Showing posts with label PRU13. Show all posts
Showing posts with label PRU13. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Kabinet "wish list" pengundi Barisan Nasional

Setelah memberikan undi kepada Barisan Nasional di saat setiap satu undi sangat berharga, tiada apa yang ingin diminta oleh pengundi Bumiputera dan India yang maseh setia kepada Barisan Nasioanl kecuali Kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.
 
CEKAP
 
Bercakap pasal CEKAP ramai tak mahu Datuk Hishamuddin mengetuai Kementerian Dalam Negeri. Malah TS Musa Hassan pernah meluahkan perasaan kecewanya kerana beberapa tindakan PDRM disekat oleh KDN. Sudah tiba masanya KDN diberikan kepada orang yang mempunyai Technical Expertise dan tidak memegang kerusi Parlimen Seorang MP akan tertekan kerana kehendak pengundinya dan akan menyebabkan pembuatan keputusan yang  lembik. Pada masa kritikal ini calon paling layak menerajui KDN ialah TS Musa Hassan atau TS Rahim Noor.
 
Datuk Anifah Aman telah menjalankan tugas sebagai Menteri Luar dengan sangat cekap. Kekalkan Datuk Anifah Aman di Kementerian Luar Negeri.
 
 
 DS Najib , saya bersetuju dengan cadangan blogger Another Brick On The Wall agar Neo Liberals tinggalan Jurassic Pak Lah yang ada dalam machinery Datuk Seri ditamatkan  Rujuk dont-blew-it-this-time-najib -  Sewajarnya perkara yang boleh dibuat oleh EPU diberikan kembali kepada mereka. Di akhir hari  owner program dan projek ialah DS Najib dan Barisan Nasional bukan CON Sultan tersebut. Rakyat tak faham angka, tapi rakyat dapat melihat perubahan dengan personal touch agensi Kerajaan yang DS Najib pimpin .

BERSIH
 
DS Najib, rakyat tidak menyukai kronisme. Apatahlagi jika kali ini  DS Najib mengambil Nazir Tun Razak, adik Datuk sendiri  sebagai Menteri Kewangan. Seeloknya Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Husni sekarang dikekalkan. Jawatan Menteri Kewangan ini juga seeloknya diberikan kepada Teknokrat dan calon paling layak ialah Tan Sri Zeti Aktar Aziz yang telah menerajui Bank Negara selama 13 tahun  serta telahpon mendapat pengiktirafan antara bangsa.
 
DS Najib kita bercakap berkenaan BERSIH dari segi rohani juga. Seeloknya bawalah kembali PAS ke pangkuan UMNO ...Lantiklah Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai Menteri Ugama yang menerajui Kementerian Ugama dan secara tak langsung sebagai jambatan antara UMNO-PAS. Dialah satu satunya calon yang layak kerana akidahnya Islam ASWJ dan jelas berjuang ke arah perpaduan Ummah.


 

AMANAH
 
DS Najib  telah diberikan amanah oleh Bumiputera Semenanjung, Sabah , Sarawak dan kaum India. Sewajarnya bukan sahaja  amanah ini dibalas dengan melebihkan representasi kelompok ini dalam Kabinet baru tapi DS Najib perlu memperkasakan program usahawan,  memperbanyakkan lagi pinjaman Mikro TEKUN dan menambah quota biasiswa kepada golongan ini. Bukankah satu sebab kenapa UiTM dan Sekolah berasrama Penuh dibina bagi memberi kemudahan kepada golongan rakyat marhaen ini. DS Najib perlu kembali kepada asas perjuangan ayahanda DS Najib supaya keseimbangan dan kekayaan negara dapat diberikan secara adil dan saksama kepada rakyat mengikut keperluan.
 
Isu Ugama dan  Kontrak Sosial Antara Kaum
 
DS Najib, MCA dan Gerakan tegas tidak mahu representasi mereka di dalam kabinet. Kita menghormati keputusan ini. MCA yang telah berusaha keras dalam kebajikan komuniti Cina dan kaum lain telah ditolak dengan politik partisan dan perkauman oleh majoriti orang Cina
 
Seolah olah satu USAHA sedang dilakukan utk DAP menganggotai kerajaan DS Najib.
 
DS perlu ingat salah satu punca UMNO maseh memegang kuasa ialah kerana sokongan GOLONGAN PONDOK. Tanpa usaha TG Abdullah Sammah menerangkan penyelwengan akidah Nik Aziz  dan sebahagian besar kepimpinan PAS di Kedah, negeri tersebut takkan mudah kembali ke tangan Barisan!


              TG Abdullah menerangkan kenapa DAP adalah Kafir Harbi!
 
 
GOLONGAN PONDOK terang terangan menolak sebarang kerjasama dengan kafir harbi DAP . Sebaiknya DS Najib jika maseh mahukan representasi Cina ambillah dari golongan profesional yang TAK BERPOLITIK dan tak mewakili DAP
 
Saya cadangkan supaya Profesor Madya Dr Khoo Kay Khim, DS Michael Chong, Datuk Theng Book  (Ketua Biro Bantuan MCA) mengetuai repsresentasi kaum Cina dalam kabinet DS Najib.
 
