Showing posts with label konspirasi. Show all posts
Showing posts with label konspirasi. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Konspirasi menaikkan rasa benci rakyat -di sebalik pengharaman nasi lemak

Kenapa nasi lemak yang disalahkan?
rahsia herba dalam nasi lemak

Apakah mereka dah terlupa minyak masak yang digunakan dalam nasi lemak iaitu minyak kelapa dari santan kelapa adalah yang terbaik?

Kebaikan nasi lemak dari segi kesihatan

Tiada satu makanan yang mengandungi sebanyak mungkin khasiat bahan alami yangdapat dikumpulkan di satu tempat berbanding nasi lemak! Sila lihat komposisi nasi lemak yang dihuraikan melalui bahan yang digunakan!

Minyak kelapa (dan minyak kelapa sawit) yang lebih sihat berbanding minyak kacang soya telah  menjadi mangsa kapitalis/pelobi minyak kacang soya dan isu itu telah saya kupas di pilihanraya-sarawak-dan-perang-minyak masak

santan kelapa ditanak menjadi minyak kelapa, rahsia awet muda orang dulu

Selain itu rahsia awet muda, kulit licin dan lembut, bentuk badan yang cantek serta anti kanser rahsia orang Melayu dulu dulu semuanya ada dalam komposisi nasi lemak.

Khasiat santan Kelapa/Minyak kelapa

Santan kelapa yang dimasak kering dengan lada hitam akan bertukar menjadi minyak kelapa. Minyak kelapa adalah sumber asli vitamin E dan ia mencegah kulit dari berkedut pramatang. Selain itu minyak kelapa yang mengandungi asid lauric adalah anto kolesterol dan penyebab badan menjadi kurus! Rujuk health-benefits-of-coconut-oil

Khasiat halba (fenugreek)
halba mengindahkan tubuh dan  mengeratkan hubungan intim suami isteri

Di zaman dulu halba digunakan untuk merawat luka dalaman, sembelit dan masalah digestive tract serta masalah radang paru paru.  Halba juga adalah baik untuk ibu yang maseh menyusukan bayi. Halba ini juga digunakan untuk menaikkan nafsu, mengurangkan kolesterol dan membentuk payudara dan bentuk badan yang menawan. Atas sebab ini halba dimasukkan dalam masakan dan air minuman secara rahsia di harem/ penempatan gundek di zaman dinastini Uthmaniyah Turki. Di Mesir Teh Halba dihadiahkan kepada pasangan suami isteri untuk mengeratkan perhubungan suami isteri! benefits-of-fenugreek

Rawatan Aromaterapi, pencegah penyakit bahan alami  dari pandan, limau purut dan serai

Daun pandan adalah agen diuretic (menyahtoksin kumuhan dari badan melalui air kencing) yang alami. Selain itu daun pandan juga mempunyai bahan kimia yang boleh menenangkan perasaan many-uses-of -pandan-leaf-

Batang serai atau lemon grass adalah pencegah selsema dan jerawat. Selain itu batang serai yang ditumbuk lumat untuk dibuat teh adalah agen penenang yang baik untuk kesihatan. Rujuk health-benefits-of-lemon-grass

Daun limau purut atau dikenali sebagai Kaffir Lime adalah agen antioksida yang baik. Ia mengandungi vitamin C, Bi, B2, potassium, zat besi dan kalsium! Daun limau purut juga merendahkan tahap kolesterol, mengekal pemakannya awet muda dan meningkatkan daya ketahanan badan melawan penyakit (boost immune system). Rujuk kaffir-lime-leaf

halia sebagai anti kaser dan mencegah radan paru paru

Halia atau ginger mencegah radang dan inflamatory pada paru-paru, anti kanser dan menjadi ubat penahan sakit (painkiller) yang berkesan. Rujuk 10-health-benefits-of-ginger

Konspirasi dalam proses

Kepada Kementerian Kesihatan-cukuplah merosakkan makanan anak anak dengan kuehteow sup. Apakah kuehteow sup dibuat dari beras 100% ? Setahu saya adunan tepung yang refined carbohyderate digunakan! Baca artikel "Refined carbohydrates are to blame for skyrocketing chronic disease, not just obesity"
di  health risk of refined carbohyderate

Apakah kuehteow yang bakal digunakan di kantin sekolah dijamin HALAL 100%. Minyak apakah yang digunakan bagi menyaluti kuehteow tersebut?? Rujuk cara buat kuehteow di   kueh-teow-buat-sendiri/


 
Apakah kuehteow tiada additive yang merosakkan sistem limpa? Rujuk  asid-borik dalam mee & kuehteow.


