Friday, January 22, 2010

Awas Pencuri Tanah-langkah anda terhenti!

Rakyat Malaysia sewajarnya sedar bagaimana sesuatu penghakiman yang tidak wajar dibuat boleh menjadi precedence dan dirujuk pula dalam kes kes yang relevan di masa hadapan.

Dalam satu landmark ruling semalam, Mahkamah telah memutuskan bahawa pembeli tanah tidak boleh menyatakan sah hakmilik mereka sekira mereka membeli tanah yang diperolehi dengan cara penipuan (fraud).

Sebelum itu, penghakiman 10 tahun lalu telah menjadi kontroversi kerana Hakim Eusoff Chin telah menyebelahi pembeli tanah yang membeli tanah yang di curi melalui tandatangan palsu penipu. Kes yang dirujuk dan menjadi precedence adalah kes Adorna.

Perkara ini terjadi kerana adanya loophole dalam Kanun Tanah Negara / The National Land Code.

Penghakiman ini sekurang-kurangnya memulihkan kepercayaan rakyat kepada badan kehakiman setelah isu kontroversi terkini apabila Mahkamah Tinggi memutuskan membenarkan penggunan kalimah Allah kepada Akhbar The Herald yang mewakili komuniti bukan Islam di Malaysia. Sejajar dengan penghakiman kontroversi tersebut Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memfail rayuan Penggunaan kalimah Allah Ekslusif di kalangan umat Islam di Mahkamah Rayuan.


Sama samalah kita berdoa agar rayuan KDN berjaya dan kes ini tidak dijadikan precedence dalam mana mana kes lain yang membabitkan penyelewengan akidah Islam

Selama ini kes Adorna telah dijadikan sebagai kes rujukan untuk mana mana pihak yang ingin mengambil-alih tanah secara penipuan dengan bertopengkan badan kehakiman tersebut.

Rujukan seterusnya ke akhbar Star http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/22/nation/5525541&sec=nation

No comments: