Showing posts with label nazri aziz. Show all posts
Showing posts with label nazri aziz. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

Diamlah Nazri!

Melayu terkenal dengan lemah lembutnya. Tapi awas, dalam senyuman , madah menikam. Dalam baik, keris dihunus.

Pepatah Melayu ada berkata pukul anak sindir menantu....jadi jika anak yang dipukul, maka sebenarnya tamparan tersebut dimaksudkan untuk orang lain..

Soalnya..bila Menteri Tak Berfolio di Jabatan Perdana Menteri menyalak dan menikam PERKASA, Utusan Malaysia, Awang Selamat  dan beberapa pemimpin yang dikategorikan sebagai ultra Melayu, sedangkan mereka hanya memperjuangkan hak Melayu, ugama Islam dan kedaulatan Raja Raja Melayu disamping merealisasikan tahap istimewa Melayu seperti apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, siapakah sebenarnya di belakang Nazri?

Apakah Nazri berani bertindak sehingga menulis surat ke portal pembangkang jika tak mendapat mandat dari seseorang?

Mungkinkah berita yang saya terima ini juga ada kaitan?

"Beberapa pemimpin veteran UMNO yang keliru tentang pendirian Datuk Seri Najib mengenai  hak orang Melayu akan mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Utama Rais Yatim di rumah Idris Tulis (pengarang Era Baru) bagi mendapatkan penjelasan beliau

Tarikh 29 Sept (Rabu-hari ini)
Masa -tengah hari
Tempat-Kediaman Idris Tulis, Gombak-alamat tak disertakan"

Kepada para blogger -pergi jangan tak pergi....

P/S -Saya juga keliru

Thursday, January 7, 2010

Antara Subjudis, Menghina Mahkamah dan Kedangkalan Perterjemahan Perlembagaan Malaysia

Alhamdulillah, doa orang Islam dimakbulkan Allah. Terkini dari Utusan Malaysia:- Penggunaan Kalimah Allah oleh Bukan Islam ditangguh demi kepentingan negara.

Nampaknya Lim Kit Siang tak nampak sensitiviti isu ini dan telah menimbulkan kemarahan umat Islam. Terkini lebih 75,000 orang dah tandatangani petisyen menegah penggunaan kalimah Allah di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm dan

keputusan mutakhir rayuan Kementerian Dalam Negeri di Mahkamah Rayuan mengenai Penggunaan Kalimah Allah oleh Bukan Islam di sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm


Bagaimanapon ada seorang pak tua dalam dunia politik tanah air sedang cuba bermain api dengan menjolok sarang tebuan. Kali ini Menteri Kabiet Datuk Nazri Aziz pula nak diseret ke mahkamah kerana kenyataan beliau di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini menghina mahkamah. Lihat kenyataan dalam blog Lim Kit Siang di sini http://blog.limkitsiang.com/2010/01/06/nazri-would-have-been-arrested-and-charged-for-serious-offences-including-contempt-of-court-for-saying-what-he-said-about-the-kl-high-court-judgment-on-the-allah-issue-if-he-is-in-pakatan-rakyat/


Lihat dalam konteks yang lebih besar, berbaloikah kita menyokong pemimpin yang sempit fahaman politiknya dan dangkal penterjemahan ke atas Perlembagaan Malaysia? Bayangkan kes sensitif yang boleh menyebabkan tergugatnya keamanan dan keharmonian awam disamakan dengan kes subjudis anaknya kerana mengeluarkan kenyataan berbaur tohmahan yang boleh menggangu dan membantut siasatan inkues ke atas kematian Teoh Beng Hock!

Sudah jelas terang lagi bersuluh perjuangan Lim Kit Siang adalah perjuangan peribadi anak beranak dan sempit bidang litupannya (hanya berdasarkan perkauman seperti konsep Malaysian Malaysia DAP)



Lihat komen Tun Dr Mahathir berkenaan isu Kalimah Allah disini dan bandingkan dengan kenyataan Lim Kit Siang di atas.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm



Jika dibuat perbandingan Lim Kit Siang dengan Lee Lam Thye pon jelas bahawa Lee Lam Thye jauh lebih matang dan baik dari Lim Kit Siang. Rujuk perbandingan watak Lee Lam Thye berbanding Lim Kit Siang dan wadah perjuangan Lee Lam Thye yang lebih meluas seperti di dalam artikel saya yang terdahulu di sini http://anakbukitgantang.blogspot.com/2009/12/lee-lam-thye-bukan-dap.html