Showing posts with label Syiah. Show all posts
Showing posts with label Syiah. Show all posts

Monday, September 9, 2013

Bila Syiah dan Gangster dilantik sebagai wakil rakyat

Kejadian dimana gangster dan penganut Syiah diangkat menjadi ADUN dan MP di Malaysia amat menakutkan. Di zaman ini masyarakat tak terfikir bahawa perbuatan mereka menyokong party tertentu terutama DAP dan PAS mengundang padah besar. Mungkin mereka buta politik sehingga tak mengetahui bahawa seorang ADUN dan MP mempunyai peranan menentukan halatuju undang undang di Negara kita dalam DUN dan Parlimen!
 

Gambar lima gangster berbahaya ditembak mati polis di Sungai Nibong Pulau Pinang
5 Gangster mati ditembak selepas menyerang anggota polis. Inipon nak dapat pembelaaan DAP!
 

Bila kematian anggota polis tak berharga dan kematian gangsters lebih berharga buat ahli politik DAP dari Segambut!
 
 
Oleh itu tak hairan bila PDRM mengumumkan seorang bekas gangster yang pernah ditahan dalam Emergency Ordinance boleh menjadi ketua cawangan party di negeri yang dikuasai oleh pembangkang iaitu Pulau Pinang. Tidak hairan juga jika sebuah party komponen Pakatan  menyediakan bantuan guaman untuk anggota komunis dan  anggota keluarga gangster yang ditembak mati di Pulau Pinang baru baru ini
 
 
Juga tak hairan bila ADUN PAS menolak Enakmen Anti Syiah di Kedah kerana sebilangan besar yang dilantik juga pernah menentang mantan MB Kedah iaitu Datuk Seri Ustaz Azizan kerana fikrah Syiah sesat mereka .
 

Konon Syiah menentang Enakmen Anti Syiah sebab Kerajaan "tak Islamik". ADUN PAS yang menolak Enakmen Syiah itu tahu atau tidak Syiah adalah ajaran SESAT?

Hari ini Ustaz Zamihan dari KDN mencadangkan supaya ISA diwujudkan semula untuk menangani isu keselamatan Negara. Rujuk berita di bawah untuk makluman lanjut
 
 
KUALA LUMPUR 8 Sept. – Malaysia memerlukan undang-undang berbentuk pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat bagi menangani isu-isu berkaitan Syiah.
 
 
Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam), Dr. Zamihan Md. Zain berkata, ISA pada era pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digunakan untuk menahan pendokong-pendokong Syiah tegar dan tindakan itu berjaya menyekat ajaran Syiah daripada terus berkembang.
 
 
Menurut beliau, perkara tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai pegawai yang menguruskan tahanan-tahanan ISA ketika itu.
 
Sebab itu kita mencadangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 berperanan sebagai pencegahan ideologi ekstremis. Secara peribadi saya menyokong ISA kerana mampu menjadi undang-undang pencegahan paling berkesan terutama dalam menangani kes-kes seperti ini (Syiah),” katanya.
 
 
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Modus Operandi Gerakan Syiah dan Ancamannya Kepada Kestabilan Negara dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.
 
Seminar itu dianjurkan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Islam (Muafakat) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Mufti Terengganu serta Jabatan Mufti Sabah.
Zamihan berkata, dengan adanya undang-undang berbentuk pencegahan pihak berkuasa mempunyai kuasa mendepani sebarang isu termasuk penyebaran fahaman Syiah di peringkat awal.
Menyentuh perkara sama, beliau turut meminta pihak berkuasa agama negeri-negeri memperhebat operasi menggempur markas-markas Syiah tanpa berasa gentar.
Beliau berkata, sejak Syiah diwartakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 dan 1997, usaha-usaha penguatkuasaan tidak banyak dilakukan.
 
Setakat ini, sebanyak 10 negeri mengharamkan Syiah dan tiga negeri lagi dalam proses pewartaan dan kini agensi penguatkuasaan agama perlu menjalankan peranan mereka dengan lebih agresif,” katanya.
 
Menurut beliau, Syiah merupakan isu akidah dan semua pihak perlu bersama-sama menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan serta tidak berkompromi.
 

Monday, August 12, 2013

Konflik Syria, Syiah dan Ulama PAS

Kita mengetahui bahawa umat Islam ASWJ di Syria   dibantai teruk oleh  President Bashar , seorang Syiah Alawi, iaitu sect Syiah yang paling  keras dan lari dari Islam. Kita hairan juga bagaimana PAS mempunyai pendirian tak apa dalam isu ini.  Blog Tentera Dajjal mengupas kaitan Konflik Syria , Syiah dan Pendirian Ulama PAS  pada , June 18, 2013 , ikuti artikel penuh di bawah:

 

 
 