Konspirasi terhadap peniaga Melayu kecil kecilan?

Seruan saya kepada Datuk Seri Najib, keluarlah dari kelompok zon selesa. Rakyat mahukan Datuk Seri bersuara dan menyatakan pendirian dalam isu Nasi Lemak.

Jangan biarkan agen provocateur dalam Kementerian Kesihatan dan University Kebangsaan Malaysia yang membuat kajian ini  menggubal dasar yang mana akan menjatuhkan populariti kerajaan yang dipimpin Datuk Seri!

Nasi lemak adalah satu satunya perusahaan perniagaan kecil kecilan yang maseh dimonopoli oleh orang Melayu. Dengan pengharaman nasi lemak maka banyak sumber pendapatan isi rumah terutama di kawasan bandar akan terjejas. Ini kerana suri rumah dan ibu tunggal mendapat pendapatan sampingan dan  dari nasi lemak yang dijual waktu pagi  dapat meyekolahkan anak .!

"A happy person is a person who has his/her tummy full".


Menidakkan keperluan asasi manusia untuk mendapat perndapatan lebih (bagi makcik nasi lemak) dan menidakkan kanak-kanak muslim dari mendapat sumber makanan HALAL 100% adalah satu punca membangkitkan suasana kebencian yang akhirnya menyahstabilkan negara pada masa panjang.


Oleh sebab itu saya akan memilih untuk makan nasi lemak dari makan kuehteow sup atau kuehteow goreng yang penghasilannya maseh boleh disangsikan 100% HALAL!







































Friday, December 3, 2010

Analisa bergambar dari Blog AIDC

Tiada blog yang boleh membuat analisa sedalam AIDC. Sebagai penghargaan kepada AIDC yang berjaya mengubah landskap politik negara pasca PRU12 , saya siarkan kembali analisa bergambar dari AIDC.










Pengawalan ke atas sumber media, kekayaan, komoditi seperti emas, minyak dan lain lain dibuat oleh sekumpulan kecil manusia yang berpengaruh yang menjalankan video conference setiap minggu.

Dan mereka ini juga mengawal "apa yang difikirkan atau patut dibuat" oleh khalayak ramai.

Of course, there are many other EM/RF technologies and systems which are, or may be, applied to mass-scale mind, mood, thought and consciousness control/manipulation operations: such as the nationwide "GWEN" (Ground Wave Emergency Network) system, certain ELF and ULF transmitter systems, and so on (such as your TV set, even IF it's turned OFF!) see also : Black Boxes and Marble Memorials, Cable T. V. Snooping




Another way to manipulate and "regulate" the minds and consciousness of a mass of people at a VERY basic, fundamental level is to CONTROL the population's PRIMARY sources of INFORMATION. This is one of the MOST powerful ways to shape the collective consciousness of the public, and it is CLEAR that many mass media outlets in the United States are both willingly and un-wittingly aiding and abetting the manipulation of our minds by the government, and are assisting the FedGov in carrying out many social-engineering agendas.






The mass media's treatment of school shooting incidents, for instance, plays DIRECTLY and TOTALLY into the schemes of those who deployed the mind-controlled killers to carry out these shootings, in a grand plan to shut down our Constitution's 2nd Amendment, among other things. 

Moreover, very carefully designed CONDITIONING programs and tactics have been brought to bear against nearly EVERY segment of society; disseminated throughout the nation and the world by mass media and entertainment industries and corporations; and imbedded in ALL forms of so-called entertainment at this point, such as movies, TV shows, video and computer games ESPECIALLY, some pop music, and so on

Baca selanjutnya di FORBIDDEN KNOWLEDGE

Oleh kerana kejayaan AIDC mendekod mesej mesej dan rangkaian rahsia , maka saya ucapkan syabas dan tahniah. Gambar ini wajar disebarkan kepada generasi akan datang supaya menjadi peringatan kepada mereka yang alpa dan lalai serta sanggup menggadai maruah ugama dan bangsa Melayu Islam demi untuk satu kerusi di DUN, Parlimen Malaysia atau menjadi Menteri Besar proxy bagi parti agen kuasa asing (DAP).

Semoga bumi MIM ini terus dijagai Allah dari dikuasai puak dajjal kecil. Ameen..

Thursday, October 21, 2010

sensitiviti ugama-kenapa kita tidak belajar dari peristiwa lalu?


