Showing posts with label jual beli tanah. Show all posts
Showing posts with label jual beli tanah. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Wahai PAS-Madrasah Salihiah bukan harta rampasan perang

Dalam kepimpinan tertinggi PAS ada pemimpin berfikrah Syiah. Konsep Al Wisyayah dalam Syiah atau "wasiat" mengatakan sesiapa yang menolak Saidina Ali r.a sebagai utusan Allah maka ia kafir dan wajib diperangi. Konsep Al Wisyayah juga menghalalkan umat Islam ASWJ diperangi, dibunuh dan harta mereka dirampas.

Tidak hairan siapa dalang sebenar dalam kontroversi tanah wakaf  yang berstatus khas (tidak dibenarkan dijual beli tanpa persetujuan waris) di rampas di Kedah! Tidak hairan juga tujuan apa sebenarnya wang RM 1.4 juta pembayaran penjualan tanah  tersebut diperuntukkan kepada siapa . Maka hari ini setelah kontroversi demi kontroversi sehingga menyebabkan beberapa Kerabat DiRaja Kedah membantah dan membuat Laporan Polis, para waris mantan Mufti Pertama Kedah dapat injunksi sementara mahkamah untuk menghalang:

1-mengosongkan dan  merobohkan tapak tanah madrasah tersebut

2-pelupusan (penggunaan) wang bayaran jual beli tanah sebanyak RM 1.4 juta yang kini dipegang oleh Majlis Agama Islam Kedah

Berita selanjutnya di Utusan Malaysia-Mahkamah

Injunksi sementara halang Madrasah Salihiah diroboh

ALOR SETAR 14 Mei - Waris-waris pemilik asal tapak Madrasah Salihiah, Kanchut hari ini memperoleh perintah injunksi interim (sementara) untuk menghalang kerajaan negeri daripada merobohkan surau tersebut.

Mahkamah Tinggi di sini mengeluarkan perintah tersebut sementara menunggu penyelesaian permohonan injunksi kekal yang difailkan oleh pihak terbabit pada 6 Mei lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang Perkasa Malaysia, Amer Hassan, keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun di kamar beliau kira-kira pukul 2.30 petang ini.
''Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak madrasah untuk menghalang kerajaan negeri daripada mengeluarkan sebarang notis bagi mengosongkan tanah tersebut sehingga pendengaran saman terbabit kelak.

''Selain itu kita memohon perintah mahkamah untuk menghalang defendan pertama Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) daripada melupuskan wang RM1.4 juta sebagai pembayaran yang telah diterima daripada defendan kedua, Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar,'' katanya pada sidang akhbar di sini.

Friday, January 22, 2010

Awas Pencuri Tanah-langkah anda terhenti!

Rakyat Malaysia sewajarnya sedar bagaimana sesuatu penghakiman yang tidak wajar dibuat boleh menjadi precedence dan dirujuk pula dalam kes kes yang relevan di masa hadapan.

Dalam satu landmark ruling semalam, Mahkamah telah memutuskan bahawa pembeli tanah tidak boleh menyatakan sah hakmilik mereka sekira mereka membeli tanah yang diperolehi dengan cara penipuan (fraud).

Sebelum itu, penghakiman 10 tahun lalu telah menjadi kontroversi kerana Hakim Eusoff Chin telah menyebelahi pembeli tanah yang membeli tanah yang di curi melalui tandatangan palsu penipu. Kes yang dirujuk dan menjadi precedence adalah kes Adorna.

Perkara ini terjadi kerana adanya loophole dalam Kanun Tanah Negara / The National Land Code.

Penghakiman ini sekurang-kurangnya memulihkan kepercayaan rakyat kepada badan kehakiman setelah isu kontroversi terkini apabila Mahkamah Tinggi memutuskan membenarkan penggunan kalimah Allah kepada Akhbar The Herald yang mewakili komuniti bukan Islam di Malaysia. Sejajar dengan penghakiman kontroversi tersebut Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memfail rayuan Penggunaan kalimah Allah Ekslusif di kalangan umat Islam di Mahkamah Rayuan.


Sama samalah kita berdoa agar rayuan KDN berjaya dan kes ini tidak dijadikan precedence dalam mana mana kes lain yang membabitkan penyelewengan akidah Islam

Selama ini kes Adorna telah dijadikan sebagai kes rujukan untuk mana mana pihak yang ingin mengambil-alih tanah secara penipuan dengan bertopengkan badan kehakiman tersebut.

Rujukan seterusnya ke akhbar Star http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/22/nation/5525541&sec=nation