Showing posts with label Ajaran sesat. Show all posts
Showing posts with label Ajaran sesat. Show all posts

Friday, October 26, 2012

Qurban tanda taqwa-jawapan kepada kejahilan Abby Abadi dan Lim Kit Siang

Hari Raya Aidil Adha adalah lebih istimewa bagi umat Islam. Bulan Zulhijjah termasuk dalam 4 bulan Haram dalam kalendar Islam. Haram disini bermaksud Haram menumpahkan darah kerana peperangan atau pergaduhan . Ia juga membawa maksud  Haram mencetuskan pergaduhan. Umat Islam diminta memperbanyakkan ibadah dan mengurangkan jidal (berhujah) yang boleh membawa kepada pergaduhan.
 
Oleh itu tindakan JAHIL ugama yang dibuat oleh Abby Abadi dan Lim Kit Siang amat mendukacitakan umat Islam. Pada saat umat Islam sedang bersiap sedia menyambut 10 Zulhijjah, atau Hari Nahar, kenyataan jahil mereka mengenai Qurban dikeluarkan di media twitter (Abby) dan blog Lim Kit Siang.
 
Apakah  Abby JAHIL  atau Lim Kit Siang  lagi JAHIL?
 
Kenyataan memfitnah oleh Lim Kit Siang dalam screen shot "I feel sad that Aidil Adha is around the corner and animals are being sacrificed in the most barbaric ways..." dapat dilihat di bawah:-
 
 
Kepada kenyataan "barbaric" Lim Kit Siang saya kemukakan bukti saintifik bahawa daging sembelihan cara Islam adalah paling tidak menyakitkan haiwan (most humane) dan kaedah sembelihan zabiha yang terbaik bagi memastikan daging segar  kerana sebab berikut:
 
1- pisau yang digunakan mestilah tajam
2- pembuluh darah, trakea (salur udara)  dan leher dipotong serentak dan
3-darah dibuang dulu dari pembuluh darah sebelum leher dipotong.  Cara ini menyebabkan daging sentiasa segar kerana tiada bakteria dibenarkan membiak dalam pembuluh darah haiwan tersebut- Rujuk kenyataan Islamic Research Foundation
 
Kepada Abby Abadi jelas perjuangannya tidak berpaksikan cinta hakiki kepada Illahi. Abby maseh terbawa dengan kecintaan duniawi dan meluahkan kefahaman ugama yang dangkal . Jelas menunjukkan Abby maseh mempunyai sifat ujub, riyak, sombong, bongkak dan bangga diri (sifat mazmumah). Rujuk kenyataan twitter di bawah;-
 



  • Hari Raya Eidul Adha adalah masa untuk umat Islam berjihad. Tinggalkan cinta duniawi (pangkat, harta, glamour, wang ceramah dan upah  untuk Abby) dan kejarlah cinta yang hakiki iaitu mencintai Illahi dengan beribadah.
  • Abby perlu tahu bahawa pada hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah Nabi Ibrahim telah melakukan ibadah Qurban kerana TAAT kepada perentah Allah. Ketaatan Nabi Ibrahim kepada Allah dibalas bila Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor qibas. Sebagai memperingati peristiwa itu umat Islam yang mampu mengadakan Ibadah qurban dan membahagikan makanan sebagai tanda ketaqwaan kepada Allah. Kesyukuran atas tanda kehambaan seorang hamba kepada  Allah Yang Maha Esa ini dikongsi dengan fakir miskin. Ibadah Qurban ini adalah bukti ketaqwaan yang menjadi integrity seorang hamba yang soleh kepada Ya Dzal Jalalil Wal Ikram iaitu  Tuan Punya Alam ini (Allah)
  • Kini ibadah Qurban dihina. Lihat kenyataan yang tak memperdulikan sensitiviti umat Islam blog pemimpin DAP di atas. Apa bedanya dengan penghinaan oleh Abby yang  berugama Islam dengan Lim Kit Siang?
  • Sedarlah sebagai hamba kita sentiasa berdoa agar amal ibadah kita diterima. Para Murabbi dan salihin dari kalangan umat Islam sentiasa berdoa agar segala amal ibadah mereka  diterima. Para murabbi ini istiqamah berdoa hatta selepas 6 bulan berlalu nya Ramadhan agar ibadahnya masa bulan Ramadhan diterima- Oleh itu saya ingin bertaanya, di manakah makam/ kedudukan kita dibandingkan dengan para murabbi ini? Abby perlu muhasabah diri dan elakkan mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan dirinya maseh dikuasai nafsu amarrah dan penuh dengan sifat riyak dan ujub. Hak menerima segala amal ibadah kita adalah Hak Allah. Abby diminta tidak menjadi hamba Allah yang takbur dan mendahului Allah dalam Qada dan Qadar.
  • Kepada Abby saya sarankan sekali lagi belajarlah dengan guru murshid bukan ularmak wahhabi dan syiah  dipentas politik yang sesat lagi menyesatkan.


 

Friday, July 13, 2012

Che Hasnah muslimah teladan kerana berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar

Di akhir zaman nanti orang Islam akan berpegang kepada ugamanya seperti menggigit tali. Terlalu banyak ujian yang harus dijalani oleh umat Islam yang sayangkan ugama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

SAYA UNJUKKAN KEMBALI VIDEO PENERANGAN AL FADHIL USTAZ ZAMIHAN UTK MENUNJUKKAN SIAPA YANG KAFIR BERDASARKKAN TAFSIRAN IMAM SYAFIE DAN IMAM NAWAWI

Tidak kafir seorang Islam selagi dia solat menghadap kiblat sehinggalah dia menjisimkan Allah, yakni menyamakan Allah dengan sifat mahklukNya-rujuk saat 1.12 dalam video di bawah


jadi kita dapat nilaikan siapa yang kafir dan mengikuti ajaran sesat di bawah ni


Bila seorang bertaklik buta atas pemimpin yang sesat, maka dia jua sesat sehingga dia bertaubat dan mengucap 2 kalimah syahadah kembali. 


Mungkin teguran ulama dan ilmuan ugama ini harus dipaparkan sekali lagi kepada bekas suami Che Hasnah- pesan saya , bertaubatlah sebelum terlambat. Kepada Che Hasnah, semoga Allah gantikan rezeki dengan jodoh yang hilang dengan rezeki dan jodoh yang lebih baik di dunia dan di akhirat. Aamiin.









Wednesday, January 4, 2012

Siapa Tokoh Syiah di dalam PAS?

Tokoh ini bersama sama Anwar Ibrahim menghadiri demonstrasi rampasan kedutaan Amerika di Bangunan AIA dengan membawa placard Syiah. Hari di mana tokoh ini ditabalkan sebagai Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar PAS 2011 adalah hari di mana pengaruh Syiah secara rasminya diterima menjadi ugama anutan dalam PAS.

Perjuangan PAS banyak dipengaruhi oleh ideologi dan corak serta gaya pemimpin Syiah di Iran, Lebanon dan negera-negara lain.



Mat Sabu adalah pemuja gaya dan corak pimpinan Syiah seperti Ayatollah Khomeini dan Nasrullah pemimpin Hizbullah. Jika sudah memuja, maka secara sedikit demi sedikit corak pimpinan PAS akan dibawa ke arah itu.

Maka bermulalah atau suburlah rasa kebencian atau kemarahan kepada kumpulan yang tidak memihak kepada mereka. Ini yang dibawa oleh Syiah yang tidak mengiktiraf keislaman orang hatta sahabat nabi pun menjadi sasaran mereka.


Tidak heranlah jika PAS sewenang-wenang tidak mengiktiraf UMNO sebagai wadah perjuangan Islam dan pengikut UMNO sudahpun difatwakan menjadi bukan Islam. Inilah syiah yang telah ditiru oleh PAS dan telah menusuk masuk kedalam PAS dengan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Rujukan lanjut di : KEDAH TIMES-pendokong-syiah-bersama-pas.


Berkenaan tokoh ini sila rujuk youtube pada minit 3.34 seterusnya


Pengaruh Syiah dalam PAS diakui Nik Abduh

Nik Abduh mengakui wujud Syiah dalam PAS


Mat Sabu Timbalan presiden PAS yang menyanjungi Imam Khomeini


gambar Imam Khomeini yang dijunjung semasa demonstrasi anjuran PAS


Pendakyah Syiah Hassan Askari hadir dalam ceramah PAS

Klinik As Syifa yang dipecahkan pelajar ganas ala Syiah di UPSI


Kecederaan Safwan melanggar cermin -apakah dia bentuk self flagelation yang selalu dibuat pengikut Syiah? Kenyataan kecederaan kendiri oleh Safwan dibuat oleh Timbalan Naib Chancelor UPSI di tunfaisal.tnc-pula-dedah-kisah-sebenar


Pengikut Syiah bermandikan darah setelah mereka memukul diri sendiri

Generasi baru Syiah dalam PAS -Khalid Ismath pelajar Undang Undang UiTM dan tunangnya hadir dalam demonstrasi PAS