TV3 hari ini didenda RM 50,000 kerana menyiarkan iklan Eidul Fitri di TV yang tidak mengambilkira sensitiviti umat Islam serta menyanggahi ajaran ugama Islam di Malaysia di bawah Seksyen 206 (3) Akta Komunikasi dan Multiimedia

Gerak hati ini merasakan belumpon tamat kontroversi tersebut akan menderu satu lagi kontroversi yang bakal menjadi liabiliti besar kepada UMNO. Ini kerana masyarakat yang prihatin dah mulai sedar bahawa kuasa sebenar di tangan rakyat. Sejak peristiwa protes ramai ramai di Fb rakyat dah mula sedar bahawa tak perlu tunggu politikus dan parti politik untuk protes.

Isu APA yang di protes? Siapa akan menjadi mangsa?
-Kesah "First Lady" dan Keterlibatannya dalam International Fashion Festival

Malaysia heboh dengan isu siapa berhak digelar First Lady. Lebih menambahkan garam pada luka ialah  keterlibatan " First Lady" dalam International Fashion Festival. Rujuk mulanya isu itu bermula di sini http://siakaphijau.blogspot.com/2010/10/islamic-fashion-ala-1-malaysiarosmah.html dan banyak blog pembangkang yang lain.... jangan terkejut kiranya  ia akan melempah keluar menjadi protes besar besaran seperti iklan TV3  .....sekarang ini dah ada protes pemuda sebuah parti terhadap DS Rosmah selepas Jumaat yang saya kutip dari blog pembangkang....

Apa ada di sebalik protes isu fesyen Islam?
Isu yang lebih besar sebenarnya ialah keterlibatannya dalam pentadbiran suaminya dan rasa tidak senang itu diterjemahkan dalam penulisan beberapa blog. Rujuk di sini
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fmahaguru58.blogspot.com%2F2010%2F10%2Fnajib-tun-razak-does-he-still-stand.html&h=173cd  dan
http://mahaguru58.blogspot.com/2010/10/first-lady-of-malaysia-is-our-dymm-seri.html

Dan kemudian bagaimana isu tersebut akan di spin menjadi liabiliti kepada parti pemerintah dengan menyamakan tindakan itu sebagai usaha meliberalisasikan ugama Islam seperti dalam foto di atas yang saya kutip dari sini http://www.facebook.com/photo.php?fbid=162051640486086&set=a.162051597152757.34373.100000437524741&ref=nf

Membuka peluang kepada Musuh Negara

Sedeh memang teramat sedeh, tapi saya menegur bukan kerana nak offend mana mana pehak.. cuma teguran saya sebab saya amat sayangkan negara ini dan tak mahu kerana tiada sensitiviti ugama maka isu ini membuka peluang kepada musuh negara untuk ambil kesempatan. Sering kita diingatkan bahawa jaga diri kita agar tidak menjadi liabiliti kepada musuh negara, termasuklah kepada para pemimpin dan kaum keluarga terapat mereka. Tidak adakah mereka yang rapat dan berpegetahuan yang boleh menasehati pasangan tersebut? Saya sayangkan negara ini kerana ini juga sebahagian dari iman. Jadi bila perkara ini diekploitasi oleh musuh sehingga ke Tahap ke 2 seperti artikel Utusan Malaysia yang saya kepilkan di bawah, maka saya tidak ada pilihan selain mengambil langkah menegur dengan ikhlas. Teguran ini juga telah di buat oleh rakan blogger pro BN  seperti Azli Shukri disini  http://azlishukri.blogspot.com/2010/10/demi-allah-kita-tidak-boleh-terima_20.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+AzliShukriToday+%28AZLI+SHUKRI+TODAY%29


Jangan nanti kerana tersilap langkah maka segala kebaikan kerajaan yang memerintah hari ini   mendaulatkan ugama Islam semenjak merdeka dengan meletakkan Islam sebagai ugama rasmi Malaysia dalam Perlembagaan Persekutuan, membanyakkan istitusi pengajian Islam, menegakkan syiar Islam  serta menerapkan nilai Islam dalam  pentadbiran Malaysia disampaing menjadi pioneer dalam sistem kewangan Islam antarabangsa dibakul sampahkan. Saya berpegang kepada pepatah di mana bumi dipijak di situ langit ku junjung.Di mana ugama dianut dan budaya diamal di situ ia wajar disanjung dan dijunjung....

Kepada pembaca semua, lihat dan baca apa perang psikologi musuh dan di Tahap mana Malaysia berada sekarang...


Di mana kita dalam kerangka 'psyops' musuh? Benarkah kita di Tahap kedua?