Sebarang usaha membawa orang DAP dalam Kabinet akan memberi mesej bawa undi Cina kepada DAP tidak membawa kesan....ingat lagi kata kata Tun Mahathir- If you whisper (Choose MCA) I will listen, but if you shout (choose DAP) I will be deaf and close my eyes. Tekanan haruslah diberikan kepada kaum Cina supaya mereka belajar menghormati Kontrak Sosial di Malaysia demi kesejahteraan dan mengekalkan keharmonian antara kaum yang kita nikmati selama ini.







Monday, May 6, 2013

Malaysia menuju 2 parti sistem; Islam vs Kristian!

Bacaan saya bahawa UMNO akan memegang syiar Islam menentang DAP yang membawa Kristiniasasi ternyata benar.
 
Sayang dalam PRU13 yang semacam "Perang Salib" ini-maseh ramai orang Islam yang tak dapat membaca gerak musuh dan maseh mendokong kuffar sebagai pemimpin mereka. Teguran ini saya tujukan khas kepada penyokong taksub ahlul PAS dan PKR yang terlalu taksub mengundi DAP. Apakah pengorbanan PAS dibalas DAP? Lihat keputusan Salahudin di Johor yang kecundang!
 
Dalam keadaan getir ini sepatutnya umat Islam bersatu mendokong fraksi Islam yang lebih kuat dan tak berkroni dgn kuffar DAP
 
Tambah menyedihkan bila Zul Nordin yang jelas menentang MURTAD kalah kepada Khalid Samad yang jelas mendokong Leberalisasi ugama di Parlimen Shah Alam! Aapa mesej yang nak diberikan pengundi Islam Shah Alam yang menjadi majoriti di parlimen tersebut? Apakah mereka membenarkan kegiatan menyokong MURTAD yang jelas didokong Khalid Samad?
 
Begitu juga Abdul Ghani Othman bekas MB Johor yang selama ini sangat baik dengan peniaga Cina dikalahkan di Gelang Patah. Apa mesej yang nak diberikan pengundi Cina? Mungkin sebaiknya selepas ini bakal MB Johor lebih mementingkan umat Islam dan kemasyalatan ummah dari berbaik dengan peniaga Cina! Telah banyak kemudahan dan program yang diberikan oleh DS Najib kepada kaum Cina namun jelas mereka hanya mahukan kuasa politik tanpa mengira kerjasama dan kontrak sosial yang disepakati selama ini.

Pesan saya kepada DS Najib dan bakal MB Johor, bawa sahaja Tan Sri Muktar Al Bukhari dan mana mana usahawan Bumiputera yang layak bagi menjayakan projek projek di Johor sementara baki 5 tahun pemerintahan umat Islam di Johor. Mulai saat ini pedulikan teriakan ultra kiasu Cina- sebenarnya mereka yg tak adil dan tak saksama dalam pembahagian kek ekonomi.

 
Doa saya di saat ini ialah semoga Allah  bukakanlah HIJAB dari matahati mereka untuk melihat kebenaran. Sebab itu saya tak henti henti mendoakan semua umat Islam diampunkan dosa mereka agar kehitaman dihati mereka kerana memfitnah, memaki dan mencerca sesama ummah dibasuh dengan kemaafan dan doa keampunan dari saudara seIslam yang mereka zalimi.

Terlalu banyak kekasaran dan gedebe dari penyokong PAS yang kemaruk kuasa ke Putrajaya sampai menggadaikan Islam.

Saya bawakan mesej dari seorang PAS yang celik hati dan wajar disampaikan kepada ahlul PAS lain yang maseh teruja dgn tahaluf wala/akur PAS dgn DAP

"......InsyaAllah..golongan2 Anwarist Pluralist dan Liberalist di dalam PAS akan kita tendang keluar demi menaikkan semula Haibah dan maruah PAS InsyaAllah...tetapi usaha ini bukan mudah cuma utk PRU13 ini, pilihlah mudarat yang lebih ringan drp memilih PKR dan DAP PAS perlu diajar oleh ahli, seperti juga BN pernah diprotes ahlinya ketika PRU 12 dulu.

Hak Allah diketepikan demi Putrajaya
Nauzubillahiminzalik "


Catatan penulis-mudarat yang ringan itu ialah UMNO dan Barisan Nasional!

Kepada PAS, maaf penyokong anda tak faham dan maseh menyokong Tokoh Pluralisme Ugama Khalid Samad di Shah Alam dan Tokoh Liberalisme Ugama Hadi Awang al Wahhabi  di Parlimen Marang dan Nik Aziz Nik Mat Al Wahhabi di DUN Kelantan!! 

