Tun Mahathir bukan sahaja seorang statesman tetapi pemasar terulung Malaysia
Penulis faham, kita semua membesar dengan UMNO, dari situlah negara yang baru merdeka pada 31 Ogos bertatih, UMNO lah parti yang memperkenalkan affirmative action selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dengan Dasar Ekonomi Baru. Jadi jatuh bangun UMNO adalah jatuh bangun Malaysia. Kawan-kawan blogger kita tegur sebab semua orang sayangkan UMNO!
Waktu itu Allahyarham Tun Abdul Razak dikecam hebat di London, tapi waktu telah menentukan affirmative action melalui DEB telah berjaya mengurangkan kemiskinan tegar di kalangan penduduk termiskin terbanyak di Malaysia, iaitu Melayu dan Bumiputera. Malah tanpa affirmative action dan DEB, Malaysia mungkin terjerumus dalam satu lagi kancah kegawatan sosial seperti yang pernah berlaku semasa krisis kewangan tahun 1997-1998 yang membawa kepada race riot di Indonesia dan jatuhnya Presiden Suharto dari tampuk pemerintahan negara akibat agihan ekonomi negara yang tak seimbang antara kaum!
Waktu itu, pada zaman 1960an, negara yang paling kaya dan paling berpotensi di Asia Tenggara adalah Filipina dengan President Macapagal (bapa presiden Gloria Macapagal Aroyyo).
Penulis juga masih ingat bila "balik kampung" dan duduk dengan datuk penulis yang kebetulan bekerja sebagai pegawai kastam di Singapura, penulis lihat kemiskinan juga meleret hingga ke Singapura. Waktu itu, Orchard Road yang gah dengan gedung membeli belah ternama sekarang tak ubah macam Chow Kit Street, dan penulis paling suka ikut nenek ke Orchard Road untuk membeli buah laici!
Malah waktu itu, duit syilling Singapura tak laku di Malaysia sebab nilai matawangnya lebih rendah. Alangkah banyak yang dah berubah sekarang di Singapura. Penulis hairan bila datuk pencen pada tahun 1972, kenapa datuk balik dan memilih untuk menetap di Malaysia, sedangkan datuk ada pilihan, sebagai pegawai tinggi pemerintah Singapura, datuk boleh menetap di Singapura. (Sebenarnya usaha mengekang kemasukan lebih banyak pegawai Melayu telah dibuat di mana hanya pegawai Melayu/Mamak yang berpendidikan Inggeris sahaja dibenarkan bekerja di Singapura. Pegawai Melayu yang tidak berpendidikan Inggeris berkhidmat di Johor.)
{Bila penulis pergi melawat Singapura sekali lagi pada tahun 1990an, terlalu banyak yang dah berubah! Pegawai -pegawai jawatan tertinggi dalam kerajaan di Singapura sekarang dah tak nampak muka Melayu. Jika di barisan hadapan seperti polis, kastam dan tentera dah terlalu sedikit yang namanya Melayu..jika ada hanya jadi tukang masak
Penulis masih ingat bila Tun Mahathir Mohamad (TDM) mula-mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat...mula-mula yang dibuat adalah mengenalkan slogan BERSIH, CEKAP DAN AMANAH. Bertekat ingin membangunkan Malaysia dari tidur, TDM menyeragamkan masa kepada masa di Sabah dan Sarawak yang cepatnya 30 minit!
Mahu tak mahu, Singapura TERPAKSA AKUR dan ikut masa Malaysia (yang asalnya masa Sabah dan Sarawak!) Dunia dikejutkan dengan adanya satu pemimpin berani yang memberikan positive imej kepada Malaysia. Kesannya adalah keyakinan masyarakat pelabur meningkat, kepesatan pembangunan infrastruktur yang kita lihat sekarang di Malaysia dan pelaburan Foreign Direct Investment (FDI) di kawasan industri Pulau Pinang, Kulim, Selangor dan Johor.
Penulis ingat lagi, waktu melanjutkan pelajaran ke luar negara, classmate penulis asyik bertanya di mana letaknya Malaysia........ah terpaksa di jawab antara Filipina dan Singapura. Malah nama Vietnam lebih gah dan dikenali dari Malaysia di luar negara.
Tetapi dalam masa yang singkat, TDM telah berjaya merubah Malaysia, satu negara yang dulunya economy backward kepada negara yang menjadi pilihan pelabur melabur ...bukan sedikit waktu itu ibupejabat konglomerat antarabangsa yang menutup operasi di Singapura dan memilih Malaysia menjadi destinasi ibupejabat yang baru kerana mempunyai tahap pekerja mahir yang tinggi, negara yang stabil dari segi fundamental nya iaitu Politik, Ekonomi, Sosial, Teknologi (PEST) ; iklim politik, hubungan sosial antara kaum dan geografi amat stabil, jalinan infrastruktur yang baik, pekerja mahir dan kos operasi yang lebih rendah dari Singapura! Apa yang TDM buat adalah menjadikan Malaysia sangat attractive dari segi marketing ke pesada dunia antarabangsa!
Fast Forward selepas 20 tahun pemerintahan TDM
Sifat TDM yang dominan, iaitu eagle personality, menyebabkan beliau mempunyai 4 orang Timbalan Perdana Menteri, bermula dari Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, DSAI dan Tun Abdullah. Agaknya sebab sifat TDM yang dominan macam helang dan kejayaan Malaysia yang menjulang dari segi politik, ekonomi dan sosial sepanjang 20 tahun ini telah menjadikan ahli UMNO complacent dan mengganggap kejayaan UMNO adalah sinonim dengan kejayaan Malaysia dan sebaliknya. Dalam masa tersebut, penulis tidak nampak sebarang usaha bersunguh-sunguh untuk menjenamakan UMNO.....dan mendekatkan UMNO dengan barisan pelapis. (Usaha merekrut lebih banyak pemimpin pelapis UMNO bermula selepas pilihanraya 1998 dengan tertubuhnya Puteri UMNO. Usaha ini dibuat setelah kertas kerja disiapkan oleh Datuk Azalina).
Usaha PAS tarik pelajar university selama 20 tahun!
Berbanding dengan UMNO, pemimpin PAS tersangat agresif memasarkan ideologi PAS di kalangan penuntut Malaysia di luar negara. Bukan rahsia lagi, pemimpin PAS sekarang adalah direkrut dari peringkat university! Caranya cukup senang, bila pemimpin PAS ke luar negara, mereka memilih untuk duduk dengan penuntut Malaysia...nak save expenditure cost sewaktu di perantauan. Di samping itu ideologi PAS dipasarkan semasa sesi usrah dan Konvensyen Malaysia Student Islamic Group (MISG). Hasilnya, cuba kita lihat barisan pemimpin PAS sekarang seperti Dr. Lo' Lo (university tempatan) dan Nizar Jamaluddin (University luar Negara) direkrut di peringkat university....pemasaran ideologi PAS telah bermula di university! Nampaknya hanya UMNO/BN yang menghormati AUKU selama ini!
Bersambung..................
Adakah harapan untuk UMNO? Bagaimana UMNO boleh leap frog untuk mengimbangi pemasaran ideologi PAS?
No comments:
Post a Comment