Wednesday, January 20, 2010

Bagai Beruk Mendapat Takhta?

Saya tertarik dengan entry artikel Norbisha "Bagai Beruk Mendapat Twitter" http://nobisha.blogspot.com/2010/01/bagai-beruk-mendapat-twitter.html

Zaman benar-benar telah berubah, jika dulu "beruk" satu makhluk Allah yang tak mengerti apa-apa diberikan bunga-maka sejajar dengan perkembangan teknologi, maka bunga dah digantikan dengan "twitter". Memang di akhir zaman ini ramai orang yang tak berkelayakan mendapat penghormatan yang tak selayaknya...

Saya juga dapat mengimbas suasana politik negara yang dulunya suram kerana para pemimpin sibuk mentadbir negara kini dikecohkan dengan satu demi satu isu pasca PRU12 . Lihat entry saya terdahulu di sini http://anakbukitgantang.blogspot.com/2010/01/marketing-dalam-politik.html

Mungkin juga mereka yang menang besar dalam PRU 12 terlupa dalam marketing politik, pencapaian yang dinilai dengan performance index juga amat penting kerana nilaian dari marketing politik tersebut dibuat penananda aras untuk mencapai tahap pentadbiran yang lebih baik dari pentadbiran terdahulu. (dalam erti kata mudah pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang wajarlah menunjukkan mutu peningkatan yang lebih baik dari pentadbiran Tan Sri Koh Tsu Koon/ Kerajaan BN)

Malangnya dari satu isu ke satu isu Kerajaan Negeri pimpinan DAP itu gagal untuk menyelesaikan isu rakyat dari isu Kampung Buah Pala, isu pertandingan tennis dunia yang gagal, isu tanah wakaf , isu kegagalan membedakan bidangkuasa Kerajaan Persekutuan vs Kerajaan Negeri dalam hal-hal peruntukan kewangan sehinggalah isu perahu naga yang karam di laut terbuka.

Saya melihat betapa lemahnya jentera pentadbiran negeri kerana gagal bukan saja gagal dalam menangani isu besar malah isu sekecil event management pon gagal dilaksanakan dengan baik.

Dalam mana mana event management pon perkara keselamatan dan logistik amat dititikberatkan. Hatta bila saya mengetahui bahawa tempat pertandingan yang ditukar oleh Jawatankuasa pertandingan dari satu tempat empangan ( yang airnya tenang) kepada persisiran pantai (yang air laut tentunya bergelora) amat mengejutkan saya.

Perincian pertukaran tempat pertandingan yang mengakibatkan perahu naga malang tersebut berlatih di persisiran laut ada di akhbar STAR semalam. Begitu juga exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang terlibat dengan perlancongan ada di keratan akhbar yang sama atau di sini Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

Selepas ini akan adakah peribahasa "Bagai beruk mendapat takhta"

2 comments:

jbresident said...

tuan,
1. stigma pembangkang dah melekat di dada dan dahi mereka sebab itu mereka tidak boleh menjadi pemerintah dan berlaku adil kepada semua kaum, umpama beruk menghadap facebook.

2. ini juga sama dengan tulisan dan komen penyokong mereka umpama beruk menjadi blogger.

3. janganlah sampai umat melayu lupa akan bangsanya, agamanya kerana kelak umpama beruk naik ke bulan...

Anakbukitgantang said...

Salam Tuan JbPresiden

Satu komen yang pedas tapi bernas.

Fahamilah maksud yang tersirat di sebaliknya