Gerhana lagi. Kali ini gerhana matahari pula.
Pada 15 Januari 2010, bersamaan hari jumaat, satu gerhana separa matahari akan berlaku. Mengikut maklumat yang diterima, gerhana tersebut boleh dilihat dengan mata kasar di negara Asia, termasuk Malaysia, pada jam 3.14 petang.
Gerhana ini seolah penutup kepada gerhana bulan pada malam 31 Disember 2009 sementelah petangnya kalimah Allah dibenarkan penggunaannya oleh Mahkamah Tinggi oleh Hakim Lau Bee Lian bagi pihak The Herald
Gerhana matahari juga diharap menjadi penutup kepada kontroversi penggunaan kalimah Allah dengan kenyataan tegas dari Kebawah DYMM Sultan Selangor hari ini, tersebarnya Keputusan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke 82 di Alor Setar Tahun 2008 yang menegaskan penggunaan Kalimah Allah di kalangan bukan Islam wajar ditentang melalui peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dan perpaduan majoriti umat Islam dalam isu ini.
Juga dengan berlakunya peristiwa ini, umat Islam sedar kelemahan dalam Perlembagaan Persekutuan yang wajar dibaiki sekarang agar episod hitam ini tidak akan berulang lagi.
Selain itu kita dapat melihat bahawasanya toleransi antara kaum berbilang ugama masih utuh dengan kenyataan dari En Clarence B Malakun , Presiden Jaksa Pendamai Malaysia yang tersiar dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 11 Jan 2010.
Saya amat berharap peguam dan ahli Majlis Peguam belajar dari episod hitam ini dan tidak terlalu bias dan menyebelahi satu pihak sahaja dalam pembuatan keputusan/penghakiman. Majlis Peguam wajar untuk memahami Islam yang sebenarnya agar kekhilafan semasa penghakiman tidak berlaku lagi. Elok juga saya cadangkan supaya dibuat Seminar Memahami Islam, untuk kefahaman peguam yang menganuti ugama lain. Ini kerana selama ini aktiviti Majlis tersebut lebih mirip untuk memusuhi Islam dengan beberapa seminar seperti "murtad" dan sebagainya. Elok juga jika para peguam Ini diberikan penerangan konsep Islam yang sebenarnya oleh Istitut Kefahaman Islam dan JAKIM!
Juga tersingkapnya nilai sebenar beberapa ahli politik Islam yang masih mengeluarkan kenyataan mengelirukan untuk meraih undi walaupun sudah ada fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan.
Pada hari Jumaat 15 Januari ini selepas solat jumaat atau solat dzohor (bagi kaum wanita), marilah kita melakukan ibadah sunat lainnya seperti solat sunat gerhana 2 rakaat dan memperbanyakkan dzikir disamping berdoa agar Malaysia kekal aman dan penduduknya sejahtera dan diberikan keberkatan hidup oleh Allah.
No comments:
Post a Comment