RAKYAT Malaysia yang sayangkan negara tentu mahu Malaysia kekal bebas dan merdeka menikmati iklim nyaman seperti hari ini dan bebas mencorakkan masa depannya mengikut cita rasa tempatan. Sayangkan negara tentulah sayangkan keseluruhannya. Tidaklah seseorang itu sayangkan negara jika dia hanya sayang cebisan-cebisan daripada negara ini.

Sayanglah kepada tanah air, penduduk dan budayanya, pemerintah dan kedaulatannya yang menjadi simbol kemerdekaan. Sebuah watan yang sempurna disusun bermula daripada tanah dan airnya. Di atas tanah ada penduduk dan budayanya, di atas penduduk ada pemerintahnya dan di atas pemerintah ada kedaulatan dan simbol kemerdekaannya.

Rakyat yang sayangkan negaranya, apabila berurusan dengan pihak luar, tidak akan sekali-kali mengatakan negaranya tidak subur dan airnya kotor, tidak akan berkata penduduk dan budayanya bobrok, pemerintahnya zalim, dan kedaulatannya palsu.

Jika tanahnya tidak subur, dia akan baja dan suburkan. Jika airnya kotor, dia akan bersihkan. Jika penduduknya bobrok, dia akan atur dan harmonikan. Jika pemerintahnya zalim, dia diinsafkan atau gantikan dengan teratur, dan jika kedaulatannya palsu, dia akan kembalikan keasliannya.

Semuanya akan dilakukan di dalam negaranya secara bersama dalam semangat yang dinamakan kenegaraan. Tidaklah sempurna sifat orang sayangkan negara yang memilih untuk sayangkan tanah dan khazanahnya sahaja, sedangkan dia memburuk-burukkan penduduk dan budayanya. Cacatlah cinta seseorang terhadap negaranya jika dia mengadu kepada orang lain mengenai buruknya mana-mana juga tiang negara itu, termasuklah mengadukan hal pemerintahnya.


Demikianlah sifat-sifat yang perlu disemak jika seseorang itu mengaku sayangkan negara dan berjuang untuknya. Jauh sekalilah, seseorang itu daripada sifat sayangkan negaranya jika dia sanggup bekerjasama atau diperalatkan orang lain yang secara sedar atau tidak sedar, mereka telah melafazkan tingkahlaku yang kesannya negara menjadi hina dan hodoh pada kaca mata luar.

Tidak mengapalah kepada mereka yang sememangnya tidak sayangkan negaranya sendiri dan mahu menyerahkannya kepada orang lain demi kepentingan diri.


Namun, bagi mereka yang niatnya bersih dan suci menyayangi negara tetapi tidak menyedari dirinya diheret ke arah lain, elok juga kita mempelajari beberapa tanda atau isyarat bagi membolehkan dia menyukat sejauh mana negaranya bakal kehilangan kemerdekaan yang selama ini menentukan kebahagiaan mengikut acuannya sendiri?

Bagaimanakah caranya untuk dia beringat jika negaranya sedang diperangkap oleh penjajah yang tiada siapa tahu dengan jelas siapakah bakal penjajah itu. Jika sudah diketahui siapa, tidaklah perlu masa yang panjang untuk mengambil sesuatu keputusan. Mungkin boleh diputuskan berperang dengan musuh itu atau dihukum tali barut mereka yang sudah berada di dalam negara.

Tetapi, apabila perang yang dilancarkan adalah perang psikologi yang memakan seperti api di dalam sekam yang hanya dilihat adalah suatu campuran corak seperti sebuah kolaj. Kolaj itulah yang perlu dibaca supaya dapat diterangkan maknanya.

Tahap 1
Antara tanda-tanda pertama dalam langkah-langkah penjajahan melalui perang psikologi adalah mempengaruhi pemikiran penduduk sesebuah negara bahawa kehidupan mereka sedang diganggu bibit kecelaruan, ketidakteraturan dan keganasan di dalam negara.

Matlamat serta merta perancang itu pada peringkat ini ialah supaya pemerintah sedia ada akan dilihat sebagai tidak berupaya menyusun dan mengatur masyarakat, mengurus khazanahnya dan menyediakan keadaan yang selamat untuk penduduknya. Hari demi hari, rasa tidak selamat itu terus dipertingkatkan keupayaan suaranya.

Tahap 2
Peringkat kedua adalah pihak yang melancarkan perang psikologi itu akan menambah satu lagi tekanan iaitu melemahkan keupayaan kuasa mengawal pemerintah yang dipilih dan diberi mandat oleh rakyatnya untuk memerintah. Segala kebaikan yang dibuat oleh pemerintah hendaklah ditenggelami dengan kebanjiran hal-hal keburukan seperti penyalahgunaan kuasa, rasuah, penipuan, tidak menunaikan janji dan apa sahaja yang boleh menjadikan pemerintah yang dipilih itu 'kebuluran' kepercayaan.