Cara Mengenali Syiah

Syiah mempunyai  kecenderungan mencemuh dan mengutuk para sahabat Nabi r.hum. seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman dan lain-lain, bahkan lebih parah lagi melabelkan sahabat-sahabat tersebut sebagai munafiq dan kafir. Mereka melontarkan tuduhan bahawa sahabat menyembunyikan fakta-fakta penting agama dan juga menyelewengkan al-Quran. Mereka meragui kebenaran dan kesahihan ajaran Islam yang ada pada hari ini kerana ianya dibawa oleh sahabat Nabi s.a.w yang dikatakan munafik dan kafir dan sebagai alternatif mereka cuba menampilkan satu bentuk ajaran lain (Syiah) yang kononnya datang dari anak cucu Nabi s.a.w. (Ahlul bait)



SIAPAKAH SYI‘AH?

Syi‘ah ialah golongan yang mendakwa Sayyidina ‘Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mereka mengkafirkan kesemua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syi‘ah daripada golongan-golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran di dalam Syi‘ah itu sendiri tetapi pada dasarnya masing-masing mempunyai konsep yang tersebut di atas iaitu mengkafirkan sahabat.

'

Implikasi Sekiranya Ajaran Syiah Menular di Malaysia:

Agama Islam: Asas-asas agama Islam seperti al-Quran dan Sunnah ditolak. Islam diberi gambaran yang buruk.

Kerajaan: Jatuhnya kerajaan seperti Iraq dan Iran. Umat Islam Ahlus Sunnah akan dizalimi, dianiayai dan didiskriminasi.

Ummah: Perpecahan, persengketaan malah pembunuhan akan berlaku di kalangan ummah.

Keluarga: Keruntuhan rumahtangga, perbalahan antara anggota keluarga dan lain-lain.



AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA (Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)
 
1) Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)
 
2) Abu Hasan a.s. berkata: “Aurat itu ada dua iaitu qubul (kemaluan) dan dubur, dubur ditutup oleh dua papan punggung, apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka auratnya telahpun ditutup.” (Al-Furu’ min al-Kaafi j.6 hal.51, Tahzib al-Ahkam j.1 hal. 374)

3) Imam Hassan al-Askari berkata: “Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak mengandungkan kami para imam di dalam perut mereka tetapi dipinggang dan kami dilahirkan bukan melalui rahim tetapi melalui paha sebelah kanan kerana kami adalah titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan daripada sebarang kotoran.” (Bihar al-Anwar j. 51 hal. 2, 13, dan 17, I`lam al-Wara hal. 394)
 
4) Khomeini berfatwa: “Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur harus menyetubuhi isteri pada dubur walaupun hal itu tidak disukai.” (Tahrir al-Wasilah masalah ke 11 hal. 241)

5) Abu Hasan bertanya Ja’far as-Sadiq tentang menyewa faraj, meminjamnya dan menghadiahkan kepada sahabat-sahabat lalu beliau berkata: “Tidak mengapa.” (Al- Istibsar j. 3 hal. 141)
 
6) Memenuhi kehendak syahwat seperti meraba dengan penuh syahwat, memeluk, mengacukan kemaluan ke paha kanak-kanak termasuk ke paha bayi yang masih menyusu adalah diharuskan. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah j. 2 hal. 216)

7) Tafsiran pelik Syi’ah antaranya ayat 19,20 surah ar-Rahman yang bermaksud: “Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu, Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya”. Imam tafsir Syi’ah Ali bin Ibrahim al-Qummi menukilkan riwayat daripada Ja’far as-Sadiq, katanya: “Ali dan Fatimah adalah dua laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi”. (Tafsir al-Qummi jil. 2 hal.345)

TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIPENGARUHI / TERJEBAK DENGAN SYIAH

Ciri-ciri di bawah adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini ini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.
 
1) Senantiasa memuja Sayyidina Ali dan melebihkan beliau daripada Sayyidina Abu Bakar & Umar

2) Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
 
3) Sering menghimpunkan (jamak) sembahyang Zuhur bersama Asar dan Maghrib bersama Isya’ tanpa sebarang sebab.

4) Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk sebaliknya hanya disapu sahaja.

5) Sujud di atas batu Karbala ketika solat.

6) Menepuk paha ketika memberi salam sesudah sembahyang.

7) Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.

8) Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya’.
 
9) Memarahi orang yang puasa Asyura.
 
10) Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahdi).

KALIMAH SYAHADAH SYIAH

"Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammmad Pesuruh Alah, Ali Khalifah Yang Dilantik Oleh Allah, Khomeini Hujah Allah .."


Rujukan