Tindakan laman harakahdaily meng-upload artikel tulisan Presiden PAS, Ustaz  Abdul Hadi Awang  berkaitan permainan kuasa-kuasa besar di sebalik konflik di Syria memperlihatkan kelemahan analisa Presiden PAS terhadap status kelompok Syiah dalam Islam  dan mencerap isu konflik antara pejuang-pejuang Islam di Syria yang bermazhab ahli Sunnah menentang kerajaan zalim dan kejam Bashar al-Asad dari blok Syiah Nusairiyyah. Semua mengetahui dibelakang rejim kejam dan lebih rakus dari Zionis itu disokong oleh Iran, Hezbullah, Syiah Iraq dan sekutu-sekutu mereka dari blok Komunis terutamanya Russia  dan pihak Israel  sendiri.
Beberapa pembaca blog cuba menjelaskan bahawa artikel presiden PAS tersebut merupakan recycle dari tulisan beliau tahun 2012 yang lalu, namun mencetus persoalan ialah tujuan sebenar artikel tersebut diupload semula. Kita semua tahu didalam akhbar utama PAS (harakah) wujud tangan-tangan  ghaib ‘Syiah’  dalam beberapa peringkat penting dalam akhbar tersebut. Tidak hairanlah isu Syria yang sedang bergolak lebih dari dua tahun lalu tidak menjadi fokus liputan yang sewajarnya dan tindakan berkenaan berjaya menutup kekejaman sebuah negara Syiah terhadap umat Islam Sunni yang merupakan penduduk majoriti  di Syria.  Peristiwa di Syria merupakan aib yang besar kepada identiti golongan Syiah yang tidak mampu ditutup lagi oleh penyokong-penyokong Syiah di peringkat mana sekalipun tidak seperti kejadian di Iraq yang lalu. Di Iraq logiknya kerana memandang sesama Islam, Syiah dilihat sepatutnya kumpulan yang patut menang dan Sunni dilihat sebagai pihak yang wajar menerima kekalahan kerana jumlah penduduk Syiah majoriti di Iraq. Hakikatnya cerita sebenar mengenai kekejaman Syiah di Iraq tidak dinilai dengan sewajarnya. Cerita Iraq sudah basi sama sekali seperti cerita-cerita fiksyen barat kerana penjajahZionis  bersama Syiah berjaya menutup hikayat 1001 Baghdad dengan kawalan media yang ketat.  Tidak seperti Syria, blok Barat masih mengintai-intai peluang terhidang untuk kepentingan mereka kerana bimbang kejatuhan Syria akan memposisikan kumpulan jihad terutama al-Qaeda (Jabhah Nusrah rangkaian pejuang Sunni Iraq), FSA  dan mujahidin dari 29 negara Islam yang lain sebagai pihak yang berkuasa di Syria. Bahaya kedudukan ini bukan kepalang bagi Barat. Keadaan ini hampir-hampir berlaku di Libya tahun-tahun sebelum ni, cuma mereka bernasib baik sempat memintas pada saat-saat akhir. 

Isu-isu di Syria sangat menyayat hati dan penderitaan penduduknya lebih dahsyat berbanding keadaan sepanjang penaklukan Zionis  di Palestin. Peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Syria tidak ada ukurannya untuk hari ini. Kejadian ini mengulangi pembunuhan beramai-ramai  yang dilakukan oleh musuh Islam ; Syiah Imam 12 -Moghol Tartar di Baghdad yang lampau, mengulangi peristiwa pembunuhan beramai-ramai keatas umat Islam semasa pengisytiharan agama Syiah Imam 12 sebagai agama rasmi di Iran pada abad ke 16 yang lampau dan peristiwa-peristiwa yang lain seperti serangan Timur Lenk keatas Syam dan Baghdad dan terakhir penaklukan Syiah bersama Amerika dan tentera bersekutu ke atas Iraq pada 2003. Tidak perlu dikira jumlah korbannya, kita maklum Syiah yang pernah seketika dianggap wira umat Islam melawan rejim despotik ketika  dan selepas revolusi Iran nyatanya adalah musuh sebenar umat Islam. Kata-kata, slogan-slogan munafiq dari pemimpin lebai dan munafiqnya ; kononnya ingin menghapuskan tentera Israel dari  muka bumi nyata tidak boleh dipakai langsung dan kata-kata mereka muncul setelah sepanjang siri sejarah umat Islam mereka adalah pembunuh nombor satu umat Islam sebelum Zionis lagi.

Ciri-ciri munafiq dan kejahatan yang tersemubunyi dalam hati Syiah tidak pernah padam bahkan sentiasa diteruskan bersama Zionis di Afghanistan dan Iraq serta bersama Komunis  dan Israel di Syria. Malang sungguh seketika umat Islam terjerat dengan agama dan kaum munafiq ini mengharapkan mereka berjuang dibarisan depan umat Islam untuk membebaskan Palestin. Kita percaya ramai ulama Islam yang lalu terjerat dengan strategi palsu kononnya setia dengan fatwa  dan kerusi feqah ulama’ al-Azhar, setia dengan deklarasi Amman Message dan pelbagai persepakatan Sunni – Syiah tajaan Iran untuk persidangan gerakan Islam sedunia, namun hari ini sikap dan sambutan baik terhadap seruan agama Syiah untuk bersatu dan menjaga persaudaraan umpama hampas semata-mata  kerana dirosakkan oleh golongan Syiah sendiri.

 Masih ramai ulama’-ulama’ dan cendekiawan hidup dalam bayangan fatwa al-Azhar mengenai Syiah, kerusi fiqh ja’fari yang tidak pernah terlaksana dan Amman Massage. Bukan sikit pula yang hidup di bawah bayangan persaudaraan dan kesatuan gerakan Islam tajaan Iran merelakan diri mereka dibius oleh taqiyyah Syiah sehingga pimpinan gerakan Islam termasuk di negara ini masih berdegar-degar melaungkan Syiah min ahli Islam (Syiah dari kalangan umat Islam) saban waktu walaupun yang menaja persidangan tersebut secara terang-terang melancarkan serangan secara terang dan sulit untuk membunuh umat Islam dan membunuh aqidah umat Islam di bawah semangat gerakan Islam. Sudah lama saya ingin menanyakan kepada promoter slogan Syiah min ahlil Islam dan kerusi fiqh Ja’fari apakah kerana halalnya feqah Syiah  Ja’fari mereka sudi menjama’kan  solat lima fardhu kepada tiga waktu selama-lamanya seperti pegangan Syiah Ja’fari? Sediakah mereka  memut’ahkan isteri dan anak-anak masing-masing kepada orang-orang Syiah kerana itu adalah halal di sisi Syiah. Sediakah mereka membuat bid’ah-bid’ah baru dalam aqidah dan ibadat menurut kepercayaan Syiah?  Lupakah mereka beberapa ulama’ yang terlibat dengan usaha perpaduan ini, bahkan mengajar fiqh Syiah kepada awam akhirnya meninggalkan terus kerja terkutuk menyamakan Syiah dari sudut mazhab kerana kerja-kerja ini umpama menghalalkan apa yang haram di sisi Allah s.w.t ! Tidak kenalkah mereka kepada Syeikh Mustafa al-Sibaie dan karyanya yang terkenal ?

Jika mata kita celik dan peka dengan keadaan sekeliling bukankah hari ini ternyata Syiah dan Sunni tidak pernah lagi ada harapan untuk bersatu. Bukankah kita sudah nampak hari ni Syiah bila semakin kuat mereka meninggalkan perpaduan Sunni-Syiah mereka akan bersama Syiah sahaja bahkan melakukannya dengan membunuh Sunni !  Bila mereka (Syiah) lemah seperti zaman Turki Uthmaniyyah yang lalu mereka menggesa perpaduan Sunni-Syiah yang akhirnya diwarisi oleh fatwa al-Azhar yang berdasarkan faktor semasa tersebut!      


Penulis menyediakan mukaddimah yang panjang untuk maksud sebenar tulisan ini. Kekejaman rejim Bashar terhadap penduduk Sunni mencetuskan pertembungan pemikiran dan emosi di dalam pimpinan PAS sendiri antara kem Syiah atau pendokong Mat Sabu dengan geng-geng ulama muda dalam pemuda PAS.  Isu Syiah di dalam PAS mengalami beberapa capahan reaksi dari organisasi, pimpinan dan pendukung grassroot. Kebanyakkan mereka yang menghampiri pintu barisan kepimpinan ulama PAS sedia mengetahui golongan ulama’ seperti Dato’ Haron Taib, Dr. Aziz Hanafi dan Ustaz Mat Daud Iraqi dan beberapa nama lain dari ulama’ muda sangat menetang kemasukan pengaruh Syiah di dalam PAS.  Dari segi organisasi, PAS melihat isu Syiah sangat mengaibkan mereka kerana status agama (yang mereka sebut mazhab) tersebut sangat kabur tambahan amalan Syiah sangat berbeza dengan Ahli Sunnah lebih-lebih lagi Syiah diwartakan sebagai ajaran sesat oleh pemerintah. Oleh itu beberapa pimpinan PAS melihat isu mengaitkan Syiah dengan PAS dilihat usaha dari pihak UMNO untuk menjatuhkan PAS dengan mengaitkan PAS dengan ajaran sesat Syiah. Walaupun usaha-usaha itu sebenarnya dilakukan oleh orang PAS sendiri untuk menyingkirkan Syiah dari organisasi tersebut.


Namun apakah Syiah dan PAS boleh berpisah?  Bagi yang mendukung organisasi PAS memahami bahawa kesan revolusi Iran sangat tinggi pada PAS sehingga kebanyakan sarjana mengaitkan kepimpinan ulama’ dalam PAS adalah pengaruh dari revolusi Iran. Orang-orang PAS mesti tidak senang dengan pendedahan memoir Dato Asri Muda bahawa kempimpinan ulama’ pada muktamar 1982 diselaputi semangat revolusi Iran dengan laungan marakbar Asri! [mampus lah Asri] semasa penggulingannya. Beberapa nama dikaitkan dengan kumpulan revolusi dalam Pas yang menaja kepimpinan ulama. Namun kepimpinan ulama’ walaupun menerima semangat revolusi Iran tetapi mengambil pendekatan Ikhwan Muslimin dengan meletakkan Mursyidul Am dipuncak penginstitusian ulama’ dalam PAS.

Tetapi pengaruh Syiah mula menular walaupun gagal secara institusinya. Kem kumpulan revolusi seperti Mat Sabu, Malek Husein, Ali Maidin dan Mohd Ismath Habib berapa lama bertapak dalam organisasi PAS, Kohilal dan PAS Cawangan Kuala Lumpur. Perinciannya boleh lihat dalam tulisan Mohd Fadli Ghani mengenai perjuangan PAS dan PAS Wilayah Persekutuan. Apakah golongan ini yang disebut sebagai PASab (PAS Ahli Bayt)?  Di dalam organisasi Ulama’ Ustaz Hasan Salleh (sudah meninggal) bekas pensyarah UKM  pernah menjawat Ketua Dewan Ulama di dalam Organisasi PAS menjaja nama Syiah di merata tempat dalam ceramahnya sebelum ditendang keluar dari PAS.  Apakah saki baki ini tidak berbenih dalam PAS atau sekurang-kurangnya dalam lingkungan generasi kedua dalam gerakan Islam di Malaysia? Bagaimana pula dengan perkembangan subur Syiah dalam PAS melaka yang dikaitkan dengan kumpulan revolusi Mat Sabu?  Bagaimana pula kumpulan revolusi Mat Sabu boleh mendapat pengaruh besar dalam pimpinan PAS Johor? Sehingga kumpulan ini terpaksa membuat penafian sebelum PRU 13 untuki membersihkan nama beberapa individu dari cap Syiah!  Mengapa kelompok-kelompok Syiah di Pendang berkempen sakan di kalangan pengundi UMNO dan PAS supaya memenangkan calon mereka ? Pak Bakaq sendiri mengakui calon Pas di Pendang kalah kerana isu Syiah (walaupun penulis tidak dapat membuktikan Mat Sabu sebagai Syiah kerana sebutan lazim baginya ialah kumpulan Revolusi Iran).

Persoalan-persoalan ini walaupun agak basi tapi perlu dijadikan landasan bahawa PRU 13 yang lalu PAS mengalami kegagalan paling teruk di Kedah (dan umumnya) bukan kerana  faktor SPR semata-semata tetapi ada isu yang lebih besar yang nyatanya bertentangan dengan situasi di Syria. Apakah Pas mahu berselindung lagi menjunjung pendokong revolusi Iran yang boleh dituduh sebagai Syiah dalam organisasinya, membawa satu sayap ke Syria menziarahi kerajaan zalim Bashar al-Asad ? Peristiwa ini sangat mengguris perasaan umat Islam negara ini! Penulis masih ingat di awal pencalonan beberapa calon Syiah tersebar berita dibalik tabir bahawa beberapa nama besar tidak akan dibenarkan bertanding untuk mengendurkan serangan kempen anti Syiah terhadap Pas dan UMNO dalam PRU yang lalu. Antara yang disebarkan ialah kita menangkan PAS dulu lepas itu kita sama-sama lawan Syiah, UMNO lebih penting ditumbangkan. Kesudahannya PAS paling sikit mendapat kerusi Parlimen! Ini semua salah SPR ! benarkah?

Tulisan ini mengajak kita semua berfikir antara tuduhan UMNO dengan realiti sebenar yang berlaku sebenarnya memberikan kesan kepada aqidah umat Islam. Walaupun kita tahu kelompok Syiah tidak pernah berhenti melancarkan propaganda, melobi pihak pemimpin utama termasuk UMNO dengan simbol-simbol  dan tujuan perjuangan kumpulan mereka untuk jangka panjang dan pendek, apakah ulama-ulama’ dalam PAS tidak boleh fikir perjuangan yang diselimuti aqidah yang busuk dan kotor terhadap para sahabat nabi atas nama Islam, bukan keutamaan untuk diselesaikan sebelum memperjuangkan anti-APCO, UMNO, ABU dan kempen serangan terhadap peribadi pemimpin-pemimpin UMNO !  Atas dalil apakah kepimpinan ulama’ menerima Syiah sebagai umat Islam yang lebih bersih dari aqidah berbanding UMNO!. Sepatutnya mereka perlu menilai semula situasi ini.

Di luar negara Syiah merosakkan perpaduan Islam dengan membantai Sunni di Syria dan Iraq. Iran sanggup bersekongkol dengan kuasa jahat untuk membantai umat Islam di Syria kita di dalam negara terhegeh-hegeh melaungkan revolusi Iran, mengambil semangat revolusi Iran yang palsu tersebut. Kelembapan membaca sitsuasi ini sangat merugikan perjuangan Islam. Sepatutnya anasir Syiah dan versi revolusi Iran sudah dicampak ke laut dan sememangnya sudah ketinggalan zaman. Sebagai organisasi Sunni,  PAS perlu berdikari selaras dengan perlembagaannya aqidah Ahli Sunnah dan membenarkan usul-usul tindakan membanteras ajaran Syiah dibahaskan secara terperinci.  Golongan ulama’ PAS tidak perlu takut lagi kepada kumpulan profesional yang pro-Syiah berdasarkan prestasi PRU 13 yang lalu. Penulis akhiri, muhasabah diri sebagai umat Islam di atas aqidah yang benar dan membersihkan organisasi dari anasir yang menjelekkan sangat utama berbanding bersekongkol dengan kumpulan munafiq. Slogan kekaguman pada Khomeini, revolusi Iran, Syiah min Ahlil Islam ternyata slogan palsu dan perlu digantikan dengan ciri yang bukan munafiq. Jika hari ini berbaris-baris ulama' Ahli Sunnah di Timur Tengah memulakan langkah lebih jelas dan ada yang memperbetulkan pandangannya semula berkaitan isu Syiah dan Syria, di Malaysia, ulama Sunni jenis manakah kita yang sentiasa lembik dan tidak bermaya dalam ilusi dan khayalan yang tidak berkesudahan. Wallahu A’lam.
 
Sumber
 
http://tenteradajjal.blogspot.com/2013/06/komflik-syria-syiah-dan-ulama-pas.html

Saturday, July 20, 2013

Hina Islam- bila pemimpin PAS tak ikut Al Quran dan Sunnah

Allah s.w.t. telah berfirman ….dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. (At-Taubah: 36)….


Ayat ini merupakan satu order atau perintah daripada Allah s.w.t. Pada permulaan Islam, tiada perintah untuk memerangi mereka sepertimana firman Allah dalam surah Al-Kafirun “Lakum Dii nukum wali yadeen”
 
 
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. / (6)


Akhirnya setelah umat Islam mempunyai kekuatan dan bilangan mereka mulai ramai. Allah s.w.t mengizinkan mereka memerangi golongan kafir yang memusuhi Islam.
 
 
Namun dalam memerangi kafir , umat Islam  tidak dibenarkan melampaui batas. Di masa dulu jika musuh sudah ditembak atau ditetak maka biarkanlah mereka mati dengan sendiri. Jangan ditambah tembakan supaya mereka cepat mati. Pada situasi hari ini-bila musuh Islam telah jelas memerangi Islam maka TINDAKAN TEGAS secara undang undang wajar diambil bagi menjaga kesucian ugama Islam!

              Wajib perangi musuh yang mengistiharkan perang ke atas Islam dan Ummatnya

Selain peperangan, Islam juga tidak menggalakkan kita melampaui batas dalam apa jua perkara termasuklah ibadah.

Tapi lihatlah kini keterlampuan batas mereka yang lebih berkiblatkan party politik (PAS) dan pada masa yang sama membelakangkan perentah Allah. Lihat kenyataan Hanipa Mydin MP PAS Sepang yg berfikrah Syiah (bukti SYIAHnya Hanipa Mydin)  yang diambil dari blog Ganyang Syiah, Din Turtle dan Milo Suam:


Dasar Syiah ialah menunjukkan belas kasihan atas kafir dan memerangi orang Islam. Kepada pengundi Sepang yang mengundi Hanipa Mydin bertaubatlah

Dalam akhbar Syiah abna turut menyatakan pendirian Mohamed Hanipa Maidin:

"Saya boleh bayangkan jika pengarah Jais berdepan dengan mana mana ayatullah atau hujjahtul Islam syiah beliau bukan sahaja tidak mampu berhujah mungkin juga pengarah Jais selepas ini tidak berani lagi 'mengusik' syiah".

"Dalam keadaan ulama sunni dan syiah berusaha keras mendekatkan kedua dua mazhab besar ini melalui 'taqrib al madzahib' tindakan Jais nampaknya makin menjauhkan kedua dua mazhab itu", menurut Hanipa Maidin lagi. ABNA

Baru-baru ini, dalam Harakah, Hanipa Maidin begitu gah memuji Ayatolol Khomeini di bawah tajuk: Penghinaan Nabi dan ketiadaan Imam Khomeini.



Jelas dasar Syiah ialah menunjukkan belas kasihan atas kafir dan memerangi orang Islam. Kepada pengundi Sepang yang mengundi Hanipa Mydin bertaubatlah !

Lihat pula kenyataan Ketua Penerangan Muslimat PAS Aiman Athirah yang saya screen shot dari laman facebook dan dikeluarkan di blog Terengganu Kini. Bukan sahaja dia menyetujui perbuatan menghina ugama Islam malah memfitnah pihak lain (UMNO)  di bulan Ramadhan Al Mubarak.

Aiman Athirah ni baca dan faham tak firman Allah dalam Al Quran? Atau bagi dia politik adalah lebin penting dari  ugama

Semoga umat Islam lebih mendahulukan Al Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qiyas dari nafsu duniawi (party politik) mereka- Dalam hal ini Kerajaan Pusat telah bertindak tegas dengan menyumbatkan mereka dalam penjara tanpa jaminan bail (Rujuk artikel terdahulu   SINI ), namun tindakan PAS yang membelakangkan ugama Islam dalam menangani tindakan penghina ugama Islam  sangat dikesali.
 
Rujukan
 
 
Screen Shot dari Terengganu Today/ Aiman Athirah

 
 
 
 

Saturday, April 27, 2013

PAS patut belajar dari calon DUN di Kubu Gajah, Perak ni!



Islam tak pernah memecahbelahkan umat Islam. Islam bersatu sesama umat Islam . Tapi terbalik di Malaysia, kerana kwaridj dalam PAS maka umat Islam PAS bekerjasama dengan kafir untuk meruntuhkan Pemerintah Islam yang ada.
 
Penduduk Putrajaya tak pernah menghadapi saingan politik yang cukup menjelikkkan ini. Peristiwa di mana polis terpaksa datang dan menyekat PAS dari meruntuhkan banner dan bunting Barisan Nasional di Bulatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. (SAAS) adalah budaya gedebe /kekampungan/kedaerahan yang cuba dibawa PAS ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
 
 
Kenapakah ini terjadi? Jawapannya ialah kerana anutan dan indokrinasi (PAS) mereka ialah WAHHABI dan SYIAH. Sejak memenangi Kelantan selama 23 tahun , maka mereka telah membuat indokrinasi SYIAH yang MEMUSUHI UMAT ISLAM dan BERBAIK DENGAN KAFIR untuk MERUNTUHKAN UMAT ISLAM yg berlainan ideology (Barisan)  politik dari mereka.
 
Dengar penerangan Ustaz Kazim Elias tentang indokrinasi SYIAH dalam party tersebut bermula dari minit 0.10
 
Tidak hairan keganasan dalam Pilihanraya hari ini bukan lagi perbedaan ideology tapi telah merebak kepada perbedaan AKIDAH. Semoga Allah menyelamatkan umat Islam di Malaysia.
 





Semoga peristiwa menyayat hati di mana SYIAH menyembelih umat Islam ASWJ di Syria dan pada masa yang sama meraikan  dengan tentera Amerika yang kafir tidak terjadi di Malaysia. Ya Allah selamatkan umat Islam di Malaysia,Aamiin.
 

Photo: ‎تم شہر اماں کے رہنے والے درد ھمارا کیا جانو.؟

اک زبردست نظم ضرور سنیں اور شیئر کریں�

سنیں کے لیے اس لنک پر کلیک کریں.

http://www.mediafire.com/?8d82t6eb3a8uzqq‎

Monday, January 14, 2013

Isu perhimpunan kebangkitan rakyat 12/1/2013- Syarat sah solat mengadap KIBLAT


Macam macam komen pasal solat tak ikut kiblat. Menurut Jabatan Mufti Selangor solat mengadap kiblat adalah antara syarat sah solat. Rujuk  SINI
Bagi yang tak percaya solat tersebut tak ikut kiblat, err ada 3 kiblat dan 3 imam serentak sebenarnya sila rujuk video ini





Kepada yang solat di stadium yang tak selari jihat kiblatnya dan dan mempertahankan perbuatan tersebut dengan alasan "lebih sembahyang dari tak sembahyang dan itu adalah "ijtihad" masing² ini jawapan ilmuan ugama.

Antara syarat sah sembahyang ialah menghadap kiblat. Kalau tak hadap kiblat ketika sembahyang, maka sembahyang tidak sah.

 Ada yang kata mereka menggunapakai "Ijtihad" jihat menentukan  arah kiblat dalam Stadium Merdeka.  Apakah method ini boleh atau tidak? Sebelum boleh ijtihad jihat utk menentukan arah kiblat soalan penting yang perlu ditanya ialah - apakah wujud surau dalam Stadium Merdeka ? Jawapannya dalam  stadium memang ada sebuah surau kecil!.

Jika ada surau dalam stadium, maka orang Islam tak boleh pandai-pandai "ijtihad" jihat kiblat!!!. 


Friday, September 14, 2012

Syiah sect in PAS getting stronger


 
 
The Azizan -PAS stand off in Kedah  is actually part of Syiah sect attempt to wrestle PAS' Kedah state administration from Sunni Azizan. At the same time,  The  East Coast PAS -the much Wahhabi and Syiah infiltrated organisation - is also attempting to oust "another Syiah threat"  i.e  the Kelantan -based Nasya. With the latest development Nasya escaping the axe, Nasya is fast reminding PAS leaders to look at the Conditional Tahaluf Siyasi based on a secret meeting with Yusuf Qadrawi with PAS selected leader in London post GE12:  "That PAS should back off  from the coalition (Pakatan) should the political collaboration bring more mudharat to Islam " Will Nasya be  successful in holding off the Syiah assault ?
 
 
To make the matter worst, one  wheel chair - bound Tiger  Of Jelutong also use this pretext to save his  fast disappearing political empire; For no sooner than  Nasya escaped the chopping block of PAS' Majlis Syura ,  Karpal took the assault personally- by threatening to sue Nasya. A desperate  attempt by Karpal to save his political career in the advent of the rising entity  in DAP; The  Lim Dynasti
 
 
 
Read more on the Syiah assault in PAS in an excerp from Peraktoday. Will PAS supporters ever realise that by supporting PAS they are in actuality supporting the rise of Syiah? Only time will tell. God forbids, Nauzubillah.
 
AS for now, based on two PAS’s internal source, one from North PAS and another one from the East Coast had confirmed that there is an organized movement which would object Ustaz Nasharudin Mat Isa’s status as a candidate for the coming GE13.
How successful the movement would be is still unknown but it confirms the fact that there are a few who are not happy with the former PAS’s Vice President and they are still working on ways to get the objective done.
 
At the same time, the failure of PAS’s Syura Council in discussing the agenda in sacking Nasharudin did not only offended PAS leaders who are pro-Anwar, even PAS’s Syiah group led by Mat Sabu felt the same way.
 
For this group who follows Syiah ways which is being fought by Mat Sabu, they know that as long as Nasharudin stays with the party, Mat Sabu’s status as the second strongmen in the party is still not secured.
 
This is added with the rumor which spread a few days before the Syura Council had their meeting, a few PAS leaders with religious background is said that they want to reassign Nasharudin for the Vice President post if he is not sacked from PAS.
Muktamar PAS 2013 is expected to be held a few months after GE13, quite a short period of time for Mat Sabu to do his preparations to go against Nasharudin.
 
Besides, Mat Sabu’s win during Mutamar PAS in the middle of last year was not a genuine win. Instead, it just happened due to cooperation and support from both PAS representatives who supports Husam Musa.
 
With Husam also wanting to try his luck for the third time, Mat Sabu would have to be going against two people which is obviously not something easy for the PAS Syiah leader.

Monday, August 13, 2012

Di mana Datuk Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar bila PAS solat di jalanan di Presint Diplomatik Putrajaya?

Pertama sekali saya nak ucapkan tahniah kepada Datuk Aseh Che Mat atas perlantikan sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya yang baru.

Saya nak bagi maklum kepada  Datuk Aseh  bahawa keberkesanan Presiden Perbadanan  Putrajaya banyak bergantung kepada keberkesanan pengarah-pengarahnya.

Saya ada berbincang dengan seorang pengurus   di Perbadanan Putrajaya mengenai isu semasa. Saya nyatakan Datuk Aseh sebagai orang yg sangat cekap dan berinovasi malah berjaya menukar Kementerian Dalam Negeri yg dulunya lembab kepada kementerian yang sangat cekap sebagai Ketua Setiausaha Kementerian dulu. Lihat sahaja tempohmasa permohonan  Mycard dan passport yang boleh diperolehi dengan segera berbanding dulu -semua inovasi ini berlaku semasa Datuk menerajui kementerian tersebut.

Namun kawan saya berkata bahawa pengarah Perbadanan Putrajaya memainkan peranan. Kalau pengarah lembab maka Presiden juga tak dapat berbuat apa apa. 





Beberapa isu semasa telah menunjukkan  KELEMBAPAN seorang pengarah Jabatan yang asyik masyuk  bermain cinta dengan budak praktikum di jabatannya. Penguatkuasaan tidak dijalankan dengan baiknya. Malah imej Putrajaya sebagai Bandar Terancang tercemar dengan ereksi struktur sementara yang sangat menyalahi Akta Parit Jalan dan Bangunan.

Malah  gaya kwaridj puak PAS (yang ini dikatakan oleh Tuan Guru Abdullah Samaah sendiri)  KERANA ENGGAN BERJEMAAH  dengan penduduk Putrajaya yang lain telah menimbulkan kekesalan di kalangan penduduk Putrajaya yang lain!. Laporan penuh di Putrajaya Online

Setahu saya Imam Syafie mengharamkan umat Islam ASWJ bersolat berimamkan Imam yang Wahhabi. Rujuk syarah Ustaz Zamihan di 




atau ke link ini  http://youtu.be/3ssLR_k3Le8  mengenai hukum solat berimamkan Wahhabi menurut Al Imam Syafie.

 Dan JAKIM begitu tegas memilih IMAM di Putrajaya yang berfikrahkan Islam ASWJ. Soalnya, kenapa puak PAS solat berjemaah di tempat awam? Apakah mereka tak percaya imam yang dipilih JAKIM atau mereka memang Syiah dan Wahhabi yang hanya akan solat sesama mereka-  Bukan rahsia lagi puak Wahhabi dan Syiah mengkafirkan umat Islam yang lain kerana konsep Syiah iaitu Al Wisayah dan Al Ismath yang mereka pegang-seolah mereka sahaja yang sempurna iman sebagai orang Islam! Rujuk lanjut mengenai pengkafiran Wahhabi dan Syiah ke atas umat Islam ASWJ di hobi-wahhabi-kafirkan-umat-islam. Atau apakah ini bukan cukup lagi BUKTI bahawa jelas PAS telah diresapi fahaman berfikrah Wahhabi tersebut?

Di mana Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar pada waktu ini? Maseh menggunakan kenderaan pejabat untuk bersiar siar dengan budak praktikum kah? Awas ini bukan fitnah kerana  bukti dalam bentuk resit salinan tuntutan petrol/mileage dan perjalanan bagi kegiatan sumbang pernah dihantar oleh seorang kakitangan Perbadanan Putrajaya ke perhatian Mantan Tan Sri KSN yang sekarang berada di kerusi empok  Petronas!

Berbalik kepada Pengarah tersebut sewajarnya dia ditamatkan sahaja jawatan kerana tak cekap!

Tuesday, May 15, 2012

Wahai PAS-Madrasah Salihiah bukan harta rampasan perang

Dalam kepimpinan tertinggi PAS ada pemimpin berfikrah Syiah. Konsep Al Wisyayah dalam Syiah atau "wasiat" mengatakan sesiapa yang menolak Saidina Ali r.a sebagai utusan Allah maka ia kafir dan wajib diperangi. Konsep Al Wisyayah juga menghalalkan umat Islam ASWJ diperangi, dibunuh dan harta mereka dirampas.

Tidak hairan siapa dalang sebenar dalam kontroversi tanah wakaf  yang berstatus khas (tidak dibenarkan dijual beli tanpa persetujuan waris) di rampas di Kedah! Tidak hairan juga tujuan apa sebenarnya wang RM 1.4 juta pembayaran penjualan tanah  tersebut diperuntukkan kepada siapa . Maka hari ini setelah kontroversi demi kontroversi sehingga menyebabkan beberapa Kerabat DiRaja Kedah membantah dan membuat Laporan Polis, para waris mantan Mufti Pertama Kedah dapat injunksi sementara mahkamah untuk menghalang:

1-mengosongkan dan  merobohkan tapak tanah madrasah tersebut

2-pelupusan (penggunaan) wang bayaran jual beli tanah sebanyak RM 1.4 juta yang kini dipegang oleh Majlis Agama Islam Kedah

Berita selanjutnya di Utusan Malaysia-Mahkamah

Injunksi sementara halang Madrasah Salihiah diroboh

ALOR SETAR 14 Mei - Waris-waris pemilik asal tapak Madrasah Salihiah, Kanchut hari ini memperoleh perintah injunksi interim (sementara) untuk menghalang kerajaan negeri daripada merobohkan surau tersebut.

Mahkamah Tinggi di sini mengeluarkan perintah tersebut sementara menunggu penyelesaian permohonan injunksi kekal yang difailkan oleh pihak terbabit pada 6 Mei lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang Perkasa Malaysia, Amer Hassan, keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun di kamar beliau kira-kira pukul 2.30 petang ini.
''Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak madrasah untuk menghalang kerajaan negeri daripada mengeluarkan sebarang notis bagi mengosongkan tanah tersebut sehingga pendengaran saman terbabit kelak.

''Selain itu kita memohon perintah mahkamah untuk menghalang defendan pertama Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) daripada melupuskan wang RM1.4 juta sebagai pembayaran yang telah diterima daripada defendan kedua, Pentadbir Tanah Daerah Kota Setar,'' katanya pada sidang akhbar di sini.

Wednesday, January 4, 2012

Siapa Tokoh Syiah di dalam PAS?

Tokoh ini bersama sama Anwar Ibrahim menghadiri demonstrasi rampasan kedutaan Amerika di Bangunan AIA dengan membawa placard Syiah. Hari di mana tokoh ini ditabalkan sebagai Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar PAS 2011 adalah hari di mana pengaruh Syiah secara rasminya diterima menjadi ugama anutan dalam PAS.

Perjuangan PAS banyak dipengaruhi oleh ideologi dan corak serta gaya pemimpin Syiah di Iran, Lebanon dan negera-negara lain.



Mat Sabu adalah pemuja gaya dan corak pimpinan Syiah seperti Ayatollah Khomeini dan Nasrullah pemimpin Hizbullah. Jika sudah memuja, maka secara sedikit demi sedikit corak pimpinan PAS akan dibawa ke arah itu.

Maka bermulalah atau suburlah rasa kebencian atau kemarahan kepada kumpulan yang tidak memihak kepada mereka. Ini yang dibawa oleh Syiah yang tidak mengiktiraf keislaman orang hatta sahabat nabi pun menjadi sasaran mereka.


Tidak heranlah jika PAS sewenang-wenang tidak mengiktiraf UMNO sebagai wadah perjuangan Islam dan pengikut UMNO sudahpun difatwakan menjadi bukan Islam. Inilah syiah yang telah ditiru oleh PAS dan telah menusuk masuk kedalam PAS dengan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Rujukan lanjut di : KEDAH TIMES-pendokong-syiah-bersama-pas.


Berkenaan tokoh ini sila rujuk youtube pada minit 3.34 seterusnya


Pengaruh Syiah dalam PAS diakui Nik Abduh

Nik Abduh mengakui wujud Syiah dalam PAS


Mat Sabu Timbalan presiden PAS yang menyanjungi Imam Khomeini


gambar Imam Khomeini yang dijunjung semasa demonstrasi anjuran PAS


Pendakyah Syiah Hassan Askari hadir dalam ceramah PAS

Klinik As Syifa yang dipecahkan pelajar ganas ala Syiah di UPSI


Kecederaan Safwan melanggar cermin -apakah dia bentuk self flagelation yang selalu dibuat pengikut Syiah? Kenyataan kecederaan kendiri oleh Safwan dibuat oleh Timbalan Naib Chancelor UPSI di tunfaisal.tnc-pula-dedah-kisah-sebenar


Pengikut Syiah bermandikan darah setelah mereka memukul diri sendiri

Generasi baru Syiah dalam PAS -Khalid Ismath pelajar Undang Undang UiTM dan tunangnya hadir dalam demonstrasi PAS




Cara Mengenali Syiah

Syiah mempunyai  kecenderungan mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)



SIAPAKAH SYI‘AH?

Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat.

'

Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular di Malaysia:

Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.

Kerajaan: Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.

Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah.

Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.



AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA (Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)
 
1) Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)
 
2) Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur, dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib al-Ahkam j.1 hal. 374)

3) Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)
 
4) Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah masalah ke 11 hal. 241)

5) Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (Al- Istibsar j. 3 hal. 141)
 
6) Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk, mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)

7) Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: “Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2 hal.345)

TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH

Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.
 
1) Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar

2) Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
 
3) Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.

4) Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.

5) Sujud di atas batu Karbala ketika solat.

6) Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.

7) Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.

8) Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
 
9) Memarahi orang yang puasa Asyura.
 
10) Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahdi).

KALIMAH SYAHADAH SYIAH

"Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammmad Pesuruh Alah, Ali Khalifah Yang Dilantik Oleh Allah, Khomeini Hujah Allah .."


Rujukan















Wednesday, September 7, 2011

Di bekas Negara Komunis Laungan Azan dikumandangkan, di Malaysia laungan Azan di suruh perlahankan!

Islam di Moscow berdiri megah dengan laungan azan sempena Eidul Fitri yang lalu

Umat Islam dari seluruh pelusuk Bekas Kesatuan Soviet itu bersolat Eidul Fitri di jalan raya bagi membuktikan KESATUAN UMMAH ISLAM.

Di sini akhirnya ruh Stalin sang Komunis durjana  yang menyeksa jutaan umat Islam dari Chechen, Uzbezkistan, Kazakhtan mengerang kesakitan mendengar azan . Malah generasi orang Islam mahu sahaja pupus dengan larangan bersolat ke atas umat Islam selama hampir 1 abad.

Larangan bersolat ini universal di SEMUA negara Komunis termasuk China dan juga di Malaya semasa pemerintahan Bintang 3 (Komunis)

Oleh itu kepada mereka yang memerhatikan perubahan alam dan petunjuk Illahi akan terkedu bila ada Ketua Puak Syiah di Malaysia merangkap seorang Timbalan Presiden PAS mengagungkan Komunis. Semoga ummat Islam di Malaysia berhati hati dengan mainan musuh Islam iaitu Wahhabi, Syiah, Komunis dan proksi Zionist di Malaysia.