Cara begini akan mengalihkan tenaga, sumber dana dan kebijaksanaan pemerintah daripada program memajukan rakyat yang bakal membahagiakan mereka kepada menumpukan usaha mengurus persepsi.

Tahap 3
Peringkat ketiga, sesudah rakyat merasa tidak selamat, satu lagi tekanan dikenakan iaitu mencabar status quo institusi yang mengatur rakyat dan pemerintah iaitu Perlembagaan dan undang-undang bertulis negara termasuk pihak yang menjadi penjaga institusi itu seperti badan kehakiman, pasukan penjaga keamanan, jentera pentadbiran dan institusi pembuat Perlembagaan dan perundangan seperti dalam konteks Malaysia adalah Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

Pihak tersebut akan mengusahakan supaya institusi-institusi itu dan penjaga-penjaganya dilihat sebagai tidak lagi mempunyai kredibiliti yang menjamin negara berada dalam satu sistem yang teratur. Justeru, proses politik dan perundangan sedia ada tidak diberi kerjasama. Ini dilakukan bagi mengemukakan hujah bahawa pemerintah sedia ada tidak mempunyai legitimasi memerintah kerana institusi dan jenteranya tidak mempunyai kredibiliti.

Kesannya, anggota jentera institusi-institusi itu turut mengambil pendekatan populis dan menjadi sangat takut dilihat memihak pemerintah walaupun dalam keadaan yang legitimasinya cukup jelas.


Tahap 4

Peringkat keempat, perancang perang psikologi ini akan menyemaikan rasa takut bertindak kepada setiap anggota pasukan keamanan.


Polis akan takut bertindak terhadap penjenayah, manakala tentera akan takut kehilangan nyawa di medan perang. Ini sangat kritikal iaitu apabila berlaku pemberontakan dalam negara, polis tidak akan dapat mengawalnya dan apabila ada serangan dari luar, tentera tidak akan melawan.


Tahap 5

Peringkat kelima, pihak terbabit akan membuat provokasi terhadap pemerintah supaya pemerintah bertindak balas dengan keras. Apabila tindakan keras diambil, pasukan keselamatan enggan mempertahankannya, institusi yang lemah dan jentera institusi yang tidak lagi memihak pemerintah menjurus kepada satu keadaan anarki. Ketika itulah propaganda besar-besaran akan dilancarkan supaya kuasa alternatif dicari dan diberi kuasa.


Demikianlah yang telah terjadi sejak zaman berzaman dalam sejarah pengambilalihan sesebuah negara, masyarakat dan institusi iaitu melalui operasi perang psikologi. Ia sebenarnya telah berulang kali berlaku di mana-mana. Oleh kerana ia berlaku dengan sangat beransur-ansur dan secara tidak dirasai oleh rakyat, maka banyak kuasa dan kerajaan jatuh kerananya.


Apa yang disebutkan ini hanyalah suatu panduan umum atau tips untuk rakyat Malaysia yang sayangkan negaranya supaya beringat. Sama ada tanda-tanda itu telah ada di Malaysia, ia bukanlah isu yang hendak didebatkan.


Namun, jika ada yang terfikir bahawa mungkin telah ada tanda-tanda demikian di dalam negara tercinta ini, elok juga perlahan-lahan kita menyemak iaitu sudah berada di peringkat mana? Setiap rakyat Malaysia yang telah baligh wajar mempunyai panduan untuk mempertahankan negara yang dicintainya agar kedaulatan negara tidak diserahkan kepada orang lain.


Bukankah sudah lama, guru-guru di sekolah memberitahu bahawa sayangkan watan itu sebahagian daripada iman. "
...................................................
KUALA LUMPUR: The Malaysian Communications and Multimedia Commission fined TV3 RM50,000 over an advertisement, Sinari Lebaran, which touched on sensitiveness of Muslims in the country.

Deputy Information, Communications and Culture Minister Datuk Joseph Salang Gandum said the decision was made after the commission investigated public complaints lodged against the advertisement under Section 206 (3) of Communications and Multimedia Act.

He said this in his reply to Zulkifli Noordin (Independent-Kulim Bandar Baru) during question time in Parliament Thursday.

Zulkifli had asked whether TV3 faced any consequences for airing the advertisement last month during Aidilfitri.