

Sambil bernyanyi riuh rendah

Memotong padi semua orang

Sedari pagi sampai petang



Waktu potong padi di tengah sawah

Sambil bernyanyi riuh rendah

Bersenang hati sambil bersuka

Tolonglah kami bersama sama


Mamula Moon dan Kepulauan Hawaii


Melodi lagu ini kemudiannya ditiru oleh sebuah kumpulan musik di Hawaii dan dinyanyikan oleh oleh  Felix Mendelssohn  di bawah tajuk Mamula Moon dan kumpulan Hawaiian Serenaders.


Nikmatilah lagu kebangsaan negeri Perak dan Trang Bulan.





4 comments:

Kirin said...

"Untuk makluman generasi sekarang yang tidak celek sejarah moden, Lagu Negaraku berasal dari lagu Kebangsaan Negeri Perak"

Agak poyo lagi maha berlagak la jugak engkau ni yea. Kira engkau seorang la yang pandai sangat yea? Cerita sikit pulak pasal sejarah moden engkau tu. Bahasa rasmi malaysia ni di ambil dari mane pulak? Matawang Ringgit? Nnt aku tambah lagi. Wassalam

-krisjawa lok3- said...

Sekadar menambah..Nama raja yang dibuang oleh pihak british tu ialah Raja ASbdullah.
Puas hati aku sekarang kerana selama ini rakyat indonesia dok persan kita ceduk lagu kebangsaan kita dari lagu ciptaan mereka..rupanya jenis burung terkukur juga asyik mengaku semua milik mereka ku..ku..ku..ku..ku

Anonymous said...

SAYA ADA LAGU MAMULAMOON, SEBUAH LAGU TAK TAU SAPA NYANYI..LENGGOK HAWAI.

Anakbukitgantang said...

Dear All,

Kronology di atas jelas menunjukkan bahawa lagu Negeri Perak dahulu diciptakan pada tahun 1888 di London oleh Raja Muda Perak.

Hanya pada tahun 1920-1930-an ianya popular dan dinyanyikan di Nusantara. rentak lagu ciptaan asal penggubah Perancis kemudian di jadikan lagu Trang Bulan.

Krisjawa-Thank you sebab menyambung lagi bahawa Sultan yang dijadikan tahanan plitik adalah Sultan Abdullah

Sebagai anak Perak jati saya bertanggungjawab untuk membentangkan fakta sejarah supaya tidak dijadikan bahan yang boleh merosakkan hubungan dua negara.Kerana jika kita jatuh ke perangkap hasutan iblis, hanya musuh kedua-dua negara yang akan untung.

Anon
Ya saya juga jumpa you tube Mamula Moon. Sebetulnya aruah moyang saya mempunyai simpanan rekod yang banyak tentang lagu-lagu lama sekitar 1930- 1950-an

March 25, 2010 7:44 PM