 

Wednesday, May 1, 2013

Jalan mana yang kita pilih? Keamanan atau pertumpahan darah


 
 
 Dari Abu Musa ra dari Nabi Muhammad SAW Baginda bersabda- "siapa yang menghadapkan senjata kepada kita (orang muslim) orang itu bukan termasuk golongan kita"- Hadis Sahih Bukhari 1865 m/s 128
 
Dari Ibnu Umar ra bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda " sepeninggalanku janganlah kamu kembali menjadi kafit: yang satu memenggal leher yang lain" Hadis Sahih Bukhari no 1869 m/s 129
 
Dari Abu Hurairah ra katanya- Rasulullah SAW bersabda " nanti akan berlaku fitnah (kekacauan). Orang yang duduk dalam menghadapai fitnah itu lebih baik dari berdiri. Orang yang berdiri  lebih baik dari berjalan. Orang yang berjalan lebih baik dari yang berlari. Siapa yang kemuka hadapan semasa kekacauan, nescaya akan dimurkakan Allah. Maka siapa yang memperolehi tempat berlindung, hendaklah dia berlindung" Hadis Sahih Bukari no 1871 m/s 130
 
 
 
 
 

Saturday, April 27, 2013

PAS patut belajar dari calon DUN di Kubu Gajah, Perak ni!



Islam tak pernah memecahbelahkan umat Islam. Islam bersatu sesama umat Islam . Tapi terbalik di Malaysia, kerana kwaridj dalam PAS maka umat Islam PAS bekerjasama dengan kafir untuk meruntuhkan Pemerintah Islam yang ada.
 
Penduduk Putrajaya tak pernah menghadapi saingan politik yang cukup menjelikkkan ini. Peristiwa di mana polis terpaksa datang dan menyekat PAS dari meruntuhkan banner dan bunting Barisan Nasional di Bulatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. (SAAS) adalah budaya gedebe /kekampungan/kedaerahan yang cuba dibawa PAS ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
 
 
Kenapakah ini terjadi? Jawapannya ialah kerana anutan dan indokrinasi (PAS) mereka ialah WAHHABI dan SYIAH. Sejak memenangi Kelantan selama 23 tahun , maka mereka telah membuat indokrinasi SYIAH yang MEMUSUHI UMAT ISLAM dan BERBAIK DENGAN KAFIR untuk MERUNTUHKAN UMAT ISLAM yg berlainan ideology (Barisan)  politik dari mereka.
 
Dengar penerangan Ustaz Kazim Elias tentang indokrinasi SYIAH dalam party tersebut bermula dari minit 0.10
 
Tidak hairan keganasan dalam Pilihanraya hari ini bukan lagi perbedaan ideology tapi telah merebak kepada perbedaan AKIDAH. Semoga Allah menyelamatkan umat Islam di Malaysia.
 





Semoga peristiwa menyayat hati di mana SYIAH menyembelih umat Islam ASWJ di Syria dan pada masa yang sama meraikan  dengan tentera Amerika yang kafir tidak terjadi di Malaysia. Ya Allah selamatkan umat Islam di Malaysia,Aamiin.
 

Photo: ‎تم شہر اماں کے رہنے والے درد ھمارا کیا جانو.؟

اک زبردست نظم ضرور سنیں اور شیئر کریں�

سنیں کے لیے اس لنک پر کلیک کریں.

http://www.mediafire.com/?8d82t6eb3a8uzqq‎

Thursday, April 25, 2013

PAS pecah undi di DUN Changkat Jering

Berita dari Changkat Jering.  Calon PAS Nizar Jamaluddin tak disukai oleh orang Changkat Jering. Sehubungan itu ustaz Zul telah bertanding sebagai calon BEBAS sebagai alternatif kepada orang orang PAS. Changkat Jering terkenal dengan sekolah pondok dan tindak tanduk Nizar Jamaluddin sangat terkeluar dari norma orang Islam. Ikuti luahan ustaz Zul yang menegaskan beliau tidak sekali kali berniat mengalahkan calon UMNO iaitu Dato Rosli. Jika ini terjadi maka undi di Changkat Jering memihak kepada calon UMNO, insyaAllah.
 
 
"TERBAIK...!!! Saya bertanding untuk mengalahkan Nizar Jamaluddin yang bongkak

Ustaz Zul
Saya bertanding untuk mengalahkan Nizar Jamaluddin yang bongkak, bukan untuk mengalahkan Dato Rosli Hussin. Zulkifli Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Zul dikalangan parti PAS kawasan changkat jering yang bertanding sebagai calon bebas sebagai tanda protes ahli ahli pas tempatan. Kedengaran terdapat dua puak didalam PAS negeri dan pusat sekarang ini yang mana pendokong Islam sebenar dengan segerombolan yang penuh hawa nafsu dan gila kuasa seperti Nizar Jamaluddin.
 


 Ustaz Zul Calon Bebas juga menyatakan bahawa lebih kurang jam 4 pagi pada hari penamaan calon, seorang penyokong untuk beliau dicalonkan telah di "kidnap" dan dibawa lari supaya dia tidak dapat menjadi calon bebas oleh pihak yang tertentu.
 
Atas dasar sayangkan kampung halaman sendiri, dari diwakil orang yang tidak bertanggung jawab beliau atas keputusan musyawarrah sesama ahli telah membuat keputusan untuk bertanding sebagai calon Bebas.Yang nyata tindakan tersebut adalah untuk tidak memberi kemenangan walaupun tipis buat  Nizar Jamaluddin.